LESSON STUDY
Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru.
Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah unik dan model bottom-
up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak atasan. Melalui pendekatan ini, guru-guru
sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada
pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran
akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam
Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk percambahan
ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama.
Ciri-ciri Lesson Study
(i) Lesson Study ialah model yang berasaskan peningkatan profesional guru berterusan secara jangka
panjang.
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran pelajar.
(iii) Lesson Study berfokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran berdasarkan kesesuaian murid.
(iv) Lesson Study ialah satu usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru.
(v) Guru yang terlibat dalam Lesson Study melihat diri mereka menyumbang kepada perkembangan
pengetahuan mengenai pengajaran dan juga Perkembangan profesional diri sendiri.
Tujuan Lesson Study:
1) Menentukan goal dan objektif pengajaran.
2) Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
3) Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
4) Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5) Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat mendapat impak yang
sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada penglibatan guru secara sepenuhnya, pada (intense)
dan kerelaan hati.
Secara amnya, langkah-langkah melaksanakan Lesson Study adalah seperti berikut:
1) Membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat/ goal.
a. Melantik seorang Ketua Kumpulan.
b. Kaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran.
c. Kaji dan bincang masalah pembelajaran murid.
d. Bincang dan tentukan matlamat atau goal yang hendak dicapai.
2) Rancang/ Bina Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
a. Pilih unit/ tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran.
b. Bincang masalah pembelajaran murid berkaitan dengan unit/ tajuk berkenaan.
c. Bina langkah-langkah dalam RPH dan sediakan sumber pengajaran.
d. Fikirkan dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
e. Fikirkan dan jangkakan respon murid semasa proses pengajaran.
f. Bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti.
3) Pelaksanaan pengajaran.
a. Seorang Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable Other (KO) dijemput sebagai pemerhati, pemberi komen dan
cadangan bagi langkahlangkah penambahbaikan dalam RPH. Sebelum itu, ketua kumpulan perlu memberi taklimat
ringkas kepada PR atau KO berkaitan dengan skop pengajaran yang akan dilaksanakan.
b. Seorang/ lebih dikalangan guru dalam kumpulan akan melaksanakan pengajaran kepada kelas tertentu yang
telah dipilih pada peringkat awal seperti yang terdapat di dalam RPH yang disediakan secara kolaboratif.
1
c. Ahli kumpulan dan guru-guru lain hadir bersama sebagai pemerhati dan mengumpul data-data atau maklumat
sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi perbincangan/ refleksi. (Gunakan borang pemerhatian yang
disediakan).
d. Ahli kumpulan dan guru-guru lain digalakkan melihat hasil pembelajaran murid tanpa mengganggu mereka
ketika belajar.
e. Data yang dikumpul termasuk interaksi antara guru-murid dan hasil pembelajaran murid. Fokus utama diberikan
kepada respon, tingkah laku dan pembelajaran murid. Elakkan fokus kepada pengajaran guru.
f. Sepanjang pemerhatian, guru perlu sentiasa membuat refleksi kendiri.
4) Sesi Refleksi Pengajaran.
a. Sesi refleksi diketuai oleh ketua kumpulan.
b. Sesi dimulakan dengan melihat semula matlamat atau goal Lesson Study.
c. Guru yang mengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi komen, pandangan dan refleksi terhadap
pengajaran yang telah dilaksanakan serta RPH.
d. Seterusnya guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat dan masing-masing perlu
menekankan kepada aspek-aspek positif pembelajaran murid. (Berdasarkan eviden atau bukti murid)
e. Guru-guru berkongsi maklum balas yang kritikal berdasarkan pemerhatian guru dan eviden murid.
f. Komen dan bincangkan tentang hasil pembelajaran murid dan isi kandungan atau konten mata pelajaran.
g. Bincang kelemahan dalam RPGH (berdasarkan eviden murid) dan fikirkan cara penambahbaikan RPH. h. Fikir
dan bincangkan dengan mendalam bagaimana hasil pembelajaran murid dapat ditingkatkan dalam sesi
pengajaran. i. Pakar Rujuk bertindak sebagai moderator/ pemudahcara dan mengemukakan pandangan serta
cadangan dalam sesi refleksi.
j. Sesi refleksi ini adalah bersifat profesional dan sebarang kritikan atau teguran adalah bertujuan meningkatkan
profesionalisme guru.
k. Komen dan hasil refleksi perlu dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan serta bertujuan penambahbaikan
RPH yang akan datang.
l. Pengerusi dan pakar rujuk perlu memainkan peranan untuk memastikan guru-guru aktif dan berfikir secara
mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.
