SENARAI ARTIKEL
JURNAL Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Prestasi Sekolah
PERTAMA Di Zon Baram Hilir, Sarawak. (2017)
JURNAL Pelaksanaan Kepernimpinan Pengajaran di Kalangan
KEDUA Pengetua Sekolah.(2007)
JURNAL Kepemimpinan Instruksional: Konsep, Model, Pendekatan
KETIGA dan Skala Pengukuran (2018)
JURNAL Gaya Kepimpinan Pengetua dalam Menjayakan Penyediaan
KEEMPAT Pendidikan Abad ke-21. (2013)
JURNAL Tingkah Laku Kepemimpinan Pengajaran Pengetua: Satu
KELIMA Kajian Terhadap Persepsi Guru-Guru Kanan Di Beberapa
Buah Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah. (2002)
1
CIRI-CIRI
TEORI
KEPIMPINAN
PENGAJARAN
2
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DAN PRESTASI
SEKOLAH DI ZON BARAM HILIR, SARAWAK.
Secara umumnya, matlamat utama pendidikan di sekolah adalah untuk meningkatkan prestasi
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai matlamat, pemimpin sekolah
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Berdasarkan
PPPM (2013-2015), Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua sekolah tanpa
mengira lokasi dan tahap prestasi mempunyai guru besar yang berkualiti tinggi. Guru besar
akan dibantu oleh kumpulan kepimpinan pertengahan dengan matlamat pasukan kepimpinan
di sekolah dapat memberi kepimpinan instruksional dan meningkatkan prestasi sekolah secara
keseluruhan. Yusuf [Link] (2008) menjelaskan bahawa sekiranya guru besar telah
melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran pengurusan dan kepimpinan instruksional
yang cukup, maka seseorang guru besar akan mampu meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Walau bagaimanapun, Sektor Pengurusan Akademik (2009) mengatakan peranan guru besar
sebagai pemimpin sekolah yang kurang efektif semasa membimbing dan berkongsi matlamat
dengan guru-guru mengakibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
seringkali tidak mencapai matlamat sekolah. Pemantauan SKPM di Negeri Pahang
menunjukkan masih terdapat sekolah yang tidak menggubal, menyedia, dan menyebarkan visi
dan misi sekolah.
Menurut Jamelaa (2012), keadaan ini menyebabkan warga sekolah bertindak tanpa hala tuju
yang spesifik dan berfokus. Daresh (2008) dan Azlin (2006) menyatakan kebimbangan yang
timbul kerana ramai guru besar masih merujuk kepada model pengurusan klasik dalam
pengurusan sekolah. Mereka lebih cenderung mengaplikasikan kepimpinan autokratik tanpa
3
mengambil berat kehendak guru dan mengabaikan peranan untuk menjana insan yang
berkualiti bagi pembangunan pendidikan.
Prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah sentiasa dikaitkan dengan keberkesanan gaya
kepimpinan pentadbir yang diamalkan di sekolah. Guru besar selaku pentadbir organisasi
bertanggungjawab memajukan organisasi agar mencapai matlamat yang dirancang. Menurut
Latip (2007), antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh pentadbir organisasi adalah untuk
memastikan sesebuah organisasi dapat diurus secara efektif dan efisien. Sejak 1980-an, banyak
kajian yang dijalankan untuk mengkaji peranan kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh
guru besar.
Menurut Alimudin (2010) pula, seseorang pemimpin instruksional yang memainkan peranan
sebagai agen perubahan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif mampu memberi
impak yang jelas kepada keberhasilan dan pencapaian murid. Sehubungan dengan itu, amalan
kepimpinan instruksional merupakan satu usaha yang berkesan serta memberikan impak yang
besar dalam pembentukan sebuah sekolah yang cemerlang.
