RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Mata pelajaran/ Kelas Reka Bentuk dan Teknologi/ 4 Inovatif
Tajuk/Tema Sains Rumah Tangga
Tarikh 20.8.2017
Masa 9.00-10.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid 25 orang
Standard Kandungan 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan
Standard 6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik,
Pembelajaran pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit,
kapur tukang jahit, perentas jahitan, jarum peniti dan jarum jahit
tangan.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;
i. mengenal pasti sekurang-kurangnya empat alatan jahitan
dengan betul,
ii. menyatakan sekurang-kurangnya tiga kegunaan bahan
jahitan dengan betul,
iii. membanding beza ciri-ciri fabrik dengan betul secara
berkumpulan.
Elemen Merentasi Kemahiran Interpersonal
Kurikulum (EMK) Keusahawanan
Nilai Murni
Kemahiran PdP A21 Kreativiti dan Inovasi
Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
Bahan Bantu Belajar Gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih,
(BBB) kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, perentas jahitan, jarum
peniti dan jarum jahit tangan, contoh fabri, klip video, Projektor LCD,
komputer riba, slaid Powerpoint, lembaran kerja
Strategi/ Kaedah/ Berpusatkan guru, berpusatkan murid, sumbang saran, penerangan
Teknik
1
Penilaian Pengajaran Penilaian hasil kerja murid, iaitu:
dan Pembelajaran i. membulatkan dua jenis fabrik yang terdapat dalam petikan
(Petikan)
ii. menyatakan tiga fungsi alatan jahitan untuk membuat artikel
jahitan menggunakan soalan kuiz bertulis (Kuiz Bertulis)
Refleksi
(Dilengkapi selepas
sesi PdP)
2
LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH/ KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN
MASA PEMBELAJARAN
SET Menyatakan alatan 1. Guru menayangkan video EMK:
INDUKSI jahitan asas yang animasi Powtoon tentang Nilai Murni: Teliti
(5 MINIT) digunakan dalam artikel jahitan kepada Kreativiti/Inovasi:
penghasilan artikel murid. memberi idea
jahitan. 2. Murid meneliti artikel Keusahawanan:
jahitan yang ditayangkan Berusaha
dalam slaid. KMMT: Literasi
3. Murid memberikan Maklumat
pendapat tentang jenis Interpersonal:
alatan jahitan asas yang Dapat
digunakan dalam berkomunikasi
Petikan daripada
penghasilan artikel dengan guru
Powtoon bertajuk
jahitan. BBB: Video animasi
Menghias Artikel Jahitan
4. Guru mengulas jawapan Powtoon tentang
murid dan mengaitkan artikel jahitan
jawapan murid dengan Teknik: Sumbang
tajuk pengajaran hari ini. saran
LANGKAH 1 Mengenal pasti alatan 1. Guru menunjukkan dan EMK:
(20 MINIT) jahitan seperti gunting menerangkan pelbagai Nilai Murni: Teliti
kertas, gunting fabrik, fungsi alatan jahitan serta Kreativiti/Inovasi:
pembaris lurus dan pita kesesuaiannya untuk Berfikir secara
ukur. digunakan dalam artikel kritikal
jahitan. Keusahawanan:
2. Murid meneliti alatan Berusaha
jahitan yang ditunjukkan KMMT: Literasi
dari segi bentuk dan TMK
fungsinya. Interpersonal:
3. Guru memilih beberapa Dapat
orang murid secara rawak berkomunikasi
3
dengan menggunakan dengan guru dan
‘Roda Nama Murid’. rakan-rakan
4. Murid yang dipilih perlu BBB:
mengenal pasti dan -alatan jahitan
memilih sekurang- seperti gunting
kurangnya empat kad kertas, gunting
gambar alatan jahitan fabrik, pembaris
yang sesuai digunakan lurus dan pita ukur.
untuk membuat artikel -‘Roda Nama Murid’
jahitan dalam ‘Kotak Ajaib’ -‘Jadual Alatan
dengan betul. Jahitan Saya’
5. Murid perlu melekatkan -‘Kotak Ajaib’
kad gambar alatan jahitan -Kad Gambar
yang telah dikenal pasti Strategi:
pada fungsinya yang Berpusatkan murid
terdapat dalam ‘Jadual dan penerangan
Alatan Jahitan Saya’.
