PERHATIAN
SILA DOWNLOAD EBOOK INI SEKARANG DENGAN CARA ANDA KLIK
BUTTON SEPERTI DI GAMBAR BAWAH INI.
Untuk anda betul-betul faham apa yang di ajar, sila baca dari page ke page.
Jangan skip mana-mana bahagian. Kemudian, sambil anda baca, sila cuba buat
sendiri. Jangan hanya bayangkan guna otak, nanti anda akan pening. Selamat
mencuba!
Jika anda baca sekarang ni tanpa beli di
[Link] , kami terpaksa tidak
halalkan bagi adil untuk semua pembeli. Terima kasih.
Isi Kandungan
Cara Daftar Akaun Chatfuel. .................................................................................................................... 4
Penjelasan Flow Asas Bina Bot. ................................................................................................................ 7
Cara Test Bot Lepas Anda Ubah Sesuatu. ............................................................................................... 21
Cara Autoreply Berdasarkan Keywords. ................................................................................................. 22
Cara Autoreply Berdasarkan Jantina. ..................................................................................................... 24
Cara Autoreply Ikut Umur Prospek. ....................................................................................................... 29
Cara Autoreply Nama Pendek Prospek................................................................................................... 33
Cara Untuk Pastikan Prospek Tidak Taip Apa-apa................................................................................... 34
Cara Follow Up Semua Prospek Dengan 1 Klik........................................................................................ 36
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Umur. ................................................................................... 38
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Jantina. ................................................................................. 41
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Masalah. ............................................................................... 44
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Produk. ................................................................................. 48
Cara Blast Follow Up Ikut Masa Yang Kita Tetapkan. .............................................................................. 51
Cara Follow Up Prospek Yang Nak Tunggu Gaji. ..................................................................................... 52
Cara Nak Follow Up Yang Belum Beli Saja. ............................................................................................. 57
Cara Nak Follow Up Pembeli Untuk Testimoni. ...................................................................................... 62
Cara Nak Tahu Berapa Ramai Baca Follow Up. ....................................................................................... 64
Situasi Untuk Anda Gunakan Bot. .......................................................................................................... 65
Pantang Larang Utama Bila Gunakan Bot. .............................................................................................. 69
Terima Kasih.......................................................................................................................................... 70
3
Cara Daftar Akaun Chatfuel.
Kita akan gunakan Chatfuel sebagai platform untuk bina chat bot kita. Berikut adalah cara untuk
daftar akaun Chatfuel.
4
5
6
Penjelasan Flow Asas Bina Bot.
Dalam bahagian ini kami akan terangkan flow asas bina bot dalam Chatfuel. Sekarang lihat di
bahagian menu Chatfuel.
7
Block ini adalah set jawapan yang kita nak berikan kepada prospek yang PM bot kita.
Welcome message tu set jawapan bila orang mula-mula PM kita. Contoh Ali baru PM bot kita, secara
auto bot akan reply berdasarkan set jawapan yang kita set di Welcome Message.
Ini untuk kali pertama PM tu saja.
8
Default answer ni pula adalah set jawapan bila Ali tu reply untuk kali kedua, lepas pertama kali tadi.
Contoh lepas bot reply guna set Welcome Message tadi, Ali terus taip ‘Apa khabar?’, kalau dalam bot
kita tak set jawapan khas untuk ‘Apa khabar?’, bot secara auto akan reply set jawapan di Default answer
ni.
Dalam bahasa mudahnya, ini adalah set jawapan yang bot akan reply bila prospek taip sesuatu yang kita
tidak set dalam bot. Kalau prospek taip ‘sdfsfsldkjfsd’ sekali pun, itu juga jawapan yang akan bot reply.
9
Prospek bila pertama kali chat dengan page yang kita dah set bot, mereka akan nampak di chat seperti
di atas ni ikut apa yang kita set di Welcome Message.
10
Berikut adalah cara nak tambah ayat dalam mana-mana block.
11
12
13
14
Untuk anda fahamkan tentang bagaimana bot akan reply bila prospek klik button tu, anda perlu faham
konsep di bawah ini.
15
16
Berikut adalah cara untuk anda letak button dan link kan antara block-block.
17
Anda boleh link button kepada beberapa benda selain dari block.
Perlu anda ingat, untuk 1 reply tu, hanya boleh ada 3 button maksima. Jadi anda boleh buat beberapa
reply jika anda nak letak lebih dari 3 button.
