BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NIK NUR IDDAYA BINTI ZURIZA
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS KOTA BHARU / PISMP
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Mudahkan Jangan Susahkan
2. Pengarang: Syed Alwi Alatas
3. Tahun
2012
diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Hasil karya motivasi Islam ini dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang
dilalui penulis dan orang terdekat beliau, juga kisah tauladan dari sirah,
zaman silam dan selainnya. Kesemua kisah tersebut mengandungi
tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia memperingatkan kita
tentang kesukaran dan kemudahan.
Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu
perkara itu mudah walaupun terkadang ada perkara susah yang perlu
dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan, perkara yang
tidak suka dilakukan jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-
pengalaman baru dalam hidup kita. Lantaran ia akan dapat dilalui
dengan lebihmudah.
Sungguhpun demikian, bukan semua perkara boleh kita pandang
mudah. Perkara tentang dosa pahala, halal haram bukan perkara yang
boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-mudahkan. Contoh sudah
Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan
jadi tiga, dua dan sebagainya. Kalaupun menjadi dua rakaat pada
keadaan tertentu keadaan yang membolehkan solat qasar.
Ada kalanya, kita mempunyai sikap terlalu memikirkan perkara yang
belum tentu kita lalui. Terkadang memikirkannya secara berlebihan
mendatangkan keburukan kepada kita seperti terlalu risau kalau sakit,
kalau rumah dimasuki pencuri, kalau gagal dalam peperiksaaan dan
sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi. Untuk itu
kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada
Allah.
Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,
perlu memudahkan urusan orang lain seperti kita suka orang lain
memudahkan urusan kita. Nah! pada detik membaca bahagian ini saya
terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah
birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya, namun dari satu
sudut yang lain prosedur yang adakala menyusahkan itu ada pula
kebaikannya.
Ada masanya dalam kehidupan kita, kita terpaksa melalui kesusahan.
Kita perlu lalui kesusahan itu tanpa kompromi. Dalam keadaan-keadaan
tertentu Allah menguji kita dengan kesusahan, pasti mereka yang
bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh Allah
SWT. Pada saat kita ditimpa sesuatu, mari kita sama-sama tanamkan
pertahanan bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang
berlimpah-ruah. Pada satu ketika yang lain kita diberi dengan
kesenangan, bolehkah kita bersyukur? Jadi mungkin ada lebih baiknya
kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.
Ringkasnya, kesusahan yang Allah berikan pada kita, ternyata
bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya. Dengan itu,
yakinlah dengan pertolongan Allah. Amalkan doa supaya Allah tidak
menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan kita dan cuba kita renung-
renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa siri
kesedihan dan kedukaan, itulah tanda Allah sedang berkomunikasi
dengan kita dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang
keemasan ini dengan tabah dan redha.
6. Manfaat/
Kita perlu tanamkan dalam diri ini semangat “Aku boleh! Dengan
pengajaran yang
diperoleh bantuan Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan
daripada buku mudah”. Tiada halangan yang besar melainkan diri kita sendiri.
yang dibaca:
7. Tandatangan: NIK NUR IDDAYA BINTI ZURIZA