Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah peribahasa yang perlu kita
jadikan pegangan dan panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal
sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh
tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional semakin
ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan
elektronik semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks ini,
permainan tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh
permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia.
Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan daripada nenek
moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering
yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh
jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak banyak
mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang
sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa
untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan remaja Malaysia?Oleh hal
yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta
dibugar dengan lebih terperinci demi kemaslahatan ibu bapa yang masih tercari-cari tongkat
mereka untuk dijadikan panduan.
Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda
khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan
untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana setiap
perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Ibu bapa tidak haruslah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,diri
sendirinya berjelan mengiring dengan tidak mengamalkan permainan tradisional dalam
kehidupan sehariannya.
Marilah kita capahkan lensa perbincangan kita kepada sikap ibu bapa yang membelikan
anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang
dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya
satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Peribahasa yang berkaitan dengan
hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara langsung, anak-anak dapat mewarisi
permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang teknik dan cara- cara bermain.
Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka, permainan tradisional ini akan kekal
sepanjang zaman walaupun sudah berdekad lamanya.
Lontaran idea yang seterusnya ialah ibu bapa harus membawa anak-anak ke tempat
rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional. Tegasnya, peranan ibu bapa amat
signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional yang semakin ditelan
zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam
semangat ibu bapa untuk membawa atau mengizinkan anak-anaknya menyertai pertandingan
permainan tradisional di peringkat daerah,negeri mahupun Negara dan juga
[Link] merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan
tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang
suka bertanding dan berlaga. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang
Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-
peminat permainan tersebut terutamanya golongan muda untuk mengambil bahagian. Hal ini
berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing,
selaras dengan peribahasa, menyelam sambil minum air.
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan
tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri
seni untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan tradisional ini di samping
memahami cara-cara permainan ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini
dapat mempopularkan permainan tradisional.
Ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai kelab permainan
tradisional di sekolah.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh
masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti
permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh
masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke
generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin
akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui
namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain
permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik tolak
daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif yang
pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris negara yang
tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini, generasi
sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi dan
menghargai warisan negara sejak dari rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat
Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara
dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan diri masyarakat itu
sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak dan
bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan
khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh
masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa
depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan
2020.