18
19
Sekarang anda dah faham kan asas flow buat bot di Chatfuel?
1. Letakkan bahan atau ayat di dalam block-block anda.
2. Link (hubungkan) kan antara block dan block bagi mencipta satu flow dialog antara anda dan
prospek.
3. Contoh, anda boleh mulakan dengan tanya masalah prospek dulu di block Masalah.
4. Kemudian baru anda link kan dengan block penyelesaian masalah mereka ataupun produk anda.
5. Kemudian link kan dengan perkara asas seperti info produk, testimoni, cara beli, FAQ dan
sebagainya.
6. Semuanya bergantung pada kreativiti anda untuk menyusun flow dialog menggunakan block-
block itu untuk anda close sale dengan prospek.
20
Cara Test Bot Lepas Anda Ubah Sesuatu.
Jika anda ada ubah apa-apa di bot dan anda nak test sendiri, bagaimana rupanya bot yang anda
dah buat tu, caranya sangat mudah.
Jadi bila anda ubah apa-apa, anda nak test chat sendiri dengan bot, seolah anda seorang
prospek, anda boleh klik seperti di atas.
Bot akan PM anda dulu untuk anda test. Dari situ anda boleh pastikan flow chat yang anda set
dalam bot anda itu betul dan menjadi.
21
Cara Autoreply Berdasarkan Keywords.
Dalam bahagian ini akan diajarkan tentang bagaimana caranya untuk set auto reply bot
berdasarkan keywords atau perkataan yang di hantar oleh prospek dalam chat.
Contoh, anda boleh set bila prospek hantar ayat yang ada perkataan ‘harga’, ‘hrga’, ‘price’ atau
‘hrg’ dalam chat dengan bot, bot akan balas dengan ayat di block yang khas anda buat untuk
HARGA.
Jadi bot akan reply ayat yang betul bila prospek ada tanya perkara berkaitan.
22
Selepas anda set seperti di atas, setiap kali ada prospek yang PM ayat yang ada perkataan ‘harga’ dan
lain-lain tu, bot akan terus reply guna bahan atau ayat yang anda set di block HARGA.
23
Cara Autoreply Berdasarkan Jantina.
Dalam bahagian ini akan diajarkan tentang bagaimana caranya untuk set auto reply bot
berdasarkan jantina, lelaki atau wanita.
Chatfuel boleh detect secara auto jantina prospek anda melalui apa yang mereka set di profile.
Jadi, bila wanita yang PM bot, anda boleh set supaya bot terus panggil sis atau cikpuan,
kemudian anda boleh terus sediakan ayat yang bercerita tentang masalah dan produk yang
khas untuk wanita saja.
24
25
26
Jadi dalam contoh di atas, bila wanita yang PM, secara auto bot akan reply guna block yang anda buat
khas untuk sambut wanita tu. Dalam block tu anda akan letak ayat yang panggil sis ke, dan buat gaya
bahasa sesuai untuk wanita. Kemudian ulang langkah sama, masuk PLUGIN > GO TO BLOCK > ADD
FILTER > GENDER/IS/MALE > PILIH BLOCK WELCOME LELAKI PULA.
27
Cuma harus diingatkan, bila anda nak buat khas untuk lelaki dan wanita, anda perlu buat block asing
bagi lelaki dan wanita. Contoh, block untuk sambut tadi, perlu ada block WELCOME WANITA dan juga
block WELCOME LELAKI.
Begitu juga untuk block masalah, anda perlu buat block masalah khas untuk wanita dan juga lelaki
secara berasingan. Kesemua block perlu anda buat secara asing-asing.
Dari anda sambut prospek, sampai ke close sales. Perlu ada block asing.
Jadi untuk memudahkan anda tengok block asing ni, anda perlu buat GROUP. Agar block untuk wanita di
susun di bawah group WANITA saja. Block untuk lelaki di susun di bawah group LELAKI saja.
28
Cara Autoreply Ikut Umur Prospek.
Sesetengah perkara itu boleh kita fokuskan mengikut umur prospek. Contoh bila kita berdepan
dengan mereka yang berumur, gaya bahasa perlu lebih formal. Begitu juga bila berurusan
dengan pelajar Universiti, berbeza masalah, berbeza gaya bahasa.
Jadi jika anda nak asingkan mengikut umur juga, berikut adalah caranya.