Kerangka Konseptual kajian ini diubahsuai berdasarkan Model Hellinger dan Murphy (1987)
dan prestasi sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2003 Kajian
ini berfokus kepada kepimpinan instruksional guru [Link] intruksional dibahagikan
kepada tiga dimensi iaitu:-
Dimensi 1 : Menjelaskan dan mendefinisikan matlamat
Dimensi II : Menguruskan program pengajaran dan
Dimensi III : Mewujudkan iklim pembelajaran sekolah.
4
PELAKSANAAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN DI KALANGAN
PENGETUA SEKOLAH
Pengetua bertanggungjawab menggerakkan sekolah mencapai matlamat seperti yang
dirancang. Menurut Drake dan Roe (1994) peranan pengetua dilihat dari dua dimensi iaitu
pentadbiran/pengurusan dan kepemimpinan pengajaran. Pemimpin pengajaran merujuk
pengetua yang mampu mengerakkan sekolah secara berkesan. Kepemimpinan pengajaran
merupakan tindakan yang dilakukan oleh pengetua yang mampu meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang turut melibatkan guru, murid, ibubapa, perancangan
sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber dan budaya sekolah (Hallinger dan
Murphy1987). Justeru, pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-
guru digembeling dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program
pendidikan yang berkesan.
Adi Fahrudin et al. (2002) mengatakan kepemimpinan pengajaran juga mempengaruhi
keseluruhan pelaksanaan tugas pengetua di sekolah. Kajian Baharom (2004) menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru tentang kepemimpinan pengajaran
dalam celik computer berdasarkan faktor-faktor pembolehubah demografik. Dengan kata lain
pembolehubah demografik mempunyai hubungan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan
kepemimpinan pengajaran.
Berdasarkan kepentingan pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran McEwan (1998)
menyarankan setiap pengetua yang ingin menjadikan kepemimpinan pengajarannya lebih
berkesan, perlu memahami dan melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran. Dalam
melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran ini, pengetua seharusnya tahu serta
mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu melibatkan guru dalam
aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima pandangan guru secara
5
terbuka dan menghargai sumbangan guru. Selain itu pengetua juga perlu mewujudkan suasana
yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka kajian dibina berasaskan kepada Model Dwyer (1984) dan Kerangka Hallinger dan
Murphy (1985). Model Dwyer (1984) menjelaskan tentang peranan pengetua dalam
kepemimpinan pengajaran. Dalam model ini tingkah laku kepemimpinan dilihat melalui
tingkah laku rutin pengetua yang dipengaruhi oleh pembolehubah masyarakat, kepercayaan
dan pengalaman pengetua, serta konteks institusi itu sendiri. Tingkah laku kepemimpinan
pengetua dalam pengurusan pengajaran pula mempengaruhi iklim sekolah dan organisasi
pengajaran serta memberi kesan terhadap pencapaian akademik, harga diri, bertanggungjawab,
kewarganegaraan, dan sikap murid terhadap pembelajaran.
Hallinger dan Murphy (1985) yang menyokong model ini telah mengemukakan satu kerangka
yang mencadangkan bagaimana seharusnya pengetua memimpin pengajaran di sekolah. Dalam
kerangka ini, kepemimpinan pengajaran pengetua dianggap akan mempengaruhi organisasi
pengajaran dan iklim sekolah. Kerangka ini dibina berasaskan kepada keperluan pengetua
mempunyai satu panduan yang jelas tentang perkara yang perlu mereka lakukan untuk
mentadbir yang boleh meningkatkan keberkesanan sekolah. Kepemimpinan pengajaran
dikategorikan kepada tiga dimensi iaitu penakrifan matlamat sekolah, pengurusan program
pengajaran, dan pemupukan iklim sekolah.
6
KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL: KONSEP, MODEL,
PENDEKATAN DAN SKALA PENGUKURAN
Menurut Niqab, Sharma, Wei & Maulod (2014) istilah pemimpin merujuk kepada individu
yang mengambil inisiatif untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan selain untuk
mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan. Pada masa ini, pemimpin yang dinamik
memerlukan lebih daripada sebelum ini kerana mereka boleh mengubah sistem yang sedia ada.
