Kelebihan Zikir Lailahaillallah
Kelebihan Zikir Lailahaillallah
Assalamualaikum semua. Hari ini saya menceritakan fadhilat kebaikan kelebihan kalimah tauhid yang amat
mulia iaitu Lailahaillallah. Dengan ucapan kalimah secara ikhlas menjadikan seseorang itu sudah memeluk
agama Islam dan menerima segala kebaikan yang diperoleh daripada Allah khas untuk orang beriman sahaja
yang dapat. Di samping itu, banyak lagi kebaikan yang seseorang itu akan dapat melalui zikir Lailahaillallah ini
dengan hati yang ikhlas.
Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya
Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.
(Surah al-Baqarah [002], ayat 152)
Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan
memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat
mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang
harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang
bermaksud, Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta
dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan)
suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.
(Surah al-Araaf [007], ayat 205)
Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih Subhanallah bertakbir Allahuakbar,
membaca hauqalah Lahaula wala Quwata Illa Billah, membaca hasballah Hasbiallah, membaca basmallah
Bismillahir Rahmanir Rahim, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang
diterima daripada Rasulullah SAW.
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Zikir yang
paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh
menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk
terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa
yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud, Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan
yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar,
laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang
bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk
mereka ampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)
Di samping itu, zikir Lailahaillallah mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda
Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang
mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Lalu
ditanya kepada baginda SAW, Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah SAW
bersabda, Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram. (Hadis riwayat
at-Tabarani)
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, Aku
mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya
dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu
Lailahaillallah. (Hadis riwayat al-Hakim)
Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Demi yang diriku di tangan-Nya, jika
sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa
yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailahaillallah di sebelah yang lain, maka
dacing kalimah Lailahaillallah itulah yang lebih berat. (Hadis riwayat at-Tabarani)
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, Anak-anak
kunci syurga ialah mengakui kalimah Lailahaillallah. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian
mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu
berzikir.
Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar)
terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir
dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang
demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).
Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat
menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.
Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan
tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang
menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari
segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-
Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.
Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir
pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila
ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku
mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat
(berlari).
Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya
melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat
melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir,
kecuali jika berubah akal (gila).
Firman Allah SWT yang bermaksud, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang
yang mengingat (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Surah ali-Imran
[003], ayat 190-191)
Firman Allah yang bermaksud, Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-
banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.
Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat
dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan
pada segala hal keadaan.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, Siapa membaca kalimat tahlil: Laa ilaaha ilallahu
wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir sebanyak seratus kali
dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat
untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia
terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang
yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: Subhanallaahi wa bihamdih sebanyak
seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Sahih Muslim
dalam Bab Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis 2313)
Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: Siapa membaca: Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa
syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir sebanyak sepuluh kali, maka dia
beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail. (Sahih Muslim
dalam Bab Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis 2315)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: Dua kalimat yang ringan di lidah
(mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: Subhaanallahi
wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim. (Sahih Muslim dalam Bab Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis
2316)
Dari Mushab bin Saad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya
berkata: (Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca. Sabda baginda, Bacalah: Laa
ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi
rabill alamin, laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim. Lalu kata orang itu, Kalimat ini semuanya
untuk Tuhan semata, yang mana untukku? Sabda baginda, Bacalah: Allahummaghfir li warhamni, wahdini
warzuqni. (Sahih Muslim dalam Bab Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis 2318)
Dari Abu Malik Al Asyjai dari bapanya r.a., kataya: Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW
mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini Allahummghfir li war hamni
wahdini, wa aafini, warzuqni. (Sahih Muslim Bab Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis 2319)
Dari Abdullah r.a, katanya, Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: Amsaina wa amsal mulku
lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa ala
kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa badaha. wa audzu bika min syarri
maa fi hadzihil lailati wa syarri maa badaha. Rabbi audzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi audzu bika
min adzabin fi naari wa adzabin fil qabri dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar
kata amsaina (petang hari) dengan kata ashbahna (pagi hari). (Sahih Muslim Bab Zikir, Doa, Taubat ,
Istighfar No Hadis 2345)
Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah
selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW
pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, Apakah
engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi? Jawab Juwairiyah, Betul, ya Rasulullah!
Sabda Nabi SAW, Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau
ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah:
Subhanallahi wa bihamdihi adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi. (Sahih
Muslim Bab Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis 2348)
Kesimpulan
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi
kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai
dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah
dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam
golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbalalamin.
Firman Allah SWT yang maksudnya, Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang
sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu
hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (Surah Ash-Shaaffaat [037], ayat 143-144 )
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah Laailaha illallah dari hatinya, ia pasti akan
memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan
mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat
Rasulullah SAW berkata Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW
menjawab ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah Laailaha illallah sampai
kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir Laailaha illallah tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan
yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah Laailaha illallah
diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah Laailaha illallah dengan ikhlas hati, maka pintu
langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Melihat burung itu berkicauan tanpa henti,malaikat yang menjaga Arash Allah menyuruhnya berhenti tetapi
mereka tidak mahu berhenti berkicau.
