0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
212 tayangan3 halaman

Cabaran Guru di Sekolah Rendah

Cabaran utama guru sekolah rendah ialah menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan terkini serta bahan bantu mengajar yang berkualiti. Guru juga dihadapkan dengan tanggungjawab lain seperti kerja pentadbiran dan pelaksanaan program kokurikulum. Selain itu, dasar pendidikan yang kerap berubah-ubah seperti PPSMI dan MBMMBI turut mempengaruhi guru. Oleh itu, guru per

Diunggah oleh

farah
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
212 tayangan3 halaman

Cabaran Guru di Sekolah Rendah

Cabaran utama guru sekolah rendah ialah menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan terkini serta bahan bantu mengajar yang berkualiti. Guru juga dihadapkan dengan tanggungjawab lain seperti kerja pentadbiran dan pelaksanaan program kokurikulum. Selain itu, dasar pendidikan yang kerap berubah-ubah seperti PPSMI dan MBMMBI turut mempengaruhi guru. Oleh itu, guru per

Diunggah oleh

farah
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan

pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik
dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’
bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar
yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi
terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian
objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran.
Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru
dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan
mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian
formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran
kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan
yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk
menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan
pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan
Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan
keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu
pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang
beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan
dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia
subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian
Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan
Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan
pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal
yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu
dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu
proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak
mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan
buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak
mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta
tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP)
dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai
dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem
maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid
yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang
terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang
sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun
seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat
ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja
Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan
bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping
menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk
menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih
detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang
guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar
Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun
[Link] dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun
dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk
memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan
subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar
dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti
suatu formula ‘tiga dalam satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan
Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali
lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih
tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’.
Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan
perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah
mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru
pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru
perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal
yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar
tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa
telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program
kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri
daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah
memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan
program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu
melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang
lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan
oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada
hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan
sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di
sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan
jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru
hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik
darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan
bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran
yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan
walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di
sekolah rendah

Anda mungkin juga menyukai