29
Dalam setiap block umur wanita itu, anda perlu susun ayat yang fokus pada setiap umur itu.
Masalah berbeza, gaya bahasa berbeza dan sebagainya.
Ketika anda nak setting button seperti di atas, anda link kan setiap button itu mengikut block
yang anda dah buat khas untuk setiap kategori umur tu.
Button 20 – 30 tahun akan di link ke block Wanita 20 – 30 dimana dalam tu ada ayat yang
berbeza, gaya bahasa berbeza, masalah dan penyelesaian berbeza khas untuk umur tu seperti
contoh di bawah.
Begitu juga untuk lelaki, buat block khas bagi setiap kategori umur bagi lelaki. Link kan block
mengikut yang berkaitan.
Ini adalah optional, anda tidak wajib sampai targeted umur seperti ini. Tapi jika anda rajin, anda
boleh bereksperimen dengan setiap kategori umur bagi jantina itu juga.
Tapi lepas anda buat langkah di atas, ada satu langkah lagi anda perlu buat. Ini supaya bot aka n
simpan data umur prospek itu. Jadi lepas ni bot secara auto dah tahu umur prospek, tak perlu
anda tanya lagi.
30
31
Ulang langkah di atas untuk semua block kategori umur bagi wanita dan lelaki sekiranya anda
ada asingkan mengikut jantina dan umur. Tapi letakkan di VALUE, umur bagi setiap block. Jika di
block Wanita 31-40 atau Lelaki 31-40, anda letak 31-40 di bahagian VALUE.
Apa yang berlaku di atas adalah bot akan masukkan prospek itu dalam senarai orang yang
berumur 20-30. Jadi apabila data dah ada dalam sistem, mudah untuk anda follow up nanti
sebab bot dah tahu umur prospek.
32
Cara Autoreply Nama Pendek Prospek.
Bagaimana caranya jika kita nak bot terus panggil nama pendek prospek tanpa perlu prospek
bagitahu namanya?
Ikuti tutorial di bawah.
Anda perlu letak {{fb_first_name}} bila anda nak sebut nama pendek prospek. Jadi bila prospek
chat, dia akan nampak seperti berikut:
33
Cara Untuk Pastikan Prospek Tidak Taip Apa-apa.
Masalah utama bila guna bot adalah bila mana prospek taip sesuatu yang kita tidak set dalam
sistem.
Kita berikan soalan dan pilihan jawapan yang perlu mereka klik, mereka tak klik jawapan,
mereka pergi tanya soalan lain pada bot.
Bila jadi macam ni, bot akan pening dan prospek juga akan pening.
Jadi masalah akan bertambah teruk bila prospek ada pilihan untuk taip dan tidak klik button
kita. Jadi, penyelesaiannya adalah kita perlu buang fungsi taip bila mereka chat dengan bot kita.
Lepas anda buat ni, mereka takkan boleh taip dah bila chat dengan bot kita. Mereka hanya
boleh buat pilihan ikut button yang kita buat saja.
Jadi kita lagi mudah nak prospek ikut flow yang dah kita tetapkan.
34
Bila dah off, prospek anda takkan boleh lagi taip apa-apa bila chat dengan bot.
Tapi itu hanya jika mereka gunakan app Messenger di phone. Mereka tetap boleh reply jika di
Laptop/PC. Jadi penyelesaiannya adalah anda hanya beriklan dengan mereka di mobile, jangan
pilih Desktop.
Jadi kita boleh pastikan yang mereka yang chat dengan bot adalah mereka yang gunakan
smartphone. Bawah ini adalah contoh dimana prospek tak boleh reply pun di app Messenger.
35
Cara Follow Up Semua Prospek Dengan 1 Klik.
Bagaimana jika anda ada 200 orang prospek dan anda nak follow up semua?
Dengan Chatfuel, anda boleh blast follow up sekali serentak untuk semua. Caranya seperti di
bawah.
36
Bila anda klik SEND NOW, ayat ini akan dihantar ke semua prospek yang ada dalam database
bot anda. Tapi untuk follow up dengan cara lebih bijak, sila ikuti tutorial seterusnya.
37
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Umur.
Bagaimana jika anda nak follow up ayat berbeza-beza ikut umur prospek?
Untuk lakukan ini, pastikan anda dah pun buat tutorial sebelum ni berkaitan autoreply dan
track prospek berdasarkan kategori umur mereka.
