100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
712 tayangan11 halaman

Memahami Zaman Jahiliah dalam Islam

Zaman Jahiliah adalah masa sebelum kedatangan Islam di Arab Saudi antara tahun 300-610 Masehi. Masyarakat Arab pada masa itu hidup dalam kegelapan karena tidak ada petunjuk agama yang jelas dan mereka menganut berbagai kepercayaan seperti menyembah berhala dan makhluk. Mereka juga hidup tanpa tata tertib karena tidak ada sistem pemerintahan yang teratur.

Diunggah oleh

Tiffany Chan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
712 tayangan11 halaman

Memahami Zaman Jahiliah dalam Islam

Zaman Jahiliah adalah masa sebelum kedatangan Islam di Arab Saudi antara tahun 300-610 Masehi. Masyarakat Arab pada masa itu hidup dalam kegelapan karena tidak ada petunjuk agama yang jelas dan mereka menganut berbagai kepercayaan seperti menyembah berhala dan makhluk. Mereka juga hidup tanpa tata tertib karena tidak ada sistem pemerintahan yang teratur.

Diunggah oleh

Tiffany Chan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

2.

0 Zaman Jahiliah
Pengertian Konsep Jahiliah
Zaman Jahiliah bermula pada tahun 300 Masihi hingga turunnya al-Quran
pada tahun 610 Masihi.
Dengan turunnya al-Quran, agama Islam bermula di Tanah Besar Arab dan ini
menyinari kehidupan masyarakat Arab yang hidup dalam kejahilan.
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh,
jahil atau dunggu.
Masyarakat Arab pada zaman Jahiliah hidup dalam keadaan jahil dan bodoh.
Jahiliah - keadaan yang serba jahil dan hidup penuh kesesatan terutama
dalam aspek-aspek akidah dan kepercayaan serta nilai-nilai kemanusiaan
yang baik.
Mereka meninggalkan pimpinan agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul
yang datang kepada mereka sebelum Nabi Muhammad seperti Nabi Hud,
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyebabkan mereka sesat dan lupa nilai-nilai
kemanusiaan.
Sejarawan Islam:
Mendefinisikan Zaman Jahiliah sebagai zaman yang penuh dengan
kegelapan, kejahilan dan kebodohan dalam bidang ilmu pengetahuan

kerana tidak tahu membaca dan menulis.


Masyarakat Arab pada zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan
tidak teratur dalam semua bidang termasuk agama, aklah, politik dan

pentadbiran, ekonomi dan ilmu pengetahuan.


Kejahilan mereka berpunca daripada ketiadaan nabi dan kitab suci

sebagai petunjuk dan panduan hidup.


Punca kejahilan juga disebabkan pemencilan petempatan mereka dari
kawasan peradaban, iaitu mereka tinggal di bahagian tengah
Semenanjung Tanah Arab dan kurang berhubung dengan masyarakat
luar.

Ahli sejarah Barat, iaitu P. K. Hitti:


Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah hidup dalam kejahilan daripada
aspek agama dan moral sahaja.

Mereka telah bertamadun dalam aspek politik dan pentadbiran,


ekonomi dan ilmu pengetahuan.
Bukti-bukti ini terdapat pada tamadun kerajaan Sabak dan Makkah.

Ciri-ciri Zaman Jahiliah:


a)
b)
c)
d)
e)

Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup


Tidak mempunyai nabi (pemimpin) dan kitab suci sebagai petunjuk
Tidak mempunyai peradaban atau tamadun
Tidak berakhlak, angkuh dan sombong
Tidak boleh menulis dan membaca

Agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah


Menyembah Banyak Tuhan

Kebanyakan masyarakat Arab menyembah banyak tuhan seperti matahari,


bulan, tanah, pokok, air dan angin. Mereka akan menukar agama mereka
mengikut keperluan kehidupan seharian, dari segi ekonomi dan sosial.
a) Penyembahan matahari mereka menganggap cahaya penting untuk
kesuburan pokok.
b) Penyembahan tanah tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian.
c) Penyembahan pokok pokok yang rendang boleh dijadikan tempat
berehat dan tempat menggantung senjata dan pakaian.
d) Penyembahan air air perlu untuk minum, keperluan harian dan siraman
pokok.
e) Penyembahan bulan cahaya bulan menerangi malam yang gelap dan ini
memudahkan pengembaraan.
f) Angin tuhan jahat, kerana tiupan yang kencang boleh menghancurkan
tanaman dan tempat tinggal.

Menyembah Berhala (Agama Wathani)

Menjadikan patung-patung sebagai perantaraan mereka dengan tuhan.


