Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini
juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah. 1. Masalah Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanakkanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu CONTOH:masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. 3. Pengaruh Media Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca . Menurut Bandura, pada tahun 1986, Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. 4. Pengaruh Genetik atau Baka Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka. Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.
CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH 1. Murid yang berkelakuan nakal Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku. Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Tabiat
tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.
Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab behavioris. Guru, yang tidAk memberi pehatian terhadap anak-anak. Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal. Kelakuan mereka tidak pantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga tidak memberi amaran berulangkali. agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru tidak mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan. Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru. 2. Pengasingan Diri
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawankawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.