MODEL ASSURE
Pengenalan
Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan
objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai diperlukan untuk
membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Diharapkan
murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif pengajaran pada hari itu dapat
dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran
dengan berkesan dan murid menerima pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang
diajar oleh guru.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif
sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan
mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran dijalankan
berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan mudah menerima ilmu
yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan.
Model ASSURE
Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini
sangat meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media
instruksional secara sistematik.
Model ASSURE merupakan singkatan kepada:
Analyze Learners (Analisa pelajar)
Ciri pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu
mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan
pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat pelajar.
Analisa pelajar ini penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.
Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti
dahulu. Soalan seperti berikut boleh dijadikan panduan:
a. Siapa kumpulan sasar?
b. Apakah cirri-ciri mereka?
c. Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
d. Berapa lama tempoh perlaksanaan?
Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau berinteraksi
secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap, latar belakang,
aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk tertentu. Maklumat juga
boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi bekaitan beberapa soalan mudah berkaitan tajuk.
Guru juga dapat menentukan bahawa murid memperoleh maklumat samada daripada buku
rujukan atau pendedahan melalui majalah dan televisyen.
Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu
membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan
bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat
pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang
betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai
objektif pembelajaran tajuk tersebut.
State Objectives (Nyatakan objektif)
Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif
mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum
pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan
sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat. Yusup.
(2006).p.7. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai.
Objektif yang jelas mampu membantu guru fokus kepada yang sepatutnya dipelajari
dan dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kaedah dan bahan yang bersesuaian mudah dipilih
oleh guru kerana guru telah menetapkan objektif terhadap pengetahuan, kemahiran, dan
sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Secara langsung, objektif pengajaran amat penting untuk dicapai kerana ia memberi
panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu
juga pemilihan bahan bantu mengajar dalam aktiviti murid turut dapat membantu mencapai
objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilhan bahan, penetapan objektif dan pelaksanaan
pengajaran yang berkesan mampu mencapai objektif pengajaran sesuatu tajuk.
Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)
Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu cirri model ASSURE. Guru
perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam
menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan.
Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan
yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.
Memilih kaedah yang sesuai dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah
penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi,
pengenalan kepada konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru perlu mampu menarik
perhatian murid kepada set induksi yang berteraskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi boleh dijalankan sebagai satu kaedah mencungkil
pengetahuan yang baru.
Memilih media yang sesuai dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan faktor yang penting yang membolehkan mesej atau maklumat dapat disampaikan
dengan berkesan. Media yang sesuai seperti tayangan CD, televisyen, komputer dan gambar
statik. Media yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid.
ASSURE mencadangkan 5 prinsip dalam penggunaan media iaitu “preview” media,
memastikan media tidak bermasalah, menentukan lokasi, menentukan pelajar serta
memastikan media tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Penggunaan
media berdasarkan 5 prinsip di atas mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Walau bagaimanapun kos dan waktu pengajaran perlu diambil kira. Adakalanya
media yang bersesuaian dengan topik tidak dapat dipertontonkan pada waktu mata pelajaran
tersebut.
Memilih bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlu berpandukan kepada isi
pelajaran yang menjadi matlamat pembelajaran. Bahan yang boleh dipilih seperti buku teks,
carta, dan lembaran latihan.
Bahan yang tidak melibatkan pelajar secara aktif akan menyebabkan pelajar pasif
dan tidak efektif. Pemilihan dan penyediaan bahan yang kreatif dan mempu merangsang
pelajar dapat memupuk minat dan budaya berfikir. Oleh itu, penyediaan bahan mengikut
model ASSURE mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar. Hal ini amat diperlukan
dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif guru.
Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses
pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet dalam menyediakan bahan
adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh menggunakan ninternet semasa
mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga boleh diaplikasikan.
Pemilihan dan penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Namun begitu dalam
pemilihan dan penggunaan bahan dan media, guru perlu memastikan kesesuaian dengan
pengalaman sedia ada murid. Sekiranya murid tidak pernah melayari internet, sekiranya
pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan dan menjdai bosan.
Walaupun pelbagai media boleh digunakan, guru perlu mempertimbangkan media
yang sesuai seperti tayangan CD kerana ia lebihb menarik dan mampu memberi gambaran
sebenar dan jelas tentang sesuatu tajuk. Oleh itu guru perlu bersedia dengan pilihan lain
seperti rakaman atau siaran tertunda.
Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet, e-learning, online learning,
laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan. Namun begitu kawalan, ubah suai,
tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan agar sesuai dengan situasi semasa.
Require learner and participation (Tindak balas pelajar)
Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan
projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan tingkah laku murid.
Contohnya aktiviti melabel berdasarkan bahagian-bahagian pokok, nama bandar, nama
haiwan, dan peta Malaysia. Aktiviti ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid.
Ini kerana murid mempelajari sesuatu yang baru berbanding hanya guru yang menerangkan
sesuatu tempat.
