1.
Barangin
Tidak tetap pendirian, fikiran, kelakuan dan sebagainya.
Contoh ayat: Orang tidak percaya kepadanya kerana dia berangin.
2. Basar (h)awa
Besar keinginan tanpa perhitungan
Contoh ayat: Dia selalu mengigatkan adikanya supaya jangan terlalu basar (h)awa untuk membuat sesuatu.
3. Caradiknya macam buratak nasi
Percakapan yang tidak putus-putus
Contoh ayat: Walaupun Aiman berumur 7 tahun, namun caradiknya macam buratak nasi.
4. Inda majalis
Keadaan yang kurang elok dalam sesuatu majlis.
Contoh ayat: Nanti dikatakan inda majalis jika kamu tidak berbaju kurung semasa majilis persandingan Akmal nanti, kata Dina
kepada Nurul.
5. Kambang asang
Menitis air liur (sewaktu orang makan asam).
Contoh ayat: Hadizah yang makan asam, Fairuz pula yang kambang asang.
6. Lada padi
Orang yang berbadan kecil tetapi berani
Contoh ayat: Ali mendapat pujian lada padi dalam perlawanan pencak silat itu.
7. Masak puji
Suka dipuji.
Contoh ayat: Dia rajin membuat kerja setelah dipuji. Rupa-rupanya dia itu masak dipuji.
8. Puah (h)ati
Tidak tabah.
Contoh ayat: Kita janganlah puah (h)ati menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita.
9. Ular lundung
Tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata mengharapkan belas kasihan daripada orang lain; orang yang malas
Contoh ayat: Janganlah jadi seperti ular ludung, nanti tidak ada masa depan.
10. Pulang paku
Balik modal sahaja.
Contoh ayat: Perniagaan Haji Bahar semakin maju dan pulang paku sejak akhir-akhir ini, terutama ketika musim cuti persekolahan.
1. Amai Tangan
Ertinya: Suka menjangkau-jangkau (memegang/menyentuh) sesuatu tanpa tujuan.
Contoh ayat: Akibat amai tangan, emak Amir terpaksa membayar ganti rugi kerana anaknya telah
memecahkan pasu di kedai itu.
2. Anak akun-akunan
Ertinya: Anak yang diangkat pada nama sahaja kerana mengambil sukut (tuah) tetapi masih dalam
tangunggan ibu bapanya yang sebenar.
Contoh ayat: Faizal ialah anak akun-akunan Haji Basir kerana sama tarikh lahir dengan neneknya.
3. Bagai langau mengerumuni bangkai
Ertinya:
i. Suasana bising kerana ramai orang berkumpul.
ii. Suka berkumpul di tempat maksiat
Contoh ayat: Ramai orang menyaksikan persembahan Dygta di The Mall pada bulan lepas, bagai langau
mengerumuni bangkai.
4. Bakulut-kulut
Ertinya: Sentiasa berada di satu tempat
Contoh ayat: Budak itu bakulut-kulut dengan ibunya sahaja.
5. Basah karing / inda karing cawat
Ertinya: Berkerja dengan tidak mengenal penat dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Contoh ayat: Haji Sudin berbasah karing memburis perahu untuk menyiapkan semua tampahan
pelanggannya.
6. Cakap inda badinding-dinding
Ertinya: Orang yang bercakap lancang mengenai seseorang atau sesuatu
Contoh ayat: Oleh sebab dia suka bercakap inda badinding-dinding, ramai orang tidak menyukainya.
7. Kalang (h)ati
Ertinya: Kurang selera makan atau minum kerana terkenang akan seseorang yang dikasihi.
Contoh ayat: Kalang (h)atinya terkenangkan anaknya belajar di luar negera / baharu meninggal dunia.
8. Kapir malaun
Ertinya: Orang yang jahil tentang agama
Contoh ayat: Pakaian wanita itu, umpama kapir malaun.
9. Macam menunggu sungai inda beulu
Ertinya: Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba
Contoh ayat: Dari pagi Ahmad menunggu kawannya di kedai itu, macam sungai inda baulu.
10. Panas tangan
Ertinya:
i. Tidak dapat berjimat cermat walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan.
ii. Suka mencuri
Contoh ayat:
i. Disebebkan hidupnya susah, dia seorang yang panas tangan untuk menyara hidup.
ii. Walaupun Harun bekerja sebagai pegawai, hidupnya susah kerana terlalu panas tangan.