5) Penambaikan RPH dan Pengajaran Semula.
a. Satu sesi perbincangan perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan RPH berdasarkan hasil yang diperolehi
daripada sesi refleksi.
b. Guru-guru perlu memikirkan secara mendalam bagaimana RPH perlu ditambahbaik bagi mengatasi kelemahan-
kelemahan yang telah dikenalpasti dalam sesi pengajaran yang lepas.
c. Perbincangan secara mendalam dan fokus kepada pembelajaran murid.
d. Sesi ini dilaksanakan secara kolaboratif antara guru dan ketua kumpulan perlu memainkan peranan seupaya
setiap guru terlibat secara aktif.
e. Kumpulan guru akan menentukan samada pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik dilaksanakan
terhadap kelas yang sama atau sebaliknya. Sekiranya pengajaran dilaksanakan, proses dalam langkah 3 dan 4 perlu
diulang semula.
f. Laporan kitaran Lesson Study perlu didokumenkan untuk rujukan dan panduan masa akan datang.
Peranan Pakar Rujuk (Knowledgeable Others).
Dalam konteks Lesson Study, knowledgeable others berperanan sebagai pakar rujuk dalam pengajaran dan
pembelajaran. Peranan utama mereka termasuk memberikan pandangan dan idea terhadap pengajaran guru serta
cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan hasil pembelajaran murid. Pakar rujuk biasanya terdiri dikalangan
pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG), guru cemerlang mata pelajaran atau sesiapa sahaja yang berkebolehan
dan boleh dikategorikan sebagai Subject Matter Expert (SME). Yang paling penting, pakar rujuk mampu
menggunakan sesi refleksi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajarannya.
LEARNING WALKS
2
Definisi Definisi Learning Walks atau Jelajah Pembelajaran ialah berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan
pengajaran guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang
spesifik
3.2 Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
3.2.1 Penetapan fokus untuk pemerhatian
3.2.2 Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas
3.2.3 Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.
3.3 Pemilihan Fokus
3.3.1 Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).
ii. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).
iii. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme (linked to professional learning).
iv. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkaitrapat dengan keutamaan sekolah (linked to school
priorities).
Nota: Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian Learning Walks boleh melibatkan pelbagai mata pelajaran. Kriteria
pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh dipelajari atau dicontohi.
3.3.2 Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek yang
berikut:
i. Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga Tempoh Masa Berfikir (thinking time).
ii. Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan menyokong pembelajaran & pengajaran
(teaching resources).
iii. Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran (classroom physical environment).
iv. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices)
v. Penglibatan murid (students involvement)
vi. Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran (classroom instructions)
vii. Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processes)
viii. Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)
3.4 Modus Operandi
3.4.1 Langkah Pertama
i. Bentuk kumpulan Learning Walks yang terdiri daripada ahli-ahli panitia.
ii. Kumpulan ini perlu diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Lead Walker.
iii. Berkumpul untuk membincangkan SATU fokus yang akan diperhatikan.
iv. Memilih kelas-kelas yang akan dilawati dan menetapkan tarikh dan waktu untuk sesi Learning Walks.
3.4.2 Langkah Kedua
i. Pelaksanaan sesi Learning Walks mempunyai 3 peringkat:
ii. Perbincangan Prapemerhatian (Pre-Walk Discussion)
iii. Lawatan Bilik Darjah (Classroom Visit)
iv. Perbincangan Pascapemerhatian (Post-Walk Discussion)
3.4.3 Langkah Ketiga
i. Dapatan dan rumusan sesi Learning Walks akan dikongsi bersama dengan semua guru dalam jangka masa
seminggu selepas sesi pemerhatian.
3. PEER COACHING
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) merujuk kepada
strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi,
pemerhatian dan pascakonferensi. Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan
profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina
3
kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau
menyelesaikan masalah di tempat kerja.
Terdapat tiga proses utama dalam PC:
1. Prakonferensi
Berikut adalah antara perkara yang boleh dibincangkan semasa sesi ini:
a. Topik: Apakah topik anda?
b. Matlamat: Apakah matlamat anda?
c. Fokus: Apakah yang anda hendak saya lihat?
d. Pengumpulan Data: Bagaimanakah anda mahu saya mengumpul data?
