0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
13 tayangan9 halaman

Pergerakan Haiwan Berdasarkan Otot dan Rangka

Dokumen tersebut menjelaskan berbagai jenis pergerakan haiwan di darat, udara dan air. Ia menjelaskan cara berjalan, melompat, berlari, terbang, berenang bagi haiwan-haiwan tertentu dengan menggunakan rangka, otot dan sendi mereka. Dokumen ini juga menjelaskan peranan rangka, sama ada rangka luar atau dalam, dalam menyokong gerakan dan bentuk badan haiwan.

Diunggah oleh

Jai Hui
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
13 tayangan9 halaman

Pergerakan Haiwan Berdasarkan Otot dan Rangka

Dokumen tersebut menjelaskan berbagai jenis pergerakan haiwan di darat, udara dan air. Ia menjelaskan cara berjalan, melompat, berlari, terbang, berenang bagi haiwan-haiwan tertentu dengan menggunakan rangka, otot dan sendi mereka. Dokumen ini juga menjelaskan peranan rangka, sama ada rangka luar atau dalam, dalam menyokong gerakan dan bentuk badan haiwan.

Diunggah oleh

Jai Hui
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

SCE 3101 (Tutorial 14) Rajah 1.2 : Cara katak melompat.

1.0 Menjelaskan pelbagai jenis pergerakan haiwan di darat, udara dan air.
1.1 Pergerakan haiwan di darat
Kebiasaannya, haiwan yang hidup di darat boleh membuat pergerakan
seperti berjalan, merayap, melompat dan berlari, dengan kehadiran sendi dan
otot antagonis pada anggota badan mereka. Haiwan ini adalah seperti harimau,
serigala, kucing dan lain-lain.
Haiwan-haiwan jenis ini mempunyai otot tulang belakang yang kuat dan
boleh mengecut dan mengendur dengan cepat supaya tulang belakang mereka
juga dapat melengkung dan melurus pada kadar yang cepat. Dengan ini, tulang
belakang akan berperanan sebagai spring yang mempunyai tenaga keupayaan
tinggi dan ini dapat membolehkan haiwan tersebut berlari dengan lebih pantas.
Tulang Belakang

Rajah 1.1 : Tulang belakang harimau telah dilengkung supaya ia dapat


menghasilkan tenaga keupayaan yang tinggi untuk lari dengan lebih
pantas.

Contoh-contoh haiwan yang melompat adalah seperti arnab, belalang dan


katak.

Kaki belakang jenis haiwan ini adalah lebih panjang dan besar daripada kaki
hadapan. Selain itu, ia dapat dilipat menjadi bentuk "Z". Otot femurnya besar dan
kuat. Sekiranya haiwan tersebut mahu melompat, ia akan mengecut otot femurnya
dengan tiba-tiba meluruskan kaki belakang dengan cepat dan menolak tanah ke
bawah dan ke belakang. Pergerakan kaki ini akan menolak haiwan itu bergerak ke
atas dan ke hadapan, iaitu melompat.
Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik. Selain itu, selom dikepung oleh
dua otot berantogonis, iaitu otot-otot bulat yang mengelilingi kamar dan otot-otot
membujur yang melanjut dari hujung ke hujung. Siri pengecutan dan pengeduran
otot bulat dan otot membujur ini akan menghasilkan gelombang peristalsis yang
menyebabkan cacing tanah bergerak ke hadapan.

Rajah 1.3 : Pergerakan Cacing Tanah.

1.2 Pergerakan haiwan di udara


Burung mempunyai sayap berbentuk aerofoil. Ini menghasilkan daya angkat
yang kuat untuk membolehkannya terapung di udara semasa terbang. Sayap-sayap
burung dikendalikan oleh dua pasangan otot terbang yang besar, iaitu otot pektoral
major dan minor.

Apabila otot pektoral major mengecut, ia akan menarik sayap-sayap ke


bawah, manakala pengecutan otot pektoral minor akan menyebabkan sayap-sayap
ditarik ke atas.

Rajah 1.4 : Otot-otot yang menggerakkan sayap burung.


Burung mempunyai beberapa ciri penyesuaian yang membolehkannya
terbang di udara. Contohnya, bulu pelepah burung adalah licin dan badannya
berbentuk

larus

untuk

mengurangkan

rintangan

terhadap

udara

semasa

penerbangan. Selain itu, bulu pelepah juga menambah luas permukaan sayap untuk
menghasilkan daya angkat yang lebih besar. Tambahan pula, tulang-tulang burung
mempunyai banyak rongga yang menjadikannya ringan.

1.3 Pergerakan haiwan di air


Badan ikan berbentuk larus untuk mengurangkan rintangan terhadap
gerakan dalam air. Selain itu, sisiknya adalah berarah ke posterior dan kulit
badannya adalah berlendir untuk mengurangkan geseran apabila bergerak di
dalam air. Ekor pula digunakan untuk mengawal arah ikan tersebut.

Rajah 1.5 : Struktur


badan ikan.
3

Tindakan otot antagonis badan ikan pula menghasilkan daya tolakan ke


hadapan. Contohnya, sekiranya badan ikan ingin membengkok ke sebelah kanan,
otot di sebelah kiri ikan mengendur manakala otot di sebelah kanan akan mengecut
dan sebaliknya sekira ikan ingin membengkok ke sebelah kiri.
Ikan mempunyai pelbagai jenis sirip pada badannya yang membantu
memperoleh keseimbangan badan semasa bergerak dalam air. Pergerakan
ketidakseimbangan yang mungkin dihadapi oleh ikan ialah pesongan, golekan dan
junaman.

