REFLEKSI PDPC PENDIDIKAN ISLAM
REFLEKSI PDPC MINGGU PERTAMA
(11 FEBUARI-15 FEBUARI 2019)
NAMA PELAJAR : UMAIRA BINTI RAMLEE
OPSYEN/ KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM / PAI SR 3
NAMA SEKOLAH : S.K KAMPUNG TITINGAN TAWAU
Pada minggu pertama menjalani praktikum, saya akui pengajaran saya mengalami perubahan dari segi aktiviti
pengajaran yang sarat dengan aktiviti berkumpulan dan didik hibur. Tidak di nafikan murid-murid sangat berseronok dengan
pendekatan bermain sambal belajar ini. Jika di bandingkan dengan teknik pengajaran saya sebelum ini, pendekatan tradisi
masih banyak di aplikasikan di kelas. Namun, perubahan aktiviti pengajaran ini cukup memberikan impak yang sangat besar
kepada murid-murid dari segi semangat untuk belajar, penglibatan penuh murid-murid dalam aktiviti berkumpulan dan objektif
pembelajaran dapat dicapai di akhir sesi pdpc. Strategi ini merupakan kekuatan pengajaran saya disepanjang minggu ini.
Dari sudut kelemahan pengajaran saya, tidak dinafikan bahawa kawalan kelas agak longgar ketika hari di mana
aktiviti bermain sambal belajar ini tidak diaplikasikan. Ketika sesi memberi penerangan berlangsung, saya dapati beberapa
orang murid bersembang dan bergelak ketawa menceritakan perkara lain dan tidak mengindahkan apa yang sedang berlaku
di dalam kelas. Ini terjadi disebabkan penerangan yang saya berikan begitu panjang dan menyebabkan kebosanan kepada
murid tersebut. Keadaan ini membuatkan murid tidak fokus dengan sesi pembelajaran. Selain itu, kurang dalam berinteraksi
dan berkomunikasi dengan murid yang tidak fokus ini menyebabkan saya tidak memahami sikap dan tindakan murid-murid ini
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Rentetan daripada itu, saya mula memikirkan pendekatan dan cara untuk mengatasi masalah ini. Bermula pada hari
selepasnya dalam minggu ini, saya telah merancang aktiviti berkumpulan dan belajar secara ‘gamification’ setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya juga mula menunjukkan minat terhadap murid yang bermasalah untuk fokus ketika saya
mengajar. Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya memanggil murid-murid tersebut dan bertanyakan latar belakang
mereka, tindakan yang dilakukan ketika belajar dan apa yang boleh mereka janjikan untuk tidak mengulangi kesalahan mereka.
Saya turut memberikan dorongan kepada mereka untuk sentiasa berjaya dan semangat untuk meneruskan pembelajaran.
Solusi yang dibuat ini memerlukan tindakan segera dan saya mengubah Teknik pengajaran saya pada hari berikutnya di dalam
minggu yang sama.
REFLEKSI PDPC PENDIDIKAN ISLAM
Harapan saya semoga masalah kawalan kelas ini dapat ditangani dengan berkesan kerana tidak di nafikan bahawa masalah
ini merupakan masalah yang cukup sinonim kepada semua guru-guru di sekolah. Semoga saya mampu untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan baik.