0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
177 tayangan7 halaman

Memahami Rencana: Definisi dan Ciri-ciri

Rangkuman dokumen tersebut dalam 3 kalimat: Dokumen tersebut membahas tentang definisi, ciri-ciri, jenis, dan bentuk rencana sebagai salah satu bentuk penulisan yang lazim ditemukan dalam media massa. Rencana dijelaskan sebagai karangan yang berfokus pada fakta tanpa format khusus, dan memiliki tujuan menjelaskan suatu topik melalui penelitian dan pendapat penulis. Berbagai jenis dan bentuk

Diunggah oleh

Mohd Shafuan
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
177 tayangan7 halaman

Memahami Rencana: Definisi dan Ciri-ciri

Rangkuman dokumen tersebut dalam 3 kalimat: Dokumen tersebut membahas tentang definisi, ciri-ciri, jenis, dan bentuk rencana sebagai salah satu bentuk penulisan yang lazim ditemukan dalam media massa. Rencana dijelaskan sebagai karangan yang berfokus pada fakta tanpa format khusus, dan memiliki tujuan menjelaskan suatu topik melalui penelitian dan pendapat penulis. Berbagai jenis dan bentuk

Diunggah oleh

Mohd Shafuan
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Rencana

Pengenalan

 Salah satu bentuk penulisan yang lazimnya terdapat dalam akhbar, majalah serta radio dan
televisyen.
 Rencana adalah karangan yang tidak berformat tetapi berfokuskan fakta.
 Rencana yang digemari oleh pembaca selalunya berbentuk semasa.
 Rencana yang seumpama ini diterbitkan dalam akhbar, majalah serta media elektronik.

Definisi Rencana

 karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang
biasanya berasaskan fakta –fakta sebenar.
 Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang
dilakukan oleh penulis rencana.
 Rencana merupakan karangan tidak berformat. Jadi, rencana tidak perlu mempunyai peraturan
yang ditetapkan sama ada dari segi gaya, bentuk dan isi kandungan.
 Tujuan rencana ialah menjelaskan sesuatu persoalan menerusi fakta, pendapat dan huraian
oleh penulis.

Ciri-ciri penulisan rencana

1. Rencana digolongkan ke dalam bentuk esei formal.

Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa yabg baju yang labih konvensional
berbanding dengan esei yang tidak formal. Rencana mempunyai struktur yang lebih terancang.
Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi. Setiap
perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang logik. Selain itu, ciri-ciri personal
termasuj humor kurang diadakan dalam penulisan rencana.

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.

Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan
menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh oleh orang ahli dalam
sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya didasarkan pada penulis dalam oleh
penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh
itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran perlu disertakan sokongan bagi sesuatu fakta.

3. Ada digniti (maruah)

Rencana mempunyai mertabatnya kerana ia mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana
penulisan rencana memerlukan penyelidikan, rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana
berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana rencana
ini tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.
4. Ada ukuran kepanjangan

5. Penulisan yang jelas dan jitu


Kepanjangan rencana yang disyorkan mempunyai maklumat yang berupaya menarik perhatian
pembaca untuk terus membaca bagi mendapat maklumat. Rencana yang meleret-leret dan tidak
ekonomi akan menghambarkan selera pembaca. Penulisan rencana menggunakan perkataan
yang konkrit, tepat untuk semua idea, mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan
secara berlebihan.

6. Menyampaikan maklumat
Penulisan rencana dapat menyampaikan meklumat yang lebih banyak dan jelas kepada
pembaca. Maklumat yang dimuatkan yang lebih banyak dan jelas kepada pembaca. Maklumat
yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-
persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W+1H, iaitu Who (siapa), When (bila), What (apa), Why
(mengapa), Where (di mana) dan How (bagaimana)
Persoalan-persoalan ini mampu membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa dengan
menyeluruh. Jawpan bagi persoalan-persoalan ini secara tidak langsung dapat membantu
memberikan meklumat yang diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektif


Rencana seumpama ini biasanya dimuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan
perasaan penulis. Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti
meminta pembaca membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati
pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri yang membezakan rencana
daripada penulisan berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi
tidak dimuatkan.

