0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
442 tayangan4 halaman

Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan unit beruniform di IPG Kampus Tawau melibatkan 110 orang peserta dari pelbagai unit untuk mencapai objektif melatih guru yang seimbang. Peserta diberi tanggungjawab mengurus aktiviti dan membina gajet, namun hujan lebat menghadkan aktiviti. Mereka belajar kerja berpasukan, disiplin, dan pengalaman mengurus program. Perkhemahan ini memberi manfaat dalam melatih kemahiran kepimpinan dan persahabatan.

Diunggah oleh

MARHAINI
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
442 tayangan4 halaman

Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan unit beruniform di IPG Kampus Tawau melibatkan 110 orang peserta dari pelbagai unit untuk mencapai objektif melatih guru yang seimbang. Peserta diberi tanggungjawab mengurus aktiviti dan membina gajet, namun hujan lebat menghadkan aktiviti. Mereka belajar kerja berpasukan, disiplin, dan pengalaman mengurus program. Perkhemahan ini memberi manfaat dalam melatih kemahiran kepimpinan dan persahabatan.

Diunggah oleh

MARHAINI
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat kesihatan yang


dikurniakan, dapat saya menghadiri aktiviti perkhemahan unit beruniform bertempat di
IPG Kampus Tawau selama 4 hari 3 malam pada 12 hingga 15 September 2017.
Perkhemahan unit beruniform ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi tuntutan kerja
kursus MPU 3062. Ahli pasukan unit beruniform adalah seramai 110 orang yang terdiri
daripada pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM), Pandu Puteri Kadet Malaysia (PPKM), Pengakap dan juga Persatuan Puteri
Islam Malaysia (PPIM). Objektif perkhemahan ini diadakan antaranya adalah untuk
melahirkan guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi
untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,
masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Sebelum perkhemahan berlangsung, kami telah dibahagikan tugas dan


dipertanggungjawabkan untuk menguruskan prosedur-prosedur melaksanakan aktiviti
perkhemahan. Pengerusi program iaitu Datu Rayeend dari Pasukan Kadet Remaja
Sekolah telah mengadakan mesyuarat pada setiap malam untuk membincangkan
tentatif program dan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap Ahli Jawatankuasa.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Kem Komander kami iaitu Encik Azman Bin
Hassan dan juga beberapa orang pensyarah bagi menilai gerak kerja kami.

Terdapat beberapa AJK yang dilantik bagi memudahkan pengurusan


perkhemahan. Kelebihan mengadakan mesyuarat bersama setiap ahli adalah, kita
dapat mengurangkan sebarang masalah yang akan timbul semasa perkhemahan
berlangsung dan juga dapat menambahbaik apa yang telah dirancang. Selain itu, ia
juga dapat melatih kami cara menguruskan sesuatu program yang
dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kami.

Semasa aktiviti perkhemahan berlangsung, kami dikehendaki untuk


memasang khemah berdekatan astaka IPG Kampus Tawau. Setiap khemah adalah
berlainan bagi setiap unit beruniform. Kami bekerjasama antara ahli PPIM untuk
memasang 5 buah khemah dan di sekitar tapak khemah, kami membuat pagar
menggunakan tali dan kayu. Ahli PPIM adalah seramai 19 orang telah menggunakan
5 buah khemah di mana di dalam khemah tersebut terdiri daripada 4-5 orang ahli
PPIM. Kami diberi masa untuk membina sekurang-kurangnya 4 buah gajet dengan
menggunakan buluh dan tali rafia. Kami telah mengaplikasikan simpulan dan ikatan
sebagaimana yang telah diajar oleh pensyarah kami. Hasil kerjasama kami
sekumpulan, kami telah membina gajet seperti rak kasut, pintu masuk, ampaian,
tempat letak sampah dan juga peralatan kerja.

Ahli PPIM mendirikan khemah

Membina gajet-gajet

Pada keesokan harinya, hujan lebat telah membataskan aktiviti perkhemahan


kami. Kami tidak dapat melaksanakan aktiviti kawad kaki di sebelah petang dek kerana
hujan yang lebat. Kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk meneruskan aktiviti
membina gajet. Walaupun hujan lebat, kami masih mempunyai semangat kerja
berpasukan untuk membina gajet sehingga selesai. Pada sebelah malam, kami
terpaksa tidur di kawasan astaka kerana kawasan tapak perkhemahan dilimpahi air
hujan.