Jika anda dah buat langkah itu, anda boleh buat langkah ini.
38
39
Apabila anda blast follow up seperti di atas, hanya yang berumur dalam lingkungan 20-30 saja
yang akan terima follow up anda. Yang lain dari itu takkan terima follow up itu.
Jadi anda boleh lah buat ayat follow up berbeza ikut umur mereka. Umur 20-30 akan terima
ayat follow up lain, 31 – 40 akan terima ayat follow up lain. Tapi bagaimana nak blast follow up
ikut umur dan jantina serentak?
40
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Jantina.
Bagaimana jika anda nak follow up ayat berbeza-beza ikut jantina prospek?
Berikut adalah caranya.
41
Jika anda nak blast pada jantina dan juga umur serentak, anda perlu tambah lagi langkah
seperti di bawah.
42
Jika anda setting seperti di atas di Filter, apa yang terjadi adalah anda hanya akan blast follow
up pada wanita yang berumur 20-30 tahun yang ada dalam list anda.
Begitu juga jika anda nak blast pada lelaki yang berumur 41-50 ke, anda hanya perlu ubah
setting seperti di atas.
Kemudian anda boleh blast follow up anda seperti biasa.
Bagaimana jika nak follow up berdasarkan masalah ataupun produk?
43
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Masalah.
Bagaimana caranya untuk kita blast pada mereka yang ada masalah tertentu?
Katakan anda jual produk serum untuk kulit, produk anda mampu selesaikan 5 jenis masalah,
tapi masalah setiap orang itu berbeza, anda nak follow up mereka yang ada jerawat saja,
bagaimana caranya?
Tapi di Chatfuel, untuk 1 ayat seperti atas hanya dibenarkan 3 button saja. Trick untuk tambah
banyak button adalah, tambah ayat baru. Tapi hanya letak noktah saja, kemudian letak button.
44
Seperti biasa, pastikan anda buat block khas untuk setiap masalah itu. Jika ada 3 masalah, buat
3 block asing-asing bagi setiap masalah. Contoh seperti di bawah.
45
Selesai. Ulang langkah di atas untuk semua block masalah-masalah yang ada agar bot akan
simpan data masalah yang dipilih oleh prospek.
Sekarang kita akan buat langkah untuk blast follow up khas untuk yang ada masalah tertentu
saja.
46
Apa yang berlaku bila anda setting filter seperti di atas adalah bot akan blast follow up khas
kepada wanita berumur 20-30 yang ada masalah jerawat.
Jadi anda boleh targeted kan lagi ayat anda dengan fokus pada gaya bahasa, info, fakta, dan apa
jua contents yang bertepatan dengan target market anda.
Anda boleh delete mana-mana filter yang anda nak, sebagai contoh anda nak follow up semua
yang ada masalah jerawat, tidak kira jantina atau umur. Anda boleh delete filter umur dan
jantina.
47
Cara Blast Follow Up Semua Prospek Ikut Produk.
Katakan anda ada 3 jenis produk yang anda jual dalam page yang sama, bagaimana jika anda
nak target yang berminat dengan produk A saja dan bukan produk B?
Berikut adalah caranya.
48
Selesai. Ulang langkah ini dalam semua block produk yang ada. Jadi kita boleh track data
prospek berminat dengan produk mana.
Sekarang kita akan buat pula langkah kalau nak blast follow up ikut produk.
Buat langkah untuk blast follow up seperti yang dah diterangkan dalam tutorial sebelum ini.
49
Apa yang berlaku bila anda filter seperti ini adalah bot akan blast follow up pada wanita yang
berumur 20-30 tahun, mempunyai masalah jerawat dan berminat dengan produk A.
Jadi anda boleh buat ayat follow up yang betul-betul targeted dan bot akan blast pada semua
yang kena dengan kriteria di atas.
Seperti biasa, anda boleh ubah mana-mana filter ikut anda. Tapi pastikan anda buat semua
langkah untuk track prospek ikut mana-mana kriteria itu.
50
Cara Blast Follow Up Ikut Masa Yang Kita Tetapkan.
Katakan anda nak set kan untuk auto follow up PM testimoni pada setiap hari Isnin, jam 1.30
petang, Chatfuel boleh uruskan untuk anda.
Anda boleh pilih kepada siapa anda nak follow up seperti yang diterangkan di atas sebelum ini,
kemudian anda boleh pilih bila anda nak follow up tu.
