SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA,
06900 YAN,
KEDAH
LAPORAN LAWATAN KE MRSM, BESERI DAN PADANG BESAR, PERLIS
Pendahuluan Lawatan sambil belajar adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dari proses
pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah. Bagi tujuan itu, murid-murid
tahun 6 SK Langkasuka disaran untuk mengikuti lawatan sambil belajar.
Matlamat Membuka ruang kepada murid tentang aktiviti luar bilik darjah adalah perlu
dalam membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
aktiviti ini juga dapat membantu murid-murid menghayati keadaan sebenar yang
ada di MRSM Beseri.
Objektif 1. Meneroka bidang dan pengetahuan baru untuk mengukuhkan kefahaman
murid dan pembelajaran di sekolah melalui pengalaman langsung
mereka.
2. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid dalam hal yang
relevan dan berkaitan langsung dengan fakta pembelajaran.
3. Mendedahkan murid tentang pembangunan – pembangunan yang telah
dilaksanakan di MRSM Beseri yang berkaitan dengan pembelajaran murid.
4. Mengenali system pembelajaran di MRSM dengan lebih dekat lagi.
5. Mengeratkan lagi persaudaraan di kalangan kakitangan guru dan bukan
guru, murid yang turut serta menyertai rombongan lawatan tersebut.
6. Melihat sendiri alam sekitar dan kehidupan seharian di MRSM Beseri.
7. Memberi pendedahan kepada murid tentang MRSM Beseri sebagai
penggerak motivasi kepada mereka untuk terus menimba ilmu ke arah
kejayaan.
Tarikh 10 April 2019
Masa 7.30 pagi – 8.00 malam
Tempat MRSM Beseri dan Padang Besar, Perlis
Sasaran 40 orang murid tahun 6
Belanjawan Sumber Kewangan
4 orang guru = RM30.00 x 4 = RM200.00
40 orang murid = RM30.00 x 40 orang = RM1200.00
Jumlah = RM1400.00
Anggaran Perbelanjaan
BIL. PERKARA JUMLAH
1 MAKAN (RM5.00 X 45 ORANG) RM 225.00
2 BAS (RM 800 ) RM 800.00
3 CENDERAHATI RM 30.00
4 Tanda nama (RM2.50 x 40 orang) RM100.00
5 Roti ( RM2.00 X 45 ) RM90.00
6 AIR MINERAL ( RM2.00 X 45) RM90.00
7 LAIN-LAIN RM65.00
6 JUMLAH RM 1400.00
Kekuatan 1. Diiringi guru-guru yang berpengalaman
program 2. Mendapat pendedahan yang diperlukan di MRSM Beseri
Kelemahan 1. Tidak dapat membawa kesemua 58 orang murid untuk bersama
program 2. MRSM Beseri terlibat dengan program bersama Raja Perlis menyebabkan
keadaan agak kelam kabut.
Cadangan 1. Membawa kesemua murid tahun 6.
penambahbaikan 2. Murid didedahkan dengan pelbagai soalan untuk diajukan ke tempat yang
dilawati.
Penutup Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana pihak MRSM Beseri telah
memberi pelbagai pendedadahan berkaitan cara kemasukan, sistem
pembelajaran dan situasi sebenar di situ.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
………………………… …………………………… ……………………………..
(FARIKHAH BINTI MOHAMMED SAID) (SANURI BIN OTHMAN) (CHE NOH BIN AHMAD)
Guru Kaunseling PK HEM Guru Besar
SK Langkasuka SK Langkasuka SK Langkasuka
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA,
06900 YAN,
KEDAH
LAPORAN BERGAMBAR
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MRSM BESERI DAN PADANG BESAR, PERLIS
10 APRIL 2019