Kepemimpinan dianggap sebagai unsur utama dalam keberkesanan institusi.
Lokman, M. Al Muzammil & Mislina (2013) berpandangan bahawa dalam kajian beberapa
orang sarjana kepemimpinan instruksional seperti Halinger (2003), Mc Ewan (1998) dan
Glickman (1992) telah memberi definisi tentang kepemimpinan instruksional sebagai interaksi
guru secara formal, penglibatan secara menyeluruh, pembangunan profesional guru,
pembangunan kurikulum dan implementasi kepada kajian berbentuk tindakan dengan hasrat
dapat meningkatkan kredibiliti dan kapasiti guru di kelas. Hallinger & Murphy (1985)
menyatakan kepemimpinan instruksional dapat membantu meningkatkan keberhasilan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, keberhasilan ini dapat
melahirkan murid yang berpengetahuan. Selain itu, Drake & Roe (1986) pula mendefinisikan
kepemimpinan instruksional sebagai sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong
pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat
sekolah dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh. Sheppard (1996) berpendapat
bahawa kepemimpinan instruksional merujuk kepada satu entiti yang berbeza daripada urusan
rutin pentadbiran di sekolah tetapi yang berkait rapat dengan perlakuan pentadbir dalam
penyediaan tugas guru di kelas dan pemantauan kemajuan murid.
Menurut Nor Azni, Foo, Soaib & Aminuddin (2015) menjelaskan bahawa seorang pemimpin
mesti mewujudkan kesediaan ke arah perubahan dalam kalangan para pekerja masing-masing
7
dalam usaha untuk menjayakan perubahan. Dalam Surat Pekeliling Bil. 3/1987: Penyediaan
Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua atau Guru Besar Sekolah turut
menjelaskan bahawa pengetua perlu membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan
lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. Pemimpin organisasi
perlu memahami cara untuk memupuk kesediaan ini supaya pekerja akan lebih komited
terhadap perubahan yang dilaksanakan.
Model Kepemimpinan Instruksional Alig-Mielcarek (2003) Kepemimpinan Instruksional
Mengenal pasti dan Mengawal dan memberi Mewujudkan pembangunan
menyebar matlamat maklum balas terhadap proses profesional sekolah secara
bersama-sama pengajaran dan pembelajaran meluas
Bekerjasama secara Dimensi ini menjelaskan Amalan yang konsisten terhadap
kolaboratif dengan staf aktiviti yang dilakukan oleh pembelajaran sepanjang hayat.
untuk mengenal pasti dan pemimpin instruksional dalam Pemimpin instruksional
menjelaskan matlamat bidang akademik. Ini meminta guru belajar lebih
sekolah. Matlamat termasuklah sentiasa kelihatan tentang pencapaian murid
digunakan untuk dijadikan di sekolah, berbincang dengan berdasarkan analisa data,
panduan membuat murid dan guru, memberi menyediakan pembangunan
keputusan organisasi, pujian dan makluman balas profesional yang sejajar dengan
menentukan amalan kepada guru, murid dan matlamat sekolah, dan
pengajaran, pembelian komuniti dalam hal prestasi menyediakan bahan dan sumber
bahan kurikulum, dan akademik dan akhirnya guru.
membina sasaran untuk memastikan waktu pengajaran
kemajuan. Matlamat ini di sekolah tidak terganggu.
akan menjadi fokus utama
untuk dicapai.