Selain membina gajet, kami juga mengadakan aktiviti kawad kaki. Dalam
aktiviti tersebut, kami diajar cara untuk memberi arahan kawad dan sebagainya. Pada
setiap pagi sebelum memulakan aktiviti, kami mengadakan istiadat perhimpunan
rasmi iaitu menaikkan bendera dan juga pemeriksaan. Perhimpunan tersebut akan
dikendalikan oleh pasukan unit uniform yang telah ditugaskan. Wakil dari setiap
persatuan akan berada di barisan hadapan dan bertindak sebagai ketua untuk
mengambil kekuatan ahli. Setelah selesai mengira bilangan ahli, mereka akan
bergerak ke hadapan untuk melapor pada komander. Kebaikan daripada aktiviti ini, ia
dapat melatih kami untuk lebih berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab.

Aktiviti kawad kaki

Aktiviti seterusnya yang dilakukan ialah kompas/orienteering. Dalam aktiviti ini,


kami dibekalkan beberapa biji kompas dan arahan yang tertera dalam kepingan
kertas. Kumpulan yang mampu menyelesaikan arahan tersebut merupakan
pemenang. Di sebelah petang pula, kami mengadakan ikhtiar hidup. Setiap persatuan
dibekalkan beberapa biji telur dan juga mastin sebagai kuali untuk kami memasak.
Makanan yang dimasak oleh kami adalah sardin dan juga telur rebus. Melalui aktiviti
ini, kami dapat bekerjasama untuk memikirkan cara menghidupkan api dan juga cara
memasak.

Alhamdulillah, setelah selesai aktiviti perkhemahan ini, banyak ilmu yang saya
perolehi terutama sekali ilmu mengendalikan perkhemahan. Antara kelebihan yang
dapat diperoleh sepanjang aktiviti perkhemahan ini ialah, saya dapat mempraktikkan
4K iaitu Kepegawaian, Kepengelolaan, Kemahiran dan juga Kejurulatihan. Sebelum
ini, saya tidak pernah mengikuti perkhemahan unit beruniform sama ada di sekolah
rendah dan juga di sekolah menengah. Namun setelah mengikuti program ini, ia
memberi saya pengalaman yang berharga kerana saya dapat melatih diri untuk
menguruskan sesuatu program dengan jayanya bersama rakan-rakan seperjuangan
saya. Banyak ilmu yang telah saya perolehi daripada para pensyarah yang boleh
dijadikan panduan untuk saya menjadi seorang guru kelak.

Melalui perkhemahan ini juga, ia dapat mengajar saya erti persahabatan. Saya
begitu teruja dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh setiap ahli PPIM
terutama sekali ketika membina gajet. Walaupun terdapat banyak halangan seperti
hujan lebat, kami tetap meneruskan tugasan kami membina gajet sehingga selesai.
Kami bergilir-gilir memotong buluh dan menyambungnya menggunakan tali sehingga
terbentuknya gajet tersebut. Semangat setia kawan juga dapat dilihat semasa kami
membina khemah bersama-sama.

Antara kekurangan yang dapat dikesan sepanjang perkhemahan ini


berlangsung adalah dari segi tapak perkhemahan. Kami membina khemah di kawasan
tanah yang tidak rata. Hal ini menyebabkan kawasan tapak perkhemahan kami
dibanjiri air. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan pantas oleh pihak
pengurusan. Kami diarahkan untuk tidur di kawasan astaka kerana khemah kami
basah dek air hujan. Selain itu, kekurangan yang dapat dikesan adalah ketika aktiviti
memasak. Peralatan memasak yang tidak mencukupi telah membataskan kami untuk
melaksanakan tugasan. Penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak
pengurusan adalah dengan menyediakan lebih banyak peralatan memasak supaya
dapat memudahkan kami memasak.

Anda mungkin juga menyukai