Pengalaman PBS di Sekolah Menengah
Pengalaman PBS di Sekolah Menengah
EDUP2023
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PROGRAM
DPLI TFM (SM)
TUGASAN 3
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Page | 1
1.0 BIODATA
Bahru
1.4 Alamat : No. 19, Jalan Enau 22, Taman Daya, 81100 Johor
Bahru, Johor
Page | 2
LAMPIRAN 1-6
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
Perempuan: 102
Kelayakan profesional
12 Siswazah: 123
guru
Bukan Siswazah: 0
13 Bilangan kelas: 54
Page | 3
PK KOKU
Zarina Mohd
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
2.1 Pernyataan sebelum PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah
menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada Pn. Hawa selaku pensyarah
penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di
DKSA IPGKTI. Ini merupakan kali pertama kami guru pelatih semester 1
menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman
kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif
seorang guru.
Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman
kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri
di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi
pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk
memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung,
pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.
Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat
bagaimana perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran
pembelajaran, bagaimana murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan,
bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan, bagaimana
cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagaimanakah murid
digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru
menangani gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan,
bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses P&P,
Page | 6
adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulan
diurus dan dijalankan dan bagaimana sesi P&P ditamatkan.
Page | 7
2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan
Ketika berada di sekolah, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan. Antara
kawasan yang diperhati termasuklah kelas, kantin dan padang yang dapat membantu
menyemai rasa cinta murid-murid terhadap alam sekitar. Pemerhatian juga dilakukan
terhadap bangunan dan kemudahan di sekolah. Pusat sumber sekolah, makmal
komputer, makmal sains dan bilik kemahiran hidup dapat menyumbang ke arah
perkembangan intelektual murid.
Sesi soal selidik dijalankan kepada pentadbir sekolah iaitu Guru Penolong Kanan
Ko-kurikulum, guru mentor, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah untuk
mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang struktur pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Kerjasama yang amat baik diberikan membolehkan saya mendapatkan
maklumat tersebut dengan mudah. Antara maklumat yang diperoleh termasuklah struktur
pengurusan dan organisasi sekolah, pelan fizikal sekolah, profil dan peraturan sekolah
serta maklumat tentang kemudahan yang terdapat di persekitaran kawasan sekolah yang
dapat membantu memperkembang aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid.
Page | 8
13.3.2017 - Memerhati tingkah laku murid dan
menemuduga murid tertentu dalam
mengenal pasti proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
- Mengadakan Interaksi dengan murid
didalam kelas.
- Memerhatikan Pengajaran dan
Pembelajaran oleh GPS
- Mengumpul maklumat-maklumat umum
mengenai sekolah.
- Mendapatkan maklumat mengenai
14.3.2017 perlaksanaan kokurikulum disekolah
- Mendapatkan maklumat pengurusan
dan organisasi sekolah seperti plan
sekolah dan carta organisasi.
- Memastikan kewujudan prasarana
sekolah seperti kemudahan sekolah,
mural sekolah, kata-kata hikmah rukun
Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan paparan nilai-nilai murni
15.3.2017 dan bilik darjah.
- Menemuduga Penolong Kanan
Kokurikulum.
- Menemuduga setiap Ketua Panitia
selaku mentor dan guru yang
mengendalikan bahagian kokurikulum.
- Menemuduga Guru lain dan staf
sokongan sekolah.
- Menyemak dan mengumpul bahan-
bahan dan maklumat-maklumat yang
diperolehi.
- Mendapatkan pengesahan kolaborasi
bersama guru-guru dan staf sokongan.
Page | 9
16.3.2017 - Mendapatkan pengesahan kedatangan
dan penilaian daripada Pengetua.
- Memulangkan bahan-bahan yang
dipinjam
- Memberikan penghargaan kepada
semua warga guru dan warga sekolah
atas kerjasama.
17.3.2017 - Menyiapkan PBS.
Syukur Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang ditunjukkan dari pihak sekolah
membolehkan saya serta rakan-rakan yang lain mendapatkan maklumat yang diingini
dengan mudah seperti yang dirancangkan. Antara maklumat yang diperolehi termasuklah
peranan panitia bagi panitia sejarah, bilangan guru yang ada dan soalan-soalan lain
termasuklah berkenaan dengan prestasi pelajar-pelajar di sekolah ini dalam
matapelajaran Sejarah.
Aspek masa amat sayai titik beratkan ketika di sana. saya mengambil setiap peluang
yang ada untuk mendapatkan maklumat termasuklah mengambil gambar, selain
menjalankan temu ramah terhadap warga sekolah. Akhirnya saya berjaya memperoleh
segala maklumat yang diingini.
Page | 10
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
3.1 Pemerhatian
Dalam menjalankan tugasa PBS ini, saya telah menggunanakan beberapa
kaedah. salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana-prasarana yang terdapat di
sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini
adalah baik dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap
murid-murid disini. Walau bagaimana pun masih terdapat prasarana yang
memerlukan penambahbaikkan.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang
hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur
bangunan yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk
mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di
persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di
dinding-dinding sekolah.
Page | 11
3.3 Soal Selidik
Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan
kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat
tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah tiga orang
pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana
pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini dan apa yang
memerlukan penambahbaikkan.
Page | 12
4.0 KOLABORATIF
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama
beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi
yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa,
kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga
meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.