LANGKAH 2 Membuat banding beza 1. Murid dibahagikan kepada EMK:
(20 MINIT) ciri-ciri fabrik empat kumpulan. Nilai Murni:
menggunakan peta i- 2. Guru menunjukkan dan Kerjasama
Think. menerangkan pelbagai Kreativiti/Inovasi:
jenis benang serta Berfikir secara
fungsinya untuk jahitan. kritikal
3. Guru menayangkan video Keusahawanan:
bertajuk ‘Mengenal Jenis Berdaya saing
Fabrik’. KMMT: Literasi
4. Setiap kumpulan perlu Media
menyatakan semula Interpersonal:
sekurang-kurangnya tiga Dapat
kegunaan bahan jahitan berkomunikasi
iaitu benang dan fabrik dengan rakan-rakan
dengan betul secara lisan. dan guru
4
5. Setiap kumpulan perlu BBB:
membuat banding beza -Video ’Mengenal
tentang ciri-ciri fabrik Jenis Fabrik’.
menggunakan peta i- -Benang kapas,
Think yang berwarna – benang jahitan
warni.
6. Guru membuat Strategi:
perbincangan dan berpusatkan murid
mengulas jawapan murid.
PENILAIAN Penilaian 1. Murid diberikan satu EMK:
(10 MINIT) petikan tentang ‘Jenis Nilai Murni: Teliti
Fabrik untuk Kreativiti/Inovasi:
Menghasilkan Pakaian Membuat keputusan
Tradisional Kaum Cina, dan mengenal pasti
India dan Melayu’. Keusahawanan:
2. Murid dikehendaki Berusaha
membulatkan dua jenis Interpersonal:
fabrik yang terdapat Dapat
dalam petikan dengan berkomunikasi
betul. dengan rakan-rakan
3. Murid diminta menjawab dan guru
kuiz bertulis iaitu Penilaian: Petikan
menyatakan tiga fungsi dan soalan kuiz.
alatan jahitan yang Strategi:
digunakan untuk membuat
artikel jahitan ‘Sarung
Buku’.
4. Guru menilai dan
mengulas jawapan murid.
PENUTUP Rumusan 1. Murid secara rawak EMK:
(5 MINIT) diminta merumus Nilai Murni:
5
pelajaran hari ini. bekerjasama dan
2. Guru mengulas jawapan berhati-hati
murid dan mengingatkan Kreativiti/Inovasi:
murid tajuk pelajaran akan Merumus
datang dan membuat Keusahawanan:
persediaan awal. berusaha
3. Murid diminta Interpersonal:
menyediakan artikel Dapat
jahitan yang berkomunikasi
menggunakan mata dengan guru dan
jahitan tangan seperti rakan-rakan
jahitan kia, jelujur kasar Strategi:
dan jelujur halus pada berpusatkan guru
kelas akan datang.
6
REFLEKSI
Tugasan kerja kursus Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah telah meminta
saya untuk menghasilkan satu penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan membina
Bahan Bantu Mengajar (BBB) secara individu. Tugasan ini perlulah berpaksikan satu tajuk
daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT tahun 4 atau 5. Untuk
tugasan ini, saya memilih Standard Kandungan tahun 4 sebagai panduan penghasilan RPH.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu telah saya
peroleh. Kedua-dua tugasan ini juga telah memberi nilai tambah kepada diri saya baik dalaman
ataupun luaran.
Bagi tugasan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian untuk pengajaran mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), saya telah memilih Standard Kandungan 6.1
Menghasilkan Artikel Jahitan sebagai inti pati RPH ini. Standard Pembelajaran pula ialah 6.1.2
Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda
surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, perentas jahitan, jarum peniti dan jarum
jahit tangan dan 6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang. Dengan
bimbingan pensyarah iaitu Puan Zaleha, saya telah mengorak selangkah ke hadapan dalam
membina objektif pengajaran berdasarkan Standard Pembelajaran 6.1.2 dan 6.1.3. Objektif
tersebut ialah mengenal pasti sekurang-kurangnya empat alatan jahitan dengan betul,
menyatakan sekurang-kurangnya tiga kegunaan bahan jahitan dengan betul dan membanding
beza ciri-ciri fabrik dengan betul secara berkumpulan. Untuk melaksanakan Langkah 2
Rancangan Pengajaran Harian, Bahan Bantu Belajar (BBB) berbentuk video pengajaran telah
saya bina selaras dengan kehendak soalan. Video ini bertajuk ‘Mengenal Jenis Benang dan
Jenis Fabrik’. Isi kandungan video ini ialah pengenalan tentang jenis-jenis benang dan
fungsinya serta jenis-jenis fabrik dan cirinya.
