Pendahuluan
Terapi atau psikoterapi kanak-kanak merujuk teknik dan kaedah yang digunakan untuk
membantu kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku (buku
edup). Definisi intervensi di dalam pendidikan pula membawa maksud mengubah dan
membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang bermasalah supaya menerokai,
memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling pula adalah satu
perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang
membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan bantuan
kaunselor. Intervensi bimbingan dan kaunseling serta terapi yang digunakan oleh kaunselor
adalah merupakan pendekatan yang dapat membantu murid mengatasi masalah yang
dihadapi dan murid menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu
membantu mereka membuat penyesuaian dengan persekitaran. Justeru itu, guru bimbingan
dan kaunseling perlulah peka dalam mengenalpasti bentuk intervensi bimbingan dan
kaunseling yang dijalankan bersesuaian dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh
murid dalam meningkatkan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling dan
menjadikan lebih koprehensif.
Terapi bermain
Terapi bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang sesuai digunakan untuk
berinteraksi dengan murid serta membantu seorang murid itu meluahkan perasaan atau
emosi mereka. Bertepatan dengan teori Carr yang mengatakan bahawa main adalah penting
kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Justeru itu, terapi ini
sangat sesuai digunakan sebagai terapi intervasi bimbingan kanak-kanak kepada kanak-
kanak yang mengalami gangguan tingkah laku dan fizikal yang meluas seperti gangguan
bahasa, gangguan kelakuan, gangguan hiperaktiviti, kurang daya tumpuan (ADHD) dan
autism. Hal ini kerana, kebanyakkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam
memberi tumpuan , konflik diri, masalah sosial dengan kanak-kanak lain dan sikap suka
menyendiri. Bagi menangani masalah gangguan berkenaan maka, guru bimbingan dan
kaunseling di Sekolah telah menggunakan beberapa kaedah atau teknik terapi bermain
dalam memulihkan murid tersebut dengan menggunakan kaedah bermain secara individu
yang sangat membantu murid dalam menangani masalahnya.
Terapi bermain iaitu dengan menggunakan permainan puzzle. Permainan ini dijalankan
dengan meminta murid untuk menyusun puzzle sambil guru menghitung masa. Semasa
murid menyusun puzzle, guru perlulah memerhatikan gerak geri murid tersebut sama ada
kelihatan agak kaku, tidak yakin, tidak berani mencuba dan mengambil masa yang lama
untuk menyusun puzzle tersebut. Justeru itu, perlulah memberi semangat dan pujian kepada
murid di samping memberitahu kepada murid terdapat beberapa cara lain yang boleh
digunakan untuk menyusun puzzle supaya puzzle dapat disusun dengan lebih pantas.
Kesannya, murid akan berasa seronok dan teruja serta lebih yakin akan kebolehan yang ada
pada dirinya seterusnya lebih bersemangat, berani mencuba dan berlaku perubahan sikap
pada diri murid ke arah yang lebih baik. Tambahan pula, permainan puzzle dapat
menunjukkan tahap fokus murid dan daya ingatan murid. Justeru itu, terapi bermain puzzle
adalah sangat sesuai digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Selain itu, teknik terapi seperti bermain anak patung adalah merupakan salah satu
permainan berkesan yang boleh diaplikasikan dalam terapi bermain ialah bermain dengan
anak patung dan boneka yang dapat membuatkan murid melahirkan perasaan dan
pemikiran mereka. Ini kerana, sewaktu bermain dengan permainan ini, murid akan membuat
simulasi menggunakan patung tersebut berdasarkan kehidupan dan pengalaman hidup yang
dilaluinya kini atau yang sudah lepas. Contohnya, murid mungkin mengibaratkan patung
tersebut sebagai dirinya dan orang yang dikenalinya serta rapat dengannya sambil
membawa perwatakan sebenar orang tersebut. Kesannya, murid dapat mengekpresikan
perasaan secara langsung serta dapat meluahkan perasaan secara selamat dan sihat
sekaligus, memudahkan guru bimbingan dan kaunseling mengenali murid dan
mengenalpasti masalah yang murid tersebut hadapi. Tambahan pula, kaedah permainan ini
adalah menyeronokkan malah dapat memberikan hasil yang baik dan cepat untuk murid.
Justeru itu, jelaslah terbukti bahawa kaedah permainan anak patung yang dijalankan oleh
guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah gangguan yang dialami malah
dapat meningkatkan kebolehan mengawal keresahan dan perasaan sekaligus,
mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi murid.