Model Kepemimpinan Instruksional Hallinger (2000)
Mentakrifkan Misi Mengurus Program Membentuk Iklim Sekolah
Sekolah Instruksional
• Merangka matlamat • Menyelia dan • Menjaga masa instruksional
sekolah menilai instruksional • menggalakkan perkembangan profesional
• Menyampaikan matlamat • Menyelaras • Mengekalkan sokongan pembelajaran
sekolah kurikulum • Menyediakan insentif kepada guru
• Memantau • Menyediakan insentif kepada murid
perkembangan murid
8
Model Kepemimpinan Instruksional Weber (1996)
Mendefinisikan Mengurus Menggalakkan Memerhati dan Menilai Program
Misi Sekolah Kurikulum dan Iklim Meningkatkan Pengajaran
Pengajaran Pembelajaran Pengajaran
yang Positif
• Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin
instruksional instruksional instruksional instruksional instruksional
membina secara memantau menggalakkan memerhati dan menyumbang kepada
kolaboratif visi amalan bilik iklim mempertingkat- usaha perancangan,
dan matlamat darjah dengan pembelajaran kan pengajaran mereka bentuk,
bersama-sama misi sekolah yang positif melalui usaha mengurus dan
sekolah dengan dan dengan pencerapan dan menganalisis hasil
pihak menyediakan menyampaikan mewujudkan penilaian yang
berkepentingan sumber dan matlamat, peluang-peluang menilai
sokongan untuk menetapkan pembangunan keberkesanan
amalan model jangkaan dan profesional kurikulum
dan teknik mewujudkan
pengajaran suasana
terbaik serta pembelajaran
menyokong yang teratur
usaha
penggunaan
data bagi
memacu
pengajaran
9
GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DALAM MENJAYAKAN
PENYEDIAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21.
Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang bertindak sebagai
pengupaya kepada kemajuan intelektual dan insaniah secara seiringan ke arah meletakkan
Malaysia sebaris negara maju yang lain dalam abad ke 21 ini. Dalam kerancakan Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian
ialah sejauh mana kesedaran pemimpin sekolah dalam menyediakan pendidikan abad ke-21
agar transformasi pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya. Gaya kepimpinan pengetua
juga sedikit sebanyak mempengaruhi kejayaan penyediaan pendidikan abad ke 21. Tumpuan
utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kesedaran dan pengetahuan pemimpin
sekolah sebagai agen perubahan dalam menyediakan pendidikan abad ke 21. Kerangka kajian
adalah berasaskan gaya kepimpinan instruksional Model Hallinger dan Murphy (1985).
Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua dalam konteks ini melibatkan proses kepimpinan
pada tahap sekolah yang berlaku dalam pelbagai arah; ke arah atas dari guru kepada pentadbir;
ke arah bawah dari pentadbir kepada guru; dan secara mendatar dalam kalangan guru, ibu bapa
dan lain-lain agen yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan sekolah (Abd
Ghani, Aziah, Tan, 2008).
Kelapan-lapan fungsi ini adalah sebahagian daripada sebelas fungsi pengetua dalam gaya
kepimpinan instruksional pengetua sekolah. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin melihat
sama ada pemimpin sekolah mempunyai pengetahuan dan kesedaran dalam penyediaan
pendidikan abad ke 21 berdasarkan sebelas fungsi kepimpinan [Link]
menyediakan pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah menggunakan pengetahuan
dan kemahiran mereka dalam fungsi-fungsi berikut:
1. menyelaras kurikulum,
2. mengawal waktu pembelajaran dan pengajaran,
3. mencerap dan menilai pengajaran guru,
10
4. mengukuhkan usaha-usaha guru dalam meningkatkan prestasi pelajar,
5. memberikan sokongan terhadap aktiviti pengajaran di sekolah,
6. menggalakkan perkembangan profesionalisme guru,
7. menguatkuasakan dasar akademik pelajar, dan
8. memberikan insentif untuk pembelajaran murid.
Pemimpin sekolah memainkan peranan dalam menyebarkan visi dan misi sekolah kepada
semua guru, kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa. Penyebaran ini berlaku secara formal
dan tidak formal iaitu melalui ucapan pengetua semasa perhimpunan dan mesyuarat guru dan
perjumpaan bersama waris. Ada sesetengah pihak sekolah meletakkan visi dan misi sekolah
ini di beberapa tempat strategik di sekitar sekolah agar dapat ditatapi oleh semua yang
berkunjung ke sekolah. Penyebaran visi dan misi sekolah kepada ibu bapa bertujuan bagi
membolehkan mereka memainkan peranan masing-masing apabila berada bersama anak-anak
mereka di rumah. Penyebaran visi dan misi ini dibuat agar hala tuju sekolah selari dengan
hasrat KPM.
