0% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
241 tayangan5 halaman

Analisis Carta Mollier R134a dalam Penyejukan

Berdasarkan empat dokumen yang diberikan, saya merangkum: 1) Dokumen membincangkan penggunaan carta Mollier untuk menganalisis sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan, termasuk komponen dan prosesnya. 2) Dokumen kedua menganalisis beban haba untuk bilik sejuk sayuran dan daging, termasuk fabrik, cahaya, dan penghuni. 3) Dokumen ketiga menjelaskan graf keseimbangan untuk merekab

Diunggah oleh

mohamad hafiz
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
241 tayangan5 halaman

Analisis Carta Mollier R134a dalam Penyejukan

Berdasarkan empat dokumen yang diberikan, saya merangkum: 1) Dokumen membincangkan penggunaan carta Mollier untuk menganalisis sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan, termasuk komponen dan prosesnya. 2) Dokumen kedua menganalisis beban haba untuk bilik sejuk sayuran dan daging, termasuk fabrik, cahaya, dan penghuni. 3) Dokumen ketiga menjelaskan graf keseimbangan untuk merekab

Diunggah oleh

mohamad hafiz
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1.

Satu sistem penyamanan udara kenderaan yang menggunakan gas R

134a mempunyai tekanan mutlak sedutan 30 psia dan tekanan mutlak nyahcas
180 psia. Dengan bantuan carta Mollier ( Lampiran 1) yang diberikan, tentukan
tiap-tiap yang berikut :

a. Plotkan pada carta Mollier R 134a yang disediakan.


b. Kirakan yang berikut :

i. Kesan Penyejukan

ii. Haba Mampatan

iii. Haba yang disingkirkan oleh Pemeluwap


iv. Pekali kecekapan

c. Apakah kegunaan carta Mollier pada sistem penyamanan udara atau


penyejukbekuan yang kerap dilakukan oleh seseorang pengamalnya.

d. Namakan komponen utama dan proses yang berlaku pada carta Mollier di
atas.

e. Penyimpanan bahan makanan melalui system penyejukan terbahagi


kepada 3 kategori secara umumnya. Senaraikan kategori tersebut.
2.

Keperluan : Sebuah bilik sejuk


Ukuran luar : 500 cm (P) x 450 cm (L) x 3000mm (T)
Ukuran dalam : 4.91m (P) x 3.41 m (L) x 2.91 m ( T)

Penebat : Expanded polyurethane dengan ketebalan 90mm,


Faktor k = 0.026w/m.K

Suhu Operasi
Suhu bilik sejuk : 5°C DB (90%RH ~95% RH)
Suhu sekeliling :30 °C DB & 50 % RH

Produk : Sayur-sayuran

Data-data tambahan
Penggunaan bilik yang kerap( heavy service and heavy air change load )
Pencahayaan : 22 W/m2
Manusia : seorang pekerja bertugas selama 8 jam sehari
Kipas evaporator : 250 Watt x 2 unit ( beroperasi berterusan )

Data 1

a. Berdasarkan data di atas, anda dikehendaki untuk mengira :

i. Beban puncak dan beban harian bagi Fabric Heat Gain

ii. Beban puncak dan beban harian bagi Air Infiltration

iii. Beban puncak dan beban harian bagi Lighting

iv. Beban puncak dan beban harian bagi Occupancy

v. Beban puncak dan beban harian bagi Fan


b. ½ Tonne daging yang telah diproses bersuhu 4°C disimpan dan disejuk
beku kepada suhu akhir -25°C. Kirakan beban haba daging tersebut.

Haba tentu sebelum beku(specific heat above freezing) = 3.14 kJ/kg.K


Haba tentu selepas beku (specific heat above freezing) = 1.67 kJ/kg.K
Haba pendam ( latent heat of fusion ) = 228 [Link]
Suhu beku daging ( freezing point ) = - 0.5°C

Data penyimpanan daging

i. Kuantiti haba sebelum beku

ii. Kuantiti haba pendam semasa proses pemejalan

iii. Kuantiti haba selepas beku

iv. Jumlah kuantiti haba


3. Berdasarkan graf keseimbangan dibawah ini, dselesaikan soalan yang berikut :

Capacity (kW)

A B

C E
D
Temperature (°C)
X

Rajah 1

a. Namakan garisan yang ditunjukkan pada plot graf diatas

i. A
ii. B
iii. C
iv. D
v. E

b. Apakah yang dimaksudkan dengan jarak X dan diberikan rumus bagi


mendapatkan nilai bagi X.

c. Dalam aktiviti kerja merekabentuk sebuah bilik sejuk, mengapakah graf


diatas perlu digunakan.

d. Apakah maksud plant atau logi.


e. Terangkan perbezaan antara kapasiti unggul dengan kapasiti sebenar
f. Kirakan masa larian baru compressor jika anggaran beban penyejukan
yang dibuat ialah 12400 W dan masa larian yang ditetapkan 16 jam,
sementara imbangan melalui graf menunjukkan kapasiti sebenar adalah
11.85kW.

4. 15000 kg manggis perlu disejukkan dari 25°C ke 10°C. Manggis tersebut


dimuatkan ke dalam kotak plastik yang dibalut sekelilingnya dengan plastik
foamed. Berpandukan data dibawah, anda dikehendaki menyelesaikan soalan
berikut .
i. Setiap kotak memuatkan 12 kg manggis, berat tentu satu kotak 0.28kg
dan haba tentu kotak plastik 0.034kJ/kg.K
ii. Haba tentu plastic foamed ialah 0.026kJ/kg.K dan berat yang digunakan
untuk setiap 20 kotak ialah 2.75kg
iii. Haba tentu manggis 0.289kJ/kg.K
iv. Haba respirasi manggis 0.045kJ/kg.K

a. Kirakan jumlah dan berat keseluruhan kotak yang digunakan.

b. Kirakan haba yang perlu disingkirkan dari kotak

c. Kirakan haba respirasi yang perlu disingkirkan dari buah manggis


tersebut?

d. Kirakan haba yang perlu disingkirkan dari plastik foamed.

e. Apakah yang dimaksudkan dengan haba respirasi.

f. Sebelum terciptanya sistem penyejukan, masyarakat di dunia


menggunakan kaedah yang tersendiri untuk menyimpan makanan.
Senaraikan 5 kaedah penyimpanan dan terangkan keburukan yang
dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai