100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
1K tayangan48 halaman

Isu Rasuah dan Pandangan Islam

Dokumen tersebut membahasakan isu rasuah dan pembuangan bayi. Ia mendefinisikan rasuah sebagai tindakan menerima keistimewaan selepas memberi wang atau hadiah, serta menyebut empat jenis kesalahan rasuah utama. Dokumen ini juga menjelaskan pandangan Islam yang melarang rasuah, punca-punca berlakuinya rasuah, dan definisi pembuangan bayi sebagai tindakan mencampakkan atau menghapuskan bay

Diunggah oleh

Chad Hayes
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
1K tayangan48 halaman

Isu Rasuah dan Pandangan Islam

Dokumen tersebut membahasakan isu rasuah dan pembuangan bayi. Ia mendefinisikan rasuah sebagai tindakan menerima keistimewaan selepas memberi wang atau hadiah, serta menyebut empat jenis kesalahan rasuah utama. Dokumen ini juga menjelaskan pandangan Islam yang melarang rasuah, punca-punca berlakuinya rasuah, dan definisi pembuangan bayi sebagai tindakan mencampakkan atau menghapuskan bay

Diunggah oleh

Chad Hayes
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Isu Rasuah

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah * Menawar/Memberi Rasuah * Membuat Tuntutan Palsu * Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Pandangan Islam Mengenai Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud : Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,

mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Pembuangan bayi

Di akhir-akhir ini berita buang bayi kerap sangat kedengaran di negara kita [Link] setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Definisi pembuangan bayi ini adalah perkataan buangmembawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala maksud pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam Islam.

Perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan dan menghilangkan. Perkataan bayi pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa rasa sifat berperikemanusiaan. Daripada definisi yang tertera didalam kamus dewan ini, telah menjelaskan bahawasanya pembuangan bayi ini adalah kelakuan yang amat keji dan dilarang. ANTARA FAKTOR-FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI INI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA Kekurangan didikan agama Pengaruh rakan sebaya Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI 1) KURANG DIDIKAN DAN KEFAHAMAN AGAMA Kurang didikan agama merupakan punca utama hidup remaja tiada halatuju dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejalagejala negatif. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan sudah semestinya menjalinkan hubungan diluar tabii. Dalam situasi ini, remaja yang kurang didikan dan kefahaman serta pegangan agama tidak teragak-agak untuk melakukan perkara diluar dugaan seperti membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan hanya untuk menutup malu. 2) PENGARUH RAKAN SEBAYA Pengaruh rakan sebaya juga salah satu fakor yang menyababkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja mudah dipengaruhi. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang menjalani kehidupan negatif dan tidak sihat serta tidak bermoral. Remaja yang terjerumus dalan kancah-kancah negatif tersebut tanpa segan dan silu melakukan hubungan seks rambang sehingga terjadinya masalah iaitu mengandung anak luar nikah dan terpaksa membuang bayi tersebut untuk mengelakkan ia diketahui masyarakat. 3) SIKAP MASYARAKAT Sikap masyarakat menjadi faktor berlakunya pembuangan bayi. Apabila seorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja itu dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja tersebut akan merasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan dari pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dan ringkas dengan membuang bayi ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat sekeliling. 4) SIKAP INGIN TAHU REMAJA Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu pengalaman yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu

yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berpendapat bahawa mereka jadi lebih matang sekiranya mereka mencuba benda yang jarang dilakukan oleh remaja lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara negatif seperti seks bebas ini. Sikap remaja ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya, serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagai remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalan menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak gunaya 5) KURANG KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KELUARGA Ibu bapa menjadi peranan utama didalam membentuk kehidupan anak-anak. Walaupun sesibuk mana ibu bapa, ia harus mengambil berat kehidupan dan gerka-geri perjalanan dan kehidupan anakanak mereka. Anak-anak akan terbiar apabila ibu bapa lebih mengejar kekayaan daripada kebahagiaan keluarga. Ibu bapa juga hendaklah selalu mendekati anak-anak supaya anak-anak tidak merasa janggal apabila ingin menceritakan sesuatu terutama untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Mereka akan melakukan perkara yang tidak sihat kerana tiada siapa yang mempedulikan jalan hidup mereka. Dengan ini, mereka lebih bebas untuk melakukan sesuatu sehingga terjebak dengan masalah seks bebas dan akhirnya menjadi masalah besar apabila mendapati diri mereka berbadan dua. Untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar, berlakulah pembuangan bayi. Mereka sanggup melakukan dengan pelbagai cara asalkan diri mereka terlepas dari masalah.
Faktor Penyebab

[Link] generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

[Link] bebas lelaki perempuan itu adalah satu perkara yang mendekatkan kepada zina yang sepatutnya anggota masyarakat membenci dan membenterasnya secara bersungguh-

sungguh. Kalau di zaman dulu terutamanya di kampung-kampung, seorang wanita berjalan seiring dengan seorang lelaki tanpa ada orang ketiga boleh dianggap salah dan dilarang, tetapi zaman sekarang kalau lelaki dan wanita berjalan berpimpin tangan atau berjalan sambil berpelukan sudah menjadi perkara biasa kepada kita.

[Link] perkara membuang bayi ini kita sebagai anggota masyarakat harus juga dipersalahkan. Kita selalunya memandang hina kepada mereka yang mengandungkan anak luar nikah tetapi kita tidak pernah memandang hina kepada anak-anak muda yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Padahal pergaulan bebas inilah punca sebenar kepada masalah buang bayi ini. Kita tidak pernah melarang dan mencaci anak-anak muda kita yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di dalam Quran, Tuhan bukan sahaja melarang perbuatan zina tetapi perkara-perkara yang mendekatkan kepada zina juga turut dilarang.

[Link] didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejalagejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.

[Link] rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragakagak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

[Link] ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima

mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya .

Penulis telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri, peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Penulis yakin dengan langkahlangkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Dicatat oleh dragonball di 5:54 PTG

KESAN PEMBUANGAN BAYI 1) KESAN KEPADA BAYI Semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih saying daripada ibu bapa kandung mereka. Beyi0beyi ibi juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka. Mereka dibuang tempat-tempat terpencil dan jauh dari pandangan masyarakat sehingga menyebabkan mereke meninggal duania. 2) KESAN KEPADA IBU BAYI sewaktu mereka melahirkan anak, mereka tidak ada dalam keadan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, ia pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Kebanyakan mereka melahirkan anak dengan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang semestinya salah dari segi undang-undang, agama dan Negara. 3) KESAN KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN. Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi kekeluargaan itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Apa yang mereka bimbang adalah jiran sekeliling mereka yang memandang serong dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ia berlaku apabila ibu bapa

remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesame sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. 4) KESAN KEPADA MASYARAKAT Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku. Mayarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsun telah menimbulkan persepsi orang luar tentang masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini daripada berlaku. 5) KESAN KEPADA NEGARA Tidak dapat dinafikan juga pembuanagn bayi memberi kesan yang sangat besar kepada Negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah Negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi Negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, pembelanjaan kerajaan turut menigkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan dirumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

Isu Penderaan Kanak-Kanak Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga [Link] tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-

kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes.

Justeru, kita perlu bertindak segera untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum berlarutan. Semua pihak perlu berganding bahu menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara kita. Hanya keluarga yang bahagia dan harmoni mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang dan hebat.

Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita mengenai nilai kekeluargaan sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti kita idamkan supaya kita lebih bersedia untuk menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.

Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat

Gangsterisme

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

Faktor Penyebab Gengsterisme

a) Institusi Kekeluargaan Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

b) Pengaruh Rakan-Rakan akan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

c) Media Massa Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi role model bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti

melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

d) Didikan Agama Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan ini.

Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme a) Peranan Ibu Bapa b) Peranan Sekolah c) Peranan Masyarakat d) Peranan Media

Masalah Rempit

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di

Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

PUNCA-PUNCA 1. perasaan ingin mencuba 2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa 3. kurang kasih sayang keluarga 4. pengaruh kawan-kawan 5. mengisi masa lapang/senggang 6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk 7. mendapatkan habuan atau ganjaran 8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah 9. pengaruh filem atau cerita 10. tanda protes

Sumber Maklumat Akhbar-akhbar Utama, Bernama, Wikipedia, Portal Komuniti Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi [Link]

Pelacuran
Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigglo.