Selain itu, pemimpin-pemimpin sekolah sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada
guru-guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, tugasan utama
mereka tidak boleh [Link] seorang pemimpin di sekolah, kefahaman dan
pengetahuannya dalam meneroka sesuatu bidang baru dan dalam usahanya melakukan
perubahan di sekolah merupakan dua faktor kritikal untuk menjayakan sesuatu pembaharuan.
Di samping keupayaanya menyampaikan maklumat tentang perubahan tersebut dapat
memastikan guru-guru dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti untuk mencapai
objektif perubahan tersebut. Menurut Mohd. Tahir (2006), kualiti kepimpinan pentadbir di
sekolah seperti pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan mempunyai hubungan
yang signifikan dengan tahap kualiti kerja guru dan kejayaan sesebuah sekolah.
11
TINGKAH LAKU KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA:
SATU KAJIAN TERHADAP PERSEPSI GURU-GURU KANAN DI
BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU,
SABAH
Pendidik yang benar-benar mantap, berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi dalam kerja,
sangat perlu untuk menyahut cabaran-cabaran ini. Pada masa yang sama pentadbir dan
pengurus sekolah, juga perlu melengkapkan diri dan meningkatkan tahap profesionalisme.
Kepimpinan pengetua dalam era pendidikan kini, perlu benar-benar mantap untuk memastikan
sekolah dan golongan pendidik dapat menjalankan fungsi dan peranan mereka dengan
berkesan. Tanpa kepimpinan pengetua yang berkesan, harapan membentuk sekolah berkesan
ataupun sekolah cemerlang sukar untuk dicapai. Kualiti kepimpinan pengetua terutamanya
kepimpinan pengajaran telah dikenal pasti akan dapat mempengaruhi pencapaian ataupun
prestasi pelajar.
Dwyer (1983) dalam kajian cerapan berstruktur tentang pengaruh komuniti terhadap tingkah
laku pengetua berhubung dengan tugas seharian mereka (pengetua) dan peranan mereka
sebagai pemimpin pengajaran juga membuktikan bahawa pengetua kini lebih banyak
menumpukan kepada hal-hal pentadbiran berbanding dengan kepimpinan pengajaran mereka.
Dapatan kajian Dwyer menunjukkan bahawa pengetua telah menumpukan sebahagian
masanya kepada hal-hal luar sekolah, seperti berunding dengan pihak polis (berkaitan disiplin
dan tahap keselamatan di sekolah) ataupun ibu bapa dan semakin kurang memberi tumpuan
kepada kepimpinan pengajaran. Glasman (1984, 1986), dan Neidermeyer (1977) ketika
mengemukakan model kepimpinan pengajaran juga menyatakan bahawa peranan pengetua
yang sebenarnya ialah dalam aspek pengajaran dan bukannya dalam bidang pengurusan.
12
Tingkah laku kepimpinan Pengajaran yang dikaji dalam kajian ini ialah :
1) Merangka matalamat-matlamat sekolah.
2) Menjelaskan matlamat-matlamat sekolah
3) Menyelia dan menilai pengajaran guru
4) Menyelaras kurikulum
5) Pemantauan kemajuan akademik pelajar
6) Mengawal dan melindungi waktu pengajaran
7) Selalu kelihatan di kawasan sekolah
8) Insentif untuk guru-guru
9) Memaju dan menggalakkan perkembangan professional staf
10) Menyediakan ganjaran untuk pelajar
Sekolah bantuan penuh kerajaan merupakan organisasi yang mempunyai struktur dan deskripsi
tugas yang jelas bagi seorang pengetua, guru-guru dan kakitangan sokongan lainnya. Struktur
dan deskripsi tugas ini diatur dalam pelbagai peraturan kerajaan. Hal ini agak berlainan dengan
pengetua sekolah separuh bantuan kerajaan yang pada satu keadaan ianya mengikut peraturan
yang ditetapkan kerajaan namun pada masa yang sama ia juga bertanggungjawab kepada
lembaga pengurusan.
