PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAAN)
Pengenalan
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu
nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.
Taarifan
Kebersihan :
Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang
bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
Kesihatan:
Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya
murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan
pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
Keselamatan:
Suasana yang Selamat didalam atau diluar sekolah boleh meningkatkan
keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang
pengaruh dan ancaman luar.
Skop dan Bidang Tugas :-
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan
iaitu;
Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan
di sekolah
Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi
berkaitan
Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-
murid di sekolah
Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan
Kebersihan
Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan
perjanjian/kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah,
pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta
pembekal susu sekolah.
2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan
pengurusan kebersihan murid.
3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid
dan sekolah;
Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan
program kebersihan sekolah.
Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan
4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes
seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.
5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program
kebersihan
6. Menyediakan laporan secara berkala.
Cadangan Pelaksanaan Aktiviti
1. Melaksanakan program kebersihan;
Program Penjagaan Gigi dan Mulut
Program Bebas Kutu
Program Cuci Tangan
Program Penjagaan Kuku
Program Kemas Diri (CERMIN DIRI)
Program Membasmi Aedes
2. Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;
Pertandingan Kebersihan
Petandingan landskap
Pertandingan Kantin
Pertandingan Angkat Kelas
Pertandingan Melukis dan Mewarna
Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
Pameran
3. Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut
keceriaan dan sekolah kawasan Larangan Merokok.
UNIT 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
UNIT 3K
Pengerusi
ASHMAR HJ LABADU
(Guru Besar)
Naib Pengerusi I
FATIMAH HJ SABARDDIN
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II
MASRAN AMRAN
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi III
MOHD MADIN NAMIT
(Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS 3K
SAIDAH HJ UNTONG
KESIHATAN KESELAMATAN KEBERSIHAN
ROSMIATI ARSAD SHAMSUDIN GONTOL MELATI SIUH
SHIRLENA MOHD AIDALA SADEN SINTANG HARLINA ABD RAHMAN
FADILAH FATIN SAWAL BAHARUDDIN LAWAHE
NANCY JAIMUN
JAWATANKUASA FUNGSI/PERANAN
Jawatankuasa Unit 3k
1. Membantu pihak sekolah mengawal dan mempertingkatkan
1SA SAIDAH HJ UNTONG(K)
kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa.
RZ NORZLINA AZMI (S)
ROSMIATI ARSAD 2. Merancang berbagai-bagai program 3K peringkat sekolah
SHAMSUDIN GONTOL dan menyediakan anggaran perbelanjaan keseluruhan.
MELATI SIUH
3. Menyediakan kertas cadangan projek atau program/
SHIRLENA MD AIDALA
SADEN SINTANG aktiviti 3K
HARLINA ABD RAHMAN (Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan JangkaPendek)
FADILAH FATIN SAWAL
4. Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek
BAHARUDDIN LAWAHE
NANCY JAIMUN yang dijalankan.
5. Membuat pemantauan pelaksanaan program /aktiviti atau
projek 3K.
6. Mengadakan program bersama antara sekolah dengan
pihak luar seperti PIBG bagi mempertingkatkan mutu
kebersihan sekolah.
7. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah
mengenai kebersihan dan keceriaan.
8. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah
Selamat.
9. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan ciri-ciri
keselamatan di kawasan sekolah seperti pemeriksaan
berkala alat pemadam api, peralatan elektrik, pili pemadam
api, laluan keselamatan dan lain-lain.
10. Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan
Peraturan dan Pelan Latihan Kebakaran dan Kecemasan di
papan kenyataan dan bilik-bilik darjah.
11. Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran 2 kali
setahun.
PROGRAM 3K - KECERIAAN SEKOLAH
Program 3K melibatkan faktor keselamatan , keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah.
Sekolah yang ceria dan kondusif dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah setiap hari
dan dapat membentuk nilai sayang , bangga dan cintakan sekolah. Gambaran awal
terhadap imej sesebuah sekolah terletak pada keindahan persekitarannya dan wajah
bangunan yang seronok mata memandang. Untuk mencapai hasrat ini , pihak pengurusan
sekolah harus melihat faktor berikut : Keceriaan kawasan persekitaran sekolah Keceriaan
bangunan Keceriaan landskap Keceriaan kantin Keceriaan bilik darjah Kemudahan
pasarana Program 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli
Jawatankuasa Program 3K peringkat Sekolah. Ahli jawatan kuasa terdiri dari pihak sekolah
dengan agensi luar yang terlibat anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja
Malaysia , pengusaha bas sekolah , Majlis Perbandaran , Pejabat Kesihatan Daerah ,
Persatuan ibubapa dan komuniti setempat. Mereka harus mengadakan mesyuarat
sekurang - kurangnya 2 kali setahun.
KECERIAAN KAWASAN PERSEKITARAN
merasa seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Dam Haji Gergasi ini dapat menarik
minat mereka datang awal ke sekolah dan bermain bersama rakan - rakan mereka dalam
keadaan yang riang. Air terjun dan kolam ikan membuatkan mereka asyik melihat ikan -
ikan berenang bebas dan mendengar derunan air yang terjun jatuh ke dalam kolam.
