0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
252 tayangan25 halaman

Karangan Rangsangan untuk SPM

Dokumen tersebut membahas tentang berbagai topik seperti cara memperoleh informasi pekerjaan, aktivitas kerjasama dalam acara rumah terbuka, sumber stres pada siswa, manfaat membeli barang buatan dalam negeri, dan cara menangani masalah vandalisme. Beberapa poin penting yang disebutkan adalah pentingnya kerjasama masyarakat dalam memerangi kejahatan, perlunya pendidikan untuk mengurangi stres, serta manfaat ekonomi d

Diunggah oleh

Callie Jia Li
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
252 tayangan25 halaman

Karangan Rangsangan untuk SPM

Dokumen tersebut membahas tentang berbagai topik seperti cara memperoleh informasi pekerjaan, aktivitas kerjasama dalam acara rumah terbuka, sumber stres pada siswa, manfaat membeli barang buatan dalam negeri, dan cara menangani masalah vandalisme. Beberapa poin penting yang disebutkan adalah pentingnya kerjasama masyarakat dalam memerangi kejahatan, perlunya pendidikan untuk mengurangi stres, serta manfaat ekonomi d

Diunggah oleh

Callie Jia Li
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

SPM Karangan Rangsangan

1. Cara-cara memperoleh maklumat pekerjaan


Maklumat Pekerjaan
Pendahuluan
Usaha tangga kejayaan dan kita perlu berusaha.
- rajin untuk mendapatkan pekerjaan
- cara memperoleh maklumat bergantung kepada atas kratif diri sendiri
Idea-idea Utama
Maklumat pekerjan banyak disebarkan melalui media massa.
- contohnya televisyen dan radio
- orang ramai dapat mengikutinya sepanjang masa
Menerusi laman internet yang diwujudkan untuk pencari kerja.
- pelbagai jenis pekerjaan dipaparkan
- memberi pelung kepada pencari pekerjaan
Temuduga terbuka dianjurkan oleh syarikat tertentu.
- dalam usaha mendapatkan pekerja yang berkelayakan
- cara ini lebih mudah dan pantas
Penutup
Negara kita menawarkan pelbagai bidang pekerjan.
- lubuk rezeki kepada golongan yang rajin berusaha.
- tiada ruang pekerjaan di negara kita adalah tidak munasabah
2 . Ak t i v i t i k e r j a s a m a s e m a s a p e n g a n j u r a n r u m a h t e r b u k a
Pendahuluan
Penganjuran rumah terbuka telah menjadi tradisi di negara kita.
- diadakan sempena sambutan sesuatu perayaan
- melibatkan kerjasama semua kaum
Idea-idea Utama
Menyediakan juadah yang mana kaum lelaki menyediakan bahan mentah.
- kaum wanita memasak lauk-pauk
- kaum lelaki melakukan pekerjaan yang agak berat
Mengawal keadaan lalu lintas untuk mengelakkan kesesakkan.
- memastikan orang ramai tidak meletakkan kenderaan di merata-rata tempat
- mengikut arahan petugas dan memberikan kerjasama
Mengadakan persembahan kebudayaan.
- bekerjasama membuat perancangan dan menjalani latihan
- berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik
Penutup
Aktiviti yang dijalankan mampu mengeratkan hubungan masyarakat.
- berat sama dipikul ringan sama dijinjing
- mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan
3. Punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi stres
Pendahuluan
Stres atau tekanan bermaksud keadaan cemas, resah, marah, bimbang dan pelbagai lagi.

- ramai pelajar telah mengalami masalah ini.


- ada yang terjebak dalam gejala sosial akibat tidak dapat mengawal stres
Idea-idea Utama
Keluarga kurang prihatin dalam menangani masalah anak-anak.
- emosi anak-anak akan bercelaru jika mendengar pertengkaran ibu bapa pada setiap hari
- menyebabkan mereka berasa marah atau resah
- memendam perasaan dan menyebabkan jiwa mereka tertekan
Anak-anak menjadi mangsa gejala buli di sekolah.
- perlu menyediakan sejumlah wang kepada ketua geng buli setiap hari
- berasa gelisah atau bimbang jika tidak dapat menunaikan arahan tersebut
- berasa bimbang akan dicederakan oleh mereka
Tiada masa rehat kerana jadual persekolahan yang sangat padat.
- dibebani pula dengan kerja rumah, kelas tambahan dan aktiviti lain
- sentiasa berasa kecewa atau susah hati
- tidak bermaya dan kurang bersemangat akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi
Penutup
Stres perlu ditangani dengan segera dan secara bijaksana.
- belajar untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan stres
- belajar untuk menyelesaikan tekanan yang dihadapi
- mengelakkan kesan buruk yang berpunca daripada stres terhadap mental dan fizikal
4. Faedah-faedah membeli barangan buatan Malaysia
Pendahuluan
Kerajaan Malaysia mengalakkan rakyatnya membeli barangan buatan Malaysia.
- mengadakan kempen tentang hal ini dan pernah dibuat pada tahun 1998 dan 2009
- berterusan hingga hari ini melalui pelbagai media massa
Isi-isi Penting
Amalan ini mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara.
- memberikan keuntungan besar kepada peniaga tempatan
- meningkatkan perolehan hasil cukai perniagaan oleh pihak kerajaan
Pendapatan usahawan tempatan meningkat.
- strategi dapat disusun, perniagaan dapat dipelbagaikan dan diperbesar
- peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita
Penggunaan bahan mentah negara meningkat.
- memajukan industri negara yang semakin berkembang pesat
- memberikan faedah kepada pembekal dan pengilang
Penutup
Rakyat perlu mengutamakan barangan Malaysia.
- berkualiti dan murah harganya berbanding barangan yang diimport
- wang negara dapat dijimatkan, jumlah usahawan tempatan bertambah
- ekonomi negara meningkat
5. Ciri-ciri pengguna yang bijaksana
Pendahuluan
- para pengguna ialah entiti ekonomi terbesar dan paling berpengaruh
- para pengguna harus tahu tentang tanggungjawab mereka

- tidak teraniaya apabila berurusan dengan peniaga


Isi-isi Penting
- meningkatkan pengetahuan kepenggunaan
- dapat mengetahui tanggungjawab dan hak pengguna
- merancang perbelanjaan
- menyenaraikan barangan yang perlu dibeli
- mematuhi senarai itu
- berbelanja mengikut keperluan
- tidak mengikut perasaan dan nafsu
- supaya tidak rugi
- melihat iklan dan promosi
- mendalami iklan dan promosi dengan sewajarnya
- bandingkan / semak harganya dahulu
- walaupun murah , jika barangan itu sudah dimiliki / masih baik jangan beli
Penutup
- pengguna yang bijak ialah pengguna yang teliti dan rasional
- pengguna harus memiliki kesedaran tentang hak masing-masing
6. Ciri-ciri bandar selamat yang menjadi impian masyarakat
Pendahuluan
- kebanyakan orang berkeinginan untuk tinggal di kawasan yang aman dan damai
- berasa selesa dan selamat
- terdapat beberapa ciri kawasan tempat tinggal yang selamat yang menjadi impian setiap orang
- bebas daripada jenayah
- tidak bimbang untuk ke mana-mana
- bebas bergerak dan melakukan pelbagai kegiatan
- bebas daripada bencana alam
- banjir , tanah , runtuh dan lain-lain
- bebas daripada suasana permusuhan
- mementingkan konsep kejiranan dan perpaduan
- tidak bertingkah lalu dapat hidup aman damai
- bebas daripada pencemaran alam
- asap kilang, kenderaan, dan lain-lain mengancam kesihatan
Penutup
- anggota masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara kawasan tempat tinggal agar selamat dan selesa
- semua pihak haruslah berkerjasama untuk mewujudkan tempat tinggal yang selesa
7. Faedah-faedah menabung
Pengenalan
Menabung merupakan amalan mulia dan perlu diamalkan sejak kecil.
- pelbagai faedah dapat dinikmati oleh golongan yang suka menabung
- masa depan terjamin dan tidak menghadapi kesusahan pada waktu-waktu kecemasan
- perlu disahut oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita
Isi-isi Utama
Amalan menabung mengurangkan sikap boros kepada pelajar.
- berbelanja dengan berhemah kerana lebihan wang yang ada akan ditabung
- membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazirkan wang
- bijak berbelanja dan kadar inflasi negara dapat dikurangkan

Wang yang ditabung akan dapat mengurangkan beban ibu bapa.