Kesimpulannya, terapi bermain dapat mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi yang
menganggu cara murid berfungsi secara normal. Menurut Hartup & Smothergill (dalam
landreth, 2001) menyatakan bahawa dalam bermain, kanak-kanak dapat mengurangkan
tegangan, mengendalikan kecemasan, bertindak balas secara wajar, atau
memanifestasikannya dalam penerimaan. Justeru itu, jelaslah terbukti bahawa terapi
bermain sesuai dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah bagi mangatasi
masalah yang dihadapi oleh murid.
Terapi Seni
Terapi Seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif seni
membuat untuk memperbaiki dan meningkatkan fizikal, mental dan emosi individu semua
peringkat umur. Murid yang menghadapi pelbagai kesukaran seperti masalah kesihatan
emosi, tingkah laku atau mental, pembelajaran atau kurang upaya fizikal, kecederaan otak
dan penyakit fizikal ini, dapat diatasi melalui terapi seni yang dijalankan terhadap murid yang
mengalami masalah. Teknik lukisan yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah tersebut adalah secara individu yang sangat membantu murid dalam menyelesaikan
konflik dan masalah, membangunkan kemahiran interpersonal, mengurus tingkah laku,
mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran diri, dan mencapai
wawasan. Maka, jelaslah terbukti bahawa terapi seni merupakan satu pendekatan yang
sesuai dan baik dalam memberikan terapi kepada murid.
Kaedah lukisan kerap juga digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Malah
dengan menggunakan kaedah melukis ini, murid lebih mudah meluahkan perasaan melalui
ekspresi seni yang telah dihasilkan. Kaedah ini digunakan dengan meminta murid melukis
gambar potret diri, lukisan bebas atau lukisan keluarga. Murid akan menghasilkan lukisan di
mana lukisan tersebut menggambarkan perasaannya. Contohnya, murid yang mengalami
gangguan perasaan dan bermasalah dapat dikenal pati melalui lakarannya yang kompleks,
kitaran dan dinamik serta prnggunaan pensel warna dan krayon berwarna hitam sahaja
untuk membuat lakaran. Guru perlulah memerhatikan perkembangan lakaran murid tersebut
di samping guru memberi dorongan dan kata-kata positif yang menggambarkan kebahagian
supaya murid lebih bermotivasi dan besemangat. Setelah selesai melakar gambar, murid
diminta untuk menceritakan tentang isu yang dikongsi di dalam lakarannya. Guru akan
membiarkan seketika supaya murid dapat memikir, menimbang dan mentafsir seterusnya,
murid menceritakan tentang lakarannya. Kesannya, prestasi murid dalam melakar semakin
meningkat dan lakarannya semakin cantik. Justeru itu, jelas terbukti bahawa kaedah ini
adalah sangat bersesuaian untuk digunakan kerana dapat meningkatkan konsep kendiri
murid yang positif dan membangunkan rasa percaya dalam diri murid.
Kesimpulannya, Menurut profesor Madya Mohd. Mahzan Musa dari program psikologi dan
kaunseling, di dalam akhbar Utusan Malaysia, Teknik & terapi Seni pada asasnya adalah
kaedah untuk mengingati kembali pengalaman hidup yang menghantui mereka dengan
menggunakan warna dan kertas lukisan. Caranya bukan sewenang-wenangnya kerana
melibatkan teknik dan etika yang harus dipatuhi. Dalam Terapi Seni interpretasi harus
datang daripada klien dan bukan pengamalnya. Sebarang andaian harus juga diketepikan.
Justeru itu, jelaslah terbukti bahawa terapi seni merupakan terapi yang sangat berkesan
dilaksanakan untuk murid yang bermasalah kerana menggalakkan murid meluahkan
perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan tetapi melalui seni
terutama lukisan.
Rumusan
Kesimpulannya, jelaslah terbukti bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu
cara intervensi yang berkesan untuk membantu murid-murid semasa menghadapi kesulitan
dan masalah. Dalam proses bimbingan, murid-murid akan dibimbing untuk berubah kepada
sikap yang lebih baik dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran untuk
menyelesaikan masalah dan membuat pilihan yang betul. Kesannya, murid dapat mengenal
dan menyedari potensi diri mereka, membina kemahiran dalam pengurusan kendiri,
membina kemahiran menyelesaikan masalah dengan membuat pilihan-pilihan yang tepat
sesuai dengan kebolehan kendiri, menguruskan tingkah laku dengan lebih baik dan
mempelajari cara menilai keupayaan diri dan memperoleh corak pembelajaran yang sesuai
untuk kejayaan yang optimum. Justeru itu, secara keseluruhannya, kaedah intervensi
bimbingan dan terapi yang telah dijalankan di sekolah tersebut adalah sangat berkesan dan
memberi kesan positif kepada murid.