Patung-patung diukir menyerupai benda-benda yang kuat, gagah dan berjaya

kepada mereka.
Berhala-berhala diperbuat daripada batu, kayu, gangsa, emas dan bahan

makanan seperti buah tamar.


Berhala yang diperbuat daripada makanan pada mulanya disembah, ttapi

apabila mereka lapar, mereka akan memakannya.


Percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai

keberkatan dan sebagainya.


Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah.
Berhala yang terkenal:
a) Al-Uzza berhala yang paling terkemuka di kalangan masyarakat Arab
dan diletakkan di Wadi Nakhla. Setiap tahun ia diberikan korban anakanak gadis.
b) Al-Manat disembah oleh kabilah yang tinggal di selatan kota Makkah
seperti suku Aus, Khazraj dan Asad.
c) Al-Hubal diletakkan di kota Makkah. Disembah oleh suku Thaqis dan
Taif.

Agama Samawi (Agama langit yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi
dan mempunyai kitab)
a) Agama Hunafa/ Agama Hanif

Agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s.


Penganutnya digelar Hunafa.
Penganut-penganut agama menegaskan tuhan, bersembahyang dan

berpuasa.
Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf.
Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan

Umaiyyah bin Abu Al-Salt.


b) Agama Nasrani (Kristian)
Agama yang disampaikan oleh Nabi Isa a.s.
Penganut - orang-orang Bani Israel
Bani Israel telah mengubahsuaikannya dan menyebabkan agama ini telah

terpesong daripada konsep asalnya.


Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun
penganut agama ini telah mengubah kandungan kitab Injil menurut

keperluan dan kepentingan mereka.


Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang masih mengamalkan ajaran

sebenar agama ini dan mereka digelar Ahli al-Kitab.


Najran pusat kuat agama Nasrani.
Penganut-penganut mempercayai keesaan Allah tetapi tidak mempercayai

Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul yang akhir.


Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

Agama Yahudi

Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab

Taurat.
Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab
ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana
menduakan Allah.

Agama Majusi (Menyembah Api)

Berasal dari Parsi.


Penganut agama Majusi menetap di Yaman, Oman dan Bahrain yang berada
di bawah naungan Parsi.

Tidak memiliki kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutus oleh Allah,

sebaliknya percaya kepada nabi-nabi palsu.


Mereka berpegang kepada tiga mazhab, iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiyah

dan Zaradustiyah.
Mereka percaya bahawa terdapat dua jenis tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan
(cahaya) dan Tuhan Kejahatan (gelap-gelita) dan untuk menjamin Tuhan
Kebaikan mendampingi mereka, maka dinyalakan api di rumah mereka.

Mempercayai Khurafat (Kepercayaan dan Amalan Karut)


Contoh Amalan Karut:
i.
ii.
iii.
iv.

Roh orang mati menjadi burung.


Percaya kepada ahli nujum.
Percaya kepada ahli sihir.
Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke
kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa

v.
vi.

kebaikan.
Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami

vii.

dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.


Membuat keputusan melalui anak panah.

Menyembah Malaikat (/)

Menganggap malaikat sebagai wakil Tuhan yang dapat memberi dan menarik
balik sesuatu pemberian.

Menyembah Cakerawala ()

Penganut kaum Qahtan dari Yaman


Mereka percaya bahawa cakerawala merupakan sumber segala kehidupan

dan kuasa.
Matahari berfungsi dalam aktiviti pada waktu siang
Bulan perjalanan dan ternakan.
Bintang pedoman perjalanan waktu malam

Corak Kehidupan Masyarakat Jahiliah


Pengenalan:
Masyarakat Arab Jahiliah dibahagikan kepada dua golongan:
a) Masyarakat Badawi (desa)
- Biasanya tinggal di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab
- Terdiri daripada berbagai kabilah
- Mereka kurang berhubung dengan masyarakat luar
- Unsur-unsur keaslian bahasa, kebudayaan dan adat istiadat dapat
-

dikekalkan.
Hidup berpindah-randah kerana memerlukan tempat yang subur untuk

pertanian dan ternakan.


b) Masyarakat Hadari (kota)
- Biasanya tinggal di kawasan pantai yang terdapat bandar-bandar
-

seperti Maarib, Sanaa, Taif, Anbar dan Yathrib.


Hidup menetap di sesuatu tempat sehingga dapat membina tamadun

yang tinggi.
Mahir dalam bidang perniagaan
Disebabkan pergaulam mereka begitu luas, mereka maju dalam
bahasa, kebudayaan dan adat istiadat dalam kehidupan mereka.

