Tujuan Kriteria Penilaian dalam Pendidikan
Tujuan Kriteria Penilaian dalam Pendidikan
Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri
menjelang tahun 2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem pendidikan negara dapat
diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025 supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.
Terdapat 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 2025. Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini merupakan suatu
perubahan dari segi strategi dan amalan. Oleh yang demikian, dalam usaha meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dan amalan kemahiran abad ke 21 di kalangan
murid, perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan khususnya melibatkan para guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia seperti yang ditekankan dalam Anjakan
7. Untuk mencapai hasrat ini, bidang Teknologi Pendidikan telah diberi penekanan dalam
kurikulum pendidikan guru bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan guru dan murid
serta mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
1
TEORI DAN AMALAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
2
REKA BENTUK PENGAJARAN
DEFINISI
Asalnya definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan
pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya.
Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Richey (1986)
mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran
yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran
yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.
Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi
mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Sementara itu,
definisi lain bagi reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan
keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh
alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk
pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat
bidang utama iaitu Reka bentuk sistem pengajaran, Reka bentuk strategi pengajaran, Reka
bentuk mesej pengajaran dan ciri-ciri pelajar.
Reka bentuk Pengajaran juga merupakan proses sistematik bagi menterjemah atau
memindahkan prinsip-prinsip umum sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia
juga merupakan proses sistematik bagi membangunkan bahan atau media pembelajaran
menggunakan teori-teori pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran
merupakan sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk
pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan
pengajaran.
3
KONSEP
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Proses reka bentuk pengajaran
merupakan satu proses yang sistematik yang merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu
penentuan objektif, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi
pengajaran dan pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan
pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Dengan
lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran. Tujuan utama
reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Mengikut Dick dan Reiser, pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu
dan kemahiran, selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya
mampu menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara
tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta inovatif.
Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu reka bentuk
pengajaran sebagai satu proses, reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan reka
bentuk pengajaran sebagai satu sains. Sebagai satu proses bermaksud reka bentuk
pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematik dengan
mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Sebagai satu disiplin pula ialah reka
bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan
penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk proses pelaksanaan strategi
pengajaran. Manakala sebagai satu sains pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan
satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan
menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran
pada semua peringkat.
Terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di
sekolah. Umumnya model-model pengajaran ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan
berikut:
4
MODEL ASSURE
MODEL ADDIE
Model ADDIE merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas
kepada model-model reka bentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE juga merupakan
model pengajaran yang berorientasikan produk. Model ADDIE terdiri daripada lima fasa iaitu
Fasa Analisis (Analysis), Fasa Reka bentuk (Design), Fasa Pembangunan (Development),
Fasa Perlaksanaan (Implementation) dan Fasa Penilaian (Evaluation).
Dick dan Carey (1996) telah mengemukakan 10 proses utama dalam model
pengajaran mereka yang mengandungi 9 peringkat dalam gelungan yang berulang dan
berakhir dengan proses penilaian keberkesanan pengajaran. 9 peringkat dalam model reka
bentuk pengajaran Dick dan Carey adalah
5
KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan serta digemari oleh para murid. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid terhadap
pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan
pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik. Dalam
proses pemilihan bahan pula, sesuatu model reka bentuk pengajaran itu mampu
membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta
menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan
seperti bersesuaian dengan ciri-ciri murid, memenuhi objektif pengajaran serta melalui
proses penilaian bahan agar penggunaannya lebih mantap, berkesan dan mendapat
respons yang positif daripada murid.
MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara murid dengan guru, antara murid dengan
murid dan setiap orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
perhatian dan minat murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Ia merupakan
alat atau bahan yang terdapat di persekitaran murid yang dapat digunakan dalam proses
memperkembangkan tingkah laku yang terdiri daripada bahan perkakasan dan bahan
perisian.
6
Media pengajaran dibahagikan kepada dua jenis, iaitu media cetak dan media bukan
cetak. Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia
berbentuk buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota,
prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan
ini dicetak adalah untuk memberikan panduan, menyampaikan maklumat,
mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak. Media bukan
cetak pula boleh diklasifikasikan sebagai media tayang dan media bukan tayang. Media
tayang boleh dikatakan sebagai media elektronik yang merujuk kepada perkakasan dan
perisian yang digunakan dalam bilik darjah untuk membantu meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara media tayang adalah seperti transparensi,
slaid, filem, mikro filem, audio, video dan bahan multimedia interaktif. Manakala media
bukan tayang boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi dan bahan 3 dimensi. Bahan 2
dimensi adalah seperti carta, graf, lukisan, fotograf, poster dan brosur. Bahan 3 dimensi pula
adalah seperti boneka, diorama, realia dan model.
Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk
membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman
yang lepas, penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan
dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran. Media
pengajaran berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami
sesuatu ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi media pengajaran
berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat penting untuk setiap guru
membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya dalam bilik darjah.
PENGENALAN
Reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji
dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. Proses
penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang mesti
dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu mempunyai
matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan tercapai sekiranya ada
perancangan yang lengkap dan sistematik dimana hasil pembelajaran dapat diukur. Justeru,
reka bentuk pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur. Sebelum
memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang, memilih,
menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat perancangan yang
7
lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Sehubungan itu
pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah sangat penting untuk dikuasai. Model
ASSURE merupakan model reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah.
MODEL ASSURE
Model reka bentuk pengajaran yang paling popular dan sesuai diamalkan oleh guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Model ASSURE. Model ASSURE
merupakan model pengajaran yang berorientasikan bilik darjah. Model ini dipelopori oleh
Heinich et al. (1982) dan dimurnikan pada tahun 2001. Tujuan model ini ialah memberi
panduan kepada guru untuk merancang dan dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih
efektif. Terdapat enam langkah utama dalam model ini, iaitu ASSURE.
Select Methods, Media & Materials (Pilih Kaedah, Media & Bahan)
Saya telah mereka bentuk satu rancangan pengajaran harian berdasarkan Model
ASSURE. Hal ini berlaku demikian kerana langkah-langkah dalam Model ASSURE dapat
membantu saya untuk merancang dan melaksanakan pengajaran saya dengan lebih efektif
dan dapat mencapai objektif. Keenam-enam elemen dalam Model ASSURE menjadi satu
rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran harian yang disediakan.
Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan Model ASSURE satu rancangan
yang mantap bagi satu sesi pengajaran.
Langkah pertama yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah Analyse Learner,
iaitu Analisis Pelajar. Dalam langkah ini, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum iaitu
jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi. Selain itu, guru juga
8
perlu kenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk
dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap). Analisis pelajar adalah penting
sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti amat diperlukan
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berjaya. Saya membuat analisis murid saya
dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya adalah seperti ciri-ciri umum murid,
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid serta gaya pembelajaran murid.
Seterusnya, langkah kedua dalam Model ASSURE adalah State Objective, iaitu
Nyatakan Objektif. Biasanya objektif diambil daripada Sukatan, Panduan Kurikulum atau
Buku Teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan
pembelajaran dan kriteria-kriteria atau darjah pencapaian. Elemen yang perlu ada dalam
satu objektif pengajaran yang lengkap ialah Audien (Sasaran), Behavior (Tingkah laku),
Condition (Situasi) dan Degree / criteria (Kriteria / Piawai). Berdasarkan analisis pelajar yang
telah dikenal pasti, saya telah menetapkan beberapa objektif yang akan dapat dicapai oleh
murid saya. Penulisan objektif pengajaran saya mencakupi komponen ABCD. Antara
9
objektif yang ditetapkan oleh saya ialah murid dapat mengenal pasti bunga raya ialah
lambang negara setelah menonton video yang ditayangkan oleh guru. Objektif kedua ialah
murid dapat menceritakan tentang bunga raya setelah aktiviti pengajaran guru. Objektif saya
yang ketiga ialah murid dapat menjelaskan maksud bagi lima kelopak dan warna merah
yang terdapat pada bunga raya setelah melihat persembahan slaid Powerpoint yang
ditayangkan oleh guru. Objektif terakhir saya untuk pengajaran ini ialah murid dapat
mewarnakan bunga raya dengan betul dan mencatatkan tiga daripada lima Rukun Negara
yang terdapat pada lima kelopak bunga raya pada lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
Langkah ketiga dalam Model ASSURE adalah Select Method, Media And Materials,
iaitu Pilih Kaedah, Media Dan Bahan. Kaedah, media atau bahan pengajaran mesti dipilih
berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin
dicapai. Guru juga perlu menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal
dan pusat sumber yang cukup. Guru juga perlu menyediakan set induksi yang menarik serta
bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Apabila saya telah mengenal pasti
tahap kebolehan murid dan jelas dengan objektif pengajaran, maka saya bersedia untuk
membuat pemilihan. Pemilihan saya adalah berdasarkan kebolehan murid yang pelbagai
dan gaya pembelajaran murid yang terdiri daripada visual, auditori, kinestetik dan aktiviti
berkumpulan. Murid-murid saya juga lebih cenderung dengan penggunaan ICT dalam
pengajaran. Oleh yang demikian, saya menggunakan teknologi komputer untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran saya. Kriteria kefleksibelan teknologi komputer saya
adalah berdasarkan aktiviti pengajaran saya yang akan dijalankan.
Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang disediakan oleh saya, kaedah yang
dipilih oleh saya ialah kaedah penyoalan, kuliah, bercerita, kolaboratif dan latih tubi. Kaedah-
kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Pada peringkat
set induksi, saya menggunakan kaedah penyoalan untuk menarik minat murid saya. Pada
peringkat pertama pengajaran, saya memilih kaedah kuliah dan kaedah bercerita untuk
digunakan dalam pengajaran saya. Kaedah kuliah amat berkesan kepada saya semasa
menerangkan teks yang berkaitan dengan bunga raya. Kaedah bercerita pula dapat
membantu saya dalam menceritakan kepada murid tentang cerita bunga raya dipilih sebagai
bunga kebangsaan. Seterusnya, kaedah yang saya gunakan dalam peringkat kedua
pengajaran adalah kaedah kolaboratif. Saya mengaplikasikan kaedah kolaboratif melalui
soalan kuiz. Semasa peringkat ketiga pengajaran, saya memilih kaedah latih tubi untuk
mengukuhkan isi pelajaran yang dipelajari oleh murid. Akhir sekali, saya menggunakan
kaedah penyoalan untuk membimbing murid merumuskan isi pelajaran bagi tajuk pelajaran.
10
Selain itu, saya juga telah memilih beberapa jenis media dan bahan yang sesuai
dengan rancangan pengajaran harian saya. Antara media dan bahan yang dipilih oleh saya
ialah benda-benda maujud seperti bunga raya, wang syiling dan wang kertas. Benda-benda
maujud ini dapat membantu saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas dan tepat
kepada murid saya semasa proses pengajaran. Hal ini berlaku demikian kerana murid-murid
dapat melihat dengan lebih jelas tentang kewujudan bunga raya dalam wang syiling dan
wang kertas. Murid-murid juga dapat melihat dan menyentuh bunga raya yang sebenar. Di
samping itu, saya juga memilih jenis media dan bahan yang berbentuk perkakasan dan
perisian seperti komputer riba, SmartBoard, Projektor, Slaid Powerpoint, video dan bahan
multimedia interaktif. Media dan bahan yang dipilih ini dapat membantu saya menjalankan
proses pengajaran saya dengan lebih lancar dan yakin. Selain daripada itu, saya juga
memilih sumber pengajaran yang lain seperti Rukun Negara dan lembaran kerja untuk
membantu murid saya menguasai isi pelajaran saya dengan lebih cepat.
Langkah keempat dalam Model ASSURE adalah Utilise Media And Materials, iaitu
Gunakan Media Dan Bahan. Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran
merupakan peringkat yang paling penting kerana sekiranya media dan bahan yang
disediakan begitu menarik tetapi tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran,
maka proses pengajaran dan pembelajaran dianggap gagal. Media atau bahan yang
dibangunkan akan digunakan terhadap kumpulan sasaran. Media dan bahan utama yang
digunakan oleh saya dalam rancangan pengajaran harian adalah penggunaan video dan
teks yang terhasil dalam slaid powerpoint. Video dan slaid powerpoint adalah bertujuan
membantu murid saya memahami dengan lebih mudah semasa proses pengajaran saya. Di
dalam pengajaran ini, saya telah memilih untuk menggunakan video yang menarik untuk
menarik minat dan mencetuskan motivasi murid. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan
keseluruhan murid. Penggunaan video digunakan sewaktu set induksi, peringkat
penerangan dan penutup. Di samping itu, penggunaan soalan kuiz dan lembaran kerja juga
membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami isi pelajaran
saya. Penggunaan bahan maujud juga membantu murid merasa dan melihat sendiri fizikal
bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.