Di Malaysia, pelacuran Warga asing dari China, Indonesia, Rusia, Uzbekistan, Thailand dan seumpamanya menjadi umpan mereka untuk menarik [Link] waktu yang

sama pengusaha dan pemilik spa dan pusat urut menjadi mewah.

Atas alasan desakan hidup dan ingin membiayai kos pengajian menyebabkan ada segelintir pelajat di IPT terjerumus dalam kancah hina [Link] juga disebabkan pernah terpedaya dengan kekasih,pernah terlanjur makan mereka menjadi ketagih seks,jalan mudah mereka melacur diri.

Namun ada yang sengaja memilih jalan ini untuk hidup mewah dan [Link] rupa paras yang jelita memudahkan mereka mencari [Link] ini perniagaan berlandaskan nafsu seks ini begitu [Link] hari dalam media massa dipaparkan pusat-pusat urut dan spa yang diserbu akibat menyalahgunakan permit. Pengusaha spa dan pusat urut tidak berniaga sepertimana yang tertera dalam permit perniagaan sebaliknya berselindung di sebalik permit untuk melakukan kegiatan pelacuran.

Pihak berkuasa hendaklah sentiasa memantau premis-premis yang menjalankan aktiviti spa dan rumah urut. Pihak berkuasa juga hendaklah menjalankan aktiviti mengempurkan sarang perlacuran bagi membendung masalah pelacuran di Malaysia.

Penyalahgunaan Dadah

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada [Link] dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Punca Penyalahgunaan Dadah


Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah: 1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. 2. Pengaruh Rakan Sebaya

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan [Link] ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa. 3. Tekanan / Depressi

Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. 4. Kurang Pendidikan Ugama

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana

ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina. 5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik

Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya. Kerana keporak perandaan rumahtangga. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

1. Kerana ingin tahu . 2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba . 3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah . 4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan . 5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .

6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) . 7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan . 8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) . 9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu : a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan. b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Resah, gelisah Prestasi kerja atau akademik yang merosot Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian Perubahan emosi secara tiba-tiba Bercakap merepek Mengabaikan penampilan diri Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain Kelihatan letih, penat dan mamai
KESAN PENGAMBILAN DADAH i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah.

Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:''...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka '. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya : ' Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya '. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh. iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara. iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya, hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan. Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana berada dalam keadaan serba salah. v. Dadah Membunuh Diri Sendiri : Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh membawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Anam ayat 151 bermaksud :' dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak.' Kesan Buruk Najis Dadah :-

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). 2. Mengakibatkan kematian mengejut. 3. Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan. 4. Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakan alat suntikan yang kotor. Kesan kepada wanita mengandung :-

1. Keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan. 2. Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

3. Melemahkan aktiviti otak terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.

Akibat Penyalahgunaan Dadah


1. Akibat ke atas penagih Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagihpenagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

2. Akibat ke atas keluarga penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku. 3. Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah 4. Akibat ke atas negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi; kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah; kos bagi menyelenggara program-program pencegahan; kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya; kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa. Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada : untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung; untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara; Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas.

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENAGIH


1. Kesan fizikal Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu, keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan mengalami penurunan secara mendadak. 2. Kesan mental dan emosi Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami gian iaitu ketagihan dadah, hidung berair,

perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan gian penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. 3. Kesan sosial Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam keluarga.
Sumber: PENGASIH AADK Dicatat oleh dragonball di 7:17 PTG
'Gangster' ialah sebutan kepada sekumpulan orang yang melakukan kegiatan jenayah secara berkumpulan. . Gangster bertindak atas sebab wang dan kekayaan. . Contohnya: Gang Mamak, Mafia, . Mereka ini sering digambarkan sebagai berwajah buruk dan badan berbau.. namun hakikatnya mereka ini berwajah biasa-biasa sahaja dan ada yang gaya hidup penuh kemewahan.. dikelilingi oleh wanita cantik dan kereta mewah. . Mereka melakukan jenayah secara terancang, teliti dan canggih. . Meliputi kegiatan penyeludupan dadah.. senjata... wanita... nuklir... . Berupaya mengugut pihak berkuasa dan ahli politik. . Mangsa mereka adalah pelanggan mereka. . . Gangster ini juga bermusuhan dengan kumpulan gangster lain dan adakala berkawan. . . . Kalau melakukan seorang diri, ini disebut sebagai penyagak...

Maksud gengsterisme ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut

barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.

KENAPA TERJADINYA GANGSTERISME???

a) MASALAH KELUARGA : Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekalan kehidupan dewasa kelak sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamik. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan arah panduan hidup mereka. Maka, lahirlah personalitiremaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang negatif. b) RAKAN SEBAYA : Rakan sebaya banyak mempengaruhi remaja terutamanya kepada pelajarpelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. c) MEDIA MASSA : Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Di tambah pula dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang ini yang semakin canggih, bahan-bahan tontonan yang negatif mudah didapati daripada internet. Paparan adeganadegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Cerita-cerita di televisyen yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul juga akan membawa kesan negatif kepada golongan remaja. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem-filem bermutu rendah yang

ditayangkan di stesen-stesen televisyen dan menjadi pemangkin kepada lahirnya budaya gangsterisme(samseng), dan sebagainya. Tidak hairanlah jika kes-kes juvana di negara kita meningkat tahun demi tahun. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. d) PERSEKITARAN : Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gangsterisme. e) DIDIKAN AGAMA : Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.

Punca: 1)masalah keluarga 2)Pengaruh Media 3)pengaruh rakansebaya Kesan: 1)memberi kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli ahli gangster sentiasa melakukan salah laku yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2)sesebuah keluarga kehilangan seorang ahli dalamnya. 3)Menjatuhkan imej keluarga..
Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya. Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar

mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009. Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.

Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

Isu Gengsterisme
SECARA umum, gengsterisme adalah fahaman ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng. Ia menjadi ikutan remaja dan pelajar sekolah melalui perbuatan dan tingkah [Link] kajian psikologi, remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti kumpulan yang mempunyai bentuk perlakuan berbeza dan mampu menarik perhatian orang ramai. Mereka mudah terbabit dengan kumpulan gengsterisme, buli, kumpulan Punk, Black Metal, Mat Rempit dan sebagainya. Terbaru, kes pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Mohd Hadzrin Mohamad, 16, yang dipercayai dibelasah 24 suspek berusia 16 hingga 18 tahun hingga meninggal dunia mengejutkan orang ramai, terutama ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah. Kementerian Pelajaran menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menyiasat kes itu, di samping siasatan [Link] hal ini, kementerian memandang serius dan akan menyiasat punca kejadian itu melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin [Link], Datuk Seri Hishammudin Hussein, berkata dalam perkara membabitkan disiplin pelajar, kementerian tidak akan berkompromi. Katanya, bagi aspek keselamatan infrastruktur sekolah, ia memang dalam tanggungjawab kementerian, tetapi persoalan sikap dan tingkah laku pelajar di luar sekolah sukar hendak [Link], pada masa ini, ada 5 juta pelajar di lebih 10,000 sekolah dan 385,000 guru. Angka yang besar ini menyebabkan kementerian sukar dan tidak mampu mengawasi mereka [Link] pelajar mengebom kereta dengan bom petrol di Alor Star juga tidak harus dipandang ringan, berikutan tindakan guru disiplin merotan pelajar melanggar peraturan ketika sesi persekolahan. Banyak faktor mengapa unsur gengsterisme mudah mempengaruhi pelajar. Antaranya, pengaruh filem dan drama dari Barat yang memaparkan unsur ganas dan kejam. Selain itu, pendek akal dan lemah daya fikir juga punca pelajar terbabit dalam gengsterisme. Pengaruh unsur di atas bukan sahaja berlaku dari aspek gaya hidup, teknologi dan material, malah nilai moral juga nampaknya semakin terhakis dengan gaya kehidupan moden. Kurangnya perhatian ibu bapa, selain keruntuhan institusi keluarga menyebabkan remaja mencari jalan