Anda nak follow up ayat Selamat Berhujung Minggu pada setiap hari Ahad, pun dibolehkan.
Berikut adalah caranya, masuk ke Broadcast dan pilih seperti di bawah.
Bila anda set Repeat, bot akan berulang kali follow up ikut yang anda set kan.
51
Cara Follow Up Prospek Yang Nak Tunggu Gaji.
Realiti berniaga adalah prospek tidak akan beli serta merta.
Ramai yang akan beli bila gaji dah masuk pada hujung bulan. Jadi kita kena tackle isu ni dalam
flow bot kita.
Bagaimana cara untuk kita masukkan prospek yang nak tunggu ni dalam satu senarai supaya
mudah kita nak follow up nanti?
52
53
Anda set seperti di atas ni, bot secara auto akan simpan data mereka yang buat pilihan Tunggu
Gaji ni. Jadi, kita boleh setkan pada hari gaji hujung bulan, bot akan follow up secara auto.
Bagaimana cara untuk blast follow up secara auto pada hari gaji nanti?
54
Jika anda filter seperti di atas, itu tandanya bot hanya akan follow up wanita yang berminat nak
dapatkan produk A dan hari tu kata nak tunggu gaji. Jadi kita boleh letak ayat follow up yang
sangat targeted dan bot akan blast pada semua yang menepati kriteria tu.
55
Jadi pada waktu yang anda tetapkan, bot akan follow up secara auto setiap bulan, walaupun
anda sendiri lupa nak follow up.
56
Cara Nak Follow Up Yang Belum Beli Saja.
Bila kita gunakan bot, kalau kita tak pandai setup supaya blast follow up itu ditujukan pada
orang yang tepat, nanti prospek akan menyampah.
Contoh, dia dah beli tapi anda tetap follow up seolah dia belum beli.
Jadi, dalam tutorial ni kami akan tunjukkan bagaimana nak asingkan yang dah beli dan belum
beli.
Kenapa Whatsapp? Sebab bila bab bayar, ramai masih skeptikal untuk terus bayar pada bot
saja. Dan ada juga yang nak Whatsapp juga untuk tanya itu ini.
Tapi yang bagusnya, kita dah pun kurangkan banyak tenaga kerja untuk close sale, jawab
soalan-soalan yang biasa ditanya, guide nak bayar dan sebagainya.
57
Whatsapp hanya digunakan untuk close the deal, jawab serpihan pertanyaan yang tiada di bot.
Dan hanya untuk collect bukti bayaran saja.
Di bawah ayat atas tadi, anda pastikan anda setting ayat ni pula.
58
59
Lepas anda setting seperti atas ni, bot akan terus simpan data mereka yang klik button dah
bayar dan Whatsapp tadi.
Jadi bila kita nak blast follow up, kita boleh asingkan dari follow up mereka ini.
60
Bila anda setting Bayaran IS NOT Dah Bayar, itu bermaksud anda nak follow up mereka yang
BELUM bayar. Jika anda set Bayaran IS Dah Bayar, anda akan follow up mereka yang dah bayar
saja.
Jadi, untuk anda asingkan yang dah beli dan belum beli, ubah IS kepada IS NOT.
Dalam contoh di atas, bot akan cari semua prospek wanita berumur 20-30 tahun yang berminat
nak beli produk A tapi belum bayar. Anda boleh ubah filter mengikut keperluan anda.
61
Cara Nak Follow Up Pembeli Untuk Testimoni.
Dalam bahagian ni kami akan ajarkan bagaimana anda nak dapatkan testimoni dengan cara
blast follow up pada yang dah beli saja.
Pastikan anda dah setting block Dah Bayar seperti yang diajar di bahagian sebelum ini.
62
Bila anda setting seperti di atas, bot akan blast follow up anda pada yang dah bayar saja. Sebab
itu kita pilih IS, bukan IS NOT.
Untuk filter yang lain adalah terpulang pada keperluan anda. Anda boleh pilih nak blast pada
lelaki dan wanita serentak ke, atau kepada produk tertentu saja ke.
Cuma di bahagian contents, anda letakkan ayat follow up bertanyakan tentang feedback atau
testimoni mereka selepas menggunakan produk anda.
Dari segi setting filters, settingkan seperti di atas tadi.