- membantu mereka untuk membayar yuran dan pelbagai lagi keperluan sekolah
- membeli barangan atau buku yang dikehendaki oleg guru dengan segera
- berasa bangga dan bersyukur mempunyai anak yang sebijak ini
Amalan menabung juga sebagai persediaan untuk pelajar melanjutkan pelajaran.
- mampu untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS
- mampu membayar segala yuran pengajian sepanjang tempoh tersebut
- tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa
Tabungan yang ada boleh dijadikan sumber untuk menambahkan wang yang ada.
- memasukkan wang tersebut ke dalam saham-saham amanah yang disediakan
- mendapat pulangan yang lumayan pada setiap tahun
- wang tabungan kita akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun
Pelajar dapat menggunakan wang tabungan tersebut pada waktu-waktu kecemasan.
- peristiwa yang tidak diduga seperti kemalangan atau penyakit yang berbahaya
- mendapatkan rawatan yang sempurna di hospital kerajaan atau swasta
- kehidupan para pelajar juga tidak akan terjejas
Penutup
Amalan menabung merupakan amalan yang mulia.
- perlu disemai dalam kalangan pelajar sejak kecil
- melalui kempen-kempen dalam media massa atau cetak
- sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
8. Keburukan makanan ringan
Pengenalan
Makanan ringan mudah diperoleh di negara kita.
- di pusat-pusat beli- belah, kedai-kedai runcit dan warung-warung di tepi jalan
- menjadi kegemaran utama golongan kanak-kanak
- harganya murah dan tidak membebankan pembeli
Isi-isi Penting
Makanan ringan sebenarnya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kita.
- mempunyai bahan perasa yang tinggi
- mudah terdedah kepada pelbagai penyakit
- menjadikan kita lesu dan tidak bermaya
Ketagihan makanan ringan ini juga mendorong meningkatkan berat badan.
- badan bertambah gemuk dari sehari ke sehari
- mengundang penyakit lemah jantung tanpa disedari
- menyusahkan diri sendiri serta ahli keluarga yang lain
Makanan ringan yang dijual langsung tidak berkhasiat.
- tidak mempunya zat-zat galian mahupun protein
- tidak memberikan faedah kepada pemakannnya
- membazirkan wang dan masa sahaja kepada kita
Kandungan kolestrol juga amat tinggi di dalam makanan ringan.
- mudah mendapat penyakit paru-paru, jantung dan masalah pernafasan
- saluran pernafan di dalam badan kita akan tersumbat
- kesihatan akan terjejas dan terpaksa mendapat rawatan daripada doktor
Makanan ringan turut mendatangkan ketagihan kepada kita.

- menambahkan berat badan seperti kegemukan.


- mudah dihinggapi pelbagai jenis penyakit
- tidak aktif dan lemah dalam aktiviti seharian
Penutup
Amalan suka akan makanan ringan perlu dielakkan.
- membazirkan wang ringgit semata-mata
- walaupun dianggap begitu lazat namun tetap mengundang padah
- utamakanlah kesihatan kerana jauh lebih berharga daripada segala-galanya
9. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani vandalisme
Pendahuluan
Gejala vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam yang sering dilakukan oleh remaja
kini
- untuk menunjukkan kekuatan diri atau sebagai saluran untuk melepaskan tekanan.
Isi-isi Penting
- Gejala vandalisme boleh diatasi dengan kerjasama erat anggota masyarakat yang menjadi mata dan telinga
pihak berkuasa bagi mengawasi kejadian vandalisme yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka.
- Rondaan dan pemantauan yang lebih kerap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis perlu
dijalankan, terutamanya pada waktu malam di kawasan yang sering berlaku kejadian vandalisme.
- Penguatkuasaan undang-undang berkaitan kes yandalisme oleh pihak kerajaan perlu diperketat dengan
mengenakan hukuman penjara mahupun denda yang lebih berat terhadap pesalah, jika perlu denda dikenakan
terhadap ibu bapa bagi pesalah di bawah umur.
Penutup
- Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha menangani gejala vandalisme yang jelas merugikan
masyarakat dan negara.
10. Keharmonian Masyarakat Di Malaysia
Pendahuluan
- Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan makmur
- masyarakat pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
- terkenal dengan semangat perpaduan kaum yang tinggi
Isi-isi Penting
- amalan kunjung-mengunjungi telah lama diamalkan
- contohnya semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri,Tahun Baru Cina, Deepavali dan pebagai lagi
- menziarahi sanak saudara dan sahabat handai
- menghormati adat dan kepercayaan kaum lain
- tidak menghina atau memperlekehkan kebudayaan sesuatu kaum
- contohnya sambutan Maulidul Rasul,Thaipusam, Hari Gawai dan pelbagai lagi
- mengamalkan semangat kejiranan di sesebuah taman perumahan
- mengunjungi jiran tetangga yang sakit
- menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
- menghormati golongan yang lebih tua
- membantu mereka yang kurang berkeupayaan
- menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
Penutup
- keharmonian hidup masyarakat mestilah dipelihara
- tidak berlaku salah faham dan persengketaan
- negara akan aman dan sentosa sampai bila-bila

Kategori Diri / Individu / Remaja


1. Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar
Pengenalan
Pelajar merupakan khazanah yang amat berharga kepada Negara.
- kesinambungan untuk memimpin negara pada masa hadapan
- memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tertentu
- berpengetahuan tinggi di samping perilaku yang mulia
Idea-idea Utama
Para pelajar mestilah melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi
- sekurang-kurangnya memilik ijazah, ijazah sarjana dan yang terbaik hingga peringkat PhD.
- belajar dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya
- menyumbangkan kekaran mereka kepada negara
- tidak bergantung kepada pekerja dari luar
Para pelajar memiliki budi pekerti dan tingkah laku yang baik.
- mengamalkan budaya timur yang penuh dengan kesopanan
- menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
- mempamerkan ketinggian perilaku walau di mana mereka berada
- menjadi contoh dan teladan kepada orang lain
Golongan pelajar juga tidak terlibat dalam gejala sosial.
- tidak terlibat dalam kegiatan dadah, jenayah dan pelbagai lagi
- sentiasa berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang membawa kemusnahan
- tidak terpengaruh dengan budaya kuning seperti gejala punk dan black metal
- sentiasa berfikir sebelum bertindak dalam sesuatu perkara
Para pelajar sentiasa menyumbangkan tenaga dan idea mereka di sekolah umpamanya.
- melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah
- menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar
- tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah
- memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan
Golongan pelajar juga mestilah taat akan perintah Tuhan.
- memiliki pegangan agama yang kukuh
- melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti
- sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu
- mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif
Penutup
Jati diri dalam kalangan pelajar amat penting.
- mampu menjana ke arah pembangunan yang berterusan
- merealisasikan kejayaan negara yang berterusan
- membentuk negara mengikut acuan yang positif
- melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan
2. Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup
Pengenalan
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di
negara kita pada hari ini.
- perlu dikekalkan kerana menjamin keharmonian hidup
- apatah lagi negara kita didiami oleh pelbagai bangsa
- semakin hari semakin dipertingkat demi kebaikan bersama
Idea-idea Utama
Dalam membicarakan tajuk di atas, antara langkah yang perlu dilakukan dengan meningkatkan amalan

bekerjasama dalam kalangan masyarakat.