Setelah di sampaikan,
burung itu berkata :-
Jika Allah memaafkan dosa-dosa manusia yang menyebut Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,baru kami
akan berdiam diri
Kemudian mereka bergantungan di Arash Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang
menyebut Lailahaillallah sehingga hari Kiamat..
Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan
diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimatLa Ilaha Illallah kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah
terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang
Islam, maka bermulalah kiamat.
Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai pintu
kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.
Kalimah La Ilaha Illallah mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.
Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam
tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.
Allah berfirman : Bawalah ini ke neraca. Dia menjawab : Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang
dengan seluruh catatan lainnya? Allah menjawab : Sesungguhnya engkau tidak dizalimi. Lalu diletakkan
selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di
sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan
selembar catatan itu memberat. Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.
(HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih
mereka, serta Al-Baihaqi dan Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)
Dari Ibnu Umar Radiallahuanhu, katanya : Rasulullah bersabda : Bukan ahli Laa Ilaaha Illallah, orang yang
kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli Laa Ilaaha Illallah
sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : Segala puji bagi Allah Yang
telah menghilangkan duka cita dari kami.
(Faathir: 34) (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)
Kalimat Tauhid (yaitu Laa Ilaha Illallah, ) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin dapat
dihitung.
Diantara natijah amalan zikir
Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah.. ( Ar-Raad : 28 ).
Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud Barangsiapa bersaksi
mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.. Rasulullah
pernah bersabdaPernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail
kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusaha, sedangkan ALLAH swt telah memberikan
kepada ummatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.
1. Allah berfirman yang bermaksud Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sankaannya terhadapKU..dan
ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya..
2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat
kelak..
3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke ghogoroh.
4. Barangsiapa datang kepada ALLAH..dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut
LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAHmaka nescaya ALLAH akan mengampuninya..
5. Allah swt menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih
hidup Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha illALLAHU.. dan
memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada laa yang berada di awal, nescaya ALLAH
akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuatPara sahabat bertanya kepada
Rasulullah..Bagaimana jika ia tiada dosa besar..maka Rasulullah berkata.. ALLAH akan mengampunkan dosa
keluarganya dan jiran-jirannya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud..barangsiapa yang
membaca Laa ilahaillahu maka ia akan dapat menolak bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan
segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya..
Amalan Mujarab Rasulullah SAW untuk Melancarkan Rezeki. Sahabat kembali kami mengangkat
artikel yang berhubungan dengan amalan rezeki, semoga bisa bermanfaat artikel Amalan Mujarab
Rasulullah SAW untuk Melancarkan Rezeki ini.
Ibadah zikir, sangat dianjurkan kapan saja dan pada saat apa saja. Tidak peduli panas, hujan,
mendung, atau terik, zikir tetap disarankan.
Tidak ada ketentuan bahwa zikir mesti diperbanyak saat saluran rezeki tersumbat atau kredit macet.
Demikian juga di waktu senang. Singkatnya lidah tidak boleh kering dari zikir di mana saja dan
kapan saja.
Tetapi memang ada kalanya Rasulullah SAW menganjurkan para sahabat untuk melazimkan suatu
amal. Sementara Rasulullah SAW sendiri menyebutkan buah dari amal tersebut atau tidak
menyebutkannya sama sekali.
Berikut, seperti dimuat [Link], ini merupakan amalan dianjurkan Rasul SAW kepada sejumlah
sahabatnya dengan faidah melonggarkan saluran-saluran rezeki. Demikian disebutkan Abu Bakar
bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam karyanya Hasyiyah Ianatut Thalibin ala Fathil Muin.
Tersebut dalam banyak hadits sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan
sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian arifin
mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin.
Bacaan yang dimaksud ialah La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin setiap hari 100 kali.
Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil adzim, astaghfirullahal adzim setiap hari 100 kali.
Banyak guru besar menganggap baik melazimkan bacaan ini saat di antara sembahyang sunah
Subuh dan sembahyang Subuh. Kalau kesempatan itu luput, maka bacalah setelah Subuh hingga
sebelum fajar menyingsing. Bila di waktu itu luput juga, maka bacalah setelah matahari gelincir
(penanda Zhuhur). Singkatnya, kalau bisa jangan sampai setiap orang mengarungi hari-harinya
tanpa bacaan ini.
Rezeki yang dimaksud di atas mencakup rezeki lahir maupun batin. Artinya, tidak ada salahnya
kalau bacaan ini diamalkan oleh para murid yang cenderung bebal menerima pelajaran atau mereka
yang sulit mengubah kebiasaan buruk menjadi baik. Yang jelas, amalan ini menambah pahala yang
bersangkutan.
La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Wadil Amin
merupakan kalimat yang tertera di pintu Kabah. Siapa membacanya, akan mendapat pahala yang
besar. Demikian keterangan Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya dalam karyanya Kitab Sifat Dua
Puluh dengan bahasa Arab Melayu. Wallahu A lam. ([Link])
Semoga Bermanfaat
Kalimat tauhid harus merupakan perkataan hati dan sekaligus perkataan lidah.