Golekan
Pesongan

Junaman

Rajah 1.6 : Keseimbangan ikan dikekalkan dengan bantuan sirip.

Sirip dorsal, sirip dubur dan sirip kauda menghalang pergerakan pesongan

dan golekan.
Sirip pektoral dan sirip pelvis menghalang golekan dan junaman.

Rangka
Rangka merupakan sistem sokongan kepada organisma. Sistem sokongan ini
bertindak sebagai bingkai tubuh yang tegar
Antara peranan-peranan rangka ialah:
-

Memberi sokongan kepada organisma.


Membolehkan organisma bergerak.
Memberi bentuk kepada organisma.
Membolehkan organisma bergerak bebas untuk kemandiriannya.
4Melarikan diri daripada musuh.

Keswatantraan organisma

Melindungi diri daripada pemangsa.


Mencari makanan.
Mencari pasangan.
Mencari tempat perlindungan.

Hidrostatik
-tekanan bendalir yang terdapat dalam
suatu ruang yang dibalut oleh
rangkaian otot dalam organisma tertentu.
Rajah 1.7 Contoh haiwan yang
tidak bertulang belakang

Berfungsi untuk:
- Mengekalkan bentuk badan dan kesegahan
- Menyokong tisu lembut
- Melindungi organ dalam yang lembut

Rangka luar
- Rangka yang tegar terdapat di luar badan organisma.
-juga dikenali sebagai EKSOSKELETON.
- mempunyai rangka luar yang terbina daripada kitin
atau kalsium.

Rajah 1.8: Udang galah

-mengalami ekdisis iaitu proses salin kulit. (bertujuan untuk mengatasi sekatan
pengerakan dan pertumbuhan yang terhad)
-Kalis air dan menghalang kehilangan air.
Berfungsi untuk:
- Mengekalkan kesegahan dan bentuk badan
- Membenarkan pergerakan badan
- Melindungi organ dalaman

Rangka dalam
-Terdiri daripada tulang atau rawan.
- Juga dikenali sebagai ENDOSKELETON

Rajah 1.9: Tulang rangka kuda


Berfungsi untuk:
- Menyokong berat badan

- Menghasilkan sel darah

- Melindungi organ lembut

- Mengekalkan bentuk badan

Rajah 1.10: Contoh haiwan daripada tiga jenis sokongan badan


6

Otot
-Jaringan dalam tubuh manusia dan
haiwan yang berfungsi sebagai alat
gerak aktif yang menggerakkan tulang.
-Terdapat 3 jenis kumpulan otot, otot
lurik, otot jantung dan otot polos.

Rajah 1.11: Kumpulan otot


Otot lurik
Nama lain: otot rangka, otot serat lintang (musculus striated) atau otot involunter.
Struktur: Serabut panjang, berwarna/lurik dengan garis terang dan gelap, memiliki
inti dalam jumlah banyak dan terletak di pinggir.
Kontraksi: Menurut kehendak (di bawah kendali sistem saraf pusat), gerakan cepat,
kuat, mudah lelah dan tidak beraturan.
Fungsi: Membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang
Berupaya bertindak denagan pantas mengikut perubahan yang berlaku di
sekeliling.
Melakukan berbagai bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan
bermasam muka.

Otot jantung
Nama lain: Myocardium atau musculus cardiata atau otot kardiac
Struktur: Bentuk serabutnya memanjang, silindris, bercabang. Terdapat garis terang
dan gelap. Memiliki satu inti yang terletak di tengah.
Kontraksi: Tidak menurut kehendak, gerakan lambat, ritmis dan tidak mudah lelah

Otot polos
Nama lain: otot alat-alat dalam / visceral / musculus nonstriated / otot licin
7

Struktur: Bentuk serabut panjang seperti kumparan, dengan ujung runcing, dengan
inti berjumlah satu terletak di bahagian tengah.
Kontraksi: Tidak menurut kehendak atau di luar kendalian sistem saraf pusat,
gerakan lambat, ritmis dan tidak mudah lelah.
Otot boleh menguncup dan memanjang. Kedua dua aksi ini adalah
bertentangan untuk membolehkan kita mengangkat benda. Sebagai contoh,
dalam pergerakan membengkokkan siku, tricep akan memanjang (antagonist)
manakala bicep pula akan menguncup (agonist)
Jadual 1.0: Fungsi otot

Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan


otot.

Menghasilk
an
pergerakan

Kombinasi saling tindakan otot otot


Mengekalk
rangka yang berlainan membolehkan kita an postur
mengekalkan postur badan kita seperti
berdiri, duduk dan lain-lain.
Berlaku secara berterusan untuk
mengekalkan kedudukan badan.
Menstabilkan sendi sendi terutama pada
pergerakan yang melibatkan banyak
sendi.

Menstabilk
an sendi
Sendi

-Sendi adalah titik pertemuan antara


dua tulang atau lebih.
8

-Berfungsi sebagai pelincir untuk proses


pergerakan.
- Membenarkan pergi dan balik
pergerakan dalam satu satah dan
benarkan sebarang pergerakan.
Rajah 1.12: Sendi
Fungsi sendi:
Sinartrosis - Sendi yang tidak membenarkan sebarang pergerakan padanya.
Contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.
Amfiartrosis - Sendi yang membenarkan sedikit pergerakan padanya. Contoh,
sendi antara tibia dan fibula
Diartrosis - Sendi yang membolehkan pergerakan yang agak meluas. Contoh,
sendi engsel (sendi siku dan lutut)

Anda mungkin juga menyukai