Antara kelebihan yang diperoleh daripada penghasilan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) dan Bahan Bantu Belajar (BBB), saya dapat melatih diri untuk membuat persediaan
pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Walaupun mata pelajaran ini
hanyalah bidang elektif saya, namun saya sedar akan peri pentingnya kemahiran untuk
membina RPH dan BBB yang baik. Latihan awal ini akan membiasakan saya apabila berada di
sekolah kelak. Selain itu, penghasilan RPH juga menyedarkan saya bahawa seseorang guru
perlu mempunyai perancangan pengajaran yang sistematik dan tersusun agar objektif
pengajaran tercapai. Sikap sambil lewa seperti tidak menyediakan RPH sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dijauhi segera agar sesi PdP berlangsung dengan
7
baik. Tambahan lagi, tugasan untuk membina BBB berbentuk video pengajaran telah
memberikan satu suntikan semangat kepada saya sebagai bakal guru. Saya telah memperoleh
pelbagai kemahiran menyunting dan merakam video pengajaran lebih-lebih lagi dari aspek
kajian fabrik. Memandangkan video ini berkisarkan jenis fabrik dan benang, saya juga telah
memperoleh maklumat secara tidak langsung semasa membuat rujukan dan pembacaa. Pada
masa yang sama, tugasan menghasilkan BBB juga memberi kelebihan kepada saya terutama
dari aspek kreativiti. Untuk menghasilkan satu video pengajaran yang baik, sudah tentu
pelbagai idea perlu diolah dan diadun bersama. Sepanjang proses pembinaan video BBB, saya
mencabar diri untuk berfikiran lebih ke hadapan dan meningkatkan daya kreativiti diri. Hasilnya,
saya berjaya menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti audio, grafik dan narasi
dalam video pengajaran yang saya hasilkan. Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak
kemaslahatan untuk karier saya sebagai seorang guru.
Setiap kelebihan pasti ada cacat celanya. Justeru, sepanjang pelaksanaan tugasan ini,
saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik dengan segera.
Antaranya ialah saya tidak mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam
penghasilan RPH. Sebaliknya, saya hanya menggunakan beberapa jenis teknik dan strategi
seperti sumbang saran, penerangan dan sebagainya. Isu ini mungkin timbul disebabkan oleh
gaya pemikiran saya yang agak terhad dan mengecilkan skop aktiviti pembelajaran. Sebagai
usaha menambah baik mutu RPH, saya akan memvariasikan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran dalam RPH yang akan saya hasilkan. Inisiatif ini tentunya akan melancarkan
sesi PdP dan menjadikannya lebih menyeronokkan. Selain itu, antara kelemahan yang dapat
dilihat ialah saya tidak menggunakan pelbagai perisian untuk menghasilkan Bahan Bantu
Belajar berbentuk video pengajaran. Antara perisian yang digunakan ialah Filmora. Apabila
tidak menggunakan pelbagai perisian penyuntingan, video yang dihasilkan kurang menarik.
Oleh itu, sebagai langkah menambah baik kualiti video, saya akan menggunakan perisian
penyuntingan lain seperti Adobe Premier untuk menghasilkan video pengajaran yang menarik.
Pelbagai teknik penyuntingan baharu boleh diimplimentasikan melalui perisian ini sekali gus
menjadikan video ini lebih ceria dan berjaya menambat hati murid.
Kesimpulannya, saya berharap agar tugasan menghasilkan RPH dan BBB berbentuk
video pengajaran akan membantu saya untuk menjadi seorang guru Reka Bentuk dan
Teknologi yang kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, saya sedar bahawa sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih baik dengan adanya perancangan yang sistematik
dan bahan pengajaran yang terkini.
