PANDUAN
COPYWRITING
UNTUK NEWBIE
PENTING KE COPYWRITING DALAM
PERNIAGAAN KITA ?
KANDUNGAN
Kepentingan copywriting
yang berkesan untuk perniagaan online
Ciri-ciri yang menjadikan
copywriting itu hebat.
Bagaimana menulis copywriting seperti
seorang professional ?
Bagaimana hendak memotivasikan
orang untuk membeli ?
5 kesilapan utama
dalam copywriting dan bagaimana
hendak mengatasinya ?
7 langkah menulis copywriting yang
bagus
1) Kepentingan
copywriting yang
berkesan untuk
perniagaan online
Perniagaan online dan offline adalah
berlainan dari segi pendekatan kepada
bakal pembeli. Setuju ?
• Pada perniagaan offline, anda boleh tanya apa yang
pelanggan anda mahu. Anda boleh berikan apa yang
pelanggan anda itu mahu. Ia berbeza dari perniagaan online di
mana kita tidak tahu apa yang pelanggan itu mahu, jadi
maklumat melalui copywriting perlulah tepat dan menyeluruh
supaya pelanggan tahu apa yang anda jual.
• Dalam perniagaan offline, anda boleh tahu keadaan atau latar
belakang pelanggan. Jadi, anda boleh approach mereka
dengan menggunakan emosi dan cara yang sesuai bagi
memikat bakal pelanggan anda. Ia berbeza dari perniagaan
online di mana kita tidak tahu emosi semasa mereka yang
membaca copywriting. Maka, copywriting haruslah memiliki
tone dan nada yang sesuai untuk memikat mereka yang
membaca copywriting.
• Dalam perniagaan offline, pelanggan boleh nampak barang
yang mereka beli. Jadi, ia agak mudah untuk mereka
mengetahui keadaan sebenar barang yang mereka akan beli.
Berbeza dari perniagaan online, pelanggan tidak nampak
dengan jelas apa yang mereka beli. Jadi, copywriting yang
efektif perlu ada untuk menghuraikan kepada pelanggan
mengenai keadaan barang yang anda jual itu.
Copywriting yang efektif penting untuk ;
• Menyakinkan pelanggan anda untuk membeli dari
website anda.
• Membina hubungan dan kepercayaan dengan para
pelanggan anda.
• Memberitahu para pelanggan secara menyeluruh
barang yang anda jual dan keperluan ia untuk di
miliki oleh para pelanggan.
2) Ciri-ciri yang
menjadikan
copywriting itu
hebat.
Copywriting yang berkualiti adalah bukan terdiri dari
pemberitahuan apa yang mereka hendak jual sahaja. Ia
meliputi segala perkara yang boleh iaitu sejarah
penubuhan produk, pengalaman si pemilik produk,
pengalaman orang lain dan penulisan secara teliti
mengenai produk yang mereka jual itu. Setiap penulis
surat jualan memiliki beberapa idea sendiri untuk
melariskan produk yang mereka promosikan.
Bermula dari hati
Setiap perkataan yang di tulis hendaklah menyentuh hati
dan perasaan mereka yang membacanya.
Setiap kelebihan yang ada pada produk tersebut juga di
tulis dengan penuh ikhlas dan boleh membuatkan si
pembaca teruja untuk membeli produk yang di jual.
Mengikut kajian, pembeli yang membeli melalui online
adalah di sebabkan emosi, jadi penulisan copywriting yang
berkualiti mesti melibatkan emosi manusia.
Penulisan copywriting perlu
tidak terlalu formal
Anda tidak boleh terlalu formal ketika menulis copywriting, ia
haruslah di tulis seolah-olah anda sedang menceritakan
sesuatu pada prospek anda. Jangan pedulikan tatabahasa
kerana anda sedang menjual, bukannya mengambil
peperiksaan.
Berikut adalah tips penggunaan bahasa di dalam penulisan
copywriting.
• Gunakan bahasa yang tidak formal iaitu loghat tempatan
jika ia bersesuaian.
• Gunakan bahasa yang senang di fahami berbanding
menggunakan ayat yang rumit dan susah.