Dalam konteks inilah, pentingnya kepemimpinan pengetua yang berkualiti, khususnya dalam
kepemimpinan pengajaran. Pengetua sebagai individu utama yang boleh membawa perubahan
dan mencorakkan sekolah, perlu peka dengan isu-isu semasa dalam sektor pendidikan.
Pengetua yang sememangnya sangat sibuk dengan tugas-tugas rutin pentadbiran harus
bertindak dengan lebih profesional dan tidak mengetepikan tugasnya sebagai seorang pendidik,
iaitu memberikan keutamaan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelaja
13
PERBINCANGAN
14
JURNAL Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Prestasi Sekolah
PERTAMA Di Zon Baram Hilir, Sarawak. (2017)
Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional guru besar
dan hubungannya dengan prestasi sekolah dalam SKPM 2003. Dapatan kajian menunjukkan
guru besar mengamalkan amalan kepimpinan instruksional pada tahap yang tinggi. Dapatan
menunjukkan majoriti sekolah yang kaji berada pada pencapaian band yang sederhana.
Dapatan turut menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan instruksional
guru besar dan prestasi sekolah dalam SKPM 2003. Dapatan kajian ini bertepatan dengan hasil
kajian lepas yang dijalankan oleh Juita (2012), Latip (2006) dan Loius (2010). Dapatan kajian
ini penting kepada guru besar dalam menambahbaik gaya kepimpinan supaya mampu
meningkatkan prestasi sekolah dalam SKPM.
Antara tiga dimensi dalam kepimpinan instruksional, dimensi menguruskan program
pengajaran menunjukkan tahap yang paling rendah. Dapatan ini bertepatan dengan dapatan
kajian yang dijalankan oleh Jamelaa (2012). Tiga aspek dalam dimensi ini yang kurang
diamalkan oleh guru besar ialah aspek berjumpa dengan guru secara individu untuk mengena
lpasti usaha guru dalam meningkatkan perkembangan murid, berjumpa dengan kelompok
murid untuk mendengar maklum balas dan memberi motivasi, mewujudkan sistem pengurusan
kurikulum secara berkesan. Sehubungan dengan itu, guru besar disarankan untuk mengambil
perhatian terhadap aspek yang kurang diamalkan supaya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
JURNAL Pelaksanaan Kepernimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua
KEDUA Sekolah.(2007)
Pelaksanaan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran oleh pengetua dapat dikategorikan
kepada tiga dimensi utama iaitu pentakrifan matlamat sekolah, pengurusan program pengajaran
dan pemupukan iklim sekolah. Penjelasan matlamat sekolah merupakan fungsi paling dominan
15
dilaksanakan diikuti dengan penguatkuasaan dasar akademik dan seterusnya pemberian
insentif untuk pembelajaran. Penjelasan matlamat sekolah digolongkan dalam dimensi
pentakrifan matlamat sekolah manakala penguatkuasaan dasar akademik dan pemberian
insentif untuk pembelajaran digolongkan dalam dimensi pemupukan iklim sekolah.
Sehubungan itu, pengetua sekolah di Selangor lebih menumpukan aktiviti yang berkaitan
dengan matlamat dan pemupukan iklim sekolah berbanding aktiviti yang berkaitan dengan
pengurusan program pengajaran. Bagaimanapun pengetua seharusnya memberi lebih
penumpuan kepada pengurusan program pengajaran supaya selari dengan kehendak dunia
pendidikan sekarang dan setanding dengan pelaksanaan dimensi yang lain.