- pelbagai aktiviti masyarakat seperti gotong -royong jangan dipandang remeh
- landasan yang paling tepat yang mana masyarakat dapat berkenal-kenalan
- dapat bertukar-tukar pandangan dalam menjamin kesejahteraan hidup
- keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila
Masyarakat di negara kita mestilah menghormati budaya, agama dan cara hidup kaum yang lain.
- sentiasa sensitif dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka berdasarkan tiga elemen tadi
- sewajarnya mempelajari budaya mereka agar kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam
- dapat mengelakkan daripada melukai perasaan mereka tanpa disedari
- kaum yang lain juga akan berasa hormat terhadap kita dan impaknya kita akan hidup dengan aman dan damai
Pelbagai kaum juga disarankan menyertai pasukan Rukun Tetangga.
- manfaatnya amat besar yang mana keselamatan tempat tinggal kita akan terjamin
- rondaan yang dilakukan pada waktu malam pasti akan menyukarkan kecurian
- pada masa yang sama perpaduan antara kaum akan bertambah kukuh
- pembangunan yang dirancang turut berjalan dengan berkesan
Kehidupan akan harmoni jika masyarakatnya mengamalkan nilai-nilai murni.
- saling menghormati, bertolak ansur dan pelbagai lagi membentuk acuan kehidupan yang amat indah
- antara jiran terikat erat semangat kejiranan yang tinggi
- bermuafakat dijadikan amalan kehidupan dalam membuat keputusan
- ketenteraman wujud dan aktiviti harian berjalan dengan lancar
Semangat patriotisme perlu menebal dalam jiwa masyarakat.
- sanggup bergadai nyawa demi negara yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakatnya
- tidak memburuk-burukkan negara di mata orang luar
- sentiasa menjulang martabat negara Malaysia
- melestarikan perpaduan dan membuahkan keharmoniah hidup masayarakatnya
Penutup
Sebatang lidi mudah dipatah manakala sebatang penyapu sebaliknya.
- dijadikan pegangan dalam hidup bermasyarakat
- jangan menjadi enau yang hanya melepaskan pucuk masing-masing
- hidup bersatu padu dalam apa-apa jua perkara
- kesejahteraan hidup diperoleh dan terus dihayati di negara kita
3. Peranan Pelajar Dalam Masyarakat
Pengenalan
Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita.
- turut berperanan besar dalam masyarakat
- menjadi idola kepada adik-adik mereka di sekolah rendah
- sentuhan mereka kepada masyarakat turut ditagih
- menjadi pemimpin pada suatu hari nanti
Idea-idea Utama
Pelajar memaparkan akhlak yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi
- menjadi teladan kepada adik-adik mereka
- mendidik mereka mengamalkan nilai-nilai yang murni
- dapat diamalkan dan diteruskan hingga mereka dewasa
- bersikap jujur, hormat-menghormati dan pelbagai lagi
Pelajar memberikan sumbangan tenaga kepada masyarakat.
- bekerjasama sewaktu diadakan aktiviti kemasyarakatan
- contohnya hari terbuka, majlis perkahwinan dan pelbagai lagi
- dapat menimba pengalaman apabila mereka bergaul dengan orang yang lebih tua

- menjadi kebanggaan mereka atas keprihatinan dan kerajinan yang ditunjukkan


Golongan pelajar memberikan bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah.
- sama-sama membantu masyarakat mencari dana
- membersihkan rumah penduduk seperti banjir besar yang berlaku di Kelantan
- tenaga gagah mereka akan mengurangkan beban masyarakat
- menjadi kebanggaan di tempat tinggal mereka
Para pelajar turut berperanan besar dalam melaksanakan ajaran agama.
- rajin bersembahyang di surau ataupun di masjid
- membersihkan tempat beribadat pada masa lapang
- bersama-sama masyarakat ketika menyambut aktiviti keagamaan
- contohnya bagi penganut agama Islam seperti Majlis Maulidul Rasul dan Sambutan Awal Muharam
Para pelajar sentiasa menjaga nama baik masyarakt itu sendiri.
- tidak menyapu arang di muka mereka
- bak kata pepatah Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga
- haruslah menjauhkan diri daripada pelbagai gejala sosial
- antaranya menjadi Mat Rempit, bohsia dan pelbagai lagi
Penutup
Tuntasnya, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam masyarakat memang berat.
- hebat atau mundurnya masyarakat itu juga bergantung kepada mereka
- masyarakat yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, pasti dikenali di negara kita
- didiklah generasi muda ini ke arah kebaikan
- impaknya pasti hebat kerana mampu menjulang imej masyarakt di sesebuah tempat
4 . P e r a n a n P e l a j a r Ter h a d a p K e l u a r g a
Pengenalan
Keluarga amat penting kepada seseorang pelajar.
- ayah dan ibu merupakan tulang belakang terhadap kejayaan mereka
- adik-beradik pula antara penyokong dan pemberi motivasi
- peranan pelajar terhadap mereka juga besar
- gabungan ini perlu mantap dalam melahirkan keluarga yang bahagia
Idea-idea utama
Para pelajar perlu tahu akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
- berjaya dalam pelajaran antara yang utama
- perlu belajar dengan bersungguh-sungguh
- memastikan kejayaan cemerlang buat mereka
- sebagai hadiah kepada keluarga
Para pelajar mestilah menjaga nama baik keluarga.
- tidak menconteng arang ke muka ayah dan ibu
- mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam gejala sosial
- memberi kehancuran kepada keluarga
- memusnahkan masa hadapan mereka.
Para pelajar bersikap ringan tulang terhadap keluarga.
- rajin membantu ayah dan ibu di rumah
- dapat mengurangkan beban dan tekanan mereka
- mengemaskan rumah, mencuci pakaian, menyiram pokok bunga dan pelbagai lagi
- ayah dan ibu pasti akan berasa bangga terhadap mereka
Para pelajar memaparkan tingkah laku yang mulia bersama keluarga.
- tidak bercakaran sesama adik-beradik di rumah

- mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati


- dapat membina keluarga yang bahagia
- ikatan kekeluargaan turut bertambah kukuh
Para pelajar juga mestilah taat akan perintah kedua-dua ibu bapa mereka.
- tidak membantah arahan dan sentiasa mendengar pesanan mereka
- menjadikan ibu dan ayah sebagai tempat mencurahkan segala masalah
- akan membantu mereka pada bila-bila masa
- kehidupan mereka pasti dirahmati oleh Tuhan
Penutup
Pelajar dan keluarga tidak boleh dipisahkan.
- gabungan penting dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang
- keluarga sentiasa di belakang mereka
- mendoakan kejayaan dan pemberi inspirasi
- tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan seikhlasnya
5. Peranan Remaja Dalam Memupuk Perpaduan Kaum
Pengenalan
Remaja merupakan aset negara yang amat penting.
- kesinambungan kepada wawasan dan kecemerlangan negara
- menjadi pemacu supaya negara mampu bersaing dengan negara-negara lain
- menjadi role model kepada adik-adik mereka
- penyumbang kepada perpaduan kaum di negara kita
Idea-idea utama
Para remaja di Malaysia mestilah bersikap perkauman.
- mampu bercampur gaul dengan pelbagai bangsa
- boleh belajar bersama-sama, melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dan pelbagai lagi
- tidak hanya tertumpu kepada bangsa mereka sahaja
- situasi ini pasti akan mengukuhkan perpaduan antara kaum
Remaja di negara kita juga mestilah menghormati kaum yang lain
- menghormati agama, budaya dan cara hidup mereka
- tidak mempersendakan atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti mereka
- digalakkan untuk mempelajari budaya kaum di Malaysia
- tali persahabatan pasti bertambah erat dan perpaduan turut meningkat
Golongan remaja perlu aktif dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan.
- menyertai perkhemahan ataupun sebarang ekspedisi di sekolah
- antaranya perkhemahan pengakap, ekspedisi mendaki gunung dan pelbagai lagi
- sikap bekerjasama, permuafakatan dan nilai murni yang lain dapat diterapkan
- perpaduan yang diterapkan dalam diri mereka pasti dapat dikekalkan
Remaja juga wajar bercampur gaul dalam kalangan masyarakat.
- elakkan untuk berasa kekok walaupun berada dalam masyarakat yang pelbagai kaum
- ringankan tulang dalam aktiviti bergotong royong mahupun majlis-majlis tertentu
- masyarakat bertambah padu dan hidup dalam suasana yang harmoni
- pasti berterusan jika diamalkan sejak usia muda lagi
Para remaja tanpa mengira bangsa perlu peka akan kebajikan dalam masyarakat.
- menolong golongan tanpa mengira bangsa jika dilanda kesusahan
- bekerjasama dalam apa-apa jua perkara
- contohnya memnbantu masyarakat yang dilanda banjir besar baru-baru ini
- menghulurkan bantuan tanpa mengira wang ringgit mahupun tenaga

