PENGENALAN TERAPI MAIN
Setelah meneliti beberapa video tentang terapi kanak-kanak dalam internet,
akhirnya saya memilih terapi bermain sebagai intervensi kaunseling kanak-kanak.
Dalam intervensi kaunseling kanak-kanak, terdapat 5 jenis intervensi yang bersesuaian
dengan psikologi perkembangan kanak-kanak. Antaranya, terapi bermain, terapi
bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. Setiap terapi mempunyai kegunaan
dan matlamat tersendiri bagi memulihkan dan mendamoingi kanak-kanak. Di sini, saya
akan membuat satu ulasan bagi terapi bermain.
Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang
berperanan melaksanakan tugas nasihat menasihati antara satu sama lain dalam
usaha mencari kebahagian dan kejayaan hidup. Terdapat banyak cara dalam
membantu dan membimbing orang manusia. Antaranya memberi nasihat dan
membimbing, kaunseling dan mungkin melalui proses psikoterapi. Konsep-konsep
membimbing ini wajar di fahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat
memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing,
kaunselor berdasarkan keupayaan masing-masing.
Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan
tingkah
laku
seseorang
yang
bermasalah
supaya
menerokai,
memulih
dan
mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling adalah satu perhubungan yang
dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien
memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan maslah dengan batuan kaunselor.
Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang
dilakukan oleh kaunselor dalam membina program bimbingan dan kaunseling yang
lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai
dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan
program kauseling yang dijalankan.
Di samping itu, terapi dimaksudkan kaedah untuk membantu seseorang pelajar
untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Definisi terapi dalam konteks
pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas
terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah
didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu,
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan
pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau
psikomotor.
Terapi bermain adalah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasikan
berdasarkan konsep-konsep. Permainan adalah aktiviti yang mengandungi motivasi
instrinsik, memberi kesenangan dan kepuasan bagi siapa yang terlibat, dan dipilih
secara sukarela. Terapi bermain adalah sebagai media yang efektif oleh ahli terapi,
untuk membantu pesakit atau kliennya mencegah atau menyelesaikan masalah-masalh
psikosoasial mereka dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum,
melalui kebebasan eksplorasi dan ekspresi [Link]-kanak belajar melalui proses
main. Terdapat 4 jenis-jenis bermain dalam terapi bermain ini.
Bermain secara diri-sendiri
Kanak-kanak bermain secara sendirian di suatu sudut tertentu.
Dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan kreatif.
Kanak-kanak pada peringkat ini belum belajar kepentingan
untuk berkongsi alat mainan dengan budak-budak yang lain.
Maka, mereka asyik bermain dalam dunia sendiri dan gelak sendiri.
Bermain secara selari
Lebih berbentuk strukutur di mana mungkin seorang
guru memberi arahan tertentu. Selepas itu, setiap
kanak-kanak
diagihkan
alat
mainan
tertentu
dan
bermain sendiri di sudut sudut terpilih. Dalam keadaan ini, setiap kanak-kanak akan
bermain jenis permainan yang sama.
Bermain secara bersosial
Sesuatu alatan permainan dikongsi antara beberapa orang
kanak-kanak dalam satu kumpulan. Mereka akan bermain bergilirgilir atau berlakon dengan watak tertentu yang memerlukan
komunikasi antara satu sama lain.
Bermain secara koperatif
Permainan berbentuk koperatif ini mempunyai matlamat tertentu
pada penghujung permainan ini. Contohnya, ia memerlukan
kerjasama ahli-ahli dalam suatu kumpulan demi menjayakan
matlamat permainan. Menyelesaikan word puzzle atau teka-teki
perkataan merupakan salah satu contoh permainan koperatif.
PELAKSANAAN TERAPI MAIN ( PLAY-DOH)
Setelah mengkaji teliti aspek-aspek dalam terapi bermain. Di sini, saya
mencadangkan terapi bermain play-doh sebagai intervensi kaunseling kanak-kanak
sebagai terapi
Playdough adalah salah satu alat permainan edukatif dalam
pembelajaran. Mari kita, melihat kelebihan pelaksanaan terapi bermain play doh.
menggalakkan perkembangan motor halus dan motor kasar
meningkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial)
berfikir secara kreatif dan kritis ( menjana idea sendiri)
membuat keputusan sendiri ( berfikiran rasional)
mengawal emosi ( toleransi, tidak mudah putus asa)
Terapi bermain play doh dapat menggalakkan perkembangan motor halus
dan kasar kanak-kanak secara fizikal. Seorang guru dapat menggunakan kaedah ini
dengan menjalankan permainan play doh ( tanah liat ) ini. Kanak-kanak dapat
menghasilkan sesuatu objek ataupun mirip sesuatu dengan menggunakan tanah liat ini.