Pengukuhan serta merta perlu diberikan kepada murid yang member tindak balas
yang betul. Ini sebagai satu kaedah merangsang atau motivasi kepada murid untuk menarik
minat seterusnya turut terlibat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Murid pasif juga
akan menjadi terikut untuk turut sama terlibat. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan
kaalan kelas dalam keadaan baik agar tidak berlaku proses pembelajaran menjadi tidak
terkawal yang boleh menyebabkan objektif pembelajaran tidak kesampaian.
Bahan atau media yang digunakan sekiranya tidak mampu menarik minat murid secara
aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif untuk dilaksanakan. Oleh itu,
penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat murid secara tidak langsung
memupukm budaya berfikir murid seterusnya memastikan objektif pembelajaran dapat
dicapai. Oleh sebab itu, guru perlu memastikan bahan dan media yang dipilih berasaskan
model ASSURE perlu dapat merangsang tingkah laku dan minda murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Evaluate and revise (Menilai dan menyemak semula bahan)
Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah selesai
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan
bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid mengikut aras kebolehan.
Setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk
melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh
agar penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan
semaksimum mungkin dalam pembelajaran.
Beberapa aspek perlu difikirkan dalam menentukan pencapaian penilaian seperti yang
dinyatakan oleh Yusup.(2006):
a. Adakah objektif tercapai?
b. Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat atau bahan media dangan betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
Proses menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan
bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media tersebut benar-
benar sesuai dengan murid seterusnya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan, secara formatif atau
sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru mampu melihat kekuatan
dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu menambah baik mana yang
lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai juga bahan media tersebut
mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu, pemerhatian individu perlu ditekankan agar
tiada murid yang tertinggal dalam penyediaan atau pembinaan bahan media.
Oleh itu guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media
pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang kelemahan
dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan objektif
pembelajaran. Kealpaan memerhati murid mampu membiarkan murid pasif terus pasif. Murid
pandai pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang kepada murid lain.
Adakalanya perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan hebat dan sempurna
tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru, guru perlu mencuba perancangan pengajaran
terhadap sekumpulan kecil murid untuk mendapatkann maklum balas keberkesanan dan
mencari kelemahan perancangan tersebut.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang akan diambil terhadap
perkara yang dinilai. Pencapaian murid boleh diketegorikan sebagai rujukan criteria mengikut
objektif yang ditetapkan, dari segi kemahiran diperoleh dan sikap murid selepas pengajaran
dan pembelajaran. Murid boleh menjawab soalan pemahaman atau berstruktur. Model
ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.
Kesimpulan
Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan
media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana berdasarkan kajian lalu, model ini bukan
sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan cirri-ciri
yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan.
Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan
membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah sepastinya murid-murid
akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Pengajaran akan menjadi lebih
mudah, menarik dan berkesan.
Oleh itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan hasil pembelajaran pada hari
tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat penting agar murid berasa
seronok mengikuti pengajaran mata pelajaran tersebut. Samada pengajaran berpusat guru atau
murid, pelaksanaan aktiviti dan penglibatan aktif murid dapat dilihat berdasarkan minat
murid terhadap pengajaran guru itu. Sekiranya murid kelihatan pasif, maka guru tersebut
gagal, pengajaran dan pembelajaran juga gagal mencapai matlamatnya.
Pastikan guru memahami dan mahir pengajaran bermatlamat objektivisme dan
kontruktivisme. Kegagalan memahami konsep tersebut, bermakna guru mengajar tanpa
matlamat. Murid juga tidak terarah. Pengajaran akan jadi syarahan. Pada akhir pengajaran,
murid tidak mencapai apa-apa dan guru dikatakan syok sendiri.
C. Kelebihan dan Kekurangan Model ASSURE
Model ASSURE memilik beberapa kelebihan walaupun masih memiliki beberapa
kekurangan, secara umum keunggulan modek ASSURE adalah- Lebih banyak komponennya
dibandingkan dengan model materi ajar. Komponen tersebut di anataranya analisis pebelajar,
rumusan tujuan pembelajar, strategi pembelajar, sistem penyampaian, penilaian proses belajar
dan penilaian belajar.- sering di adakan pengulangan kegiatan dengan tujuan Evaluate and
Review. selainitu model ini mengedepankan pembelajar, ditinjau dari proses belajar, tipe
belajar,kemampuan prasyarat.- Turut mengutamakan partisipasi pembelajar dalam Poin
Require LearnerParticipation, sehingga di adakan pengelompokan-pengelompokan kecil
sepertipengelompokan pebelajar menjadi belajar mandiri dan belajar tim dll. Sertapenugasan
yang bertujuan untuk memicu keaktifitasan peserta didik - menyiratkan untuk para guru
untuk menyampaikan materi dan mengelola kegiatankelas-pada poin Select methods Media
and Materials serta Utilize Media and Materialsmembuat guru atau pendidik aktif untuk
menemukan dan memanfaatkan, bahan danmedia yang tepat dan memanfaatkan secara
optimal media yang telah ada- model ini dapat diterapkan sendiri oleh guru Adapun
kekurangan Model ASSURE
1. tidak mencakup suatu mata pelajaran tertentu
2. Walau komponen relatif banyak, namun tidak semua komponen desainpembelajaran
termasuk di dalamnya.