63
Cara Nak Tahu Berapa Ramai Baca Follow Up.
Bila kita blast, kita boleh tahu berapa ramai dah baca dan tidak baca pun bila kita blast follow
up. Sebagai contoh, dari 100 orang yang dalam list blast kita, berapa yang baca, berapa yang
tidak.
Kita boleh tahu dengan cara seperti di bawah.
Jika anda dah blast, di sebelah kanan itu akan dipaparkan seperti di bawah.
Jadi dari sini anda boleh tahu, berapa ramai dapat PM, berapa ramai dah baca dan berapa
ramai yang ada ambil tindakan dengan klik button dalam PM follow up kita tu.
64
Situasi Untuk Anda Gunakan Bot.
Bila anda dah mahir cara guna bot seperti diterangkan di atas, ada beberapa situasi anda boleh
gunakan bot ni.
1. Situasi utama kita gunakan bot adalah untuk close sale.
- Mungkin takkan boleh 100% auto close sale gunakan bot, tapi sebenarnya anda dah
boleh kurangkan beban team close sales dengan banyak sekali.
- Semua info, FAQ, testimoni dan lain-lain perkara tentang produk dah pun anda cuba
selesaikan melalui bot.
- Walaupun belum sempurna, tapi kita sedang bergerak ke arah automasi dalam
jualan, jualan ebook ini juga sebenarnya berniat untuk menarik lebih ramai gunakan
bot agar prospek di Malaysia tidak begitu bergantung pada Whatsapp semata-mata.
- Untuk gunakan bot bagi close sale, flow itu anda tentukan sendiri. Setiap peniaga itu
berbeza-beza flow mereka.
- Ada yang di awal chat itu bertanya tentang masalah terlebih dahulu. Ada yang lebih
ringkas, ada yang lebih details.
- Semua flow itu terpulang pada anda. Pokok pangkal dalam menggunakan bot ini
adalah untuk sambung atau link kan antara satu flow ke satu flow jualan yang lain
secara auto.
- Dari penerangan masalah, ke cadangan penyelesaian, ke meyakinkan pelanggan
dengan testimoni, ke follow up, ke pembelian itu boleh dihubungkan dengan bot.
- Asasnya seperti dah diterangkan di awal ebook ini. Bina block dan sambungkan dari
block ke block yang lain.
- Kerja membina bot ni agak banyak dan leceh di awalnya kerana anda perlu setting
satu per satu block.
- Tapi dari segi memudahkan selepas siap, insyaAllah ia akan sangat membantu anda,
jika ia digunakan dengan cara yang betul. Terutama dalam bantu kita follow up
pelanggan secara sangat efisyen.
65
2. Fungsi utama bot juga adalah untuk kita follow up prospek.
- Chatfuel berikan kita pilihan yang pelbagai dalam bantu kita follow up prospek.
- Jualan takkan terjadi dengan mudah tanpa follow up yang teratur.
- Jadi anda perlu bijak gunakan robot untuk set kan follow up kepada prospek.
- Contoh, buat follow up berulang dimana setiap isnin tengah hari, bot akan follow up
testimoni baru. Jadi tugas anda untuk update testimoni baru setiap minggu di follow
up mingguan testimoni. Pastikan anda set hanya pada yang belum beli agar tidak
mengganggu yang dah beli.
- Anda juga boleh buat follow up bulanan pada hari gaji. Set kan pada yang berminat
dan belum beli.
- Anda juga boleh set follow up mingguan pada hujung minggu di mana anda ucapkan
selamat berhujung minggu kepada prospek tanpa ada ayat menjual.
- Anda juga boleh set follow up perkongsian tips kepada yang belum beli dan juga
kepada yang dah beli. Ini lebih kepada untuk menambah nilai dan meningkatkan
branding awareness kita.
- Anda juga boleh set follow up untuk event khas seperti Hari Raya, Tahun Baru dan
sebagainya. Anda boleh berikan promosi khas sempena event tersebut.
- Anda juga boleh set follow up khas untuk minta feedback kepada pembeli. Follow up
ni ditujukan pada yang dah beli saja.
- Tapi yang terbaik apabila buat follow up adalah TARGETED. Chatfuel berikan anda
fungsi untuk filter supaya ayat kita lebih targeted. Jadi gunakan fungsi ni sebaiknya.