Selain tiu, permainan ini juga dapat menggalakkan unsur seperti imaginasi, kreativiti,
minat dan fantasi dalam naluri kanak-kanak. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira
sewaktu
aktif
menggunakan
bahagian-bahagian
anggota
badan
mereka
Perkembangan sensori ini penting bagi memperbaiki keterampilan motoric kasar dan
halus serta koordinasi kanak-kanak. Mereka jug dapat meningkatkan perkembangan
semua pancaindera mereka. Apatah lagi, kanak-kanak lebih terdorong untuk
mengeksploirasi dunia fizikal ini.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat dilatih berkawan dan berhubungan sosial
antara rakan mereka. Permainan playdoh ini dapat mendorong interaksi dan
perkembangan sikap positif terhadap orang lain. Kanak-kanak tidak akan terpencil dan
berkelakuan abnormal. Kanak kanak dapat mengembangkan kemahiran komunikasi
dalam diri mereka. Lebih-lebih lagi, bermain dengan individu lain memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan
memberikan pendapat mereka sendiri. Apatah lagi, terapi main playdoh ini dapat
mengembangkan keterampilan sosial kanak-kanak di akhir sesi permainan.
Selain itu, terapi bermain dapat melihat perkembangan kanak-kanak dari segi
kognitif. Kanak-kanak belajar bersikat rasional dan relevan sekiranya menghadapi
sebarang konflik dalam kehidupan mereka. Terapi permainan playdoh ini peting bagi
kanak-kanak. Mereka wajar membuat keputusan tanpa mengikut naluri mereka pada
usia yang muda ini. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran berfikir mereka.
Mereka dapat mengeksploirasi bentuk, ukuran, warna dan tekstur permainan ini. Selain
itu, kanak-kanak juga dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam kehidupan seharian
mereka. Dalam sesi permainan, mereka dapat menjana idea sendiri dalam hidupan
seharian mereka. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan bakat dan minat khusus
mereka melalui permainan seperti ini. Tahap imaginasi dan fantasi mereka dapat
diperkembangkan tanpa batas.
Terapi bermain play doh juga dapat menolong kanak-kanak menggambarkan apa
masalah yang dihadapi oleh mereka. Kanak-kanak belajar mengawal emosi mereka
melalui terapi ini. Mereka dapat bersikap toleransi antara rakan mereka dalam
permainan. Kanak- kanak dapat bermain secara bergilir-gilir sekiranya kekurangan play
doh. Di samping itu, terapi bermain ini memudahkan perkembangan identiti diri kanakkanak. Terapi bermain ini merupakan medan bagi mereka untuk pengaturan perilaku
sendiri mereka. Ia juga memberi kesempatan bagi kanak-kanak untuk mempelajari
bagaimana perilaku sendiri dapat mempengaruhi orang lain.
PROSES PELAKSANAAN TERAPI MAIN ( PLAYDOH)
Maka terapis menggunakan bermain untuk menilai atau memahami aktiviti
bermain kanak-kanak di mana mengaplikasikan pendekatan terapi bermain untuk
menolong
mereka
mengadaptasikan
gangguan
mental
dan
mengenal
pasti
penyelesaian masalah mereka. Terdapat 4 peringkat dalam proses terapi mainan ini.
rasa diterima akibat hubungan
erat yang terbina
luahan perasaan yang
terpendam secara catharis
HIERAKI ORTON 1997
penerokaan peristiwa atau
hubungan interpersonal yang
mencetuskan pemikiran dan
perasaan kurang selesa.
bertindak ke atas alternatif
penyelesaian yang dipilih, dan
terus mencuba hingga berjaya.
Sebelum melaksanakan terapi bermain ini, seorang guru hendaklah memastikan
bilik terapi dalam keadaan [Link] terapi ini hendaklah lengkap dan dalam
keadaan yang tersedia bagi kanak-kanak. Bilik terapi ini hendaklah disertakan dengan
ruang buku rujukan, bahan dan alatan asas seperti almari,rak buku dan lain-lain lagi.
Guru hendak memastikan pelaksaan terapi main ini dalam keadaan yang
terancang dan sistematik bagi kanak-kanak. Tidak dapat dinafikan pelaksanaan terapi
main playdoh ini dapat menguji reality kanak-kanak. Dengan pelaksanaan ini, kanakkanak mudah dimanipulasi dan didampingi oleh para kaunselor. Mereka didorong untuk
mengekspresi pemikiran dan perasaan mereka melalui pelaksaan permainan play doh
ini.
Permainan play doh ini mencirikan kehidupan sebenar seseorang. Kanak-kana
akan berimaginasi sesuatu objek sebenar dan melakarkan dalam ukiran
play doh mereka. Dengan ini, hasilnya ukiran haiwan, rumah dan
sebagainya. Selain itu, permaina ini bercirikan luahan perasaan mereka.