Penutup
Intihanya, jika sesuatu perkara dilakukan sejak usia muda pasti akan berkekalan.
- perpaduan yang stabil dan kukuh perlu dibentuk sejak tunas lagi
- bangsa yang kuat pasti menjadikan negara kita bertambah hebat
- peranan remaja ke arah ini tidak perlu dipertikaikan lagi
- apa yang pasti pelbagai kaum akan hidup dalam suasana yang bahagia buat selama-lamanya
6 . P e r a n a n D a n Tan g g u n g j a w a b S e o r a n g P e l a j a r
Pengenalan
Pelajar sekolah pada hari ini menggalas satu tanggungjawab yang amat berat.
- perlu dipikul tanpa perasaan yang berbelah bahagi
- bukan calang-calang beratnya malah memerlukan seribu pengorbanan
- jika tergelincir hasrat keluarga, masyarakat dan negara akan hancur
- berapa banyak yang telah terkandas dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar
Idea-idea Utama
Dalam menyentuh isu ini, tanggungjawab mereka yang utama adalah untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang.
- mestilah bersungguh-sungguh dalam pembelajaran di sekolah
- bekerja keras dalam menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di rumah
- memastikan kejayaan cemerlang milik mereka
- tidak lalai ataupun leka dengan perkara-perkara yang merugikan.
Mereka mestilah kuat dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ini.
- tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur yang negatif
- terlibat dalam penagihan dadah, jenayah dan pelbagai lagi mestilah dielakkan
- bijak dalam memilh yang mana baik dan yang mana buruk
- sentiasa berada dalam landasan kehidupan yang sebenar
Golongan pelajar mestilah aktif dalam aktiviti anjuran sekolah.
- sikap berat tulang wajar dijauhi seperti bersikap pasif
- bergiat cergas dalam bidang kokurikulum seperti kelab, persatuan, sukan dan permainan
- membentuk jati diri di peringkat sekolah lagi
- mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan
Para pelajar mestilah berusaha menjulang nama sekolah mereka.
- melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah
- menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar
- tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah
- memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan
Golongan pelajar juga mestilah hidup dalam landasan agama yang sebenar.
- memiliki pegangan agama yang kukuh sejak kecil lagi
- melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti
- sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu
- mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif
Penutup
Konklusinya, tanggungjawab seorang pelajar bukanlah kecil.
- wajar menjana ke arah pembangunan yang berterusan
- perlu merealisasikan kejayaan negara yang berterusan
- membentuk negara mengikut acuan yang positif
- melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan
K a t e g o r i M a s ya r a k a t / K e r a j a a n / N e g a r a
1. Langkah-langkah Kerajaan Menangani Masalah Pengangguran

Pengenalan
Kebelakangan ini masalah pengangguran telah meningkat di negara kita.
- diburukkan lagi dengan kedatangan pendatang asing
- merangkumi industri perkilangan dan pertanian
- langkah segera perlu diambil oleh kerajaan untuk menanganinya
- rakyat tidak terbeban dan hidup dalam kemiskinan
Idea-idea Utama
Industri perkilangan perlu dipelbagaikan.
- mendirikan kilang di kawasan luar bandar
- menawarkan banyak peluang pekerjaan
- tidak perlu berhijrah ke kota
- kos hidup dapat dikurangkan
Menarik lebih ramai pelabur dari luar datang ke negara kita.
- memberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan
- memudahkan mereka mendirikan kilang dan juga pertanian
- memerlukan banyak penggunaan sumber manusia
- masalah pengangguran dapat diatasi dengan segera
Kerajaan memberikan dana untuk meningkatkan pertanian negara.
- pelbagai jenis pertanian dapat dijalankan
- contohnya sayur-sayuran dan pelbagai lagi
- memerlukan banyak tenaga kerja
- membuka peluang pekerjaan yang tinggi
Kerajaan mengurangkan penggunaan banyak pekerja asing.
- mengehadkan penggunaan tenaga mereka
- majikan dikehendaki mengutamakan warga tempatan
- menyaman majikan jika menggunakan pekerja asing yang melebihi kuota
- warganegara kurang menganggur kerana peluang pekerjaan yang meluas
Pelbagai kemahiran diberikan kepada generasi muda.
- kepelbagaian kemahiran diserlahkan di IKBN, pusat kegiatan MARA dan pelbagai lagi
- memiliki kemahiran dan mudah untuk memperoleh pekerjaan
- mampu memperoleh pulangan yang tinggi
- kadar pengangguran dapat dikurangkan
Penutup
Intihanya, kebijaksanaan kerajaan mampu menangani masalah ini.
- bijak mengatur langkah yang strategik
- menggunakan aset yang ada di negara kita
- pengangguran mestilah ditangani
- menjamin keharmonian hidup rakyatnya
2. Usaha-usaha Kerajaan Menangani Masalah Banjir
Pengenalan
Fenomena banjir besar yang berlaku di negeri-negeri pantai timur tidak dijangka oleh kita semua.
- mengundang kerugian dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa.
- mencecah berbilion ringgit dan paling tragis dalam alaf ini
- membuka mata semua pihak dalam menanganinya pada masa akan datang
- kerajaan turut menggunakan pendekatan yang releven dalam mengatasinya
Idea-idea Utama

Pihak perhutanan perlu mengambil langkah yang lebih drastik.


- pembalakan haram hendaklah dihapuskan dengan serta merta.
- denda yang tinggi dikenakan dan tidak ada tolak ansur
- pembalakan haram punca utama banjir besar berlaku
- balak-balak yang hanyut telah meranapkan banyak rumah para penduduk
Jabatan saliran bertungkus-lumus memperdalam sungai-sungai yang cetek
- aliran air berjalan dengan lancar apabila sungai telah dalam dan lebar
- membawa bersama sampah-sarap ke dalam laut
- air hujan tidak lagi melimpah ke rumah para penduduk
- masalah banjir besar dapat ditangani
Pihak berwajib membuat tambatan di tebing-tebing sungai.
- turut meninggikan tebing sungai agar tidak mudah melimpah
- menggunakan simen agar tidak mudah runtuh dilanda arus deras
- mampu mengelakkan banjir kilat mahupun banjir besar
- dilaksanakan dengan seberapa segera
Kerajaan melakukan kempen sayangi sungai kita secara berterusan.
- melalui media massa seperti di radio mahupun di televisyen
- menyedarkan masyarakat betapa pentingnya sungai yang bersih
- sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi cetek
- punca banjir berlaku akibat sungai gagal menampung kuantiti air yang besar
Pihak perbandaran lebih peka dalam membuat longkang di kawasan yang sering digenangi air.
- pada masa yang sama memperdalam longkang yang sedia ada
- membuang sampahsarap yang tersekat dan menghalang aliran air
- punca utama banjir kilat yang melanda di bandar-bandar besar
- melakukan alternatif untuk mengelakkan penutup longkang dicuri
Penutup
Masalah banjir bukan masalah yang baharu.
- menjejaskan imej negara di mata luar
- menyebabkan aktiviti harian terjejas teruk
- perlu ditangani walaupun melibatkan kos yang tinggi
- cara untuk menarik para pelabur untuk melabur di negara kita
3. Usaha-usaha Kerajaan Menangani Masalah Jenayah
Pengenalan
Jenayah di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari.
- rompak, samun, pembunuhan dan pelbagai lagi sering menghiasi dada-dada akhbar.
- masyarakat semakin bimbang kerana keharmonian semakin terjejas
- turut dilakukan oleh pendatang asing seperti Indonesia dan Filipina
- perlu ditangani dengan segera sebelum bertambah buruk
Idea-idea Utama
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pelbagai langkah yang efektif.
- menghantar para pegawainya berkursus di luar negara
- meningkatkan pengetahuan dalam membanteras jenayah
- menggunakan peralatan yang canggih untuk mengesan jenayah
- melatih anjing-anjing pengesan yang pintar
Pihak kastam mengetatkan laluan di pintu-pintu masuk negara.
- beroperasi 24 jam sehari sama ada di darat dan di laut

- mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin


- banyak terlibat dengan aktiviti jenayah
- sukar untuk menembusi sempadan-sempadan negara
Kerajaan telah menggalakan masyarakat menjadi rakan cop.
- menjadi telinga dan mata pihak polis dalam menyalurkan maklumat
- pihak polis dapat bertindak dengan segera berdasarkan maklumat
- penjenayah sukar untuk meloloskan diri
- statistik jenayah pasti dapat dikurangkan
Pihak PDRM telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran.
- memberkas penjenayah yang melarikan diri ke negara tersebut
- mengekstradisi penjenayah tersebut ke negara asal
- tidak berpeluang untuk berlindung di negara-negara yang lain
- menjamin keharmonian sejagat
Kerajaan menggalakkan penubuhan program rukun tetangga dalam kalangan masyarakat.
- mengawal keselamatan di kawasan perumahan masing-masing
- mampu mengekang kes pecah rumah dan samun
- memupuk semangat perpaduan yang jitu
- menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
Penutup
Keharmonian hidup kunci kecemerlangan sesebuah negara.
- bersihkan negara daripada pelbagai unsur jenayah
- banteras kegiatan ini hingga akar umbi
- masyarakat mestilah bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam perkara ini
- pembangunan yang dirancang berjalan dengan lancar
4. Masalah Obesiti
Pengenalan
Masalah berat badan yang berlebihan semakin menghantui masyarakat di Malaysia.
- masalah obesiti ini telah menular dalam peringkat kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa
- mewujudkan pelbagai masalah mahupun penyakit kepada golongan ini
- perlu ditangani dalam melahirkan masyarakat yang sihat
Idea-idea Utama
Antara punca berlakunya obesiti ini kerana makan dengan berlebihan.
- selera makan sentiasa memuncak dan tidak boleh dikawal
- makan berulang kali pada setiap hari dengan kuantiti yang banyak
- masalah kegemukan tidak dapat dibendung kerana nafsu makan yang keterlaluan
Masyarakat di negara kita kurang mengamalkan pemakanan yang sihat.
- gemar menikmati makanan yang berlemak seperti ayam dan daging
- gemar makan makan yang manis seperti cokelat dan kuih-muih
- agen kegemukan yang utama dan sewajarnya dikurangkan
Menikmati makanan ringan sudah menjadi rutin masyarakat di Malaysia.
- ketagih dan dimakan pada setiap hari
- mengandungi perwarna serta kandungan perasa yang tinggi
- mampu menambahkan berat badan seseorang
Kurang bersenam juga antara punca kegemukan.
- malas dan dikekang dengan kesibukan bekerja

- badan tidak berpeluh dan lemak berkumpul di dalam badan


- sukar untuk diturunkan jika sudah terlalu gemuk
Gemar tidur dan tidak membuat sebarang aktiviti.
- aktiviti yang paling disukai oleh rakyat Malaysia
- kononnya cara berehat yang paling ideal di rumah
- menjadi malas dan akhirnya golongan ini menjadi obesiti
Penutup
Obesiti menelurkan pelbagai masalah kepada mereka yang terlibat.
- terdedah kepada pelbagai penyakit seperti serangan jantung
- menjadi lembab dan lambat untuk bertindak
- mudah penat dan kurang memberikan yang terbaik kepada negara
5. Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup
Pengenalan
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di
negara kita pada hari ini.
- perlu dikekalkan kerana menjamin keharmonian hidup
- apatah lagi negara kita didiami oleh pelbagai bangsa
- semakin hari semakin dipertingkat demi kebaikan bersama
Idea-idea Utama
Dalam membicarakan tajuk di atas, antara langkah yang perlu dilakukan dengan meningkatkan amalan
bekerjasa dalam kalangan masyarakat.
- pelbagai aktiviti masyarakat seperti gotong-royong jangan dipandang remeh
- landasan yang paling tepat yang mana masyarakat dapat berkenal-kenalan
- dapat bertukar-tukar pandangan dalam menjamin kesejahteraan hidup
- keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila
Masyarakat di negara kita mestilah menghormati budaya, agama dan cara hidup kaum yang lain.
- sentiasa sensitif dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka berdasarkan tiga elemen tadi
- sewajarnya mempelajari budaya mereka agar kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam
- dapat mengelakkan daripada melukai perasaan mereka tanpa disedari
- kaum yang lain juga akan berasa hormat terhadap kita dan impaknya kita akan hidup dengan aman dan damai
Pelbagai kaum juga disarankan menyertai pasukan Rukun Tetangga.
- manfaatnya amat besar yang mana keselamatan tempat tinggal kita akan terjamin
- rondaan yang dilakukan pada waktu malam pasti akan menyukarkan kecurian
- pada masa yang sama perpaduan antara kaum akan bertambah kukuh
- pembangunan yang dirancang turut berjalan dengan berkesan
Kehidupan akan harmoni jika masyarakatnya mengamalkan nilai-nilai murni.
- saling menghormati, bertolak ansur dan pelbagai lagi membentuk acuan kehidupan yang amat indah
- antara jiran terikat erat semangat kejiranan yang tinggi
- bermuafakat dijadikan amalan kehidupan dalam membuat keputusan
- ketenteraman wujud dan aktiviti harian berjalan dengan lancer
Semangat patriotisme perlu menebal dalam jiwa masyarakat.
- sanggup bergadai nyawa demi negara yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakatnya
- tidak memburuk-burukkan negara di mata orang luar
- sentiasa menjulang martabat negara Malaysia
- melestarikan perpaduan dan membuahkan keharmoniah hidup masayarakatnya

Penutup
Sebatang lidi mudah dipatah manakala sebatang penyapu sebaliknya.
- dijadikan pegangan dalam hidup bermasyarakat
- jangan menjadi enau yang hanya melepaskan pucuk masing-masing
- hidup bersatu padu dalam apa-apa jua perkara
- kesejahteraan hidup diperoleh dan terus dihayati di negara kita
6. Punca-punca Masyarakat di Malaysia Menghidap Penyakit Berbahaya
Pengenalan
Masyarakat di negara kita hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
- bebas untuk menikmati segala jenis makan yang terhidang
- pendapatan yang tinggi membolehkan mereka menikmati pelbagai jenis makanan
- mengikut cita rasa
- mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit tanpa disedari
Isi-isi Penting
Masyarakat di negara kita amat menyukai makanan segera.
- cepat disediakan dan boleh didapati sama ada siang mahupun malam
- antaranya restoren Kentucky Fried Chicken, Kenny Rogers, McDonald dan pelbagai lagi
- terdedah kepada kolestrol dan penggunaan gula yang tinggi
- golongan obesiti semakin lama semakin meningkat.
- gagal mengawal berat badan mereka
- mempunyai nafsu makan yang tinggi dan sukar untuk dibendung
- mudah diserang pelbagai jenis penyakit seperti jantung dan darah tinggi.
Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
- menghisap rokok dan meminum arak.
- tidak mementingkan kesihatan walaupun sedar akan risiko yang bakal diperoleh
- peningkatan serangan jantung di negara kita juga semakin meningkat.
Kurang bersenam dan banyak memerap di rumah selepas habis bekerja.
- badan kurang berpeluh dan bahan toksik di dalam anggota badan semakin tinggi
- malas dan hanya berminat menonton televisyen sahaja di rumah
- pelbagai penyakit akan menyerang mereka walaupun pada usia yang muda
. Tidak memeriksa kesihatan walaupun banyak kempen yang dijalankan.
- malas berjumpa dengan doktor dan beranggapan mereka dalam keadaan yang sihat
- banyak kes yang dikesan sudah pun terlambat untuk diubati
- sikap yang paling sukar untuk dibentuk dalam masyarakat di negara kita
Penutup
Minda masyarakat di negara kita perlu diubah.
- sikap mementingkan kesihatan perlu dibentuk
- penyakit yang menyerang manusia tidak mengenal usia
- jangan seperti Sudah terhantuk baru hendak mengadah
K e r t a s 1 B a h a g i a n B : K a r a n g a n R e s p o n s Ter b u k a - K a t e g o r i K e l u a r g a
1 . P e r a n a n I b u B a p a D a l a m Am a l a n B e r j i m a t C e r m a t K e p a d a An a k - a n a k
Pengenalan
Berjimat-cermat adalah amalan yang mulia dan terpuji.
- wajar diterapkan kepada anak-anak sejak kecil
- tidak kekok untuk melaksanakannya sehingga dewasa
- menjurus banyak faedah terutama kepada keluarga, masyarakat dan negara

Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka menabung sejak kecil.
- menabung itu amat penting dan wajar dilaksanakan
- menabung secara sedikit demi sedikit pada setiap minggu mahupun bulan
- wang tabungan akhirnya akan bertambah jika amalan ini terus berjalan
Mendidik anak-anak agar tidak boros berbelanja.
- membeli barangan yang penting sahaja
- makan tidak berlebihan terutama sewaktu berada di sekolah
- wang saku dapat dijimatkan dan ditabung di dalam bank
Ibu bapa juga tidak memberikan duit poket secara berlebihan.
- boros berbelanja kerana memiliki wang banyak di tangan
- tidak menghargai betapa susahnya ibu bapa dalam mencari wang
- tidak menghargai penat-lelah ibu bapa mereka dalam menyara keluarga
Menggalakkan anak-anak berdikari dan membuang sikap suka meminta-minta.
- tidak mudah memberikan wang kepada mereka
- mengambil tahu ke arah mana wang tersebut dibelanjakan
- anak-anak akan menghargai setiap wang yang diberikan oleh ibu bapa
Tidak terlalu memanjakan anak-anak.
- menyediakan apa-apa sahaja kemahuan yang dipinta
- fenomena ini akan merosakkan anak-anak tanpa disedari
- menjadi malas dan tidak tahu untuk berjimat-cermat
Penutup
Ibu bapalah yang melentur anak-anak mereka agar menjadi yang terbaik.
- menjadi anak yang berhemat dalam perkara
- wang tabungan juga turut bertambah
2 . P e r a n a n I b u B a p a D a l a m M e n j a m i n K e s i h a t a n An a k - a n a k
Pengenalan
Kesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.
- perlu dititikberatkan sejak kecil lagi
- aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar
- kesihatan yang baik amat penting
Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.
- menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.
- perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak
- membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit
Menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap hari.
- bergiat aktif dalam bidang sukan terutama di sekolah
- membawa anak-anak mereka beriadah pada hujung minggu
- badan mereka berpeluh dan situasi ini baik untuk kesihatan
Menasihati anak-anak mereka agar tidak mengamalkan tabiat yang buruk.
- menghidu gam, menghisap rokok mahupun meminum arak
- merosakkan sistem badan dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit
- tidak menjadi ketagih hingga di peringkat dewasa
Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.

- tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video
- mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas
- tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara
Mengurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera.
- makanan yang dimakan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi
- tinggi pasti akan kebersihan makanan tersebut
- diletakkan banyak perasa dalam usaha melazatkan makanan tersebut.
Penutup
Amalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.
- kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit
- menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak
- hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai
3 . P e r a n a n K e l u a r g a D a l a m M e m u p u k S e m a n g a t P a t r i o t i k D i K a l a n g a n An a k anak
Pengenalan
Semangat patriotik amat penting dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
- perlu dipupuk dalam kalangan remaja terutama para pelajar
- manfaatnya amat besar kepada negara kita
- akan menyayangi negara walau di mana mereka berada
- sanggup mempertahankan negara hingga titisan darah terakhir
Idea-idea Utama
Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kenegaraan.
- Program Latihan Khidmat Negara antara contoh terbaik
- didedahkan dengan pelbagai aktiviti ke arah semangat patriotik
- mampu menyuburkan semangat ini dalam kalangan generasi muda
Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku sejarah.
- dapat mengetahui perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan
- dapat merasai semangat pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Rentap dan pelbagai lagi
- akan menyayangi negara walau di mana mereka berada
Membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah.
- melihat secara dekat akan kehebatan negara kita
- dapat meneladani sesuatu perkara yang baik
- melihat kehebatan pahlawan bangsa, mercu negara dan pelbagai lagi
Membawa anak-anak melihat Sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
- dapat menyaksikan pelbagai kaum bergerak dalam nada yang sama
- merasai semangat cinta akan negara yang dipamer semasa perarakan berlangsung
- bercita-cita tinggi dalam memberi sumbangan kepada Negara
Membelikan buku-buku berunsurkan semangat patriotisme kepada anak-anak.
-jauh lebih bermanfaat daripada novel-novel yang berunsurkan percintaan
-celik sejarah umpamanya mengetahui sejarah Bukit Kepong
-mencontohi pengorbanan dan semangat sayang akan negara
-menjadi idola dan berazam untuk berkorban seperti mereka
Penutup
Tuntasnya, semangat sayang akan negara merupakan tunjang kekuatan negara.
- tidak mudah dijajah, diperkotak-katikkan mahupun dipandang rendah
- generasi muda sanggup berkorban untuk negara pada bila-bila masa

- menyumbang idea, tenaga mahupun wang ringgit demi kejayaan negara


- terus bersinar dan dihormati oleh negara-negara luar
4. Peranan Keluarga Dalam Memupuk Sikap Berhemah Dalam Kehidupan
Pengenalan
Nilai-nilai murni amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
- perlu diterapkan dalam kalangan anak-anak
- menjana kehidupan yang baik dan harmoni
- perlu bimbingan sejak kecil
- menjadi amalan hingga dewasa
Idea-idea Utama
Anak-anak mestilah dididik dengan amalan menabung sejak kecil.
- amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit perlu diterapkan
- bijak menghargai wang ringgit
- menyimpan daripada lebihan wang poket
- lama kelamaan tabungan menjadi banyak
Mendidik anak-anak dengan menyenaraikan keperluan penting semasa membeli belah.
- tidak membazir dengan membeli barangan yang tidak penting.
- bersikap boros ketika berbelanja juga dapat dielakkan
- berbelanja dengan penuh berhemah dapat diterapkan
- akan diamalkan pada bila-bila masa
Mengajar anak-anak untuk memantau harga barangan yang ingin dibeli.
- melakukan perbandingan harga melalui media massa dan Internet
- mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan
- mengajar supaya berhati-hati sebelum membeli barangan
- tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang menarik
Mengurangkan makan di luar bersama keluarga.
- kos makan di luar amat tinggi dan kurangn enak
- tidak digalakkan kepada anak-anak sejak kecil
- menjelaskan kepada mereka kebaikan makan di rumah
- kebersihan terjamin dan amat lazat berbanding di luar
Ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak.
- tidak membuang wang ringgit dengan sewenang-wenangnya
- makan dan minum di kedai-kedai kopi
- menghabiskan wang dengan bermain golf dan sebagainya
- menjadi contoh yang buruk kepada anak-anak
Penutup
Tuntasnya, amalan berhemah dalam kehidupan seharian amat penting.
- perlu diterapkan kepada generasi muda
- menjadi amalan mereka sehingga dewasa
- menzahirkan pelbagai manfaat
- negara juga tidak terjebak dalam kancah inflasi yang tinggi
5 . P e r a n a n K e l u a r g a D a l a m M e n g g a l a k k a n An a k - a n a k B e r s u k a n
Pengenalan
Keluarga merupakan tunjang utama kepada pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang.
- memberi sokongan dan motivasi dalam mereka memajukan diri
- mereka tidak berseorangan malah sentiasa mendapatkan galakan daripada keluarga

- mendapat suntikan semangat dan berusaha dengan bersunguh-sungguh


- maju dan berjaya dalam sesuatu bidang sukan yang diceburi
Idea-idea Utama
Keluarga mengambil berat aktiviti anak-anak dalam kegiatan kokurikulum.
- sentiasa prihatin tentang masa dan tempat latihan sukan yang akan disertai oleh anak-anak mereka
- memantau aktiviti anak-anak dalam sukan yang diceburi
- contohnya bola sepak , hoki dan pelbagai lagi
- sentiasa memberikan semangat agar cemerlang dalam sukan yang diceburi
Ibu bapa menyediakan kelengkapan sukan yang mencukupi kepada anak-anak mereka.
- tidak timbul masalah ketika melakukan aktiviti sukan
- dapat berlatih dengan sempurna dengan kelengkapan sukan yang mencukupi
- contohnya kasut sukan, pakaian sukan dan peralatan sukan
- jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan wang bagi tujuan ini
Jika ada kemampuan, ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka ke klinik sukan yang diadakan oleh
pihak luar.
- dapat menambah pengetahuan dan pengalaman
- mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang sukan yang diceburi
- dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman
- banyak terdapat di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur
Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertandingan sukan yang diadakan.
- pertandingan badminton,ping pong dan pelbagai lagi
- dapat mengukur setakat mana pencapaian anak-anak
- mengenal pasti kelemahan yang ada
- mampu mematangkan mereka dalam sukan yang diceburi
Ibu bapa membawa anak-anak menyaksikan pertandingan sukan ataupun kejohanan olahraga.
- dapat menyemai semangat dan minat dalam diri anak-anak
- menyaksikan idola mereka secara langsung
- menanam cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam bidang sukan
- contohnya Sukan SEA, Sukan Komenwel dan Sukan Olimpik.
Penutup
Ibu bapa sewajarnya memberi galakkan dan semangat jika anak-anak mereka berminat dalam sukan seperti bola
sepak, hoki, tenis, bola jaring dan sebagainya.
- bijak mengurus masa swupaya tidak menjejaskan pelajaran
- bidang sukan juga mampu memberi pulangan yang lumayan
- contohnya Datuk Lee Chong Wee dan Dauk Nicole David
- mampu menjulang nama Negara di persada dunia
6. Peranan Keluarga Dalam Merapatkan Hubungan Silaturahim
Pengenalan
Institusi kekeluargaan amat penting dalam kehidupan.
- perlu dipupuk sejak kecil kepada anak-anak
- keharmonian hidup terbentuk dan tidak menjadi sampah masyarakat
- perlu dititik beratkan dalam kehidupan bermasyarakat
- perpaduan turut meningkat dalam pelbagai kaum
Idea-idea Utama
Ibu bapa mendidik ajaran agama sejak kecil lagi.
- hidup berlandaskan keagamaan yang tinggi
- tahu membezakan yang mana dosa dan pahala