keluar dan mencuba penyelesaian [Link] tidak menyedari perbuatan mereka mengundang padah dan menggelapkan masa [Link] mendapati kebanyakan kes jenayah dan gengsterisme wujud akibat keluarga bermasalah yang mungkin disebabkan perceraian, ibu atau bapa meninggalkan keluarga atau keluarga terabai. Ia juga membuktikan pelajar terbabit dengan jenayah dan gengsterisme adalah di kalangan mereka yang bermasalah, tidak berdisiplin, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran, ponteng dan mempunyai kumpulan tertentu di luar sekolah. Pengaruh media cetak dan elektronik yang sukar dikawal pengedarannya memberi pengaruh negatif kepada pelajar dan [Link] itu, pengaruh material dalam kehidupan harian dan kebebasan bertindak di kalangan remaja, pengaruh rakan sebaya juga sebilangan kecilnya menjurus kepada pembentukan kumpulan samseng dan gengsterisme di kawasan sekolah. Kegiatan gengsterisme remaja seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu pengetua, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu [Link] ini penting bagi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di [Link] sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin pelajar peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran sekolah bagi memantau kegiatan gangsterisme. Pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin. Menurutnya, guru masih menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran lama, begitu juga cara menangani kes disiplin di sekolah. Perubahan perlu dilakukan membabitkan amalan baru yang berwawasan perubahan budaya iaitu perubahan sikap, nilai dan kepercayaan terhadap persekolahan. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud, Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah itulah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Apa yang lebih penting, pelajar lemah dan bermasalah dalam disiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan pelajar lain di [Link] manusia berbudi luhur adalah asas pendidikan bagi membangunkan [Link] tanggungjawab semua pihak untuk mengatasi masalah gengsterisme di kalangan pelajar dan remaja di sekolah.

PERBINCANGAN MENGENAI ISU GENGSTERISME

Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan gejala salah laku dalam kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin pada peringkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini kes pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap

sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi, tetapi yangmenanggung kesannya ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini, antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh metarialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknyapengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasanFelda, Felcra serta kawasan-kawasan perkampungan. Senario ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan prosespengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guruguru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara, gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya. Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktor- faktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agamaoleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Masalah ini bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di rumah, maka anakanak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet,gaya hidup

yang mengejar keseronokan dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulankumpulan samseng atau gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.
NASIONAL Isu gengsterisme perlu dilihat secara holistik 13/08/2012 - 08:28:56 AM Cetak Emel Kawan Tweet KUALA LUMPUR: Isu gengsterisme membabitkan pelajar perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari sekolah atau elemen luar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini kerana wujud kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar. Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu melihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme)... mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah, katanya selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini, semalam. Pada 26 Julai lalu, tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai di Ampang, cedera apabila dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap di depan sekolah mereka kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mahu pulang, apabila enggan menyerahkan sejumlah wang yang diminta kumpulan itu.

Akhbar semalam pula melaporkan polis mengenal pasti tujuh lelaki anggota kumpulan kongsi gelap berusia 25 hingga 30 tahun yang bergiat aktif merekrut pelajar sekolah untuk menjadi ahli kumpulan mereka di sekitar Ampang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Berita Harian meminta semua pengetua mengambil tindakan proaktif bagi mengekang sebarang anasir yang membahayakan keselamatan pelajar atau mengganggu ketenteraman sekolah.

Sekiranya dikesan wujud gejala sedemikian, beliau menegaskan, laporan polis perlu dibuat segera melalui pegawai perhubungan polis yang sudah dilantik untuk setiap sekolah.

Pada masa sama, pihak sekolah juga perlu memantau persekitaran di luar pagar sekolah demi memastikan keselamatan pelajar. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran memberi amaran bahawa tindakan tegas, termasuk boleh dibuang sekolah, akan diambil terhadap pelajar yang terbabit anasir jahat seperti kegiatan kongsi gelap, katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, pula menggesa polis segera bertindak menggempur kawasan panas kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti menjadikan pelajar sebagai sasaran rekrut baru kerana gejala itu dikhuatiri akan menjadi `duri dalam daging kepada sistem pendidikan negara.

Ibu bapa semakin cemas dengan gejala yang amat membimbangkan ini kerana seolaholah keselamatan pelajar sekolah tidak terjamin. Langkah `pemutihan kawasan panas itu perlu dilakukan dan pelajar terbabit harus dibantu dengan program pemulihan.

Kerjasama bersepadu untuk membanterasnya amat penting, malah polis yang berkepakaran menangani jenayah wajar memberi pendedahan kemahiran asas kepada guru bagi mengenal pasti kewujudan gejala samseng di kalangan pelajar sekolah mereka, katanya.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Kamarudin Md Ali, berpendapat beberapa kakitangan, terutama guru disiplin di sekolah yang dikenal pasti dalam kawasan panas kumpulan kongsi gelap, wajar dilatih sebagai polis sukarelawan untuk membantu menangani gejala gengsterisme yang membabitkan pelajar. Isu Gengsterisme di Sekolah Malaysia Author: Pra Universiti Kampus SMKG Keningau8/22/2009 06:35:00 AM Klik Untuk Kembali

PENGURUSAN PENDIDIKAN

CPM 1113

Tajuk :

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[Isu Gengsterisme di Sekolah Malaysia] Oleh: amein rahim ISI KANDUNGAN 01. Pendahuluan 1 02. Definisi Operasi 2 03. Persoalan 3 04. Sumber Aktivit Gengsterisme 4 05. Andaian dan Pendapat Awal Perlakuan Gengsterisme 6 06. Perbincangan 8 07. Cadangan dan Penyelesaian 10 08. Penutup 12 09. Rujukan 14 1.0 Pendahuluan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keparcayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Negara. Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan negara. Maksud yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara itu diterjemahkan ke dalam Misi Kementerian Pendidikan dan menjadi asas kepada usaha ke arah peningkatan dan pengukuhan sistem pen didikan negara bertaraf dunia. Fokus yang mendasari matlamat utama ini ialah pengembangan potensi pelajar pada tahap optimum. Matlamat utama pendidikan itu hanya boleh dicapai amat bergantung kepada wujudnya iklim sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat ini maka Kementerian Pendidikan sentiasa memberi penekanan kepada kepentingan pengukuhan disiplin pelajar dengan menyediakan berbagai-bagai panduan, peratuaran dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama semua

Jabatan Pendidikan Negeri dipastikan mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan berbentuk negatif. Pendekatan-pendekatan yang dibuat untuk melahirkan suasana kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Definisi Operasi 2.1 Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar. ([Link] Mohd Selleh, 1999). 2.2 Gengsterism di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang. (([Link] Mohd Selleh, 1999). Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, peringkat umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka. 2.3 Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling hormat menghormati, tolong menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina. 2.4 Moral merujuk kepada tingkah laku manusia yang berkaitan mengenai apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa yang kita harus buat dan apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana tingkahlaku mereka mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986) 2.5 Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderong untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk jika akhlaknya jahat. (Mohd Sulaiman Haji Yasin, 1992) 3.0 Persoalan Persoalan yang berkait dengan isu gengsterisme di sekolah amat banyak dan perlu kepada kajian untuk menyelesaikannya. Antaranya sebagaimana senarai berikut :3.1 Sejauhmana tahap kegiatan gengsterisme wujud di sekolah-sekolah di Malaysia. Adakah ianya merupakan gimit atau sememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh sekolahsekolah di Malaysia.

