Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
UCAPAN PENGUMUMAN
Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian ke Majlis Penghargaan Staf SMK Mukah
yang bertemakan Bollywood Night SMK Mukah bagi tahun 2018.
UCAPAN PEMBUKAAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Seiring madah pantun bersambut
Manisnya senyuman secantik ratu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu
UCAPAN PROTOKOL
Yang Berbahagia [Link] Bin Mahmud yang dipertua PIBG SMK Mukah. Yang Berusaha Encik
Mohamad Shazwan Bin Seun,Pengetua SMK Mukah,Penolong2 kanan,para guru dan staf2 sokongan
SMK Mukah.
Selamat datang ke MajlisPenghargaan Staf SMK Mukah, yang bertemakan Bollywood Night.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat kita sama-sama
berada dalam MajlisPenghargaan Staf SMK Mukah, Bollywood [Link] Hotel Kingwood yang serba nan
indah pada malam ini.
BACAAN DOA
Ilmu ibarat cahaya penyuluh
Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon agar selamat
Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Abg [Link] bin Abg Mohd Shukri untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Abg [Link] bin Abg Mohd
Shukri atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Moga majlis ini dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan ,
insyaallah.
Para hadirin yang dirahmati .
Tiada sempurna bacaan al Quran
Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa ucapan Tuan Pengetua
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohamad Shazwan bin Seun, Pengetua SMK
Mukah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya Maljis mempersilakan YDP PIBG SMK Mukah,Encik Hamdan Bin Mahmud untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepda YDP PIBG [Link] bin Mahmud.
(pemotongan Kek hari jadi)
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini kita akan disajikan dengan beberapa persembahan
daripada Staf SMK Mukah. Sebelum saya menjemput
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________.dijemput YDP PIBG dan tetamu sekalian menjamu selera
sambil melihat persembahan2 yang akan dipersembahkan.
Terima kasih ______________________________________ atas persembahan yang menarik itu tadi.
Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan (Hadiah kelahiran dan penghargaan)
JAMUAN MAKAN
Bagus rupanya bunga melur
Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk menjamu selera..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta para hadirin
menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)
Seterusnya adalah acara pertukaran hadiah bagi meja vip
Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.