Politik dan Pemerintahan

Tiada kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik dan

teratur, tidak mempunyai sistem perundangan yang jelas dan fleksibel.


Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.
Sistem kabilah:

Masyarakat Arab hidup secara berkelompok atau hidup dalam

kumpulan-kumpulan tertentu.
Sistem kabilah terbentuk daripada individu-individu yang merupakan

unit paling asas.


Kemudian, diikuti oleh unit al-usrah (keluarga).
Beberapa buah keluarga akan membentuk hayy (kawasan tempat

tinggal).
Daripada beberapa hayy akan terbina pula satu qaum (kumpulan

kaum).
Daripada kumpulan kaum ini terbentuk satu kabilah.
Jadi, masyarakat Arab Jahiliah hidup berpusatkan kabilah masingmasing dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kabilah

mereka.
Setiap kabilah mempunyai seorang ketua syeikh.
Syeikh menjadi lambang perpaduan kabilah dan mempunyai taraf paling

tinggi dalam sesuatu kabilah.


Mereka dipilih daripada ahli kelompoknya dengan persetujuan ramai.
Pemilihan syeikh berdasarkan pemikiran yang matang (tua), bersifat berani,

gagah dan petah bertutur.


Peranan dan tugas syeikh:
i)
Menyelesaikan masalah-masalah
ii)

yang

dihadapi

oleh

ahli-ahli

kumpulan.
Menjatuhkan hukuman tertentu kepada pesalah-pesalah setelah

dipersetujui oleh ahli-ahli kumpulan.


iii)
Melayan tetamu yang hadir di kawasan/ kampung mereka.
iv)
Memberi perlindungan kepada kawan atau musuh.
v)
Mengisytiharkan peperangan terhadap musuh mereka.
Kesan daripada amalan sistem kabilah ini telah wujud semangat assabiyah

(kesukuan) di kalangan bangsa Arab.


Mereka hidup dengan mementingkan kabilah mereka

mempedulikan masyarakat di luar kelompok mereka.


Semangat ini memungkinkan individu-individu dalam sesuatu kabilah

bersepakat, tanpa ragu-ragu menyerang masyarakat di luar kelompoknya.


Masyarakat Arab Jahiliah mementingkan al-ghazw (peperangan).
Setiap ahli kumpulan sedar bahawa mereka mempunyai pertalian darah dan

wajib mempertahankan kabilah mereka.


Mereka segera bertindak sekiranya menerima ancaman dan sanggup

sahaja

menyerang kabilah lain dengan sebab-sebab kecil dan tidak penting.

tanpa

Cth: peperangan al- Basur berlanjutan selama 40 tahun antara Bani Taghlib
dan Bani Bakr kerana pembunuhan seorang ahli Bani Taghlib oleh seorang
ahli Bani Bakr.

Ekonomi
Golongan Badwi hidup secara nomad dan menjalankan kegiatan pertanian
dan penternakan binatang.
Pertanian menanam buah-buahan seperti kurma, anggur, tamar dan
gandum.
Penternakan memelihara binatang-binatang seperti unta, kuda, keldai dan
biri-biri.
Mengamalkan perbuatan mencuri, menyamun dan merompak.
Sekiranya seseorang anggota kabilah tidak mempunyai makanan dan
minuman, maka adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli kabilah lain mencari
makanan dan minuman.
Mereka sanggup merompak kabilah lain walaupun terpaksa berjalan berbatubatu dan mengorbankan nyawa.
Perbuatan menyamun dan merompak satu kewajipan bagi setiap individu
dalam kabilah merupakan salah satu punca mata pencarian mereka.
Pemuda yang berani merompak dianggap pahlawan
Setiap ahli kabilah yang berjaya mendapatkan seberapa banyak bahan
rompakan, ia akan dipandang mulia di sisi kabilahnya.
Sosial

Mengamalkan sunah (undang-undang adat) yang diwarisi daripada datu


nenek moyang terdahulu.
- Mereka patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan
seperti cara berperang, bersopan santun dan tindakan bunuh dibalas
-

dengan bunuh.
Oleh sebab terlalu taasub kepada amalan ini, mereka enggan

menerima perubahan ke arah mekajuan.


Mengamalkan sistem perhambaan dalam kehidupan seharian.
- Hamba-hamba wujud kerana keturunan, tawanan perang atau kerana
-

pembelian.
Golongan hamba ini tidak boleh memiliki harta dan segala hasil yang
diusahakan mereka hanya untuk kepentingan tuan mereka.

