GARISAN
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu
dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan
keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan
objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala,
penapis dan sebagainya.
garisan pada anyaman tikar
garisan pada bangunan
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di
lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan hujan
UNSURUNSURSENIRUPA
Membahas dan mengapresiasi sebuah karya seni atau seni rupa tak lepas dari dua hal penting,
yaitu unsur seni rupa dan prinsip dasar seni rupa. Dalam uraian berikut akan disajikan secara
singkat apa itu unsur-unsur seni rupa dan prinsip dasar seni rupa.
Unsur-unsur Seni Rupa
Seni rupa dibangun oleh sejumlah unsure yang membentuk kesatuan yang padu sehingga
karyanya dapat dinikmati secara utuh.
Unsur-unsur dasar karya seni rupa adalah unsur-unsur yang digunakan untuk mewujudkan
sebuah karya seni rupa. Unsur-unsur ini diantaranya antara lain adalah titik, garis, bidang,
bentuk, ruang, warna, tekstur, dan gelap terang.
1). Titik
Titik adalah unsur seni rupa yang paling dasar. Titik dapat melahirkan suatu wujud dari ide-ide
atau gagasan yang kemudian akan melahirkan garis, bentuk, atau bidang. Teknik lukisan yang
menggunakan kombinasi berbagai variasi ukuran dan warna titik dikenal dengan sebutan
Pointilisme.
2). Garis
Menurut jenisnya, garis dapat dibedakan menjadi garis lurus, lengkung, panjang, pendek,
horizontal, vertikal, diagonal, berombak, putus-putus, patah-patah, spiral dan Iain-Iain. Kesan
yang ditimbulkan dari macam-macam garis dapat berbeda-beda, misalnya garis lurus berkesan
tegak dan keras, garis lengkung berkesan lembut dan lentur, garis patah-patah berkesan kaku,
dan garis spiral berkesan lentur.
Garis dapat juga memberikan kesan watak tertentu sehingga dapat digunakan sebagai
perlambangan, seperti:
- Garis tegak melambangkan keagungan, kestabilan;
- Garis miring mengingatkan pada kegoncangan, tidak stabil, gerak;
- Garis tegas, kuat, terpatah-patah mengesankan kekuatan;
- Garis halus, melengkung-lengkung berirama mengesankan kelembutan, kewanitaan.
Sedangkan menurut wujudnya garis dapat dibedakan menjadi:
- Garis nyata, merupakan garis yang dihasilkan dari coretan atau goresan lengkung.
- Garis semu, merupakan garis yang muncul karena adanya kesan balans pada bidang, warna
atau ruang
3). Bidang
Bidang merupakan pengembangan garis yang membatasi suatu bentuk sehingga membentuk
bidang yang melingkupi dari beberapa sisi. Bidang mempunyai sisi panjang dan lebar, serta
memiliki ukuran.
4). Bentuk
Bentuk juga dapat dikelompokkan menjadi dua macam, yaitu:
a. Bentuk geometris
Bentuk geometris merupakan bentuk yang terdapat pada ilmu ukur meliputi:
- Bentuk kubistis, contohnya kubus dan balok.
- Bentuk silindris, contohnya tabung, kerucut, dan bola.
b. Bentuk nongeometris
Bentuk nongeometris berupa bentuk yang meniru bentuk alam, misalnya manusia,
tumbuhan,
dan hewan.
5). Ruang
Ruang dapat digolongkan menjadi dua, yaitu: Ruang dalam bentuk nyata, misalnya ruangan
pada kamar, ruangan pada patung. Ruang dalam bentuk khayalan (ilusi), misalnya ruangan
yang terkesan dari sebuah lukisan.
6). Warna
Kesan yang timbul oleh pantulan cahaya pada mata disebut warna. Warna dapat
dikelompokkan menjadi tiga, yaitu:
Warna pokok atau primer, yaitu warna yang tidak berasal dari warna apapun, meliputi warna
merah, kuning, dan biru.
Warna sekunder merupakan campuran dari warna primer.
Contoh:
merah + kuning : jingga
biru + kuning : hijau
merah + biru
: ungu
Warna tertier merupakan hasil campuran antara warna primer dan warna sekunder.
Contoh:
kuning + hijau : kuning kehijau-hijauan
biru + ungu
: ungu kebiruan
jingga + merah : jingga kemerahan
Selain jenis-jenis warna di atas terdapat pula warna netral, yaitu warna putih dan hitam.
7). Tekstur
Tekstur adalah sifat dan keadaan suatu permukaan bidang atau permukaan benda pada
sebuah karya seni rupa. Setiap benda mempunyai sifat permukaan yang berbeda. Tekstur
dibedakan menjadi tekstur nyata dan tekstur semu. Tekstur nyata adalah nilai raba yang sama
antara penglihatan dan rabaan. Sedangkan tekstur semu adalah kesan yang berbeda antara
penglihatan dan perabaan.
8). Gelap Terang
Suatu objek bisa memiliki intensitas cahaya yang berbeda pada setiap bagiannya. Demikian
pula pada karya seni rupa. Seperti lukisan pemandangan alam. Adanya perbedaan intensitas
cahaya akan menimbulkan kesan mendalam.
BENTUK
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan,
jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit - meja
bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik
bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu,
kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
Jalinan
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan
lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok
jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu,
kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang
Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit tembikai
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
jalinan pada kuda belang
jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut
bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan
sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup
ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh
Ruang
Pengenalan Ruang
Pelbagai ruang pada alam sekeliling
1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam
sesuatu objek.
kawasan kosong di sekeliling objek
jarak antara dua objek
kawasan di dalam sesuatu objek
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin
kecil apabila berada di belakang/jauh.
mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang
bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih
jauh
pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal pokok
4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula akan
kelihatan semakin kabur.
warna objek juga menjadi semakin kabur jika semakin jauh ke belakang
5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam
mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.
jalinan pada sesuatu objek juga semakin mengecil dan pudar apabila jarak semakin ke belakang
Jenis-jenis ruang
1. Ruang terbahagi kepada dua jenis
ruang fizikal
ruang ilusi
a. Ruang fizikal atau ruang nyata
i. Ruang terbuka ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.
taman bunga
tepi pantai
ii. Ruang tertutup ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah
bangunan.
di dalam sebuah bangunan
di dalam bilik
b. Ruang ilusi atau maya wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi dan
sebagainya
i. Ruang dalam ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen
asas seni reka seperti dalam catan landskap.
ii. Ruang cetek ruang dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.
iii. Ruang rata karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang
sama
Warna - Unsur-unsur Seni Reka
Pengenalan Warna
1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi
tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama
lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain,
kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna
roda warna
Jenis-Jenis Warna
Warna Asas
warna asas - merah, biru dan kuning
1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna
kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
Warna Sekunder
warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru
Warna tertier
warna-warna tertier
1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual.
1. Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
harmoni dari segi garisan
harmoni dari segi bentuk
harmoni dari segi rupa
2. Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
kontra dari segi bentuk
kontra dari segi warna
kontra dari segi warna
3. Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek
yang hendak ditegaskan
penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan
penegasan pada objek yang berbeza warna
objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan
4. Imbangan
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis
dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
imbangan simetri
b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri
yang menimbulkan kesan keseimbangan
imbangan tidak simetri
5. Irama dan Pergerakan
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap
sesuatu gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan
arca pergerakan/irama
6. Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna
yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
kepelbagaian warna
kepelbagaian bentuk dan jenis objek
7. Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
kesatuan tema