0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
207 tayangan3 halaman

TPACK: Kerangka Kerja Pendidikan Digital

Teknologi dan media merupakan alat penting untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kerangka kerja TPACK membantu guru mengintegrasikan teknologi, pedagogi, dan kandungan mata pelajaran untuk meningkatkan pengajaran. TPACK terdiri daripada 7 komponen pengetahuan yang perlu dipahami guru untuk mengintegrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran.

Diunggah oleh

M Aniq Najmuddin
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
207 tayangan3 halaman

TPACK: Kerangka Kerja Pendidikan Digital

Teknologi dan media merupakan alat penting untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kerangka kerja TPACK membantu guru mengintegrasikan teknologi, pedagogi, dan kandungan mata pelajaran untuk meningkatkan pengajaran. TPACK terdiri daripada 7 komponen pengetahuan yang perlu dipahami guru untuk mengintegrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran.

Diunggah oleh

M Aniq Najmuddin
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan memerlukan kemahiran guru untuk memilih dan
menghasilkan teknologi dan media [engajaran dan pembelajaran yang sesuai. Jelaskan
makna bagi konsep teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran dan
kepentingan konsep Technology Pedagogical Content Knowledge (TPACK)
diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan alat, sebaliknya ialah
proses, kaedah dan idea bagi memastikan sesuatu ilmu dan alat itu mencapai kejayaan.
Media ialah suatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima
mesej. Aspek pengkelasan, fungsi pemilihan dan penyediaan media pengajaran turut
dibincangkan. Kerangka konseptual ‘Technological Pedagogical Content Knowledge’
(TPACK) merupakan kerangka asas kepada integrasi dan penggunaan e-Pembelajaran
dalam program pendidikan dan latihan guru. Kerangka ini membantu guru untuk
mengintegrasi teknologi dalam pengajaran bagi meningkatkan profesionalisme guru agar
menjadi guru atau bakal guru yang berkesan.

TPACK memainkan peranan penting dalam menyedikan guru yang boleh


mengintegerasikan pengetahuan tiga komponen ini iaitu teknologi, pedagogi dan kandungan
dalam amalan pengajaran. TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan dengan teknologi,
ia memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang konstruktif untuk mengajar kandungan; apakah
pengetahuan yang membuatkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana
teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah P & P dan membina pengetahuan baru
berasaskan pengetahuan sedia ada. Sebagai contoh penggunaan internet dalam
pembelajaran dalam talian memaksa guru memikirkan isu pedagogi seperti memuat turun
kandungan dalam ‘Learning Management System’ (LMS) dan bagaimana menggalakkan
interaksi pelajar dengan bahan dan melibatkan mereka dalam forum dalam talian.
TPACK terdiri daripada 7 komponen iaitu;

1- CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan


2- PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi
3- TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
4- PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
5- TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
6- TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi
7- TPACK - Technological Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan
Teknologi Pedagogi Kandungan

TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang


dilakukan mengikut disiplin ilmu pengetahuan guru di mana ia perlu difahami secara
mendalam dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut Koehler
dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam
pengajaran akan menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau
pengajar.

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK) CK merupakan pengetahuan


pengajar terhadap kandungan yang akan disampaikan kepada pelajar. Sehubungan
dengan itu, pengajar perlu menguasai kandungan seperti konsep, teori, idea-idea, rangka
kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang diperlukan ke arah
membangunkan pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009). Pengetahuan Pedagogi
(Pedagogical Knowledge – PK) PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi
yang boleh digunakan sebagai menyokong pengajaran berkesan. Menurut Koehler dan
Mishra (2008), PK merangkumi pengetahuan tentang proses serta amalan yang
digunakan dalam pengajaran.

Selain itu, guru perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara khusus
agar mereka tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi menghasilkan
suasana P&P yang berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini,
pengajar perlu mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran
pengaturcaraan komputer. Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK) Domain
TK meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian termasuk
dengan boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah cara
pekerjaan seorang pengajar (Koehler, 2011).

Hal ini merangkumi apa sahaja pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi
yang biasa digunakan dalam pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog
(mikroskop, papan putih, video dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet,
persidangan video dan lain-lain). Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical
Content Knowledge - PCK) CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu
pengetahuan teras pengajaran yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler
& Mishra, 2009). PCK masih mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman
(1986) di mana ia merangkumi pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan
laporan yang melatari cara penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut
menyatakan bahawa guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti
kurikulum dan pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran.
Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK) CK
apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK merupakan
pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani hal
pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai apabila berlaku
perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).

Sehubungan dengan itu, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa CK dan TK
telah lama mempunyai hubungan konsep dalam bidang sains tulen dan sains sosial.
Sebagai contoh, seorang doktor bedah misalnya tidak mungkin boleh mengajar para
pelajarnya untuk melakukan pembedahan tanpa menggunakan teknologi seperti
stetoskop dan alat pengimbas. Begitu juga dengan bidang astronomi dan pengukuran di

Anda mungkin juga menyukai