100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
1K tayangan7 halaman

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia

Dokumen tersebut membahas pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah, yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada siswa berkebutuhan khusus bersama siswa normal di kelas yang sama. Pendidikan inklusif dilaksanakan melalui dua pendekatan, yaitu penuh dan separa. Dokumen tersebut juga menjelaskan peranan penting sekolah dalam pelaksanaan pendidikan inklusif, seperti penyelarasan pengajaran, pen

Diunggah oleh

Mustakim
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
1K tayangan7 halaman

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia

Dokumen tersebut membahas pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah, yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada siswa berkebutuhan khusus bersama siswa normal di kelas yang sama. Pendidikan inklusif dilaksanakan melalui dua pendekatan, yaitu penuh dan separa. Dokumen tersebut juga menjelaskan peranan penting sekolah dalam pelaksanaan pendidikan inklusif, seperti penyelarasan pengajaran, pen

Diunggah oleh

Mustakim
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PENGENALAN

Di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010, kerajaan


berhasrat untuk memantapkan program pendidikan khas inklusif dan memastikan
murid berkeperluan khas (MBK) yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan
secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk
semua.

Transformasi pendidikan khas juga melibatkan aspek teknologi dalam


pengajaran. Penggunaan teknologi adalah berpotensi untuk membantu proses
pendidikan murid kurang upaya berkeperluan khas (Lewis & Doorlag, 2011).
Teknologi lazimnya dikaitkan dengan bahan bantu pengajaran dan tidak hanya
bergantung kepada buku teks sahaja. Malah, murid kurang upaya telah diberi
peluang menggunakan alatan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) serta internet di dalam bilik darjah.

Menurut Maklumat Pendidikan Khas 2008, program ini diwujudkan di


sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik dan
vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif. Ini menunjukkan bahawa program inklusif ini turut
dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran
(PPKIBP) di sekolah-sekolah harian biasa yang terpilih.

1
PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

Pendidkan Inklusif (PI) dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang
diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh
guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Perkara ini selari dengan pendapat
Kamariah Jalil, (1995) yang mengatakan bahawa pendidikan ini melibatkan pelajar-
pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana membolehkan
mereka mengikut pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Di Malaysia, PI bukanlah satu perkara yang baharu, tetapi penggunaan


istilah ini yang menunjukkan pembaharuan terhadap sesuatu. Menurut Zaleha
Tambi Adam (1997), program PI ini dahulunya dikenali sebagai ‘Program
Percantuman” yang sudah bermula sejak 1962 lagi. Murid yang mempunyai
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur dan masalah
pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid
berkeperluan khas (MBK).

Murid-murid berkeperluan khas ini diberi peluang untuk menerima


pendidikan dengan menghadirir satu daripada tiga jenis persekolahan, iaitu Sekolah
Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program
Pendidikan Inklusif. Dalam usaha untuk memberi peluang yang sama rata terhadap
murid berkeperluan khas ini, usaha sama antara Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Kementerian Kesihatan Malaysia terjalin.

Program Pendidikan Inklusif ini merupakan satu peluang untuk murid


berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya mereka di dala kelas arus
perdana. Mereka juga mendapat bimbingan yang sama oleh guru mata pelajaran.
Namun, mereka masih diberi pantauan oleh guru pendidikan khas. Hal ini kerana
dikhuatiri berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

PI terbahagi kepada dua, iaitu Inklusif Penuh dan Inklusif Separa. Inklusif
Penuh bermaksud murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran
sepenuhnya dalam kelas arus perdana dengan bantuan guru pendidikan khas
sebagai pembimbing. Manakala Inklusif Separa pula bermaksud, murid
berkeperluan khas hanya mengikuti mata pelajaran dan aktiviti tertentu sahaja dan
masih dengan bantun guru pendidikan khas sebagai pembimbing.

2
Secara umunya, matlamat PI ini ialah menyediakan perkembangan optimum
pelajar dengan keperluan-keperluan pelajar khas agar dapat berfungsi sebagai
individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus
kehidupan sendiri, menyedari potensi diri dan boleh menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Dalam erti kata lain, matlamat umum ini ialah kesediaan semua pihak
dalam menyediakan pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan
kebolehan murid berkeperluan khas ini.

(Zalizan Mohd Jelas & Noraini Mohd Salleh, 2000) pernah menggariskan
lima tujuan yang lebih spesifik dalam pendidikan inklusif ini. Lima tujuan tersebut
akan diceritakan dalam peta di bawah;

Merangsang
keupayaan
intelek, emosi,
sosial dan
jasmani.

Mengeratkan
kanak-kanak Memperkembang
kecekapan
cacat dengan ekonomi yang
manusia asas.
biasa.
Tujuan
Pendidikan
Inklusif

Mencegah
Mengubah sesuatu
sikap negatif ketidakbolehan
terhadap daripada
pembelajaran. menjadi
kecacatan.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dilakukan untuk
mewujudkan sesi pembelajarn yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani,
emosi dan intelek serta sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan mereka.