Kedudukan wanita

Amat rendah
Layanan yang tidak adil dan menghinakan.
Menganggap wanita sebagai bahan yang boleh dibuat sesuka hati.
Mengamalkan amalan menanam anak perempuan.
Menganggap anak perempuan boleh memberi sial, malu atau papa

kepada keluarga.
Anak perempuan boleh terjebak kepada kancah perzinaan dan untuk

memuaskan nafsu kaum lelaki sahaja.


Cth: kaum bapa daripada Bani Tamim berbangga dengan tindakan

membunuh anak perempuan mereka.


Selain daripada bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup, kanak-kanak
perempuan yang tercapai umur lima atau enam tahun juga ditanam

hidup-hidup.
- Qais bin Asim telah membunuh 10 orang anak perempuannya.
Kedudukan balu atau janda
- Apabila seseorang lelaki meninggal dunia, balu atau janda beliau boleh
diperisterikan oleh saudara lelaki yang terdekat.
- Anak lelaki juga boleh mengambil ibu tirinya sebagai isteri.
Poligami dan perceraian
- Tiada peraturan yang menentukan cara-cara berkahwin dan bercerai.
- Seorang lelaki boleh berkahwin seramai mana yang disukainya dan
-

menceraikan isteri-isteri mereka sesuka hati.


Seorang lelaki dapat memperisterikan beratus-ratus orang wanita dan
menceraikannya dengan menyebut engkau adalah seperti belakang

ibuku.
Amalan zina - Pergaulan antara lelaki dengan perempuan tidak ada

batasnya.
Judi kebiasannya kepada saudagar-saudagar yang kaya-raya.
Mengamalkan meminum arak tradisi dalam sesuatu majlis rasmi/ tidak

rasmi
Arak dianggap sebagai satu nilai yang baik dan sesiapa yang meminum
arak

hingga

mabuk

dianggap

telah

berjaya

membuktikan

sifat

kesempurnaannya.
Setiap majlis kebudayaan yang diadakan akan diserikan dengan bacaan syair
dan minuman arak.

Seni dan Kesusasteraan

Syair merupakan media untuk masyarakat Arab melahirkan perasaan (algazal), kebanggaan (al-fahr) dan puji-pujian (al-madah).

Masyarakat Arab Jahiliah gemar berkumpul dan mengelilingi penyairpenyair untuk mendengar syair-syair yang dipersembahkan oleh

mereka.
Kebolehan bersyair semula jadi dianggap luar biasa oleh sukunya.
Penyair orang yang mempunyai kelebihan daripada orang

kebanyakan.
Ahli sastera Umru Al-Qays, Zuhayr, Antarah dan Al-Harith
Karya-karya mereka dianggap agung dan pernah digantung di dinding

Kaabah.
Pada pandangan Islam, kesusasteraan mereka hanya bersifat ilmiah.
Sasterawan Zaman Jahiliah mencipta karya berdasarkan ilham yang

datang daripada alam sekitar dan dalam kehidupan.


Tetapi mereka tidak mencipta karya yang bermutu dari segi isinya.
Karya-karya mereka tidak mempunyai petunjuk atau nasihat yang
dapat memperbaiki keadaan masyarakat mereka.

Amalan-amalan baik yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah

Suka membantu orang yang dalam kesusahan


- Suka memberi bantuan makanan kepada fakir miskin
- Akan dianggap mulia dan pemurah
- Semakian banyak bantuan yang diberi kepada fakir miskin, semakin
bertambah kemuliaan seseorang.
Setia kepada janji dan sumpah
- Sesiapa yang menunaikan janji masing-masing dan berpegang kepada
-

sumpah dianggap mulia di sisi masyarakat.


Sesiapa sahaja boleh masuk menjadi ahli kabilah lain dengan cara
bersumpah.

Pemudah Arab Jahiliah - seorang yang berani, tahan lasak dan sabar.
Mengamalkan amalan diyafah (menghormati tetamu)
- Tetamu mestilah dilayan dengan baik walaupun ia seorang musuh.
- Semangat diyafah muncul mungkin setelah mereka melalui pelbagai
-

pengalaman pahit dalam mencari keperluan hidup.


Keadaan ini menyebabkan mereka mudah bertimbang rasa dan

bersimpati kepada orang-orang yang lemah.


Mereka menghormati tetamu dengan tujuan untuk menjaga nama dan

imej mereka.
Cth: syair Arab yang berbunyi ingatlah, tetamu itu pada suatu hari
nanti akan memuji atau mengeji dirimu.

Anda mungkin juga menyukai