Kanak-kanak akan meluahkan perasaan mereka dengan membuat
ukiran mereka dalam playdoh tersebut. Sekiranya, kanak-kanak berasa
riang kita dapat justifikasinya dengan penggunaan pelbagai warna dan ukiran tanah liat.
Luahan perasaan inilah akan mensimpulkan bagi terapi bermain ini bagi kanak-kanak.
MASALAH PELAKSANAAN TERAPI MAIN ( PLAYDOH)
Walaupun terapi permainan playdoh ini adalah salah satu terapi yang paling
mudah untuk dikendalikan, malah terdapat juga beberapa masalah ditempuhi dalam
pelaksanaan terapi main ini. Kita dapat melihat masalah pelaksanan terapi main
playdoh ini dari 3 skop.
Pertamanya, dari skop seorang guru. Walaupun pengendalian terapi main
playdoh ini adalah mudah, malah terdapat juga sesetengah guru yang kurang pakar
dalam mengendalikan terapi main ini. Selain itu, terdapat juga guru yang kurang
mendapat kerjasama daripada murid. Di sini, mereka hilang semangat dalam mendapat
perhatian daripada anak murid mereka. Justeru, mereka akan menghadapi masalah
dalam pelaksanaan terapi main playdoh ini. Terdapat juga guru yang menghadapi
masalah pelaksaan terapi main ini dari segi kekangan masa. Tugas seorang guru di
sekolah bukan semata-mata mengajar anak murid mereka. Mereka juga mempunyai
penglibatan lain di sekolah.
Keduanya, dari skop ibu bapa. Terdapat sesetengah ibu bapa yang bersikap
remeh. Mereka tidak memberi keutamaan bagi terapi main ini dalam alam
perkembangan anak mereka. Selain itu, terdapat juga sesetengah yang kurang diberi
pendedahan tentang kepentingan terapi main playdoh ini kepada anak mereka.
Sekiranya, kepentingan ini ditengahkan kepada ibu bapa, malah mereka juga dapat
memberi sokongan kepada terapi main play doh ini. Tambahan pula, taraf ekonomi
segelintir keluarga yang kurang kemampuan juga tidak memberi sokongan dalam
pelaksanaan terapi main play doh ini.
Akhir sekali, dari skop murid. Kita haruslah peka bahawa bukan semua murid
adalah sama di sesebuah sekolah mahupun bilih darjah. Tuhan melahirkan setiap
individu di muka bumi ini dengan pelbagai potensi diri. Justeru, setiap individu adalah
berbeza. Ketika pelaksanaan terapi main playdoh ini, pastinya terdapat murid yang
mengalami gangguan dan tekanan emosi. Hal ini disebabkan, setiap murid akan
mempunyai pengalaman yang berbeza dalam hidupan seharian mereka. Seorang guru
mahupun ibu bapa hendaklah peka terhadap perbezaan ini. Tambahan pula, terdapat
juga segelintir murid yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak dapat
menjalankan terapi ini. Justeru, kita haruslah mengambil berat terhadap perkaraperkara yang dititkberatkan di atas supaya dapat melaksanakan terapi main playdoh
bagi intervensi kanak-kanak.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN TERAPI MAIN (PLAYDOH)
Mengadakan
lawatan ke pusatpusat terapi
Rancangan
aktiviti yang
menarik dan
merangsang
Sokongan dan
pengorbanan dari
ibu bapa
Seminar atau
kursus disediakan
untuk guru
Bagi memulihkan pelaksanaan terapi main playdoh ini, pengurusan sekolah
dapat mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi. Dengan ini, guru juga boleh
mendapat pendedahan bagi pelaksanaan terapi main playdoh ini. Seminar atau kursus
khasnya perlu disediakan bagi guru kaunseling supaya mereka mudah mendampingi
murid bermasalah dengan terapi main playdoh ini. Selain itu, bagi meningkatkan
pelaksanaan terapi main playdoh ini guru hendaklah merancang aktiviti yang menarik
dan merangsang bagi menarik minat murid.
Selain itu, bagi menjayakan pelaksanaan terapi main palydoh, kanak-kanak
hendak lah mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa hendaklah diberi
kesedaran tentang kepentingan terapi main playdoh ini kepada anak mereka. Terdapat
beberapa ibu bapa yang terlalu mencari nafkah sehingga melupakan tanggungjawab
mereka dalam mendidik anak [Link], pengorbanan ibu bapa penting bagi
melaksanakan terapi bermain ini.
Kesimpulanya, pelaksanaan terapi main playdoh ini akan diperluas sekiranya
semua pihak rela berganding bahu demi kepentingan generasi kini. Sekiranya setiap
orang memainkan peranan mereka sepenuhnya, maka kita dapat menjayakan
pelaksanaan terapi main playdoh ini.