3
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam system pendidikan arus perdana
merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia
bertaraf dunia. Namun, terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan
Pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang
menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan
kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya.

Berikut merupakan peranan penting yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dalam pelaksanaan pendidikan Inklusif ini. Pertama ialah penyelarasan pengajaran.
Guru mata pelajaran perlu bekerjasama dengan guru pendidikan khas. Perkara ini
dapat memudahkan lagi urusan untuk meneruskan sesi pembelajaran murid biasa
dan murid inklusif ini. Dalam penyelarasan ini juga akan mewujudkan satu suasana
kondusif bagi semua murid. Guru pendidikan kahs juga menjadi mudah untuk
membimbing murid inklusif ini.

Kedua ialah pihak pentadbir sekolah perlu menguragkan beban tugas guru
pendidikan khas. Hal ini kerana, banyak guru pendidikan khas ini diberikan tugas-
tugas ko-kurikulum dan lain-lain. Hal ini bukan bermaksud guru pendidikan khas
tidak berhak menerima sebarang tugas lain. Tetapi, mereka boleh diminimumkan
pemberian tugas lain kerana mereka akan lebih fokus terhadap murid inklusif yang
di bawah bimbingan mereka.

Ketiga, penyediaan alatan atau kelengkapan yang mencukupi. Dalam


pendidikan inklusif, guru mata pelajaran perlu bijak dalam mempelbagaikan bahan
bantu mengajar untuk menarik minat murid inklusif untuk terus belajar. Guru mata
pelajaran juga boleh bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam
menyediakan bahan bantu mengajar ini.

Seterusnya ialah bagaimana ketua pentadbir sekolah berhubung dengan


murid inklusif dan guru yang [Link] ini kerana kebanyakan pentadbir sekolah
kurang mendapat pendedahan tentang program Pendidikan Khas ini. Jadi, dengan
hubungan yang dicipta ini, akan memudahkan guru mata pelajaran dan guru
pendidikan khas berbincang untuk memajukan murid inklusif ini. Selain itu, pentadbir
juga akan berusaha meletakkan program Pendidikan Inklusif ini sebagai satu
perkara yang penting dalam pendidikan murid berkeperluan khas.

Pihak sekolah perlu mengadakan Program Perkembangan Staf atau Latihan


Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada semua guru berkaitan teknik dan kaedah

4
pengajaran yang bersesuaian dengan murid termasuk murid berkeperluan khas.
Guru perlu menggunakan pendekatan dan pedagogi berbeza sewaktu
melaksanakan pengajaran bersama murid inklusif yang mempunyai tahap
pengetahuan dan pemikiran yang berbeza. Penggunaan bahan bantu mengajar
juga perlu bagi membantu kefahaman murid. Pengetahuan dan pengalaman guru
berinteraksi dan berhubung dengan murid berkeperluan khas memberikan mereka
kelebihan dalam menjalin hubungan yang positif. (Shulman, 1986) bersetuju
bahawa guru berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada murid
berkeperluan khas seterusnya membuka mata ibu bapa tentang kepentingan
pendidikan inklusif ini.

5
PENUTUP

Sebagai kesimpulan, pentadbir sekolah perlu memainkan peranan penting dalam


membangunkan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang ditadbir. Seterusnya,
pengetahuan pentadbir dan guru arus perdana tentang pendidikan inklusif adalah
penting agar dapat membantu program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Selain itu, penyediaan sumber dan kemudahan bagi melaksanakan Program
Pendidikan Inklusif ini menjadi tanggungjawab utama pentadbir bagi membolehkan
program ini dilaksanakan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dapat


dijayakan dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan oleh guru yang
melaksanakan pengajaran berkaitan. Peningkatan murid berkeperluan khas dalam
pendidikan inklusif sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia PPPM 2013 -2025 sangat bergantung pada kerjasama semua
pihak.

Secara keseluruhannya, diharapkan Program Pendidikan Inklusif ini dapat


dilaksnakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang masalah. Jika wujud masalah
sekalipun, pihak berwajib dapat mengatasinya dengan baik Pelaksanaan Program
Pendidikan ini mampu mencapai sasaran KPM dalam transformasi pendidikan
negara. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan penyertaan murid inklusif dalam
pendidikan arus perdana sebagaimana yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2025.

6
RUJUKAN

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang Yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach
Resort, Terengganu.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Kad Laporan. Pelan Induk Pembanguan


Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching.


Educational Researcher, 15 (2), 4-14.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-


kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zalizan Mohd Jelas & Noraini Mohd Salleh. (2000). Pendidikan Inklusif: Satu
Perubahan Dalam Paradigma Pendidikan. Laporan Seminar Pendidikan
Khas Peringkat Kebangsaan 2000. Institut Aminuddin Baki. 11 – 14 Jun
2000, hal. 85 – 106.

Anda mungkin juga menyukai