• Menggunakan peribahasa jika ia mampu memberi impak
kepada copywriting anda.
• Gunakan perkataan yang sempoi dan boleh memberi
perasaan teruja kepada para pembaca.
Walaubagaimanapun, di kala penggunaan bahasa yang
agak sempoi, pastikan anda periksa perkara berikut untuk
menjaga kredibilit anda sebagai penulis.
• Periksa ejaan surat jualan anda, pastikan tiada yang
tersilap ejaan pada surat jualan anda.
• Jangan gunakan terlalu banyak huruf besar kerana di
dalam minda pembaca, huruf besar bermakna anda
sedang menjerit. Tentu ia akan mengelirukan pembaca
yang menganggap anda selalu terjerit-jerit ketika mereka
membaca surat jualan anda.
• Jaga penggunaan tanda bacaan anda seperti tanda seru
dan tanda soal. Jangan biarkan pembaca tersalah anggap
dengan penulisan anda.
Panjang sesuatu copywriting
berdasarkan produk yang
hendak di jual
Copywriting panjang atau pendek ada kelebihannya yang
tersendiri. Cara untuk menentukannya adalah memastikan
apa yang anda tulis cukup panjang untuk menerangkan
apa yang anda jual. Namun, jika sesuatu produk itu agak
mahal, copywriting biasanya akan lebih panjang
disebabkan pelanggan akan lebih teliti dalam melakukan
pembelian.
Kelebihan bagi copywriting yang panjang
• Lagi banyak maklumat yang tertulis dan pembeli lebih selesa
untuk membeli di sebabkan maklumat yang terlebih cukup.
• Maklumat yang diberi sudah cukup dan pelanggan tidak akan
menganggu anda melalu whatsapp untuk bertanyakan soalan.
Kelebihan bagi copywriting yang pendek
• Pelanggan boleh menangkap apa yang anda jual sebelum
mereka hilang fokus.
• Website anda lebih cantik dan kemas.
• Tidak kelihatan seperti copywriting yang terlalu hype.
Siapa yang paling sesuai untuk menulis copywriting anda ?
Orang yang paling sesuai untuk menulis copywriting bagi
produk anda adalah anda sendiri. Berikut adalah alasan kenapa
andalah yang paling layak untuk melakukan tugas copywriter ini
berbanding orang lain
1. Anda tahu perniagaan anda lebih baik dari orang lain.
2. Anda tahu jenis pelanggan yang anda target dan apa yang
anda perlu terangkan pada pelanggan mengenai produk anda.
3. Anda sangat yakin dengan kebolehan produk anda dan ia
akan memberi lebih impak dalam copywriting.
4. Anda mahu pelanggan mengenali anda bukannya orang lain
melalui copywriting.
Namun, kebanyakan usahawan tidak ada masa untuk menulis
surat jualan bagi produk mereka. Jadi, mereka akan mengupah
freelance copywriter untuk melakukan tugas bagi pihak mereka.
Anda boleh upah freelance tetapi anda perlu pastikan
copywriter anda itu ada perkara berikut
• Semua maklumat mengenai produk anda.
• Telah menguji kehebatan produk anda iaitu tahu mengenai
selok belok produk anda.
• Surat jualan yang di tulis copywriter membuatkan anda sendiri
teruja untuk membeli.
• Rekod perkhidmatan adalah cemerlang.
3) Bagaimana
menulis
copywriting
seperti seorang
professional ?
1. Lakukan kajian sepenuhnya terhadap
produk yang anda hendak tulis.
Jika anda tidak yakin akan kelebihan yang ada pada produk
anda, surat jualan anda akan kurang impaknya. Anda perlu
yakin akan kelebihan produk anda.
2. Belajar perbezaan antara faedah dan
apa yang produk itu mampu lakukan.
Prospek lebih berfikir untuk mengetahui apa yang produk
anda mampu berikan pada mereka berbanding apa yang
produk tersebut mampu lakukan. Anda perlu pikat pengguna
melalui kelebihan produk berdasarkan apa yang produk anda
mampu lakukan.