Gunakan ayat berbeza untuk jantina ataupun umur. Berikan contents atau
perkongsian tips kepada masalah yang berbeza-beza agar mereka rasa lebih yakin.
Pokoknya, bila lebih targeted, prospek akan rasa lebih dekat dengan apa yang kita
cuba tawarkan.
66
3. Jadikan bot sebagai support chat untuk agen-agen.
Katakan anda ada 20 stokis, 200 agen, 300 agen dropship yang seringkali tanya soalan
berulang. Anda boleh setup satu page khas untuk support ni.
Di page tu, setup kan bot ini.
- Di welcome block, tanya terus mereka kategori mana (stokis/agen/dropship).
- Letak button yang link ke block yang berkaitan.
- Jika mereka klik Agen, paparkan senarai FAQ untuk agen saja.
- Jika mereka klik Dropship, paparkan senarai FAQ untuk dropship saja.
- Dalam FAQ, anda boleh tanya lebih detail, sebagai contoh,
Anda nak tahu lebih lanjut tentang apa?
Cara submit order
Sistem
Aduan main harga
- Sediakan button untuk mereka klik. Link kan button dengan block yang berkaitan.
Jadi bila mereka klik, bot akan jawabkan apa yang mereka nak tahu.
- Pokoknya, anda pecahkan setiap kategori, level agen, isu atau masalah itu menjadi
beberapa pilihan yang mereka boleh pilih.
- Bila bot dah siap, anda hanya perlu bagi link PM itu kepada semua stokis, agen atau
dropship baru atau lama yang ada pertanyaan.
- Anda tidak perlu lagi layan seorang demi seorang.
4. Jika anda HQ, anda boleh jadikan bot sebagai cara untuk prospek hubungi agen
mengikut kawasan mereka.
- Di welcome block, tanya terus prospek dari negeri mana.
- Lepas mereka pilih negeri mana, anda dah set siap-siap dalam block setiap negeri,
senarai daerah yang ada agen anda cover.
67
- Prospek akan pilih daerah pula. Lepas tu akan dibawa ke block daerah yang dipilih.
- Di block itu anda berikan senarai agen yang ada untuk daerah tersebut.
- Jadi bila ada prospek yang PM page HQ, anda boleh berikan link PM ni untuk mereka
terus dapatkan agen berdekatan dengan mudah.
Sebenarnya, anda boleh gunakan bot ini dengan pelbagai cara mengikut kreativiti anda. Anda
mungkin tidak boleh harapkan bot 100% close sales anda secara auto tapi jadikan ini sebagai
platform untuk bantu memudahkan kerja close sales anda.
68
Pantang Larang Utama Bila Gunakan Bot.
Pantang larang paling utama bila gunakan bot adalah JANGAN SPAM.
Ada perbezaan antara follow up secara bijak dan bersederhana dengan follow up secara SPAM
iaitu anda blast follow up tu bertubi-tubi seperti anda sangat kemaruk jualan.
Susun flow follow up anda dengan bijak dan tidak terlalu terburu-buru.
Jangan asyik nak menjual dan menjual.
Kata kunci utama adalah untuk BERKONGSI ILMU, PENGALAMAN dan TIPS yang dalam pada
masa yang sama untuk MEMBINA HUBUNGAN BAIK dengan prospek.
Letakkan objektif utama adalah untuk berkongsi sesuatu yang boleh BANTU SELESAIKAN
MASALAH prospek anda.
Jadi fikir dengan panjang setiap kali nak blast follow up kepada prospek anda.
Kekerapan yang melampau dan ayat yang terlalu mendesak adalah cara yang pasti akan buat
prospek anda muak dan akan block anda.
Bijaklah dalam menggunakan bot.
69
Terima Kasih.
Itulah cara kita nak gunakan bot dalam membantu usaha kita close sale dan juga follow up
prospek kita.
Banyakkan test sendiri flow yang terbaik untuk produk anda, lain produk, lain target market,
lain flownya.
Jangan harapkan bot 100% close sale untuk anda, usaha follow up itu yang paling penting sebab
jika anda abaikan terus bahagian follow up, anda tidak sediakan contents dan susunan follow
up yang teratur dan bijak, usaha anda gunakan bot akan jadi sia-sia.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini boleh membantu anda dalam menjana lebih
banyak keuntungan dengan berniaga online.
Terima kasih kerana sudi beli dan baca sehingga ke penamatnya.
- Muhammad Zukermi & Team.
70