SK PARIT PINANG SERIBU
KERTAS KERJA PROJEK
AKTIVITI SEJARAH
‘MENYEDIAKAN BAHAN BANTU BELAJAR
DAN SUDUT SEJARAH DI KELAS PPKI’
TEMPAT :
KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PINANG SERIBU,
JALAN TEMENGGONG AHMAD, 84150, PARIT JAWA,
MUAR, JOHOR.
ANJURAN :
PPKI SK PARIT PINANG SERIBU
“Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama”
1.0 PENDAHULUAN
Pengetahuan sejarah amatlah penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid pendidikan khas.
Melalui penerapan pengetahuan sejarah ini, murid-murid pendidikan khas dapat mengetahui sejarah
negara kita seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri mereka. Oleh
yang demikian, warga PPKI SK Parit Pinang Seribu telah bercadang untuk menyediakan bahan
bantu belajar dan sudut sejarah di kelas PPKI bagi memudahkan murid mengakses maklumat
berkaitan dengan sejarah Malaysia.
Projek ini bertujuan mengajar murid dan membimbing dalam pengajaran menggunakan bahan
bantu mengajar yang disediakan. Bahan-bahan berkaitan sejarah yang disediakan dapat
memudahkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran menimba ilmu baharu tentang
sejarah. Selain daripada itu, bahan bantu belajar yang kreatif akan menarik minat murid untuk
mengetahui sejarah tentang kemerderkaan dan pejuang-pejuang tanah air yang telah berbakti
kepada negara. Selain itu, sudut sejarah yang disediakan akan menjadikan tempat kepada murid-
murid berkeperluan khas menerima pembelajaran dengan sebaik mungkin melalui penggunaan
bahan bantu belajar yang disediakan dalam keadaan kemas dan rapi.
2.0 RASIONAL
2.1 Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan murid-murid pendidikan
khas.
2.2 Mempertingkatkan semangat patriotisme dan sayangkan negara dalam kalangan murid-murid
pendidikan khas.
2.3 Dapat menghasilkan proses pembelajaran yang lebih kekal.
2.4 Mempertingkatkan tahap keupayaan kebolehan, pengetahuan dan kemahiran murid-murid
pendidikan khas dalam mata pelajaran sejarah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada murid dan guru pendidikan khas mengenai kepelbagaian
bahan bantu belajar.
3.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang minat murid berkeperluan khas untuk
mengikuti proses pengajaran.
3.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi guru dengan murid-murid
pendidikan khas.
3.4 Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru dalam keperluan
proses pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas.
4.0 TENTATIF PROJEK
Tarikh : 7-14 Oktober 2018
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Khas SK Parit Pinang Seribu
Tempoh : 1 minggu
5.0 KUMPULAN SASARAN
Warga Pendidikan Khas SK Parit Pinang Seribu
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Encik Mohd Nizam bin Abu Bakar
Pengerusi : Pn. Hjh. Sariah bt Md. Ismail
Setiausaha : Pn Engku Norfazila bt Che Engku Ibrahim
Bendahari : Pn Rozita binti Sabidin
Ahli Jawatankuasa :
AJK PERALATAN : Pn Engku Norfazila bt Che Engku Ibrahim
AJK KECERIAAN : Pn. Hjh. Sariah bt Md. Ismail
AJK DOKUMENTASI : Pn Rozita binti Sabidin
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
1 Papan Lapis RM75.00 5 keping RM375.00
2 Kayu split RM3.00 12 batang RM36.00
3 Cat minyak RM125.00 2 tong RM250.00
4 Kertas dinding RM36.70 5 gulung RM183.50
5 Berus cat RM5.20 4 unit RM20.80
6 Paku (pelbagai saiz) RM15.20 ½ kilo RM15.20
7 Kad manila RM1.00 10 keping RM10.00
8 Mounting Board RM4.00 5 keping RM20.00
9 Kertas A4 RM6.00 2 rim RM12.00
10 Kertas warna RM6.50 2 rim RM13.00
11 Pen Marker RM3.00 3 kotak RM9.00
12 Gam RM2.50 5 botol RM12.50
13 Gunting RM3.00 5 bilah RM15.00
14 Pensel warna RM12.00 1 unit RM12.00
15 Limanating Film (saiz A4) RM40.00 1 unit RM40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1024.00
8.0 SUMBER KEWANGAN
PCG Sejarah
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya projek seperti ini dapat memantapkan lagi keyakinan murid-
murid pendidikan khas dalam membentuk jati diri dan menuju kecemerlangan. Dengan adanya,
penghasilan sudut ini juga dapat membantu guru-guru untuk memudahkan proses pengajaran dan
pemudahcaraan agar lebih lancar dan berkesan.
PENGESAHAN ULASAN / CATATAN
Disediakan oleh :
..................................................
(PN ENGKU NORFAZILA BT CHE ENGKU IBRAHIM )
Setiausaha Projek,
Disemak oleh :
.....................................................
(PN HJH SARIAH BINTI MD ISMAIL)
Penyelaras Pendidikan Khas,
SK Parit Pinang Seribu
Diluluskan / Tidak Diluluskan :
....................................................
(ENCIK MOHD NIZAM BIN ABU BAKAR)
Guru Besar,
SK Parit Pinang Seribu, Muar