Perkataan hati mencakup pengetahuan mengenai kalimat itu dan pembenarannya,
mengetahui sebenar-benarnya apa yang dikandungya berupa penafsiaran dan
penetapan, mengetahui hakekat sesembahan yang dinafikan selain Allah, mengetahui
sesembahan yang dikhususkan kepada-Nya, dan yang lainnya mustahil ditetapkan
sebagai sesembahan. Menerapkan pengertian ini dengan melibatkan hati sanubari yang
didasari pengetahuan, marifat, keyakinan dan kondisi adalah merupakan syarat
diharamkannya neraka bagi orang yang mengatakannya. Di dalam shahih Muslim
disebutkan sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mengucapkan laa ilaaha illallah
serta mengkufuri apa yang disembah selain Allah, maka diharamkan harta dan
darahnya sedang perhitungannya ada pada Allah.
Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan: Inilah penjelasan yang paling penting
tentang makna laa ilaaha illallah. Sekedar ucapan tauhid ini saja belum mampu
menjaga darah dan harta, bahkan juga tidak hanya sebatas pada penetapannya saja,
tidak terbatas pada perbuatannya yang tidak berdoa kecuali kepada Allah semata dan
tidak menyekutukan-Nya. Harta dan darahnya tidak diharamkan bila seseorang
menambahi kekufurannya dengan sesuatu yang disembah selain Allah. Andaikata ia
bimbang dan ragu-ragu tentang kalimat ini, maka darah dan hartanya tidak
diharamkan.
Lebih lanjut lagi Muhammad bin Wahab menjelaskan kalimat tauhid mempunyai
kepentingan membebaskan manusia dari penyembahan sebagian diantara manusia
terhadap sebagian yang lain kepada penyembahan Dzat Yang Maha Esa dan Yang Maha
Kuasa. Taqwa menjadi ukuran dan kebanggaan yang selalu diharapkan manusia, bukan
tradisi jahiliyah yang diwariskan bapak dan nenek moyang kepada anak-anaknya. Maka
setiap muslim yang benar-benar dalam keislamannya akan memperoleh kebebasan
menyelami kalimat ini, sehingga ia termasuk orang yang menyembah Allah berdasarkan
pengetahuan, kepandaian dan keyakinan.
Kedua, menumbuhkan kehormatan dan harga diri yang tidak bisa diperbuat oleh
sesuatu yang lain.
Ketiga, menumbuhkan sikap tawadhu tanpa menghinakan dan rendah hati tanpa
menyombongkan diri.
Keempat, seorag mukmin akan mengetahui secara yakin, tiada jalan keselamatan dan
keberuntungan kecuali dengan menyucikan diri dan beramal sholeh.
Kelima, tidak tersusupi rasa putus asa, sebab ia yakin Allah mempunyai simpanan di
langit dan di bumi.
Ketujuh, menggerakkan keberanian pada manusia dan mengisi hati dengan semangat.
Karena yang membuat manusia menjadi takut dan melemahkan ambisinya ada dua hal,
yaitu; kecintaan terhadap dirinya sendiri, harta dan keluarga serta keyakinannya bahwa
disana ada seseorang selain Allah yang dapat mematikan manusia.
Kesembilan, iman kepada laa ilaaha illallah menjadikan seorang mukmin selalu terkait
dengan syariat Allah dan sekaligus menjaganya.
Mungkin kita sering bertanya mengapa Alif Lam Mim dijadikan sebagai
ayat per tama dalam Al-Quran setelah surat Al-fatihah? Lalu mengapa Al-
fatihah dan Alif Lam Mim berada disurat per tama dan diawal surat
kedua dalam Al-Quran, padahal wahyu yang per tama kali turun adalah
Al-alaq 1-5?
Dalam sebuah artikel yang pernah saya baca, bahwa jalan hidup yang
harus kita jalani didunia mulai dari per tama dilahirkan sampai dengan
meninggal ada dalam Al-Quran. Mulai dari kewajiban yang harus kita
lakukan ketika per tama kali kita dilahirkan, kewajiban yang harus
dilakukan ketika tumbuh menjadi anak anak, remaja, dewasa sampai
dengan meninggal dunia termaktub dalam Al-Quran pada juz 1 30.
Jalan hidup yang harus kita lalui harus berdasarkan atas surat Al-
Fatihah yang mana sebagai induk dari Al-Quran. Lalu setelah itu, kita
mengikuti alur dari juz juz yang terkandung dalam Al-Quran. Sebagai
contoh ketika kita berumur 20 tahun, maka alangkah baiknya kita
mempelajari juz 20 dari Al-Quran itu sendiri. karena hal hal yang akan
kita hadapi, kewajiban yang harus kita lakukan pada usia 20 tahun
terdapat dalam Al-Quran dalam juz ke-20. begitu juga seterusnya.
Lalu apa salah satu rahasia dan kekuatan dari Alif Lam Mim, sehingga
dijadikan sebagai ayat pertama dari surat Al-Baqarah?
ABOSTAN
BRIPKA NRP 80120849