Contohnya televisyen membolehkan anda untuk menonton
rancangan-rancangan yang menarik. Namun, mereka tidak
terpikat dengan apa tugas televisyen tetapi mereka lebih
terpikat untuk mengetahui faedah televisyen kepada mereka.
Adakah produk anda akan menjadikan mereka lebih kaya, lebih
kacak, lebih cantik, lebih kurus, lebih tenang dan sebagainya.
Berikut adalah contoh bagi produk IM
Produk = Internet Marketing
Apa yang produk ini mampu lakukan = bekerja di rumah.
Kelebihan produk ini = masa kerja yang fleksibel dan
membolehkan anda meruangkan lebih masa untuk bersama
anak-anak.
Anda perlu pikat pengguna melalui kelebihan produk
berdasarkan apa yang produk anda mampu lakukan.
3. Latihan membentuk kesempurnaan.
Copywriting yang hebat tidak terjadi dalam masa satu malam.
Ia perlukan masa dan pengalaman. Setiap hari, anda cuba tulis
surat jualan untuk produk anda atau untuk produk affiliate.
Asah bakat anda pada setiap hari.
4. Biasakan diri untuk edit copywriting
yang anda tulis.
Baca berulang kali dan cuba cari kesalahan yang ada pada
copywriting anda. Jadi jujur pada diri sendiri. Setiap ayat dan
ungkapan yang anda tulis perlulah ada tujuan. Jika anda
nampak apa-apa kesalahan yang ada pada copywriting anda,
jangan halang diri anda dari delete tulisan tersebut
5. Tingkatkan kredibiliti copywriting anda.
Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibilit
copywriting anda
• Testimoni yang berkualiti tinggi dan benar.
• Masukkan kes study bagi produk anda untuk membuktikan
kelebihan bagi produk anda.
• Masukkan bonus bagi pembelian produk anda
• Jaminan wang di kembalikan.
6. Bayangkan bakal pelanggan anda.
Copywriting haruslah berbentuk peribadi untuk memberi
tanggapan yang baik kepada pembaca copywriting. Intonasi
dan penggunaan ayat haruslah seperti anda sedang bercakap
secara berhadapan dengan pelanggan. Selain itu, anda harus
dapat membayangkan jenis emosi yang ada pada manusia
yang akan membaca copywriting anda. Anda perlu bayangkan
prospek pelanggan anda.
Sebagai panduan, anda tanya soalan berikut pada diri anda
• Berapa umur pelanggan anda?
• Adakah mereka bekerja?
• Apa yang mereka lakukan?
• Adakah mereka lelaki atau perempuan?
• Barapa banyak masa mereka akan online?
• Berapa pendapatan mereka?
• Tahap pelajaran mereka?
• Apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa.
• Berapa ramai anak mereka ada? Berapa umur anak-anak
mereka ?
• Adakah mereka mempunyai rumah sendiri?
• Adakah mereka mempunyai halaman rumah yang luas.
Ia hanyalah soalan contoh sahaja. Anda boleh cetuskan
soalan yang releven dengan produk anda sahaja. Luangkan
masa untuk mengetahui latar belakang pelanggan anda.
4) Bagaimana
hendak
memotivasikan
orang untuk
membeli?
Copywriting yang tiada motivasi untuk membeli
adalah copywriting yang sia-sia. Penggunaan
perkataan dan konsep penceritaan perlulah
sesuatu yang boleh membangkitkan perasaan
teruja untuk membeli produk anda.
1) Psikologi membeli.
Pelanggan anda perlu percaya bahawa produk anda akan
memberi tambah nilai dalam kehidupan mereka. Di dalam
copywriting, anda perlu senaraikan segala faedah iaitu apa
yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika mereka
membeli produk anda. Antara contoh faedah ialah :
• Jimat wang.
• Jana pendapatan lebih.
• Membuatkan hidup lebih mudah.
• Menjadikan diri mereka lebih menarik, cantik , kurus, dan
sebagainya.
2) Tulis sebagai pembaca.