3.2 Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan kumpulan gengstrerisme. Apakah latarbelakang mereka. 3.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan kumpulan gengster di sekolah. 4.0 Sumber Aktivit Gengsterisme 4.1 Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut respon Pengetua dan Guru di sekolah seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancaman guru dan ceroboh. Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di sekolah mengikut respon Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut :- berkhalwat, intai murid perempuan, bawa bahan lucah, guna kata lucah dan lukis gambar lucah. 4.2 Majalah Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut :Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster

dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes 1997 1998 1999 Kes Samseng 107 77 85 Membakar Premis Sekoalah

6 19 10 Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)

4.3 Akhbar Akhbar-akhbar tempatan juga sring melaporkan tentang kejadian jenayah dan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Berdasarkan laporan di atas kita dapati bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah agak menyeluruh dalam pelbagai kegiatan. Ini merupakan satu fenomena yang kurang sehat terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di negara kita. Masalah serius atau tidak sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini. Penulis tidak akan menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas. Salah laku melawan guru termasuk mengugut, merosakkan harta benda guru sering berlaku. Baru-baru ini akhbar harian melaporkan tentang pencerobohan dan pembakaran bilik guru disiplin, mengancam guru dengan menghantar peluru hidup dan sebagainya. Apa yang mencemaskan kewujudan salah laku tersebut walaupun satu kes ia boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 5.0 Andaian dan Pendapat Awal Perlakuan Gengsterisme Pelbagai andaian dan faktor yang membawa kepada wujudnya aktiviti-aktiviti salah laku di kalangan pelajar dalam bentuk gengsterisme ini. Di antaranya boleh kita senaraikan sebagaimana berikut :5.1 Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah laku di atas merupakan mereka yang kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah. Ibu bapa yang bekerja tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak-anak dengan didikan agama yang sewajarnya. Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah. 5.2 Pengaruh media masa dan arus perdana globalisasi serta tamadun meterialistik masa kini amat banyak mencetus krisis nilai. Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran. Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di television secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajar-pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spritual. Menurut Prof. [Link] al-Qardhawi ( 1999 ) mengatakan bahawa kesan yang

paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan diri dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala yang antaranya berlaku dan mempengaruhi remaja-remaja kita yang cenderung untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah di sekolah yang akhirnya kewujudan kumpulan-kumpulan genster dalam pelbagai salah laku jenayah di sekolah pada hari ini. 5.3 Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster. 5.4 Pelajar-pelajar kemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan sebaya. 5.5 Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masingmasing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah. 5.6 Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi ahli kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajarpelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan samseng bergerak aktif. Di dalam pelbagai andaian dan faktor yang dibincangkan ini penulis ingin menumpukan kepada satu faktor sahaja yang merupakan asas atau punca kepada pelbagai faktor yang lain. Pada pendapat penulis faktor pertama iaitu pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di mana sahaja. Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk membina keperibadian dan syakhsiah individu berkenaan ke arah akhlak yang mulia. 6.0 Perbincangan Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin diperingkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang penig kepala ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini antaranya pengaruh

media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh meterialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anakanak di rumah dan lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolahsekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasan-kawasan perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya. Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun disebalik faktorfaktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktor-faktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Dalam konteks ini ia bukan sahaja terbatas kepada pelajarpelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar non-muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, meterialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau genster yang sering melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera. 7.0 Cadangan dan Penyelesaian 7.1 Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan menifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah.

7.2 Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga perbezaan di antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. ([Link], 1989) Oleh yang demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti gengsterisme. 7.3 Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. 7.4 Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. 7.5 Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. 7.6 Melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gengster dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar. 7.7 Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus mentukan bahawa

pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahliahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian. 8.0 Penutup Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbnagkan semua pihak. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan semua pihgak adalah penting dalam menangani isu ini supaya ia dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita. Rujukan : [Link] Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. [Link] al-Qurdhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi : Maktabah alQardhawi. Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman. Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi: UKM. Iheoma, E.O, The Role of Religion in Moral Education, Journal of Moral Education, Vol 15, no 2, May 1986. Majalah Massa, 5-11 Ogos 2000 Berita Harian, 13 Julai 2000

Perbezaan dan persamaan antara akhlak etika dan moral?


In: Indonesia, Malaysia [Edit categories]

Answer:
ETIKA Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia. Dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relative yakni dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman. II. MORAL Suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari ssifat peranlain, kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat di katakan benar, salah, baik, atau buruk. Jika pengertian etika dan moral tersebut dihubungkan satu dengan yang lainnya kita dapat mengatakan bahwa antara etika dan moral memiliki obyek yang sama yaitu sama-sama membahas tentang perbuatan manusia untuk selanjutnya di tentukan posisinya baik atau buruk. Namun demikian dalam hal etika dan moral memiliki perbedaan Dengan demikian tolak ukur yang di gunakan dalam moral untuk mengukur tingkah laku manusia adalah adat istiadat, kebiasaan, dan lainnya yang berlaku di masyarakat. Etika dan moral sama artinya tetapi dalam pemakaian sehari-hari Ada sedikit perbedaan. Moral di pakai untuk perbuatan yang sedang di nilai, sedangkan etika di pakai untuk system nilai yang Ada. III. AKHLAK Akhlak adalah pembahasan tentang perbuatan-perbuatan manusia, kemudian menetapkannya apakah perbuatan tersebut tegolong perbuatan yang baik atau perbuatan yang buruk atau berisi pembahasan dalam upaya mengenal tingkahlaku, kemudian memberikan hukum kepada perbuatan tersebut, yaitu apakah perbuatan tersebut tergolong baik atau buruk. Adapun 5 ciri yang terdapat dalam perbuatan akhlak adalah: 1. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam diri seseorang, sehingga telah menjadi kepribadiannya. 2. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan mudah dengan menggunakan tanpa pemikiran. 3. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang mengerjakannya, tanpa Ada paksaan atau tekanan dari luar (atas dasar dan keinginan diri sendiri) tanpa paksaan. 4. Perbuatan akhlak adalah perbutan yang di lakukan dengan sesungguhnya, bukan bermain-main atau karena bersandiwara. 5. Sejalan dengan ciri yang ke-4 perbuatan akhlak (khususnya anak yang baik) adalah perbuatan yang dilakukan karena ikhlas semata-mata karena Allah SWT, bukan karena di puji orang atau karena ingin mendapat suatu pujian.

Read more: [Link] moral#ixzz23OLkUr00

Etika dan Moral Dalam Ekonomi Dr, Amini Amir Abdullah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Dan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pengertian Etika, Moral Dan Akhlak Akhlak secara umum adalah sistem akhlak atau tingkahlaku manusia yang bersumberkan asas wahyu atau syarak. Moral itu didefinisikan sebagai ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan

(kelakuan, kewajiban dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik atau buruk sesuatu akhlak... berkaitan dengan apa yang betul atau adil.[1] Moral secara umumnya dapat dikatakan sebagai satu cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan ataupun tingkah laku.[2]Moral itu dikatakan subjektif sifatnya kerana ia berbeza dalam sesuatu budaya ataupun tamadun. Maksud etika pula ialah sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan sesuatu yang berautoriti. Kamus Dewan mendefinisikan etika sebagai 1. Ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral. 2. Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).[3] Moral biasanya disamaertikan dengan etika sepertimana pendapat yang dikemukakan oleh pemikir Barat antaranya Peter Badz dalam bukunya Ethics And Belief. Katanya, . . . Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara kedua-keduanya, sekalipun kita tidak selalu berjaya membezakannya. J.L. Mackie juga tidak membezakan antara moral dan etika sepertimana tulisannya di dalam buku Ethics and Investing Right and Wrong, iaitu :. . . Pernyata an moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu itu betul atau salah atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah dan ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan kecenderungan seseorang atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai pertimbangan moral.[4] Ringkasnya moral dan etika rata-ratanya memberikan pengertian yang serupa dan juga mempunyai bidang dan pendekatan kajian yang hampir sama. Sekiranya kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka moral dapatlah diertikan sebagai satu disiplin yang akan memberitahu kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu, sementara etika pula mengkaji dan menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. Pada pendapat penulis, etika adalah sama maknanya dengan akhlak dalam Bahasa Arab. Jadi ethic adalah merupakan terjemahan daripada B ahasa Arab yang bermaksud akhlak. Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah ethic dan akhlak adalah sama sahaja. Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang dikemukakan oleh Barat mengenai etika tidaklah sama dengan konsep akhlak Islam sama ada daripada segi teori atau praktikalnya. Oleh kerana tiada perkataan yang dapat diterjemahkan sebagai akhlak, maka penggunaan kalimah ethic digunakan. Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan Manusia Akhlak memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia. Akhlak adalah sumber tindak tanduk manusia yang membawa ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat dan menuju kepada keredaan Allah S.W.T. Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak perlu dipelajari dan dipraktikkan. Dengan mempelajari ilmu tersebut, ia membuka mata setiap insan tentang perbezaan yang besar di antara baik dan buruk. Ianya tidak akan memberi faedah jika kita tidak berkemahuan untuk melaksanakan ajaran-ajarannya dan tegahannya.[5] Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan manusia

