Bahagian B
2. Untuk mencapai hasrat dan matlamat KSSR, stratergi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu perlu menekankan prinsip 5P.
a. Bincangkan perbezaan antara konsep penggabungjalinan dengan konsep
penyerapan dalam stratergi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.
Jawapan
Penggabungjalinan merupakan proses menggabungjalinkan beberapa kemahiran yang dapat
dikuasai serentak. Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan. Penyerapan pula
merupakan pengisisan kurikulum yang mengambil kira elemen merentas kurikulum, iaitu
unsur-unsur yang diserap dalam setiap mata pelajaran. Penyerapan ini mengandungi
pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat Malaysia
serta kemahiran berfikir, kemhairan menaakul dan kemahiran lain yang membolehkan murid
menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran bahasa.
b.
SP Tahun 4
3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca
dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Berdasarkan Standard Pembelajaran (SP) di atas, huraikan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang mengandungi penggabungjalinan dan penyerapan dalam
pembelajaran di bilik darjah.
Jawapan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menulis ulasan peristiwa
yang didengar dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Tema : keselamatan Jalan Raya
Tajuk : Kemalangan Jalan Raya
Penggabungjalinan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Penyerapan: Ilmu (Pendidikan Keselamatan Jalan Raya )
Nilai (bertolak ansur)
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan:
Set Induksi:
Murid melihat peristiwa kemalangan jalan raya melalui video yang ditayangkan.
Murid memberikan pendapat tentang video yang ditayangkan.
Langkah 1:
Perbincangan tentang keselamatan jalan raya.
Murid diperdengarkan berita kemalangan jalan raya melalui rakaman radio.
Langkah 2:
Menulis ulasan berita peristiwa kemalanagan jalan raya yang didengar dengan
menggunakan bahasa yang gramatis.
Langkah 3:
Menyampaikan ulasan yang ditulis dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.
Nyanyian lagu Keselamatan Jalan Raya