2. Pemerhatian
Terdapat pelbagai cara mengumpul data semasa memerhatikan pengajaran atau sesi coaching.
a. Mencatat
b. Merekod
c. Senarai semak
d. Carta dan jadual
e. Gambar dan visual
3. Pascakonferensi
a. Coach meminta pengajar membuat penilaian kendiri berdasarkan apa-apa yang telah berlaku di
dalam kelas. Contoh: Apakah pendapat anda tentang pengajaran tadi?
b. Nyatakan bidang pemfokusan semula. ( Anda meminta saya memberikan fokus kepada teknik
penyoalan, penglibatan murid , maklum balas murid...)
c. Kongsi data dan beri komen tentang apa yang telah anda lihat dan dengar.
d. Beri cadangan – bertanya jika anda boleh memberikan cadangan.
e. Tanya apa yang boleh pembentang buat secara berbeza pada masa akan datang.
f. Buat ringkasan.
CIRI-CIRI POSITIF SEORANG COACH
Bermotivasi tinggi
Pengurusan berkesan
Komunikasi
Keputusan tepat dan cekap
Memahami tugas
Melaksanakan tugas dengan ilmu dan kemahiran.
5.1 SIFAT-SIFAT YANG DIISUKAI COACHEE
• Ramah
• Menghormati
• Bermanis muka
• Beradab sopan
• Cekap
• Bertanggungjawab
• Amanah
• Cekap
• Sedia membantu
• Bertimbang rasa
• Memudahkan
• Komunikasi baik
• Pandai ambil hati
• Jujur
4
• Kemas
• Berilmu
4. TEACHER SHARING SESSION
Amalan berkolaboratif sesama rakan sekerja, serta perkongsian bahan dan pengetahuan merupakan satu aspek
yang dianggap kurang penting dalam kalangan ahli bagi kebanyakan organisasi pendidikan. Menurut Briscoe dan
Peters (1997), guru kurang berkolaboratif antara satu sama lain; mereka menguruskan bahan mereka sendiri dan
menyimpan amalan pedagogi untuk kegunaan mereka sendiri. Ramai pendidik mengesyorkan supaya budaya
autonomi ini perlu diubah demi kebaikan semua pihak melalui pembudayaan amalan sesi perkongsian guru
(Sharing Session). Dalam erti kata lain, peluang mesti diwujudkan untuk membantu ahli organisasi mengenalpasti,
membiasakan diri serta mempraktikkan amalan berkolaboratif dan perkongsian amalant terbaik agar perkongsian
ilmu menjadi satu budaya di tempat kerja. Melalui cara ini, pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan
pedagogi dapat disebarluas dalam kalangan ahli organisasi tersebut di samping mempertingkatkan kemahiran guru
dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Definisi Sesi Perkongsian
Sesi perkongsian (Sharing Session) merujuk kepada sekumpulan guru (dari institusi yang sama atau yang berbeza)
bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran , pengalaman, dan
amalan pedagogi yang terbaik. Amalan ini tidak mengehadkan bilangan guru dalam sesuatu kumpulan tetapi
memadai dengan hanya dua orang guru yang berkongsi pengalaman sesame sendiri. Perkongsian dalam kalangan
ahli yang lebih ramai akan memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan, kemahiran,
pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai.
4.2 Matlamat Sesi Perkongsian
Sesi perkongsian bermatlamat meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli melalui penyebarluasan
pengetahuan, kemahiran , pengalaman, dan amalan pedagogi sedia ada dalam sebuah organisasi. Perkongsian ini
membolehkan ahli belajar sesame sendiri bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka.( Carroll et
al, 2003 ). Dalam erti kata lain, perkongsian guru merupakan satu elemen penting dalam perkembangan
profesionalisme seorang guru (teacher profesional development). Sesi perkongsian memberikan peluang kepada
guru berkongsi pelbagai pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah, bahan, sumber, pengalaman dan sebagainya
dalam konteks profesionalisme keguruan. Proses ini berlaku dalam kalangan guru dan merupakan satu cara
mencungkil amalan terbaik dunia keguruan.
4.3 Objektif Sesi Perkongsian
Menyebarluaskan pengetahuan kepada semua individu dalam sebuah organisasi.
Menyediakan rangsangan stimulasi dan sokongan untuk guru.
Membantu pembangunan dan profesionalisme keguruan.
4.4 Jenis Perkongsian Guru
Sesi perkongsian melibatkan perkongsian pelbagai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan amalan pedagogi
dalam kalangan ahli. Secara am, perkongsian ini dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu;
1. Perkongsian bahan maujud Cth: bahan bantu mengajar, laman sesawang, lembaran kerja, rancangan pengajaran
dan skema pemarkahan.