dan apa sahaja daripada manusia itu sendiri, sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin : Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan sesuai dengan sifat itu. Islam adalah merupakan suatu ajaran yang baik dan benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya, dan untuk mencapai kehidupan yang baik dan sempurna. Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi sesuai dengan kepentingannya. Rasulallah s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memperbaiki akhlaknya sedangkan baginda tergolong di kalangan mereka yang terbaik akhlaknya. Di dalam doa baginda, Rasulallah s.a.w. berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. yang bermaksud: Tuhanku!, tunjukkanlah aku kepada akhlak yang pa ling baik kerana Engkau sajalah yang menunjukkan kepada akhlak yang paling baik. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk kerana Engkau sajalah yang menjauhkan dariku akhlak yang buruk. Allah S.W.T. telah memuji RasulNya Muhammad s.a.w. kerana akhlaknya yang baik. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Sesungguhnya engkau berbudi pekerti yang agung. [6] Allah S.W.T. memuji Rasulullah s.a.w. kerana baginda dapat memikul penderitaan yang ditimpa ke atas baginda oleh kaumnya sendiri lebih daripada apa yang dipikul oleh orang lain. Akhlak dan sifat Rasulallah s.a.w. menjadi pujian seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulallah suri tauladan yang baik bagimu iaitu bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingati (menyebut) nama Allah. Tujuan risalah (misi) Islam itu sendiri untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia, seperti yang disabdakan oleh Rasulallah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam telah mentakrifkan Addin dengan akhlak yang baik. Dalam sebuah hadis telah dinyatakan bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulallah s.a.w.: yang bermaksud: Apakah Addin itu? Sabda Rasulallah s.a.w., akhlak yang baik. Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa kedudukan akhlak dalam Islam sebagai Din yang diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Akhlak merupakan roh atau jiwa yang meresapi seluruh penghidupan manusia itu sendiri. Ketiga-tiganya bergabung dalam penghayatan seorang Muslim dalam erti kata bahawa keimanannya hendaklah direalisasikan dalam pengalaman syariat dan berpaksikan akhlak. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan neraca amalan kebaikan di akhirat kelak. Orang-orang beriman selalu mengutamakan akhlak yang baik. Dalam hadis diterangkan yang bermaksud: Ditanya orang, wahai Rasulallah!, Orang -orang mukmin yang mana yang paling baik dan utama?. Baginda menjawab: orang-orang yang akhlaknya paling baik. Dalam ajaran Islam mereka yang dikatakan berjaya memenangi kasih sayang Rasulallah dan mendapat satu kedudukan yang hampir dengan Rasulallah pada hari kiamat kelak ialah orang-orang yang beriman dan berakhlak baik. Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang jahat sangat saya kasihi dan yang terdekat padaku ma jlisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Akhlak yang baik merupakan syarat untuk menghindarkan diri daripada azab neraka. Akhlak yang baik lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat sunat yang lain seperti sembahyang dan puasa. Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya seseorang mukmin dapat mencapai dengan budi pekertinya yang baik darjat orang yang terus menerus berpuasa dan sembahyang malam. Dalam Islam akhlak adalah merupakan intipati segala ibadat. T anpa akhlak, ibadat hanyalah merupakan adat resam dan geraklaku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Orang mukmin yang kurang beribadat tetapi berakhlak baik akan mendapat

kemuliaan di hari akhirat kelak. Sabda Rasul Allah s.a.w. yang bermaksud : Denga n berakhlak baik, seseorang hamba Allah akan dapat mencapai di hari akhirat kelak tingkattingkat kemuliaan yang tinggi dan kedudukan-kedudukan yang mulia meskipun kurang ibadahnya. Dengan budi pekerti yang buruk ia akan sampai ke darjat yang paling rendah dalam neraka. Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak Islam tidak setakat dinyatakan prinsip dan garis panduannya melalui al-Quran, tetapi penghayatannya ditunjukkan secara praktikal melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah s.a.w. Sayyidatuna Aishah r.a. sewaktu ditanya tentang peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya yang bermaksud: Adalah Rasulallah s.a.w. akhlaknya ialah al-Quran.[7] Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak, sama ada memerintahkannya supaya berakhlak baik atau menegah daripada akhlak yang rendah atau keji. Di dalam al-Quran terdapat sebanyak seribu lima ratus empat (1054) ayat yang berkaitan dengan akhlak. Jumlah yang sebanyak ini meliputi hampir seperempat ayat-ayat al-Quran keseluruhannya. Oleh itu tidak dapat diragukan lagi dengan banyaknya ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akhlak bukan sahaja diturunkan di Mekah tetapi turut juga diturunkan di Madinah al-Munawwarah. 85 Oleh itu jelaslah bahawa akhlak adalah merupakan sesuatu yang penting pada pandangan Islam. Akhlak Islam menjiwai Tauhid dan pelaksanaan ubudiyyah terhadap Allah dengan secara yang sewajarnya. Ia juga terkandung dalam peruntukan undang-undang khusus dan terperinci mengatasi gagasan etika agama yang lain. Sebagai kesimpulan, akhlak dalam Islam tidak dapat dipisahkan dengan aqidah dan syarak. Bahkan akhlak itu sendiri menjadi penentu di tahap mana keimanan seseorang itu. Oleh itu amat wajarlah Islam meletakkan akhlak pada kedudukan yang istimewa dan tinggi. [1] Kamus Dewan Edisi Empat. [2] G.J. Warnock, The Object of Morality, Methuen Co. LTD., London, 1973, hal. 1-10. [3] Kamus Dewan Edisi Empat. [4] J.L. Mackie, Ethics: Investing Right And Wrong, Cox And Wynam LTD., Great Britain, 1971, hal. 9. [5] Abdul Jalil Hassan, Falsafah dan Pengetahuan Islam, Dewan Pustaka Dan Bahasa, Kuala Lumpur, 1973, hal. 34. [6] Al-Quran, Surah al-Qalam, ayat 4. [7] Imam Abi al-Hussin Muslim bin al-Hajjaj al-Qusairi (1981), Sahih Muslim, Juz 1, Darul Dakwah, Istanbul, 1981, hal. 512-513.

Mengatasi gengsterisme Muhasabah dan muafakat dalam tindakan


07/04/2004 Tidak kira di mana sahaja berada, para ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gengsterisme dan pemilikan pistol secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif.

Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya.

Kisah terkini yang menyambung dilema pendidikan negara dengan kematian seorang lagi pelajar Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan seolah-olah memberi satu lagi tekanan dalam menyelesaikan keadaan ini. pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras merupakan hasil terbaru kesan gejala yang tidak dapat dibendung sepenuhnya. Lebih parah lagi, sekolah agama kerajaan merupakan lokasi kejadian ini berlaku.

Para pelajar sekolah dikelompokkan kepada dua, kelompok kuat dan lemah. Sebagaimana kebiasaan yang lemah tiada tempat bergantung melainkan hanya mampu mengadu apabila ditindas yang kuat. Suasana sebegini berlaku sama ada di sekolah harian mahupun berasrama. Ketika ini kita perlu sekali lagi menilai keberkesanan sistem dalam mendidik hati para pelajar selain mempertingkatkan kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik serta persiapan kerjaya masa hadapan. Selagi rasa ego, senioriti, tuan-hamba berlegar dalam minda pelajar, selepas ini kita bakal melihat satu lagi pelajar menjadi ganti Muhammad Farid Ibrahim kepada kes yang mungkin dilupakan masyarakat sebulan dua ini. Terdahulu, hukuman merotan dilihat dapat membendung masalah gengsterisme di kalangan pelajar apabila cadangan ini diterima pakai dan disokong oleh banyak pihak. Kelihatan ia seperti satu cara yang berkesan kerana memberi kesan kepada pelajar. Tetapi, sejauh mana keberkesananya dapatkah ia dinilai melalui kajian atau angka-angka statistik salah laku di kalangan pelajar merupakan perkara penting untuk dilihat semula. Dunia moden banyak membawa kepada perubahan pemikiran manusia melalui limpahan maklumat serta pergaulan yang semakin luas sempadannya. Remaja sebagai pelajar abad ini semestinya berhadapan dengan perubahan tersebut yang mana mereka sedar dan sanggup meredah risiko atas perbuatan mereka. Sebagaimana dikongsi oleh rakan penulis pada zaman persekolahannya, pelajar yang dihukum rotan masih mampu tersenyum kerana apa yang dilakukan sudah dilaksanakan. Malah satu ketika, terdapat sekolah yang menjemput bapa pelajar sendiri untuk merotan anaknya di hadapan ribuan pelajar. Kesannya cukup mendalam, rasa malu dan terhina dengan hukuman sedemikian. Ia mungkin membantu membantutkan sikap samseng dan kurang ajar pelajar tetapi kita perlu mengambil kira bagaimana sikap pelajar-pelajar keseluruhan sebagai komuniti kecil yang turut menyaksikan dan mengetahuinya? Persoalannya, sama ada pelajar-pelajar

mempunyai sikap mengambil berat serta memberi sokongan dan melihat rakan yang dirotan dengan rasa simpati atau disambut pula dengan sindiran keras. Jika berlaku keadaan kedua, siapa pula bakal menanggung risiko baru seterusnya, guru yang menghukum, keluarga atau rakan-rakan yang menyindir?

Hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya. Pada 18 September 2003, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Arau, Mohd. Firdaus Abd. Rahim, 16 dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga terpaksa dibedah adalah serius dan kejam. Secara fizikal, ia kelihatan begitu dan dalam masa yang sama masyarakat turut bersifat kejam jika hanya terus menerus menyalahkan pelajar walhal gejala-gejala luaran dibiarkan menerobos masuk ke minda mereka.

Jauh daripada memastikan keselamatan sekolah dikawal melalui peraturan, hukuman dan amaran, kita perlu menyedari sekolah bukannya sahaja pusat mendidik para pelajar, mempersiapkan mereka dengan pelbagai jenis ilmu dan memastikan mereka dapat pergi jauh lagi dan membina kerjaya yang cemerlang, malah ia merupakan institusi moral dan budaya pelengkap kehidupan hari ini dan akan datang. Lebih penting lagi, sekolah berperanan secara tiga hala, mendidik murid, guru dan ibu-bapa sendiri.

Mesyuarat tahunan PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibu bapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah atau pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata, tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan ini dan mendidik ibu-bapa tentang fungsi sekolah yang sebenar, mendengar permasalahan guru-guru dan kehendak mereka untuk bekerjasama dengan keluarga murid serta dalam masa yang sama guru-guru yang berpengalaman perlu bersedia memberi saranan-saranan membantu pihak sekolah dalam proses pendidikan terus ke rumah pula.

Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Namun jika masih dengan idea-idea lama untuk mengatasi masalah-masalah baru yang timbul di kalangan pelajar yang silih berganti, seolah-olah meletakan institusi pendidikan di ambang maut. Islam meletakkan elemen kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan. Ia merupakan budaya dalam unit keluarga sehinggalah kepimpinan nasional. Al-Quran menyebut masyarakat di dalam surah Ali-Imran ayat dalam 159, Bermusyawarahlah urusan kamu dengan itu.

Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara yang membawa budaya buli dan pukul memukul. Sebagaimana berlaku di Jepun, seorang guru sekolah rendah berumur 46 tahun telah digantung kerja oleh Lembaga Pendidikan Bandar Fukuoka setelah didapati membuli anak muridnya berumur 9 tahun secara terus menerus dengan memegang kedua-dua belah telinga pelajar tersebut dan mengangkatnya serta

menariknya ke sana sini sambil memicit hidungnya. Apakah dalam setahun dua yang akan datang pelajar yang menjadi mangsa gurunya akan memperlakukan perkara yang sama terhadap pelajar-pelajar yang lain atau mungkin lebih daripada itu?

Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh guruguru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang dan kesabaran untuk mendidik.

Tradisi Islam meletakkan guru-guru sebagai jentera yang menggerakkan minda pelajar untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ibu bapa pula seharusnya mendukung usaha keras guru melalui sokongan moral dan sifat peka terhadap permasalahan serta cabaran dunia pendidikan hari ini. Koordinasi kerjasama guru dan ibu bapa adalah satusatunya cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jurang komunikasi interpersonal antara guru dan pelajar juga perlu diberi perhatian. Kita menyedari ada guru-guru yang berjaya menjalin hubungan baik dengan anak-anak didiknya sehingga suasana yang terbentuk sangat mesra dan harmoni, seolah-olah pelajar tersebut mempunyai keluarga kedua yang sangat memahami isi hatinya dan menjadi tempat rujukan dalam menghadapi

permasalahan remaja. Sebaliknya, hubungan renggang membawa kepada situasi pelajar melihat guru sebagai individu asing yang digajikan untuk menyampaikan ilmu mengikut sukatan dalam waktu yang diperuntukan dan hubungan setakat dalam sempadan sekolah. Terdapat empat kategori etika komunikasi guru dan murid. Pertama, guru hanya menyampaikan dan pelajar menjadi pendengar yang pasif. Mereka tidak dapat bertanya apabila mereka tidak faham. Demikian juga guru tidak mengetahui apakah pelajarannya dapat diikuti ataupun tidak. Melalui jenis hubungan ini, bahan pelajaran, dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Lebih buruk lagi apabila konsep komunikasi interpersonal sebegini meletakan pelajar dan guru sebagai objek berdasarkan status mereka tanpa sebarang ikatan peribadi sama sekali.

Kedua, komunikasi antara seorang murid dan seorang guru secara individual. Antara pelajar dan pelajar tiada hubungan. Pelajar tidak dapat berdiskusi dengan teman atau bertanya sesama sendiri. Nilai-nilai kerjasama dan ukhuwah tidak dapat dibentuk dalam diri pelajar sehingga lahirlah golongan yang mementingkan diri, manipulasi dan jurang antara pelajar yang berlainan latar kehidupan.

Ketiga, hubungan sehala antara murid dan guru ditambah dengan hubungan antara pelajar sahaja tanpa wujud suasana perbincangan dan persefahaman. Terakhir, hubungan komunikasi berangkai di mana pelajar dapat mengadakan hubungan yang tidak terbatas. Guru dapat mengetahui apakah pelajarannya dan bimbingannya dapat difahami dan diterima oleh pelajar. Perbincangan juga dapat mengupas sekecil-kecil perkara atau sebarang ketidakpuasan dalam pembelajaran, di antara guru dan pelajar malah konsep kerahsiaan individu mulai terbuka kesan daripada rasa kepercayaan dan amanah yang dipersetujui bersama sesuai dengan kehendak Islam menghormati hak individu.

Bergantung kepada seorang guru melihat etika komunikasi yang diikuti dan sejauhmana ia membantu pelajar dalam kehidupan sekolah dan sekitar.

Salah laku pelajar yang membudayakan nilai-nilai baru membahayakan ini adalah titik persoalan sama ada kita sebagai seorang guru, ibu atau ayah yang mewakili masyarakat keseluruhan bersedia duduk bersama memahami satu sama lain dan memperbaiki diri dan sama-sama bekerjasama demi memperbaiki keadaan hari ini.

Gengsterisme

Gengsterisme ialah individual yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau social secara berkumpulan yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak. Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja pada masa kini. Ia bukan sahaja menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Gejala ini perlu ditangani kerana akan mempengaruhi pembabitan pelajar dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah ponteng kelas,kekerasan,ketagihan alkohol dan kes rogol. Sejarah awal gengsterisme bermula dari penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. Punca-punca remaja terlibat dalam gengsterisme termasuklah kegagalan institusi kekeluargaan . Arus pemodenan yang semakin pesat di Malaysia menyebabkan rakyat amat mementingkan peningkatan taraf hidup. Sifat ibu bapa pada era moden ini lebih cenderung untuk mencari rezeki untuk mengumpul lebih banyak kekayaan dan bekerja di luar rumah, ini menyebabkan remaja terabai. Oleh itu remaja telah bergiat aktif dalam aktiviti gengsterisme untuk menarik perhatian ibu bapa mereka Selain itu , remaja mungkin juga berasal dari keluarga yang suka bertengkar, mabuk, dan judi menyebabkan anak-anak mereka mengalih kepada menyertai gengster. Pengaruh rakan-rakan juga merupakan punca berlakunya gengsterisme . Apabila remaja kekurangan kasih sayang ibu bapa, mereka akan menganggap rakan sebagai orang yang paling rapat dan akan mengikuti tingkah laku rakan. Kesilapan bergaul dengan rakan yang salah akan menyebabkan remaja terkeluar dari kehidupan yang normal malahan akan menarik mereka menjadi ahli kumpulan gengster. Remaja yang terlibat dalam gengsterisme masing-masing berpegang kepada ideologi kumpulan iaitu kesetiaan terhadap ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah seperti pergaduhan dan kewangan. Punca lain seperti media massa juga merupakan punca remaja terlibat dalam gengsterisme. Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan dalam media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi teladan bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya pada waktu yang sama ia juga boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah. Kawasan persekitaran dan tempat kediaman

yang tidak kondusif juga merupakan punca berlakunya gengsterisme Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan yang sikit boleh menyebabkan remaja berasa lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Selain itu, terdapat sesetengah kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ketua geng turut memberi kekuatan bergaduh kepada remaja di kawasan tersebut untuk memastikan mereka tidak diganggu oleh geng-geng yang lain.

Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakat dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatif kepada para pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan pertuturan yang kasar dan lain-lain. Tingkah laku kumpulan-kumpulan ini akan mengganggu proses pembelajaran dan perhatian pelajar yang lain dan melunturkan kualiti pengajaran guru-guru di sekolah. Kegagalan menangani masalah ini boleh menggagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara. Kesan yang lain seperti sekolah turut akan dijadikan pusat aktiviti gengsterisme. Penubuhan sekolah adalah bertujuan memberi pendidikan kepada pelajar, sebaliknya telah dijadikan pusat aktiviti gengster. Ahli-ahli gengster telah menjadikan sekolah sebagai pusat pengambilan ahli yang baru dan kegiatan social yang lain. Ahli-ahli gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajar lain dan menakutkan mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan ketiga ialah akan memberi impak negatif terhadap masyarakat. Gengstergengster ini berani melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkan telefon awam, merogol dan melumba motosikal secara haram. Gejala ini telah membimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.

Langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan gejala gengsterisme daripada berleluasa di kalangan remaja. Peranan ibu bapa merupakan antara langkah yang paling utama untuk mengurangkan gengsterisme. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Ibu bapa mestilah mangambil tahu aktiviti yang disertai oleh anak mereka di sekolah dan luar sekolah dan pada waktu yang sama, mengenali rakan anak mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka merasai kasih sayang iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan pentadbir sekolah. Langkah yang kedua ialah peranan sekolah. Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh menganjurkan kem kesedaran untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gengsterisme. Kokurikulum juga penting dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan unit

beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya serta mendisiplinkan pelajar. Langkah lain termasuklah peranan kerajaan. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengehadkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan mampu menyedarkan pelajar tentang bahayanya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Walaupun hukuman penjara tidak boleh menyelesaikan sepenuhnya kes yang berkaitan dengan gengsterisme ,tetapi sekurang-kurangnya hukuman ini boleh dijadikan sebagai salah satu alat kawalan untuk mengurangkan pembabitan pelajar dalam gejala tersebut . Kesimpulannya, remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosial dan politik bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat, keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas dari gejala gengsterisme. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras aktiviti negatif ini agar tidak berlarutan dan bertambah serius lagi.

Kejadian buli ataupun gengsterisme dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Pada pendapat anda, cadangkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. (PMR)
Kejadian buli ataupun kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar di negara ini mencatatkan kadar peratusan yang semakin tinggi sejak akhir-akhir ini. Media cetak dan media elektronik semakin kerap melaporkan kejadian seumpama ini. Kebanyakan kejadian ini membabitkan pelajar sekolah menengah. Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan dikhuatiri kejadian ini akan menyebabkan kejadian yang lebih buruk sehingga membabitkan kematian dalam kalangan mangsa yang terlibat. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Pada masa ini, setiap sekolah mempunyai kaunselor sepenuh masa yang bertugas mengikut waktu pejabat. Kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menangani masalah ini. Disebabkan kebanyakan pelajar yang terlibat dalam gejala ini merupakan pelajar yang bermasalah, kaunselor perlu memberikan khidmat nasihat dan memantau kegiatan pelajar yang terbabit. Pihak kaunselor perlu mengenal pasti masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian. Sekiranya kaunselor memainkan peranannya dengan berkesan, masalah ini pasti dengan mudah dapat diatasi. Selain itu, lembaga disiplin sekolah perlu juga memainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah tidak seharusnya membebankan tugas untuk mengatasi masalah ini kepada seseorang guru sahaja. Nama pelajar yang terbabit dengan kejadian buli ataupun gengsterisme perlu direkodkan selain diberikan amaran. Pelajar-pelajar yang terbabit secara berulang-ulang perlu dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti menggantung persekolahan mereka bagi jangka masa

tertentu. Hal ini pasti dapat menyedarkan pelajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka. Ibu bapa pula perlu mengawasi perbuatan dan tingkah laku anakanak mereka. Hal ini boleh dilakukan dengan mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini disebabkan kebanyakan kegiatan buli ataupun gengsterisme dilakukan secara berkumpulan dengan rakan sebaya mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menjadi mangsa buli perlu mengenal pasti tanda-tanda anak mereka menjadi mangsa. Hal ini kerana kebanyakan mangsa buli sering menyembunyikan perkara ini kerana takut akan pihak yang membuli mereka. Masyarakat juga mempunyai tanggungjawab untuk menangani masalah ini. Anggota masyarakat boleh bertindak dalam hal ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mereka perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah sekiranya dapat mengesan sebarang kegiatan membuli yang berlaku di luar dari kawasan sekolah. Sekiranya masyarakat mengambil tahu akan masalah ini, pelajar yang terbabit akan berasa takut untuk meneruskan kegiatan mereka kerana berasa setiap tindak-tanduk mereka diperhatikan oleh masyarakat. Sebagai kesimpulan, semua pihak perlu memainkan peranan masingmasing untuk menangani masalah ini. Kejadian ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Sekiranya hal ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya dikhuatiri gejala ini akan menjadi budaya yang diterima oleh pelajar sebagai suatu perkara yang biasa dalam kehidupan mereka. Hal ini sudah pasti akan mempengaruhi kehidupan mereka selepas menamatkan alam persekolahan nanti.

Karangan BM PMR - Gengsterisme di Sekolah


Isu gengsterisme kian menular di sekolah dan telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Sebagai pelajar prihatin, cadangkan usaha-usaha untuk menangani gejala gengsterisme di sekolah. Gejala gengsterisme berleluasa dan kian menular di sekolah. Isu gengsterisme ini telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat dan negara kita. Menurut Kamus Dewan, gengsterisme bermaksud kegiatan samseng dalam kalangan samseng. Memandangkan gejala ini bertambah serius, pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah memikirkan usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut. Salah satu langkah untuk membanteras gejala gengsterisme ini ialah pihak sekolah hendaklah memperketat usaha pemantauan dan penguatkuasaan peraturan sekolah. Guru sekolah haruslah mendapat kerjasama polis untuk mencegah masalah ini. Jika didapati ada murid yang terlibat dalam kes tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman yang setimpal. Pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala gengsterisme. Pada masa ini, murid-murid kurang mementingkan pendidikan yang tidak diambil kira dalam peperiksaan. Antaranya ialah Pendidikan Moral, Sivik, Pendidikan Agama dan sebagainya. Guru-guru dan ibu bapa perlu banyak