- tiada wujud perasaan yang negatif


- saling mengasihi sesama ahli keluarga
Membawa anak-anak melancong dalam mahupun di luar negara.
- hubungan bertambah erat dan mampu bertukar-tukar fikiran
- anak-anak berasa disayangi dan dihargai
- ibu bapa menjadi tempat mencurahkan masalah
- hubungan telah menjadi begitu erat
Banyak melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah.
- mengemas rumah dan membersihkan kawasan rumah
- sikap saling membantu akan terbentuk
- semua ahli kelurga bagai aur dengan tebing
- menanam sikap kasih sayang yang mendalam.
Keluarga terutama ibu bapa bersama-sama ketika makan dan bersarapan.
- peluang untuk bertanya masalah kepada anak-anak
- mengambil berat akan permasalahan yang berlaku
- tidak lalai kepada anak-anak walaupun sibuk bekerja
- anak-anak akan menyanjung tinggi ibu bapa mereka
Ibu bapa meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak.
- sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka
- bersama mereka sewaktu anak-anak belajar di rumah
- mengambil berat tentang pelajaran
- anak-anak akan berjaya atas hubungan yang rapat ini
Penutup
Kebahagiaan kekeluargaan amat penting.
- kekayaan bukan janji kebahagiaan keluarga
- jangan menyesal jika anak-anak terjebak dalam gejala sosial
- perlu dididik dari kecil hingga dewasa
- anak-anak berjaya dan kehidupan bertambah bahagia
K e r t a s 1 B a h a g i a n B : K a r a n g a n R e s p o n s Ter b u k a - K a t e g o r i An t a r a b a n g s a
1 . P e r a n a n N e g a r a - n e g a r a S e r a n t a u D a l a m M e l e s t a r i k a n I k a t a n Yan g K u k u h
Pengenalan
Negara-negara serantau kini semakin pesat membangun dan seolah-olah seperti berlumba-lumba antara satu
sama lain.
- pelbagai jenis pembangunan berlaku di negara-negara tersebut
- bangunan-bangunan pencakar langit berdiri kukuh di samping pelbagai prasarana yang mega dan canggih
- namun begitu, peranan negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh tidak boleh dipandang ringan
Idea-idea Utama
Pelbagai peranan dapat dimainkan oleh negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh.
- sentiasa peka dengan permasalahan yang melanda di negara jiran mereka
- memberikan bantuan dengan secepat yang mungkin
- contohnya kehilangan kapal terbang MH 370 kepunyaan Malaysia
- negara sekeliling seperti Singapura,Thailand, Indonesia, Australia dan pelbagai lagi memberikan pelbagai
bantuan
- meningkatkan ikatan persahabatan yang telah sedia ada
Perdagangan yang telah terbentuk perlu diperluas dan dipelbagaikan.
- memberikan keuntungan yang lumayan kepada kedua-dua buah negara
- tidak dieksploitasikan oleh negara-negara luar yang lain
- hubungan bertambah erat kerana saling mempercayai

- tidak perlu bergantung kepada negara-negara seperti Eropah


Ikatan kukuh ini boleh ditingkatkan dengan mengadakan pelbagai program bersama.
- antaranya program usahasama dari aspek pendidikan, ekonomi dan pelbagai lagi
- pertukaran pelajar dan dialog ekonomi boleh dijadikan sandaran
- banyak menjurus kebaikan kepada kedua-dua pihak
- sikap menghormati antara negara yang terlibat akan terpahat kukuh
Penglibatan sukan antara negara-negara ini juga langkah yang paling berkesan.
- Sukan Asia dan Sukan Sea boleh dijadikan contoh
- penggiliran tuan rumah antara idea yang terbaik
- membentuk ikatan yang kukuh sesama atlet dari negara-negara serantau
- landasan dalam merapatkan hubungan negara-negara ini
Negara-negara ini sentiasa menghormati maruah dan imej antara satu sama lain.
- tidak akan mencampuri urusan pentadbiran di negara-negara jiran mereka
- bersedia memberikan pandangan jika diminta
- bersama-sama menggembeling tenaga dalam usaha meningkatkan kemajuan
- tidak akan berasa rugi malah berbangga melihat negara-negara serantau menjana kemajuan yang berterusan
Penutup
Ikatan yang kukuh amat penting dalam melestarikan keamanan yang berterusan.
- pertelingkahan mendatangkan kerugian kepada negara-negara yang terlibat
- semakin hari semakin banyak kerjasama perlu dilakar antara negara-negara tersebut
- kebijaksanaan para pemimpin perlu ditagih dalam merealisasikan senario ini
- tidak mustahil negara-negara serantau ini mampu mencipta kegemilangan dan standing dengan negara-negara
maju yang lain.
2. Peranan Negara Serantau Dalam Membasmi Najis Dadah
Pengenalan
Najis dadah kini telah menjadi masalah di seluruh dunia.
- negara-negara serantau turut mengalami masalah yang sama
- Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan negara serantau yang lain menghadapi nasib yang sama
- rakyat di negara tersebut kini semakin bimbang dengan ancaman najis dadah ini
- generasi muda yang bakal menjadi pemimpin ramai yang telah tewas angkara dadah ini
Idea-idea Utama
Negara-negara serantau perlu bermuafakat dalam senario ini.
- sempadan negara perlu diperketat oleh negara-negara serantau
- tiada ruang untuk penyeludupan dadah berlaku
- najis dadah ini tidak sampai ke tangan para pembekal
- menyelamatkan generasi muda di Negara masing-masing
Negara serantau perlu mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang terlibat dalam kancah
penagihan dadah.
- hukuman mati seperti di Malaysia dan di Indonesia perlu diikuti oleh negara serantau yang lain
- menjadi teladan kepada golongan yang cuba berjinak dengan najis dadah
- tidak berani untuk menjadikan negara serantau ini sebagai transit pengedaran dadah
- selamat dan bebas daripada angkara dadah
Negara-negara serantau tidak melindungi pengedar-pengedar dadah yang ditangkap.
- mengekstradisi pengedar dadah yang ditangkap ke negara asal
- bekerjasama dengan polis di negara-negara serantau
- tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri
- tidak menjadikan sesebuah negara serantau sebagai tempat persembunyian mereka

Ketua-ketua polis di negara serantau sering mengadakan rundingan kerjasama.