Page | 13
4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
Page | 14
4.2 Perbincangan dengan mentor
Page | 15
4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain
Page | 16
4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah
Page | 17
4.5 Interaksi dengan murid
Page | 18
5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program wajib bagi pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
dilaksanakan pada semester satu bagi pelajar-pelajar TFM KDC (SM). Program Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ditugaskan untuk mengikuti PBS pada semester satu.
Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam
persekolahan dari perspektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui
PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran
pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah
mentadbir sesebuah sekolah tersebut.
Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan
sistematik.
Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang
difokuskan.
Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /
tindakan susulan.
Page | 19
Objektif :
5.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang suasana
dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa beberapa sekolah
ditekankan dengan pelaksanaan transformasi PAK21 dan mendorong pihak sekolah
menjalankan tugas dengan lebih komited.
Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih
sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan
yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang
terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat
berbanding pengurusan yang ada sekarang.
Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan disiplin
yang tinggi dalam kalangan pelajar di SMK Taman Daya 2 yang telah dibudayakan sejak
beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama
dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika melintas
Page | 20
tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang
perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang gemilang.
Page | 21
Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam
memantapkan akademik murid?
Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?
Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang.
Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional,
kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi,
berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-
murid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan
ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden.
Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh
mereka. Saya mendapatkan maklumat ini pada masa kelas saya sendiri.
Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana
pembelajaran kerana murid-muridnya begitu bersungguh-sungguh walaupun kemudahan
kelas adalah bersifat sederhana. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran
mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih menggunakan kaedah pengajaran tradisional
kerana kebanyakan kelas tidak mempunyai kemudahan LCD melainkan bilik-bilik khas.
Page | 22
Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan aktiviti
bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti bidang membentuk dan
membina ia sedikit sebanyak membantu saya dalam pengajaran kelak. Ini kerana
pengawalan kelas oleh guru ini amat baik sehingga perjalanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Page | 23
6.0 REFLEKSI
Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
di Sekolah Menengah Taman Daya 2, selama satu minggu iaitu bermula dari 12 Mac 2017
sehingga 16 Mac 2017. Pelbagai pengalamn baru yang dapat saya rasai.
Pengalaman baru yang seterusnya pula ialah mengenai keadaan bilik KBM dan
murid-muridnya. Secara umumnya bilik KBM disekolah ini sangat menarik kerana bahan
bantu mengajar yang banyak. Guru-guru dan pelajar matapelajaran menggunakkan
bahan-bahan yang ada di dalam bilik tersebut untuk meningkatkan lagi mutu proses P&P.
Suasana kelas yang ceria juga menjadikan murid-murid minat untuk belajar di
kelas pemulihan. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat bantu mengajar,
dan ini memberi peluang untuk para pelajar melakukan aktiviti perbentangan,
perbincangan dan bacaan mereka sendiri. Rata-rata setiap kelas mempunyai nisbah
pelajar lelaki dan perempuan yang hampir sama. Manakala dalam sebuah kelas purata
peratusan pelajar Melayu melebihi bangsa lain kecuali untuk 2 kelas peralihan..
Page | 24
Pelajar-pelajar sangat teruja dengan kelas berasaskan maapelajaran kerana
mereka berpeluang mengalami budaya di universiti dimana pelajar akan bergerak dari
satu kelas ke kelas yang lain. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika
menjalankan PBS di sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari
Isnin hingga Jumaat, pelbagai ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat.
Namun, gelagat ibubapa atau waris murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang
persekitaran sekolah tersebut.
Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.15 pagi, ibu bapa masih sibuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada
7.30, yang menandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan. Saya mendapati
yang ibubapa hanya dibenarkan untuk menurunkan anak-anak mereka di luar pagar
sekolah dan mereka berjalan kaki untuk ke dalam sekolah. Apabila hampir waktu rehat,
kantin akan dipenuhi dengan pelajar. Harga makanan yang dijual oleh pihak kantin
sangatlah berbaloi dan persekitarannya yang bersih.
Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.20 petang, ibubapa
menjemput anak-anak mereka diluar pagar bagi mengelakkan kesesakan dalam kawasan
sekolah kerana keadaan kawasan sekolah yang sederhana. Semua pengalaman di atas
adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga menjadi
pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi
menghasilkan modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.
Page | 25
7.0 LAPORAN AKHIR
Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dapat
dijalankan dengan berkesan dan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman
berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Kajian ini juga
merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa maka
akan wujudnya minat pelajar yang tinggi di kalangan pelajar. Apa yang penting adalah para
guru, ibubapa dan pelajar haruslah berkerjasama dan menjayakan misi kerajaan yang
meminta rakyatnya menambahkan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup pada masa akan
datang. Kaedah pengajaran melalui pengalaman mampu menarik minat murid dan jika
ditambahbaikkan lagi sememangnya lebih memberikan kesan yang memuaskan. Disini
peranan guru amat penting iaitu memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya
pelajaran dan guru haruslah memperbanyakkan menggunakkan pelbagai teknik di dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti member peluang kepada murid untuk berinteraksi,
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan-rakan sebaya serta guru. Peluang untuk
berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan murid.
Page | 26
8.0 LAMPIRAN
Page | 27
Page | 28
Page | 29
Page | 30
Page | 31