Pondok sehat yang disediakan membolehkan mereka belajar bersama - sama sebelum
sekolah bermula. Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah memerlukan kos
dan masa untuk melaksanakannya. Untuk tujuan itu pihak sekolah boleh : Mengadakan
aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah Mengadakan usahasama dengan
pihak pibg Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar Sumbangan ikhlas dari ibubapa
pelajar
Mural pada dinding bangunan sekolah ditempatkan di temapt yang strategik menjadikan
wajah sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan
pakaian yang cantik dan menarik. Dari jauh sudah kelihatan keindahan dan keunikannya.
Bangunan sekolah yang malap akan mengakibatkan Kelihatan kurang daya tarikan awal
Menggambarkan imej awal pihak pentakbiran sekolah Keseronokan tidak wujud
diperingkat awal lagi Pesepsi yang kurang baik dari pandangan orang luar serta ibubapa
pelajar Wujudnya perasaan malas pelajar untuk datang ke sekolah kerana tidak ada daya
tarikan
KECERIAAN KANTIN SEKOLAH
Sekolah yang berkonsepkan sekolah dalam taman memerlukan keceriaan landskap yang
tersusun dan menarik. Kaedah sagmen ( sudut ) dan lorong boleh digunakan sebagai
strategi susun atur. Wujudkan taman sains , taman herba , kebun buah - buahan , kebun
sayur , taman kektus dan dataran kemerdekaan. Kejayaan pihak sekolah membangunkan
keceriaan landskap banyak bergantung kepada hubungan dengan pihak : Kontraktor
pembersihan sekolah Persatuan ibubapa dan guru Kelab dan persatuan di sekolah
Kantin yang ceria dan selesa menambah seri sesebuah sekolah. Kemudahan asas hendaklah
lengkap , dalam keadaan baik dan teratur. Manu makanan haruslah dipelbagaikan terutama
barang makanan yang berkhasiat. Keceriaan dan keselesaan ini boleh dibantu oleh
pengusaha kantin dan kekerapan ahli jawatankuasa kantin menilai tahap kebersihan ,
keceriaan dan keselamatan pelajar. Laporan mingguan harus diteliti dan jika ada sebarang
isu atau pandangan , hendaklah diambil tindakan pantas. Faktor penting adalah keselesaan
dan keselamatan pelajar.
KECERIAAN BILIK DARJAH
Kelas yang ceria dan selesa serta bersih dapat meransang minda pelajar untuk belajar dalam
suasana yang kondusif. Maklumat - maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus menarik
dan diselenggara selalu supaya dikemaskini. Untuk tujuan ini pihak sekolah harus mengerakkan :
Penglibatan guru darjah dan seluruh warganya Mengadakan program pertandingan keceriaan kelas
setiap minggu Memberi pengiktirafan berstatus bintang yang dilekatkan pada papan kenyataan
dalam kelas yang bertujuan untuk memberi ransangan supaya terus berusaha mengekal dan
mempertingkatkan keceriaan kelas mereka. Penglibatan pihak persatuan ibubapa serta ibubapa
pelajar kelas tersebut dengan cara memberikan bantuan dari aspek pembelian cat dan kain langsir.
Asas utama kepada kejayaan program ini adalah kerjasama yang bersepadu serta seronok
melaksanakan keceriaan dengan bantuan pelbagai pihak. Penat lelah akan terubat jika segala usaha
yang dijalankan mendapat sokongan dari pelbagai pihak khasnya ibubapa pelajar itu sendiri.
KEMUDAHAN PRASARANA SEKOLAH
Bilik - bilik khas dan pondok rehat adalah merupakan sebahagian daripada prasarana
sekolah yang boleh membantu meningkatkan suasana kecerian sesebuah sekolah.
Prasarana yang lengkap dan diselenggara dengan baik serta sentiasa dimunafaatkan demi
kemenjadian pelajar.
PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Kesihatan melibatkan 3 elemen penting yang harus diberikan perhatian sama penting
dengan akademik pelajar.
Tiga faktor yang harus diberikan perhatian iaitu :
Kesihatan fizikal yang melibatkan jasmani
Kesihatan mental yang melibatkan rohani
Kesihatan sosial atau gaya hidup
Pentakbir sekolah harus peka dengan perkembangan kesihatan yang melibatkan guru dan
juga pelajar kerana jika diabaikan ia mengundang masalah tekanan , ketidak selesaan dan
ketegangan @ ketidak tenteraman. Ia juga boleh mengakibatkan kemurungan atau
kecelaruan jiwa jika dibiarkan berpanjangan. Persekitaran kerja yang tidak kondusif atau
gaya kepimpinan yang tidak bersesuaian boleh menjadi faktor penyumbang. Persekitaran
pembelajaran yang tidak harmoni dan kurang menarik menyebabkan pelajar menjadi
bosan atau tertekan.