2. Perkongsian bahan bukan maujud Cth: amalan pedagogi seperti amalan P & P, pengurusan murid, pengurusan
bilik darjah, kemahiran, pengalamandan lain-lain.
4.5 Elemen dalam Sesi Perkongsian
Terdapat empat elemen utama dalam sesi perkongsian iaitu:
1. Proses perkongsian penciptaan ilmu: proses mencipta dan menyebarkan ilmu.
2. Prasarana teknologi maklumat: sistem dan alat yang menyokong penyebaran maklumat.
3. Pemangkin: media yang mempermudah dan mengwar-warkan perkongsian maklumat.
4. Nilai, piawaian dan prosedur: nilai sosial dan budaya yang mempengaruhi pemikiran individu (kesanggupan atau
kesediaan untuk berkongsi)
Kitaran sesi perkongsian
Sesi perkongsian boleh dilaksanakan melalui pelbagai strategi seperti:
a. Matlamat perkongsian (cth: P & P berkesan)
b. Jenis perkongsian [maujud/tidak maujud] (cth: kaedah P & P berkesan)
5
Sesi perkongsian Pelaporan/Pembentangan sekiranya lebih dari satu kumpulan
1: Show, Tell, Share
i. Peserta sesi perkongsian membentangkan kaedah/ inovasi/ amalan yang berjaya di hadapan semua
orang secara bergilir-gilir.
ii. Pembentang boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat cth:
pembentangan Power Point, demonstrasi dan modelling.
iii. Pembentang boleh mengedarkan bahan (hard copy/ soft copy) kepada setiap ahli.
2: Pillow Talk & Gallery Walk
i. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (cadangan 5 orang dalam satu kumpulan).
ii. Sebiji bantal akan diletak di tengah dan seorang peserta diminta mengambil bantal tersebut. Apabila peserta
tersebut telah berkongsi SATU kaedah /inovasi /pengalaman yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran,
pengurusan kelas /murid dan lain-lain, bantal tersebut akan diambil secara bergilir-gilir oleh peserta lain yang
bersedia untuk berkongsi kaedah /inovasi atau pengalamannya yang berjaya. Setiap peserta diwajibkan mengambil
bahagian secara aktif. (Cadangan peruntukan masa: 5 – 10 minit)
iii. Fasilitator meminta peserta mencatat aspek yang menarik daripada sesi pillow talk.
iv. Peserta menghasilkan nota /catatan bagi tujuan aktiviti gallery walk pada kertas mahjong.
v. Kertas mahjong ditampal pada dinding dan seorang ahli kumpulan dilantik untuk menyampaikan penerangan
semasa sesi gallery walk.
iv. Semasa sesi gallery walk semua peserta akan pergi ke setiap stesen dan penerangan diberikan oleh wakil yang
dilantik.
3: Tongkat Sakti
Anda telah menjumpai satu tongkat sakti yang membolehkan anda membuat perubahan kepada TIGA aktiviti
berkaitan kerja anda. Anda boleh mengubah apa sahaja yang anda mahu iaitu mengubah diri, kerja, pentadbir,
rakan sekerja, projek penting anda dan sebagainya.
Minta peserta berbincang mengapa perlu ada perubahan.
Variasi yang lain: peserta berbincang apa yang akan diubah oleh mereka sekiranya mereka diberi peluang menjadi
guru besar/ pengetua untuk tempoh sebulan. Aktiviti ini membantu mereka mempelajari keinginan (desires) dan
kekecewaan (frustrations) orang lain. Strategi di atas membolehkan guru menjana idea dan kerangka dalam usaha
merancang sesi perkongsian bersama guru-guru lain. Anda boleh menggunakan kerangka ini sebagai panduan asas
dalam sesi perkongsian. Namun, sesi perkongsian anda akan lebih memberikan makna dan lebih berjaya sekiranya
anda mampu menyesuaikannya dengan konteks dan suasana sekolah dan institusi tempat anda bertugas. Oleh
sebab sesi perkongsian bersifat komunikasi verbal, elemen pertuturan dan pendengaran menjadi focus utama
aktiviti ini. Bagi memberikan impak yang maksimum dalam sesi perkongsian ini, sesi refleksi (Sarana 1) boleh
digunakan bagi membantu guru untuk mencatat isi-isi penting secara ringkas semasa sesi perkongsian dijalankan.