JURNAL Kepemimpinan Instruksional: Konsep, Model, Pendekatan dan
KETIGA Skala Pengukuran (2018)
Kepemimpinan instruksional merujuk sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong
pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. untuk mencapai matlamat
sekolah dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang efektif. Tiga kerangka utama
kepemimpinan instruksional ialah model Alig-Mielcarek, model Hallinger dan model Weber.
Terdapat sembilan aspek pengurusan kepemimpinan pendidikan ini telah dikenal pasti oleh pakar
pendidikan, yang perlu dikuasai oleh setiap pengetua yang akan mengurus dan mentadbir sekolah
iaitu pengurusan dan kepemimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum,
pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan
persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, pengurusan
perhubungan luar. Skala yang digunakan untuk mengukur kepemimpinan ialah Principal
Instructional Management Rating Scale (PIMRS), The Leader Behavior Description Questionnaire
(LBDQ) dan National Association of Secondary School Principals (NASSP).
16
JURNAL Gaya Kepimpinan Pengetua dalam Menjayakan Penyediaan
KEEMPAT Pendidikan Abad ke-21. (2013)
Sebagai seorang pemimpin di sekolah, kefahaman dan pengetahuannya dalam meneroka
sesuatu bidang baru dan dalam usahanya melakukan perubahan di sekolah merupakan dua
faktor kritikal untuk menjayakan sesuatu pembaharuan. Di samping keupayaanya
menyampaikan maklumat tentang perubahan tersebut dapat memastikan guru-guru dapat
memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti untuk mencapai objektif perubahan tersebut.
Menurut Mohd. Tahir (2006), kualiti kepimpinan pentadbir di sekolah seperti pengetua, guru
besar dan penolong-penolong kanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
kualiti kerja guru dan kejayaan sesebuah sekolah.
JURNAL Tingkah Laku Kepemimpinan Pengajaran Pengetua: Satu Kajian
KELIMA Terhadap Persepsi Guru-Guru Kanan Di Beberapa Buah
Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah. (2002)
Dapatan kajian secara umum menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap
kepemimpinan pengajaran pengetua antara guru-guru kanan di sekolah menengah bantuan
penuh kerajaan dan guru-guru kanan di sekolah menengah separuh bantuan kerajaan.
Perbezaan ini menunjukkan tingkah laku kepemimpinan pengajaran pengetua dipersepsikan
secara bervariasi oleh guru-guru kanan di kedua-kedua jenis sekolah. Faktor yang boleh
menjelaskan perkara ini adalah besar-kecilnya sebuah organisasi sekolah boleh mempengaruhi
wujudnya perbezaan persepsi ini. Struktur dan deskripsi tugas ini diatur dalam pelbagai
peraturan kerajaan. Hal ini agak berlainan dengan pengetua sekolah separuh bantuan kerajaan
17
yang pada satu keadaan ianya mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan namun pada masa
yang sama ia juga bertanggungjawab kepada lembaga pengurusan.
RUJUKAN
Danielle Foong Chai Yen & Mohd. Khairuddin Abdullah. (2018). Kepemimpinan
Instruksional: Konsep, Model, Pendekatan DAN Skala [Link]
Malaysia Sabah (UMS)
Fahrudin, Adi & Sani Bin, Abdul & Ahmad, Paijo & Yunus, Ahmad Rozelan. (2002).
Tingkah Laku Kepemimpinan Pengajaran Pengetua: Satu Kajian Terhadap Persepsi
Guru-Guru Kanan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu,
[Link] Malaysia Sabah.
Latip Muhammad (2007). Pelaksanaan Kepernimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua
Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007.
Noor Hashimah binti Hashim dan Mohd. Amir Shaukhi bin Ahmad.(2013).Gaya Kepimpinan
Pengetua dalam Menjayakan Penyediaan Pendidikan Abad [Link]
Lumpur:Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
Yeo Pei Chyi & Azlin Norhaini Mansor. (2017). Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan
Prestasi Sekolah Di Zon Baram Hilir, Sarawak.439-447.
18
LAMPIRAN
19