MODEL REKA BENTUK
PENGAJARAN
Reka bentuk pengajaran adalah satu proses sistematis menterjemahkan prinsipprinsip
umum
pengajaran-pembelajaran
kepada
bentuk
perancangan
bahan
dan
penyampaian pembelajaran. Proses ini boleh dikatakan sebagai proses membina bahan
bagi pengajaran dan pembelajaran. Setiap perkara yang dibuat oleh guru perlu
bersistematik dan bersusun. Dengan adanya model-model pengajaran guru dapat
merancangkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Richey(1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta
amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku. Ini
bermaksud dalam model reka bentuk dan pengajaran terdapat elemen-elemen asas yang
bermula daripada menentukan keperluan pelajar hingga menilai keseluruhan sistem.
Dengan menggunakan elemen-elemen ini dalam model pengajaran guru dapat merancang
sebuah
rancangan
pengajaran
dan
pembelajaran
terperinci
yang
mengandungi
pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan yang berkesan.
Dunia pendidik sering mengatakan bahawa dengan adanya model reka bentuk
pengajaran guru dapat merancang sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
bagus. Di antara kelebihan penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media
dan kaedah yang sesuai, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur,
dan membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar
belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa elemen yang
membantu guru untuk merancangkannya. Elemen-elemen tersebut adalah:
1. Menentukan keperluan pelajar
2. Menentukan matlamat dan objektif pengajaran
3. Membina kaedah penilaian
4. Mereka bentuk dan memilih strategi pengajaran
5. Mencuba sistem pengajaran
6. Menilai keseluruhan sistem
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
gambarajah 1: elemen-elemen asas reka bentuk pengajaran
diharapkan serta digemari oleh guru. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap guru, sekaligus
membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
kepentingan reka bentuk pengajaran adalah ianya sesuatu yang memberikan
tumpuan kepada kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-cara meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses
pembelajaran untuk individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar. Guru yang masuk ke
kelas tanpa menyedia dan merancang pengajaran akan kehilangan pengajarannya dan
dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai apa yang telah diajarnya.
Model reka bentuk pengajaran merupakan garisan panduan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam reka bentuk pengajaran terdapat 3 model yang
utama. ianya adalah:Model berorientasikan bilik darjah- Model ASSURE
Model berorientasikan produk- Model ADDIE
Model berorientasikan sistem- Model Dick&Carey
Bagi membuat bahan pembelajaran berasaskan web ini saya menggunakan model
reka
bentuk
pegajaran
adalah
MODEL
ASSURE.
Model
assure
dicadangkan
penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat meluas penggunaannya
dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara
sistematik.
Dengan menggunakan pautan web yang bernama wordpress saya telah membina
sebuah bahan pengajaran berkaitan dengan jahitan asas tahun 5. Dalam web tersebut saya
Gambarajah: keterangan MODEL ASSURE
telah memberi semua info yang penting tentang jahitan asas kepada murid seperti gambar,
video dan langkah-langkah menjahitnya.
Bagi membuat bahan pengajaran berasaskan web ini saya mengikut fasa-fasa yang
terdapat dalam Model assure mengikut peringkatnya.
FASA 1: ANALISIS PELAJAR
Bagi memenuhi fasa ini perlu menanya beberapa soalan dan jawapan bagi soalan itu
yang penting sebab ianya apa yang akan diaplikasikan dalam pautan web. soalannya
seperti:Siapakah kumpulan sasaran? Murid-murid tahun 5
Apakah ciri-ciri mereka?
Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Akhirnya semua murid dapat
jahit jahitan asas
Berapa lama tempoh pelaksanaan? Mengikut tahap kebolehan kefahaman murid
Dengan menggunakan semua jawapan bagi soalan-soalan mudah ini saya dapat
ukur dan terperincikan bahan pengajaran yang saya bina iaitu daripada skop yang besar
iaitu jahitan ke skop yang lebih tertumpu jahitan asas. Dengan itu beban saya untuk mencari
bahan bagi bahan pengajaran saya lebih senang dan mudah. Saya tidak membazirkan
masa saya dalam mencari bahan-bahan pengajaran yang tidak penting bagi bahan
pengajaran saya. Ciri-ciri murid tidak dapat digariskan dalam membina bahan pengajaran
pautan web kerana kita tidak berinteraksi antara murid bersemuka. Ianya lebih cabar kerana
kita perlu membuat bahan pengajaran kepada semua jenis murid.
Setiap pengajaran yang diajar oleh guru perlu mempunyai hasil pembelajaran untuk
menyenangkan mereka mengukur tahap pengajaran mereka. Dengan adanya model Assure
guru tidak boleh ketinggalan dalam menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Ianya
menyenangkan guru untuk membuat penilaian bagi bahan pengajaran yang telah dibina.