8. Tempoh tarikan tidak terhad.


Tempoh tarikan adalah tidak terhad seperti dalam penulisan berita. Rencana bergantungn
kepada gaya penulisan rencana tersebut. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh
dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari/bulan di dalam fail dan akan
digunakan apabila perlu. Dengan itu rencana tidak akan basi walaupun peristiwa yang
berkenaan hanyalah imbasan kembali.
9. Organisasi penulisan yang logik.
Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,
tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan. Rencana yang berdasarkan
maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan
keterangan, data, jadual, peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan
kesahan perkara tersebut.

10. Pembatasan pembicaraan.


Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan
besar, tatapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu
aspek sahaja. Sebagai contoh rencana yang bertajuk ‘SEJARAH MELAYU’: karya unsur saintifik
hanya membicarakan mengapa teks Sejarah Melayu tersebut dikata berunsur saintifik tetapi
tidak terlebih dahulu membicarakan sinopsis teks tersebut, tema, latar, atau plotnya. Hal ini
demikian kerana penulis rencana membuat tanggapan bahawa pembaca telah sedia maklum
tentang perkara tersebut dan penulisan semula hanyalah merupakan pembaziran.

BENTUK-BENTUK RENCANA
1. Rencana berbentuk ilmiah
 Biasanya ditulis oleh penulis pakar dalam sesuatu bidang.
 Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain.
 Sekiranya rencana tidak berdasarkan penyelidikan sendiri, setiap fakta, huraian, ulasan
serta pendapat yang dikemukakan mestilah mempunyai dasarnya.
 Rencana jenis ini biasanya menjadi rujukan walaupun bahasa yang digunakan adalah
Bahasa Melayu tinggi.
 Kebanyakan pembaca rencana jenis ilmiah adalah berpendidikan.
2. Rencana bentuk separa ilmiah
 Tidak memerlukan kajian dan rujukan mendalam
 Penulisan rencana bentuk ini mengandungi data, jadual, rajah, peta dan sebagainya
yang merupakan maklumat tepat untuk pembaca.
 Sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah.
 Tidak perlu disertakan bibliografi.
3. Rencana bentuk popular
 Isi biasanya tidaklah terlalu berat.
 Berkaitan degnan isu-isu semasa dan menjadi santapan rohani pembaca.
 Gaya bahasanya lebih mudah, ringkas dan jitu.
 Sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian.

JENIS-JENIS RENCANA
1. RENCANA JENIS PENERANGAN
 Kebanyakkan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih
jelas dan menyeluruh.
 Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa fakta.
 Sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara
yang susah difahami umum.
 Biasanya, dalam rencana jenis ini, penulis memberitahu pembaca tentang apa yang
sudah terjadi dan apa yang sedang berlaku.
 Penulis seterusnya menambah penerangan tentang latar belakang peristiwa yang
berkenaan serta kemungkinan-kemungkinan peristiwa yang akan berlaku kelak.
 Rencana jenis ini bukan sekadar memberi penerangan tatapi juga memberi pengajaran
kepada pembaca.

2. Rencana jenis berita


 Berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu
kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya.
 Biasanya mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan.
 Dalam penulisan berita, penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku
di samping memberikan pendapatnya.
3. Rencana jenis profil
 Menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh.
 Biasanya rencana jenis ini memuatkan gambaran tentang diri, individu yang
menunjukkan keperibadian, keistimewaan dan ketokohan.
 Orang yang diprofilkan merupakan orang terkenal.
 Menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dana apa yang dilakukannya serta
bagaimana ia menjadi terkenal.
4. Rencana jenis penyiasatan
 Ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan
mengubah keadaan, cara berfikir serta orang ramai.
 Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang
sebenarnya.
5. Rencana jenis pengalaman peribadi
 Kebiasaannya memaparkan pengalaman yang ngeri, aneh dan menakjubkan.
 Misalnya pengalaman mangsa ribut taufan dan sebagainya.
 Penulis berperanan penting bagi menghidupkan penulisannya dengan pemilihan kata
dan gaya bahasa yang baik dan membawa pembaca untuk sama-sama melalui
pengalaman tersebut dalam tulisannya.
6. Rencana jenis pendapat
 Menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat
dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data.
 Rencana jenis ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan
penyelidikan dan rujukan yang mendalam.
7. Rencana jenis perbahasan
 Penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan

Anda mungkin juga menyukai