8
9
LAMPIRAN
SET INDUKSI
Gambar 1.0 Petikan daripada Powtoon bertajuk Menghias Artikel Jahitan yang
ditayangkan kepada murid
LANGKAH 1
Gunting Fabrik Pita ukur Pembaris lurus
Gambar 2.0 Antara kad gambar alatan jahitan
10
Gambar 3.0 Roda Nama Murid yang digunakan untuk memilih murid secara rawak bagi
mengenal pasti alatan jahitan
Gambar 4.0 Kotak Ajaib yang mengandungi kad gambar untuk murid kenal pasti empat
alatan jahitan dan memilihnya dengan betul
11
JADUAL ALATAN JAHITAN SAYA
ALATAN JAHITAN
(Tampalkan gambar alatan jahitan betul FUNGSI ALATAN JAHITAN
mengikut fungsinya)
- Digunakan untuk menggunting fabrik
sahaja
- Dibuat daripada keluli tahan karat
- Panjang yang biasa digunakan ialah 20
cm
-Digunakan untuk mengambil ukuran
badan dan mengukur garisan lengkung
pada pola.
-Boleh juga dijadikan ruler apabila
merenggangkannya
-Digunakan untuk membuat garisan lurus
pada pola atau untuk melakar pola di
atas kain.
-Biasanya berukuran 100cm/1m
Jadual 1.0 Murid melekatkan gambar alatan jahitan yang dipilih pada ruangan alatan
jahitan mengikut fungsinya
12
LANGKAH 2
PENGGUNAAN VIDEO BERTAJUK ‘MENGENAL JENIS FABRIK DAN JENIS BENANG’
13
Gambar 5.0 Peta i-Think yang perlu dihasilkan oleh murid untuk membanding beza ciri-
ciri fabrik
PENILAIAN
PETIKAN BERTAJUK ‘JENIS FABRIK UNTUK MENGHASILKAN PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM CINA, INDIA DAN MELAYU’.
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum keranan memiliki majoriti kaum Cina,
India dan Melayu. Kaum-kaum ini hidup bersatu padu bawah tampuk kepimpinan yang jitu.
Tahukah anda bahawa kaum-kaum ini memiliki identity tersendiri dari aspek pakaiannya? India
sinonim dengan sarinya, Cina dikenali dengan cheongsamnya dan Melayu akrab dengan baju
kurungnya. Selain itu, terdapat beberapa jenis lagi pakaian tradisional kepunyaan kaum-kaum
ini.
Pertama sekali ialah kaum Cina yang wajib memiliki satu sepersalinan Samfoo di setiap
rumah. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfoo merupakan
pakaian harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam' dan digemari oleh wanita-
wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh
wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
14
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
Kedua ialah kaum India yang tidak asing lagi dengan Kurta. Pakaian kurta ialah pakaian
tradisional bagi lelaki kaum india. Kurta ialah sejenis kemeja panjang yang sampai ke lutut yang
diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai
bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.
Bagi kaum Melayu pula, baju kurung Teluk Belanga atau baju kurung Johor menjadi
bualan ramai kerana keelokan potongan baju ini. Baju kurung Teluk Belanga adalah labuh dan
potongannya longgar kerana bahagian di rusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula
diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan belahan diletakkan di bahagian hadapan. Di
sekeliling bahagian tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut dikenakan bagi mengemas
dan memperkukuhkan jahitan di bahagian leher. Baju kurung Teluk Belanga dijahit labuh hingga
ke paras lutut dengan satu poket di sisi ataupun tanpa poket. Ia juga dipadankan dengan kain
sama ada kain batik, kain songket atau sutera. Kain ini diikat dengan ikatan bernama ‘ombak
mengaluri’ iaitu lipatan-lipatan yang terletak di bahagian rusuk kanan atau kiri. Baju kurung
Kedah juga menjadi kebanggan kaum Melayu kerana dipercayai berasal dari Selatan Thailand.
Baju ini direka berbentuk potongan bujur sireh di bahagian lehernya. Baju ini dipakai oleh kaum
perempuan sebagai pakaian harian di rumah. Baju kurung Kedah selalunya dperbuat daripada
fabrik kapas yang berbunga-bunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Pakaian ini
sesuai dipadankan dengan kain batik sarung atau kain pelikat.
Kesimpulannya, pakaian tradisional kaum Cina, India dan Melayu dihasilkan
menggunakan pelbagai jenis fabrik yang sesuai untuk si pemakainya.
15
LEMBARAN KERJA
16