Selain itu, saya juga memastikan suasana pembelajaran adalah bersih dan selesa
kepada murid-murid saya. Keadaan bilik darjah yang kondusif membantu murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan
sentiasa berasa ceria dan mengekalkan minat mereka untuk belajar dan tidak akan berasa
cepat bosan. Di samping itu, saya juga memastikan media dan bahan yang disediakan
berada dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya murid-murid dapat menggunakan
media dan bahan yang disediakan dengan mudah. Saya juga memastikan komputer riba,
11
SmartBoard dan Projektor berada dalam keadaan yang baik dan dapat berfungsi dengan
lancar tanpa sebarang gangguan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Saya juga memastikan media seperti benda-benda maujud dan lembaran kerja yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lengkap dan mencukupi untuk murid
kelas 2E. Selepas membuat pra persediaan yang mencukupi, barulah saya lega dan
bersedia untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan yakin.
Langkah kelima dalam Model ASSURE adalah Require Learner Participation, iaitu
Dorong Penglibatan Pelajar. Dalam proses pembelajaran, murid perlu dilibatkan dalam
aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz dan
lain-lain. Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul.
Setelah murid melihat slaid powerpoint dan mendengar penerangan daripada saya, saya
telah membahagikan murid kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu loceng
untuk kegunaan merebut peluang untuk menjawab soalan kuiz. Dalam peringkat ini, murid-
murid dapat melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan kuiz. Setelah murid
menjawab dengan betul, saya akan memberi bintang kepada mereka. Kumpulan yang
mendapat bintang yang terbanyak akan mendapat hadiah. Selain itu, saya juga melibatkan
murid dengan aktif dalam aktiviti lembaran kerja. Setelah aktiviti pengukuhan, saya
mengedarkan lembaran kerja yang berkaitan dengan bunga raya kepada murid saya dan
memberi bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan dalam lembaran kerja. Saya
memberitahu murid bahawa hasil kerja dan jawapan yang tepat akan diberi penghargaan
seperti saya akan melekatkan hasil kerja murid yang terbaik di papan kenyataan kelas. Di
samping itu, saya juga berusaha untuk melibatkan murid sewaktu sesi soal jawab
dijalankan. Saya sentiasa menggalakkan murid untuk mengangkat tangan dan
memberanikan diri untuk menjawab soalan. Setiap kali murid menjawab dengan betul, saya
akan meminta murid-murid dalam kelas memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda
pengukuhan.
Langkah terakhir dalam Model ASSURE adalah Evaluate And Revise, iaitu Nilai Dan
Semak Semula. Penilaian dan semakan semula dijalankan di akhir pembelajaran. Tujuan
adalah untuk mengesan perkara yang berikut:
12
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid saya telah
mencapai objektif pembelajaran kerana mereka dapat menjawab soalan kuiz saya dengan
betul. Mereka juga dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul tanpa
bantuan daripada saya. Murid-murid saya juga dapat menjawab soalan yang ditanya oleh
saya semasa sesi soal jawab. Selain itu, media dan bahan yang dipilih dan digunakan oleh
saya memang dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media
dan bahan yang digunakan amat berkesan dalam membantu saya memberi penerangan
dan menayangkan segala media yang saya sediakan dengan lancar. Murid-murid juga
tertarik dengan media dan bahan yang saya sediakan termasuk benda-benda maujud.
Benda-benda maujud ini memberi gambaran yang amat jelas kepada murid dan mereka
dapat melihat dan merasa dengan sendiri. Di samping itu, bahan-bahan yang disediakan
oleh saya dapat digunakan dengan sempurna. Murid-murid mempunyai peluang yang sama
rata untuk menggunakan bahan-bahan yang saya sediakan. Bahan yang disediakan juga
lengkap dan mencukupi. Suasana pembelajaran adalah kondusif. Hal ini berlaku demikian
juga sinaran cahaya matahari adalah mencukupi dan udara juga mencukupi. Keadaan bilik
darjah juga amat bersih dan ruang yang sederhana. Kaedah yang saya gunakan untuk
proses pengajaran saya adalah sesuai dengan tahap murid saya. Oleh yang demikian,
kaedah-kaedah yang saya gunakan dapat membantu murid saya lebih memahami isi
pelajaran saya dan mencapai objektif pelajaran.
Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Model ASSURE memerlukan penggunaan media sebagai
kaedah pengajaran. Melalui model ini, saya lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran
dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Hal ini berlaku
demikian kerana model ini terkandung elemen-elemen penting seperti analisis pelajar,
pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, mendorong
penglibatan pelajar dan penilaian diambil kira sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan
objektif pengajaran tercapai.
13
MEDIA DAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
14