RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
KELAS/BIL
TARIKH/HARI/MINGGU 02.05.2023 SELASA TAHUN 3 / 2 ORANG
MURID
MATA PELAJARAN MATEMATIK PEMULIHAN MASA 8.30 PAGI – 9.30 PAGI
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
KUMPULAN
TEMA/TAJUK MASA DAN WAKTU
KEMAHIRAN
9. Masa Dan Waktu
PEMULIHAN
STANDARD
5.9 Penyelesaian Masalah
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 5.9.2 Menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu dalam situasi harian.
PENGETAHUAN SEDIA
ADA Murid sudah boleh menulis dan menyatakan waktu.
PAK21 ¨ Komunikasi ¨ Kolaboratif ¨ Kreatif ¨ Kritis ¨ Nilai
BAHAN BANTU
BELAJAR/BAHAN LCD, Laptop, lagu, slaid powerpoint, papan putih si comel, pen marker, lembaran kerja
BANTU MENGAJAR
Pada akhir PdP, murid berupaya: Pada akhir PdP, murid berupaya:
OBJEKTIF
1. Menyelesaikan masalah yang 1. Menyelesaikan masalah yang
PEMBELAJARAN
melibatkan waktu dalam situasi harian. melibatkan waktu dalam situasi harian.
1. Murid dapat 1. Murid dapat
KRITERIA KEJAYAAN menyelesaikan…..daripada….. menyelesaikan…..daripada…..
masalah yang melibatkan waktu masalah yang melibatkan waktu
dalam situasi harian. dalam situasi harian.
AKTIVITI Set Induksi ( 5 minit )
PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN 1. Guru menayangkan video tentang bagaimana menyelesaikan masalah yang melibatkan
(PdPc)
waktu dalam situasi harian.
2. Guru dan murid bersoal-jawab tentang video tersebut.
3. Guru memaparkan 1 gambar pada slaid powerpoint. (aktiviti bermain bola)
‘Gambar apakah ini?’
‘Bilakah kamu melakukan aktiviti ini?’
‘Pukul berapa?’
Langkah 1 ( 20 minit )
1. Guru memaparkan peta alir menggunakan slaid powerpoint.
2. Guru menerangkan beberapa aktiviti dan waktu yang sesuai serta tempoh masa yang
diperlukan untuk aktiviti selesai.
3. Guru membimbing murid melengkapkan peta alir menggunakan kad bergambar dan kad
waktu untuk menyelesaikan masalah harian seperti contoh dibawah:
‘Amir naik bas pukul 6.30 pagi. Dia sampai ke sekolah pukul tujuh pagi. Berapa tempoh masa
Perjalanan Amir ke sekolah?’
4. Murid menyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggunakan muka jam masing-
masing.
5. Hasil dapatan dibincangkan, langkah-langkah tadi diulang dengan memberi contoh
permasalahan lain.
Langkah 2 ( 20 minit )
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan.
2. Guru menyediakan 4 stesen.
3. Di setiap stesen, guru meletakkan 1 kad soalan dalam sampul surat bagi setiap kumpulan.
4. Di setiap stesen murid perlu lukiskan jarum jam dan jarum minit dan seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.
5. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan jawapan betul
terbanyak dikira sebagai pemenang.
Aktiviti Tambahan
1. Murid duduk berpasangan.
2. Guru mengedarkan sebuah muka jam, kad bergambar dan kad waktu kepada
setiap pasangan.
3. Murid diminta memadankan dan melekatkan kad waktu yang sesuai pada
gambar-gambar tersebut dan cuba menyelesaikan masalah seperti tempoh waktu
yang diperlukan oleh aktiviti sehingga selesai menggunakan muka jam.
Langkah 3 ( 10 minit )
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid mengikut kumpulan
2. Guru akan membimbing murid jika murid menghadapi masalah dalam menyelesaikan
lembaran kerja.
Penutup ( 5 Minit )
1. Guru menyoal murid secara lisan.
2. Murid yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diberikan ganjaran atau token.
3. Guru memberikan kerja rumah kepada murid.
REFLEKSI/IMPAK
_______________________________________________________________________ PdP ditangguhkan kerana:
_______________________________________________________________________ ¨ Mesyuarat/Kursus
¨ Program Sekolah
Kumpulan 1: ____/____ murid mencapai objektif ¨ Guru Pengiring
____/____ murid belum mencapai objektif ¨ Aktiviti Luar
Kumpulan 2: ____/____ murid mencapai objektif ¨ Cuti Rehat/Cuti Sakit
____/____ murid belum mencapai objektif ¨ Cuti Peristiwa/Cuti Am
¨ Cuti Bencana/Cuti Khas
TINDAKAN SUSULAN ¨ Lain-lain:
Tindakan susulan untuk mengatasi masalah murid:- ____________________
_______________________________________________________________________ ____________________