RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN)
Kelas: Prasekolah Cahaya Permata
Tarikh: 27/9/2016
Masa: 8.00 8.30 pagi
Bilangan pelajar: 20 orang
Tema/tajuk: Anggota Badan Saya
Tunjang Utama: Tunjang Sains dan Teknologi Sains Awal
Standard Kandungan: SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria manusia
Standard Pembelajaran: SA 3.2.3 Mengenal pasti dan menyatakan fungsi setiap organ deria
Kesepaduan Tunjang: F.K 1.1.2 Menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor melalui pelbagai aktiviti
Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga fungsi organ deria dengan betul
2. Melabel sekurang-kurangnya empat bahagian anggota badan dengan betul
Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah mengenal huruf dan boleh membaca
Kemahiran Berfikir (KB): menjana idea, menyelesaikan masalah, kemahiran TMK
Penerapan Nilai: kerjasama, keyakinan, ketekunan, berhati-hati
Bahan Bantu Mengajar (BBM): kertas mahjong, buah oren dan pengisar, lagu, puzzle bergambar, video, slaid bergambar
12
Fokus MI: Kecerdasan linguistik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan visual dan ruang
Kosa Kata: deria penglihatan, deria rasa, deria hidu, deria sentuhan, deria pendengaran
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
(BBM, Kesepaduan, KB,
Nilai, dll.)
Set Induksi Mengenal pasti bahagian- Guru menayangkan slaid bergambar tentang BBM: Slaid bergambar, lagu
(5 minit) bahagian tubuh badan anggota tubuh badan manusia
manusia
Murid menyatakan bahagian tubuh badan Kemahiran : Kemahiran TMK
manusia berdasarkan slaid yang
ditayangkan dengan bimbingan guru
Menyanyi lagu Kenali Badan Murid menyanyi lagu Kenali Badan Kita :
Kita Ayuh kawan-kawan, mari semua
Kita berdendang,
Mari mengenal badan kita,
Apakah namanya (2x)
Dagu, dahi, gigi, muka,
Mata, pipi, kuku, kaki.
13
Perkembangan P&P Memerhati buah oren dengan Murid diarahkan untuk memerhati buah oren BBM: buah oren, pengisar
Langkah 1 (7 minit) menggunakan deria: dengan cara :
Deria penglihatan melihat,
Deria hidu menghidu,
Deria rasa merasa,
Deria sentuhan menyentuh permukaan buah oren
Deria pendengaran mendengar bunyi yang terhasil
semasa buah oren dikisar
menggunakan pengisar
Menyatakan fungsi organ Murid diminta untuk menyatakan hasil Fokus MI: Kecerdasan
deria manusia pemerhatian terhadap buah oren tersebut Linguistik
berdasarkan organ deria yang telah
digunakan
Guru menerangkan fungsi kelima-lima organ
deria manusia iaitu :
Mata melihat
Hidung menghidu
Lidah merasa
Kulit menyentuh
Telinga mendengar
14
Langkah 2 (7 minit) Mencantum puzzle Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. BBM: Puzzle bergambar
bergambar anggota badan
dalam bentuk kumpulan Murid mencantumkan puzzle dengan betul Nilai: Kerjasama, toleransi
sehingga menghasilkan sebuah gambar
bahagian-bahagian anggota badan lalu Kesepaduan: Tunjang Fizikal
menyatakan fungsi anggota badan tersebut Koordinasi mata dan tangan
Langkah 3 (7 minit) Menekap bentuk badan rakan Murid diminta untuk menekap bentuk badan BBM: kertas mahjong, marker
yang berbaring di atas kertas rakannya yang berbaring di atas kertas pen, kadbod, gunting
mahjong mahjung menggunakan marker pen dan
menggunting lakaran mengikut garisan Kemahiran : Motor halus
dengan bimbingan guru.
Nilai: ketekunan, berhati-hati
Melabel bahagian-bahagian Murid menampal hasil lakaran mereka di Fokus MI: Kecerdasan Visual-
anggota badan yang sudah atas kadbod lalu melabelkan bahagian- Ruang
dilakarkan bahagian anggota badan tersebut
Penutup/Refleksi Rumusan Guru merumuskan apa yang dipelajari dan BBM: Lagu
(3 minit) menyanyikan lagu Deria :
Menyanyi lagu Deria Dua mata saya suka lihat buku,
Dua telinga saya dengar cakap cikgu,
Satu hidung saya suka hidu bau,
Satu mulut saya suka baca buku,
Sepuluh jari saya bilang satu-satu. (2x)
15
16