- mengadakan latihan dan teknik mengesan dadah selari dengan alaf moden ini
- bertukar-tukar maklumat dan idea dalam membanteras najis dadah
- penyebaran dadah semakin sukar dan golonga ini juga semakin tersepit
- tidak sesekali untuk berkompromi dengan golongan ini
Negara-negara serantau membanteras sepenuhnya masalah najis dadah.
- mengadakan kempen, forum dan pelbagai lagi kepada masyarakat di negara masing-masing
- tiada tempat di negara-negara serantau untuk urusan jual beli dadah
- mengadakan operasi demi operasi tanpa mengenal erti putus asa
- masalah dadah dapat dikurangkan dan seterusnya dapat ditangani sepenuhnya
Penutup
Masalah dadah di negara serantau bukan masalah yang baharu.
- menjadikan negara serantau sebagai tempat menyeludup dan menjual dadah
- menjadikan golongan ini kaya raya dengan aktiviti yang tidak bermoral ini
- tidak lagi berpanjangan dengan langkah-langkah yang telah dilakukan
- dikenakan hukuman yang setimpal akan gejala ini terkubur buat selama-lamanya
3. Peranan Negara-negara Serantau Dalam Menangani Kemiskinan
Pengenalan
Masalah kemiskinan masih lagi berlaku di negara-negara serantau.
- Malaysia, Filipina, Myanmar, Indonesia dan negara-negara mengalami masalah yang sama
- perlu ditangani dengan segera melalui kerjasama negara-negara serantau
- memiliki tanah dan hasil bumi yang melimpah ruah
- dapat dijadikan dana dan landasan yang tepat ke arah kegemilangan sesebuah negara
Idea-idea Utama
Perdagangan antara negara-negara serantau perlu dipertingkat.
- negara-negara ini memiliki keistimewaan masing-masing
- Malaysia seperti kelapa sawit,Thailand dangan beras yang berkualiti dan negara lain dengan pengeluaran yang
tersendiri
- pulangan yang lumayan mampu menjana negara-negara serantau ini
- taraf kemiskinan mampu dikurangkan oleh negara-negara tersebut
Negara-negara serantau ini bertukar-tukar kepakaran dalam pelbagai aspek.
- membantu membangunkan pengeluaran di negara-negara tersebut
- menjana pengeluaran kelapa sawit,beras, aspek teknologi dan perusahaan yang lain
- tidak memerlukan kepakaran dari negara barat
- menjimatkan kos dan membuka pulangan yang lumayan
Para pelabur di negara-negara ini digalakkan membuat pelaburan di negara jiran mereka.
- memberikan banyak kemudahan kepada para pelabur
- mampu membuka ruang pekerjaan dengan pembinaan banyak kilang
- industri pertanian turut dipertingkat selari dengan industri perkilangan
- memberikan pendapatan yang lumayan juga kepada para penduduk
Negara-negara serantau tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada para pelabur dari negara tersebut.
- menggalakkan kedatangan para pelabur dari negara berhampiran
- memberikan kerjasama yang sepenuhnya dari pelbagai aspek
- menambahkan pelaburan baik dari aspek pertanian mahupun perindustrian
- rakyat tempatan turut beroleh manfaat dan mampu memiliki kehidupan yang senang
Negara-negara serantau bertukar-tukar kepakaran yang terkini dan tercanggih.

- menghantar pakar-pakar ini untuk membantu negara yang masih miskin


- kepakaran yang ada dipelajari oleh anak-anak tempatan
- contohnya kepakaran dalam meningkatkan sektor pertanian
- penggunaan jentera moden,benih tanaman yang berkualiti
Penutup
Masalah kemiskinan perlu ditangani dengan segera.
- mampu menggugat keharmonian sesebuah negara
- kes jenayah semakin meningkat akibat tekanan hidup yang dialami
- para pemimpin negara serantau perlu bijak memainkan peranan
- negara terus maju dan bersaing dengan negara-negara maju yang lain
4. Peranan Negara Serantau Dalam Meningkatkan Keselamatan Kawasan
Sempadan
Pengenalan
- masalah pencerobohan perairan ataupun sempadan semakin membimbangkan negara-negara terbabit
- masalah ini menimbulkan pelbagai impak kepada negara terbabit
- perlu ditangani dengan segera melalui kerjasama negara-negara serantau supaya dapat mengurangkan masalah
pencerobohan sempadan atau perairan
Idea-idea Utama
- kerjasama pihak imigresen antara negara yang bersempadan - imigresen antara unit yang bertanggungjawab
untuk mengurus kemasukan warga luar ke sesebuah negara - kerjasama untuk memastikan tiada warga asing
masuk secara haram - memastikan warga asing yang mempunyai dokumen yang sah masuk ke sesebuah negara
- kerjasama penguat kuasa perairan sesebuah negara - jalan air biasanya menjadi jalan masuk yang paling
popular bagi pendatang asing atau penyeludup - pihak kastam dan polis negara serantau bekerjasama
mematahkan usaha pencerobohan sempadan
- pasukan tentera meningkatkan usaha menjaga keselamatan sempadan negara - menjalinkan hubungan yang
baik dengan pasukan tentera negara-negara jiran - memastikan keselamatan sempadan antara kedua-dua buah
negara terjamin - pasukan tentera perlu memastikan sempadan negara tidak diceroboh dengan sewenangwenangnya
- pertukaran risikan pasukan keselamatan antara negara yang berjiran - mampu untuk mengetahui situasi
semasa berkaitan dengan keselamatan sempadan sesebuah negara - pertukaran maklumat seperti ini akan
memudahkan pasukan keselamatan mengawal sempadan sesebuah negara
- pihak kerajaan negara berjiran mengadakan perbincangan dua hala - perbincangan bersama dapat
mencambahkan pelbagai idea untuk kepentingan bersama - perbincangan yang melibatkan menteri atau
pemimpin tertinggi negara-negara yang terlibat dapat menyelesaikan banyak isu keselamatan yang
membabitkan negara-negara tersebut
Penutup
- menjaga keselamatan sempadan bukan tanggungjawab sesebuah negara sahaja
- kerjasama yang erat antara negara yang terlibat dapat memastikan kes pencerobohan sempadan dan perairan
dapat dikurangkan jumlahnya
5 . P e m b a n g u n a n I n d u s t r i P e l a n c o n g a n D i S e s e b u a h N e g a r a Ak a n M e m b a w a
P e l b a g a i K e b a i k a n K e p a d a N e g a r a Ter b a b i t .
Pendahuluan
- pelancongan antara industri yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia
- sesebuah negara boleh berkembang maju melalui industri pelancongan
- untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan, negara terbabit perlu membangunkan industri ini
- jangan sekadar indah khabar daripada rupa
Idea-idea Utama
- pertukaran mata wang asing - kemasukan pelancong dengan membawa dana - mereka akan menukar mata

wang negara asal dengan mata wang yang dikunjungi - negara terbabit akan memperoleh keuntungan
- pelancongan akan meningkatkan ekonomi sesebuah negara - Thailand misalnya berkembang maju disebabkan
faktor pelancongan - setiap pelancong akan berbelanja dan akan merancakkan ekonomi sesebuah negara
- pelancongan akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat - bidang perhotelan, pengangkutan,
dan sebagainya akan menjadi tumpuan pelancong - malahan pusat beli-belah juga akan dikunjungi pelancong semua bidang ini perlu digerakkan oleh para pekerja
- pelancong yang datang terdiri daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat - ahli peniaga, sambil
melancong mereka akan melihat peluang-peluang perniagaan - sambil menyelam minun air - mereka akan
datang kembali untuk membuat pelaburan di negara berkenaan
- negara yang ingin dikunjungi para pelancong perlu melengkapkan segala kemudahan - dengan cara ini
pelancong yang berkunjung akan mempromosikan negara terbabit kepada rakan-rakan mereka - secara tidak
langsung bilangan pelancong akan meningkat
Penutup
- industri pelancongan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia
- negara-negara membangun terutama ASEAN yang kaya dengan keindahan alam semula jadi perlu mengambil
peluang untuk menarik pelancong berkunjung ke negara mereka
6. Peranan Negara-negara Maju Dalam Memberikan Bantuan Kepada Negaran e g a r a M i s k i n Yan g M e n g h a d a p i B u t a H u r u f D a l a m K a l a n g a n R a k y a t
Pendahuluan
- negara-negara miskin tidak mampu menyediakan prasarana pendidikan yang sempurna
- rakyat tercicir dalam pendidikan
- meningkatkan bilangan rakyat yang buta huruf
- negara-negara maju wajar menghulurkan bantuan untuk membantu negara-negara ini
Idea-idea Utama
- bantuan kepakaran dan teknikal dalam bidang ilmu pengetahuan - menyediakan dana dan sukarelawan yang
sanggup berkhidmat di negara terbabit - meringankan beban negara miskin
- mendirikan sekolah-sekolah sebagai prasarana untuk belajar - memperbanyak sekolah dan institusi pendidikan
di kawasan pedalaman - meningkatkan mutu pendidikan di kawasan tersebut
- menyediakan biasiswa dan peluang belajar secara percuma kepada individu yang berkelayakan di negaranegara maju - golongan ini dapat berkhidmat di negara sendiri apabila tamat pengajian - dapat membantu anak
bangsa sendiri
- memberikan dana khas kepada negara terbabit - mewujudkan tabung khas untuk membasmi masalah buta
huruf di negara miskin
- membuat kajian dan mencari kaedah terbaik untuk menangani masalah buta huruf di negara miskin
- membekalkan buku-buku asas bacaan - diagihkan secara percuma - buku-buku tersebut perlulah memenuhi
keperluan dan tahap pemikiran pembaca sasaran
Penutup
- tanggungjawab sosial perlu dilaksanakan oleh semua negara maju agar kesusahan negara miskin turut terbela
- usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan konsisten

Anda mungkin juga menyukai