Ketika menulis copywriting, anda letakkan diri anda sebagai
pembaca. Apa yang diri anda sebagai pelanggan mahukan,
anda masukkan di dalam copywriting. Tenggelamkan diri anda
dalam masalah-masalah pelanggan dan wujudkan
penyelesaian melalui produk anda. Strategi yang bagus
adalah ambik tahu apa yang pelanggan anda sedang
usahakan dan tunjukkan pada mereka bahawa produk anda
mampu membantu mereka untuk melakukannya dengan lebih
baik.
3) Takutkan pelanggan.
Copywriting anda akan lebih efektif jika anda
masukkan elemen takut jika tidak membeli produk
anda. Ia lebih memberi impak dari menulis sesuatu
untuk memaksa orang membeli produk anda.
4) Wujudkan pihak ketiga.
Untuk menjadi jurucakap bagi produk anda.
Contonya adalah kajian kes bagi keberkesanan
produk anda dan testimoni dari pembeli sebelum ini.
5) Jadikan ia seperti perbualan.
Tanya mereka soalan dan berikan jawapan yang
terbaik untuk soalan rekaan anda itu. Perbualan akan
menjadikan pembaca untuk terus membaca kerana
mereka terasa seperti mereka terlibat dengan produk
anda.
5) Lima kesilapan
utama dalam
copywriting dan
bagaimana hendak
mengatasinya?
1. Copywriting yang menggunakan ayat
terlalu complicated
Pembeli tidak suka berfikir, mereka mahukan sesuatu
maklumat adalah dalam bentuk straigtforward. Jadi, anda
jangan masukkan ayat atau ungkapan yang boleh
mengelirukan pembaca.
2. Memberitahu apa yang produk mampu
lakukan
Jangan terlalu highlight fungsi produk anda. Cukup sahaja
dengan penerangan umum dan lebihkan pada faedah produk
anda. Apa yang produk itu mampu lakukan untuk
menyenangkan si pembeli tadi.
3. Meletakkan button BUY NOW tanpa
arahan susulan
Kebanyakan copywriting hanya menyatakan beli produk ini
sekarang dan sebagainya tetapi mereka tidak menunjukkan
cara untuk membeli. Anda perlu mempersilakan pembaca
surat jualan anda untuk melakukan pembayaran bagi
mendapatkan produk anda.
4. Tiada konsistensi
Copywriting anda perlu konsisten. Ini bermakna jika headline
anda mantap, ayat-ayat di dalam surat jualan anda juga perlu
mantap. Teruskan momentum ayat headline anda dengan
menggunakan ayat-ayat yang sentiasa menarik.
5. Biarkan pembaca berfikir
Jangan terlalu penuhkan page minisite anda dengan maklumat
sehingga menyusahkan pembaca untuk membaca maklumat
yang anda ingin sampaikan. Susun perenggan dengan teliti.
Jarakkan ruang yang mencukupi antara perkataan untuk
membolehkan pembaca membaca dengan mudah. Gunakan
tulisan yang sesuai untuk di baca
6) 7 langkah
menulis
copywriting yang
bagus
1. Pastikan anda kenal target pasaran anda.
Jika produk anda niche ibu bapa, tulis surat
jualan seperti anda bercakap kepada ibu
bapa.
2. Tulis semua faedah produk anda.
3. Kesan masalah semasa yang perlu di
selesaikan dan apa yang produk anda
mampu lakukan untuk menyelesaiakan
masalah tersebut.
4. Kenapa masalah yang membelenggu
mereka masih tidak selesai walaupun
mereka telah berusaha bermacam-macam
cara, kesan masalah ini dan kaitkan
penyelesaian dengan produk anda.
5. Tulis kemungkinan yang ada. Ia
bermaksud jika mereka membeli produk
anda, apa kemungkinan yang terjadi pada
diri mereka.
6. Perbezaan ketara. Tunjukkan produk
anda mampu memberi perbezaan yang
ketara pada pembeli. Di sini masukkan
kajian kes dan testimoni.
7. Tunjukkan pada pembeli cara hendak
membeli produk anda.
Copywriting yang baik dan
menarik akan membuatkan
bakal pembeli teruja untuk
dapatkan produk atau
servis anda.
Oleh itu, jangan pandang
sebelah mata tentang
pentingnya copywriting
dalam perniagaan anda!
Follow Facebook : [Link]