1.
PENGENALAN
Rasuah adalah perbuatan atau tindakan yang menyalahi undang-undang apabila ia
dilakukan bertujuan untuk mendapatkan pertolongan dengan cara pemerasan dan faedahnya
adalah untuk diri sendiri. Rasuah merupakan penyalahgunaan kuasa dan jalan pintas seseorang
untuk mengecapi hidup mewah atau dengan erti kata yang lain ingin menjadi kaya dalam masa
yang singkat. Kebiasaannya, orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan
buruknya dan hanya memikirkan keuntungan untuk diri sendiri. Pengamal rasuah ini hanyalah
mementingkan nilai-nilai material dan menyisihkan terus tanggungjawabnya sebagai seorang
penjawat
awam
yang
berintegriti,
amanah
dengan
kuasa
yang
diberi
dan
tiada
pertanggunjawaban.
Malahan mereka kurang menghayati nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak
yang baik sehingga menyebabkan mereka bergelumang dalam jenayah rasuah. Tetapi, tidak
dinafikan juga kurangnya penyeliaan pegawai atasan yang mendorong mana-mana individu
berpotensi melakukan amalan tidak sihat ini dan mengambil kesempatan melakukan
penyelewengan, penyalhgunaan kuasa dan rasuah. Rasuah juga dikatakan berpunca daripada
pembanguna social ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan
memudahkan terjadinya rasuah. Jadi, perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana
kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya
kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada
sesuatu organisasi.
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin
tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar
terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek
ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan
berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin
menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi,
punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.
1.1
SEJARAH
Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatan memberi dan menerima
suapan,adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah bukanlah
satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara
boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah
peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu
jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat. Membanteras gejala
rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang
dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar Islam dan negara.
Perbuatan rasuah sejak permulaan sejarah lagi sudah berlaku. Rasuah datang dalam
pelbagai kaedah. Ada melalui acara permainan golf, janji pakej umrah malah tidak keterlaluan
rasuah menggunakan wanita cantik untuk memperoleh sesuatu perkara yang dihajatinya, selain
menggunakan wang dan menaja percutian mewah seseorang. Kebiasaannya, orang yang
dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan
berhubung dengan apa yang diinginkan itu. Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan
manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai
wujud. Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah
yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak
catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu contohnya
mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah.
Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai
kesan yang negatif kepada sesebuah negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah,
Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera
dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan
pemerintahan negara tersebut.
Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka
lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari
sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang
bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan orangorang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana pentadbiran British ketika itu telah
menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun 1871 di mana perbuatan menerima hadiah
yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan
undang-undang iaitu dalam kanun kesiksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus menular
dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.
1.2
AMALAN RASUAH
Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalam
usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Malaysia terpaksa bersemuka dengan satu
penyakit sosial yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, iaitu
amalan rasuah. Kita singkap laporan rasuah oleh Transparency International 2010 yang
melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah.
Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Amalan rasuah
melibatkan wang ringgit, harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran
dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. Amalan rasuah yang
sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia
ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti,
pihak kerajaan terutamanya masyarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk
menangani gejala ini.
Perbuatan rasuah mempunyai kesan yang sangat buruk dan besar terhadap keluarga,
masyarakat, masyarakat dan juga negara. Sejarah telah mengajar kita bahawa gara-gara
perbuatan rasuah, sebuah empayar boleh runtuh dalam sekelip mata. Bukan itu sahaja, gara-gara
Kesan amalan rasuah terhadap ekonomi ialah rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila
kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif.
Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar
akaun", belanja perundingan dengan pejabat yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan
konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi
berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih
tinggi lagi kosnya kerana pejabat korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan
hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran
seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada
persaingan,
lantas
melahirkan
industri
yang
tidak
berdaya
maju.
Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projekprojek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi
peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek
tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya),
walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.
Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi
pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang
dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan bajet kerajaan.
Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika
berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang
menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam
negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di
Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan
(daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam
pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang
bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts
memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "pelarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara
berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara
tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan
pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan
kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta
kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan
perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan
"masa-masa sukar"
Kesan kepada demokrasi ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan
perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam
pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan merosakkan akaun libiliti
dan kecekapan, juga rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undangundang dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan
sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana tidak tepat prosedur,
kemerosotan sumber daya usaha, dan pejabat diiktiraf oleh jabatan bukan kerana prestasi.
Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang
ada.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan
awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan
menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka.
Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah
tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret
mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah
pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang
terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima
hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan
untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan
yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik
iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat
menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah
berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka
menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang
baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Selain itu, siasatan dan penguatkuasaan
undang-undang perlu dipergiat lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah
rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal
rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang
bakal diterima.