Begitu juga dengan bahan pengajaran yang saya bina. Sebelum membuat bahan
pengajaran saya menghasilkan satu hasil pembelajaran supaya ianya jadi garis panduan
kepada saya. Salah satu hasil pembelajaran yang saya buat adalah murid mengenal jahitanjahitan asas. Apabila saya menghasilkan bahan pengajaran saya pastikan nama jahitan
asas berulang supaya murid dapat Nampak berkali-kali dan ingatkannya.
Bagi tempoh pelaksanaan ianya tidak dapat diukur apabila membina bahan
berdasarkan pautan web.
FASA KEDUA : NYATAKAN OBJEKTIF
Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif
mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum
pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan
sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat.
Dalam bahan pengajaran yang saya buat saya memilih beberapa objektif yang
berkaitan dengan topic yang saya pilih. Objektif saya adalah setiap murid tahun 5 yang
merujuk pautan web saya dapat faham kandungan saya. Untuk memulakan sebuah
pengajaran murid perlu faham dulu apa yang guru hendak sampaikan. Begitulah objektif
saya, iaitu murid perlu faham dulu apa yang saya ingin sampaikan barulah mereka akan
dapat mengikuti pengajaran saya walaupun ianya bukan bersemuka.
Secara langsung, objektif pengajaran amat penting untuk dicapai kerana ia memberi
panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Begitu juga pemilihan bahan bantu mengajar dalam aktiviti murid turut dapat membantu
mencapai objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilhan bahan, penetapan objektif dan
pelaksanaan pengajaran yang berkesan mampu mencapai objektif pengajaran sesuatu
tajuk.
FASA 3: MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN
Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu cirri model ASSURE. Guru
perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai
dalam menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan.
Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang
sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.
Dalam membina bahan pengajaran menggunakan pautan web ini objektif saya
adalah murid dapat faham kandungan saya. Oleh itu, saya mula untuk menyeneraikan
bahan-bahan yang boleh memberi murid sesuatu maklumat dengan mudah. Murid biasa
tidak suka pengajaran yang secara teorikal, oleh itu saya memilih pelbagai media untuk
tidak membosankan murid seperti video, gambar dan link yang menarik. Apabila murid cuba
mencari nota tambahan mereka akan klik pada link yang telah ditera di web tersebut. Ini
merupakan sesuatu yang baru bagi murid-murid dan akan menyukainya.
FASA 4: GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan
keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet
dalam menyediakan bahan adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh
menggunakan internet semasa mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga
boleh diaplikasikan.
Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet, e-learning, online learning,
laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan. Namun begitu kawalan, ubah suai,
tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan agar sesuai dengan situasi semasa.
Semasa membuat rancangan pengajaran saya telah mengambil berat perkaraperkara yang telah dikatakan dalam fasa ini. Dalam fasa ini perkara yang ditekankan adalah
mencari sumber maklumat melalui internet. Dalam mencari bahan bagi topik ini
kebanyakkannya saya gunakan pautan internet kerana ianya berkesan dalam pengajaran.
Oleh kerana saya gunakan internet sebagai sumber utama murid-murid juga dedah kepada
penggunaan internet seperti mencari, menganalisis bahan dan sebagainya.
FASA 5: TINDAK BALAS MURID
Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan
projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan tingkah laku murid.
Sebagai contoh, dalam pautan web saya terdapat aktiviti seperti soalan, latih tubi
dan latihan. Semua aktiviti yang terdapat dalam web ini adalah berpusatkan murid untuk
membuatkan mereka berdikari. Dalam pautan web ini semuanya dipelajari oleh murid
dengan bantuan guru. Pautan web ini membuatkan murid belajar dengan sendiri dan guru
hanya membimbing. Soalan-soalan yang terdapat dalam pautan web ini boleh dijadikan
sebagai topik perbincangan. Terdapat juga latih tubi seperti mencuba jahit jahitan asas. Guru
perlu memastikan bahan dan media yang dipilih berasaskan model ASSURE perlu dapat
merangsang tingkah laku dan minda murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
FASA 6: MENILAI DAN MENYEMAK SEMULA BAHAN
Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah
selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau
kekuatan bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid mengikut aras kebolehan.
Proses menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas
menghasilkan bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media
tersebut benar-benar sesuai dengan murid seterusnya menepati objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan,
secara formatif atau sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru
mampu melihat kekuatan dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu
menambah baik mana yang lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai juga
bahan media tersebut mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu, pemerhatian individu
perlu ditekankan agar tiada murid yang tertinggal dalam penyediaan atau pembinaan bahan
media.
Oleh itu guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media
pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang kelemahan
dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan objektif
pembelajaran. Memerhati murid mampu membiarkan murid pasif terus pasif. Murid pandai
pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang kepada murid lain. Oleh itu, guru perlu
memastikan kedua-dua pelajar ini dapat pengajaran yang ingin disampaikan. Ini dapat
dilakukan melalui mengaplikasikan Model Assure. Setiap guru perlu menguasai Model
Assure ini supaya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
MODEL REKA BENTUK
PENGAJARAN