menyalurkan ilmu dan nilai murni dalam pendidikan kepada anak-anak didik. Disiplin ilmu yang diberikan akan membolehkan mereka lebih memahami keburukan gejala gengsterisme dan menjauhkan diri daripada aktiviti negatif tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga patut mengadakan kempen kesedaran, kempen motivasi dan pelbagai program. Maklumat yang terperinci tentang keburukan gejala gengsterisme hendaklah dibincangkan dalam kempen ini. Oleh hal yang demikian, kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan murid dan mengalakkan diri mereka supaya tidak terbabit dalam gejala ini. Pendek kata, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Kesungguhan dan kerjasama yang erat daripada pihak berkuasa, ibu bapa dan masyarakat amat memerlukan untuk menangani masalah gejala gengsterisme di negara kita.
Dalam era globalisasi ini, masalah gangsterisme seolah-olah semakin menular dikalangan masyarakat terutamanya bagi golangan [Link] yang dicapai negara pada hari ini menjadi tidak begitu mantap dengan wujudnya penularan gejala gangsterisme dikalangan [Link] gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golangan iaitu delinkuen dan [Link] bermaksud remaja yang bersekolah manakala devian pula merupakan golangan yang melanggar norma masyarakat [Link] Haslina Hassan(2000),beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golangan terdahulu dan aktivitinya diluar kawasan sekolah. Penularan gejala gangsterime mempunyai pelbagai faktor antaranya terdapat pengaruh rakan [Link] Artwater(1998) rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan [Link] yang sedemikian, membolehkan golangan ini menerima pelbagai pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara [Link] itu keakraban yang terjalin melalui rakan sebaya dapat membentuk norma seseorang dan seterusnya kelembah kehancuran ataupun [Link] itu, pemilihan rakan sebaya amat penting kepada segenap lapisan masyarakat kearah pembetukan masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang. Media massa juga tidak terlepas daripada faktor yang menyumbang penglibatan masyarakat kekancah gejala [Link] massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang [Link] media massa kearah penambahan golangan remaja terhadap gejala gangsterisme adalah melalui filem aksi yang ditayangkan,majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui [Link] media massa sangat mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat pada masa [Link] ini, menunjukkan peranan yang dimainkan media massa perlu diambil kira supaya pembentukan norma masyarakat dapat diperhalusi dan dipenuhi dengan pelbagai nilai estetika yang baik. Gejala gansterisme juga berpunca daripada pergolakan [Link] takrif antropologi kelurga merupakan satu unit kumpulan keluarga,manakala Frend(1953) mengatakan keluarga dirujuk sebagai kombinasi ibu,bapa,dan anak yang tinggal [Link] juga merupakan model penting kearah pembentukan norma [Link] institusi keluarga dapat memberi sumbangan besar kearah peningkatan gejala gangsterisme,contohnya di sekolah terdapat pelbagai masalah sosial dikalangan remaja termasuklah menjadi ahli gangster dengan melakukan pelbagai perlakuan jahat untuk kepentingan kumpulan gangster tersebut tanpa menghiraukan kesengsaraan orang

[Link] keluarga membolehkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme sebagai jalan kepada mereka melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka menjadi seronok seterusnya wujudlah penambahan ahli baru dalam gang [Link] sedemikian,menunjukkan gejala gangsterisme kian menjadi kebimbangan peneraju Negara untuk mencari penganti pada masa hadapan supaya dapat meneruskan perjuangan mereka memartabatkan negara seiring dengan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu,terdapat pelbagai langkah yang efisyen dapat dilaksanakan bagi menangani masalah penularan gejala gangsterisme ,antaranya pengwujudan rakan [Link] cop merupakan antara langkah yang dibuat melibatkan kerjasama daripada masyarakat bagi mengurangkan gejala gangsterime dikalangan [Link] langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisme akan menjadi mudah seterusnya pengurangan statistik gejala ini semakin [Link] berita harian pada 12 julai 2001 melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi pelajar dan remaja [Link] semakin meningkat sehingga kehari [Link], penyekatan terhadap gejala ini perlu dipandang serius supaya kepincangan negara dimasa hadapan tidak akan berlaku. Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan [Link] haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan [Link] pembaziran masa akan berlaku hanya kerana mengiginkan [Link] mengakibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat berlaku akhirnya penglibatan mereka terikut-ikut kearah perkara negatif seperti kumpulan gangster dan sebagainya,jika masih berleluasa maka masalah ini tidak akan berkurang. Langkah seterusnya adalah meminda Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan lagi hukuman kepada pesalah dibawah [Link] remaja pada hari ini adalah pada tahap membimbangkan kerana gejala samseng atau gangsterisme disekolah menengah diseluruh negara juga [Link] ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata berbahaya,contohnya Tee Kui Kat dibelasah ketika berada dikawasan sekolah ketika beliau berada ditingkatan 4 pada tahun [Link] ini, secara tidak langsung mengakibatkan ketakutan kepada pelajarpelajar kerana ketidakselamatan berada disekolah. Tuntasnya disini,gejala gangsterisme perlu ditangani dengan drastik terutamanya disekolah bagi golangan [Link] daripada ibu dan bapa serta penjaga amatlah perlu kerana mereka lebih rapat dan memahami kehendak dan tingkahlaku anak-anak [Link] itu,semua pihak haruslah berganding bahu menangani masalah gangsterisme dikalangan generasi kini supaya kestabilan serta ketamadunan Malaysia dapat dibentuk berdasarkan sahsiah dan kecemerlangan yang terpuji masyarakat seiring mengapai hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Bibliography Refleksi Pengenalan Isi kandungan

Common questions

Didukung oleh AI

Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja bebas melakukan perbuatan yang dilarang agama, seperti seks bebas dan penyalahgunaan dadah . Tanpa panduan agama, remaja rentan terhadap pengaruh negatif dari lingkungan dan media, yang dapat mengarah pada perilaku asosial dan gangguan moral .

Lingkungan modern yang menekankan materialisme dan kebebasan individu sering kali menyebabkan remaja merasa tertekan dan mencari pelarian, seperti penyalahgunaan dadah . Keterbatasan bimbingan spiritual dan akhlak membuat remaja mudah dipengaruhi oleh gaya hidup hedonistik dan mengabaikan nilai dasar kehidupan sosial yang positif .

Kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh orang tua di rumah adalah faktor utama yang mendorong pelajar terlibat dalam gengsterisme . Faktor ini diperparah dengan pengaruh rakan sebaya negatif dan media massa yang menyebarluaskan konten kekerasan dan perilaku tidak bermoral .

Media massa, dengan penyebaran konten yang tidak bermoral dan beretika, memberikan informasi yang dapat mengaburkan nilai-nilai moral pada remaja . Pengaruh film-film yang mengglorifikasi kekerasan dan seks bebas dapat mendorong perilaku gengsterisme di kalangan remaja . Media massa juga menampilkan gaya hidup materialistik yang dapat mengarah pada krisis nilai dan keruntuhan akhlak .

Rakan sebaya sangat mempengaruhi perilaku remaja karena mereka menghabiskan waktu bersama dalam lingkungan sosial yang sama . Jika teman sebaya terlibat dalam aktivitas negatif seperti pengambilan dadah, remaja cenderung mengikuti tindakan serupa untuk menyesuaikan diri dengan kelompok . Kekurangan bimbingan dari orang tua dan pengaruh buruk dari teman sebaya dapat menjadikan remaja lebih mudah terjerumus dalam perilaku negatif .

Mengatasi masalah gengsterisme memerlukan pendekatan pendidikan yang holistik, yang melibatkan penguatan nilai-nilai moral dan disiplin melalui kolaborasi erat antara sekolah dan keluarga . Program pendidikan karakter, penegakan lebih ketat peraturan disiplin, serta keterlibatan aktif orang tua dalam pendidikan anak dapat mengurangi pengaruh gengsterisme .

Kebijakan pendidikan saat ini sering kali dianggap tidak cukup efektif dalam menangani masalah disiplin dan gengsterisme karena kurangnya fokus pada nilai-nilai moral dan etika dalam kurikulum . Tanpa pendekatan yang lebih strategis dan pencegahan berbasis nilai agama serta keterlibatan aktif komunitas, kebijakan tersebut kurang efektif dalam menekan kasus gengsterisme .

Perlanggaran disiplin di sekolah luar bandar dipengaruhi oleh kurangnya perhatian dan bimbingan agama dari orang tua serta pengaruh negatif media massa dan urbanisasi . Lingkungan kurang harmonis dan materialisme yang semakin meningkat juga berkontribusi pada tindakan indisipliner di kalangan pelajar .

Kurangnya perhatian orang tua menyebabkan remaja mencari jalan keluar atau kompensasi emosional dari sumber lain, seperti rekan sebaya yang salah dan penyalahgunaan dadah . Tekanan dari harapan akademis yang tinggi dan kurangnya waktu luang membuat remaja rentan terhadap penyalahgunaan dadah sebagai bentuk pelarian .

Pencegahan dini, seperti pendidikan seks dan nilai moral di sekolah dan dalam keluarga, memainkan peran penting dalam mengurangi masalah pembuangan bayi . Langkah ini perlu melibatkan peran orang tua, guru, dan tokoh masyarakat dalam memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai akibat dari pergaulan bebas dan pentingnya menjaga kehormatan diri .

Anda mungkin juga menyukai