0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
36 tayangan3 halaman

Keindahan dan Sejarah Dungun

Petikan tersebut menggambarkan pemandangan indah pantai Teluk Lipat di Bandar Dungun. Petikan itu juga menjelaskan tentang sejarah Jeti Kuala Dungun yang dahulu digunakan untuk memunggah bijih besi dari Bukit Besi ke kapal, namun kini jeti itu telah uzur dan tidak digunakan lagi.

Diunggah oleh

fiza azraf
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

ARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.

Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari

menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu
pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.
Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu terdapat
sebatang jalan raya yang lurus. Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura.
Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang
memancing ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti
Kuala Dungun. Jeti itu menjadi pusat pendaratan ikan.
Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti
lama atau duduk di atas tiang besar itu.
Jeti itu tidak digunakan lagi, jelas Ramli. Sebelum ini, jeti itu merupakan tempat
pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi, sambungnya.
Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya kira-
kira 30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti tersebut
menggunakan kereta api.
Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut
cetek, kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah dengan
tongkang ke kapal yang berlabuh jauh di laut.
Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati, kata
Ramli.
Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya? tanya saya.
Landasannya telah rosak binasa, balas Ramli.
Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong, kata
saya.
Idea yang baik, balas Ramli. Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal
bekasnya sahaja, sambung Ramli.
Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada, kataku sambil memandang kepada
kumpulan orang yang sedang memancing itu.
Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak
yang telah tumbang, tambah Ramli.
Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut, kata saya sambil melihat
seorang lelaki tua menyentak kailnya.

a. Apakah pendapat penulis tentang bandar Dungun?

b. Perkataan menapak dalam petikan di atas bermaksud _______________________

c. Apakah Bukit Besi?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

d. Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

e. Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?
______________________________________________________________________
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya
agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku
di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil
penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah
kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan,
" kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju
dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat
rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang
berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian
ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam
berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak
keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak
buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat
rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di
pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah
tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak
buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya
merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan
menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian
diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

a. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya
berwaspada setiap masa ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

b. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani
masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

c. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?

______________________________________________________________________

d. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai