0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
0 tayangan10 halaman

PPT RBT T4

Dokumen ini adalah soal selidik yang terdiri daripada soalan pilihan berganda mengenai keselamatan dan amalan di dalam bengkel, serta proses dan komponen dalam projek eksperimental. Terdapat juga bahagian yang meminta pelajar untuk menyusun langkah-langkah dan melakar projek. Soalan-soalan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang topik berkaitan.

Diunggah oleh

Ololax
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
0 tayangan10 halaman

PPT RBT T4

Dokumen ini adalah soal selidik yang terdiri daripada soalan pilihan berganda mengenai keselamatan dan amalan di dalam bengkel, serta proses dan komponen dalam projek eksperimental. Terdapat juga bahagian yang meminta pelajar untuk menyusun langkah-langkah dan melakar projek. Soalan-soalan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang topik berkaitan.

Diunggah oleh

Ololax
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

BAHAGIAN A (30 MARKAH)

Arahan am : Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, D. Antaranya ada
jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul.

1. Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel?

A. Menceriakan bengkel.
B. Memudahkan melakukan kerja.
C. Mendatangkan kecelakaan kepada diri.
D. Mengelak berlakunya lecederaan dan kemalangan.

2. Berikut adalah amalan yang perlu dilakukan di dalam bengkel, kecuali ____________

A. Menggunakan alatan tangan dengan betul.


B. Mendapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.
C. Membiarkan alatan tangan di atas meja selepas digunakan.
D. Menyusun alatan tangan dan bahan kerja di atas meja dengan teratur di atas meja kerja.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel?

A. Sistem suria.
B. Sistem saliran air.
C. Sistem pengurusan bengkel.
D. Sistem pentadbiran bilik darjah.

4. Carta Peraturan Keselamatan hendaklah disediakan dan dipamerkan di dalam setiap bengkel
bagi tujuan ______________

A. Menceriakan bengkel.
B. Menggembirakan guru.
C. Mengingatkan murid.
D. Mengawasi murid.

5. Alat pemadam api perlu diletakkan di tempat yang ____________

A. Kotor.
B. Selamat.
C. Susah dilihat.
D. Jauh dari rumah.

1
Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah.

Fomen

Penolong Fomen

Ketua kumpulan.

6. Berdasarkan carta alir yang ditunjukkan di atas, siapakah yang mewakili tanda X tersebut?

A. Guru
B. Murid.
C. Guru Besar.
D. Ketua Fomen.

7. Apakah tugas seorang fomen di dalam bengkel?

A. Membantu guru bagi memastikan keadaan bengkel selamat dan teratur.


B. Membantu guru mengajar sekiranya guru bercuti.
C. Memastikan guru menggunakan peralatan dengan betul.
D. Menerangkan kepada murid tentang peraturan bengkel.

8. ________________ ialah alat untuk mengetat dan melonggarkan skru mata alur.

A. Pemutar skru Philip.


B. Kunci Allen.
C. Sepana hujung terbuka.
D. Pemutar skru mata rata.

9. Antara berikut, yang manakah bukan komponen kit model bas sekolah?

A. Kerangka.
B. Set roda penggerak.
C. Bateri.
D. Roda.

2
10. Motor memerlukan ____________ untuk menggerakkan gear pada kit model.

A. gandar.
B. suis.
C. gear.
D. tenaga elektrik.

11. Apakah alatan yang sesuai digunakan untuk memegang komponen kecil seperti skru kecil?

A. Playar muncung tirus.


B. Tukul warrington.
C. Sepana hujung terbuka.
D. Pemutar skru mata rata.

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Yang manakah antara berikut bahan pengikat yang digunakan bersama alatan tangan yang
ditunjukkan dalam rajah di atas?

A. Paku panel.
B. Nat.
C. Dawai kokot
D. Skru Philips

13. Komponen ini berfungsi untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik.

A. Suis.
B. Roda.
C. Gear.
D. Motor.

14. Bahagian ini digunakan sebagai tapak untuk meletekkan sel kering pada kit model.

A. Suis.
B. Roda.
C. Kerangka.
D. Gear.
3
15. Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid mestilah merujuk dan memahami
terlebih dahulu ________________ yang dibekalkan bagi setiap kit model.

A. manual.
B. kertas.
C. gambar.
D. kotak.

Soalan 16 dan 17 berdasarkan gambar di bawah.

16. Apakah yang sedang dilakukan oleh murid seperti gambar di atas?

A. Membuat kritikan projek eksperimental.


B. Membuat penilaian projek eksperimental.
C. Membuat persembahan projek.
D. Membuat penambahbaikan projek eksperimental.

17. Apakah perkara yang diceritakan semasa melakukan aktiviti seperti gambar di atas?

A. Cerita perihal keluarga.


B. Cerita masalah pembelajaran subjek RBT.
C. Cerita perkara berkaitan pembinaan projek eksperimental.
D. Cerita masalah-masalah yang dialami semasa membuat projek eksperimental.

18. Semasa penghasilan projek reka cipta, ________________ perlu dijadikan sumber rujukan
utama.

A. buku teks.
B. buku amali
C. manual projek
D. karangan cerita.

4
19. Pengujian kit model dilakukan bertujuan untuk memastikan kit model berfungsi secara
normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal,
_____________ haruslah dilakukan.

A. pembelian.
B. penyimpanan
C. kerosakan.
D. pembaikan.

20. Projek eksperimental ialah projek yang bersifat ____________ terhadap reka bentuk projek
sebenar.

A. kekal.
B. elok.
C. sempurna.
D. percubaan.

21. Setiap rekaan mempunyai reka bentuk tertentu. Untuk menghasilkan reka bentuk tersebut,
beberapa langkah perlu diikuti kecuali ____________________.

A. menyatakan masalah.
B. mengumpul wang.
C. menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran.
D. memilih lakaran terbaik.

22. Mengapakah lakaran projek perlu dibuat lebih daripada satu?

A. Untuk dibuat koleksi.


B. Untuk membazirkan kertas.
C. Untuk dijadikan hiasan bengkel.
D. Unutk memilih lakaran yang terbaik.

23. Proses merekodkan semua perkara atau maklumat berkaitan dengan projek eksperimental
yang dijalankan dikenali sebagai ______________.

A. manual.
B. dokumentasi.
C. eksperimen.
D. perekodan.

5
Soalan 24 berdasarkan rajah dibawah.

24. Apakah dua alatan tangan yang digunakan dalam rajah di atas?

A. Pemotong sisi dan apit G.


B. Gergaji putting dan apit G.
C. Gergaji tangan dan pengepit meja.
D. Pisau pemotong dan pengepit meja.

Soalan 25 berdasarkan rajah dibawah.

25. Apakah nama alatan di atas?

A. Penebuk sisi.
B. Gerudi tangan.
C. Gerudi mudah alih.
D. Gergaji rencong manual.

26. Berikut ialah tujuan jadual bertugas dihasilkan, kecuali ___________________.

A. supaya susun atur perabot dan alatan kemas dan teratur.


B. supaya mendapat pujian daripada guru.
C. supaya dapat belajar dengan selesa.
D. supaya bengkel sentiasa bersih.

6
27. Untuk menyambung kit model kereta, kita perlu merujuk _______________ untuk
mendapatkan pemasangan yang betul dan cepat.

A. buku teks.
B. buku aktiviti.
C. manual pemasangan.
D. manual penggunaan alatan tangan.

28. Komponen berikut terdapat pada kit model bas sekolah, kecuali _________________.

A. gear.
B. suis.
C. tali sawat.
D. motor.

29. Kit model kereta yang telah siap dipasang perlu _______________ untuk mengetahui sama
ada ianya berfungsi atau tidak.

A. diuji.
B. dipasang.
C. dihias.
D. dibuka.

30. Semasa menguji model jambatan yang dibina, Qaisara mendapati model tersebut tidak
mampu menahan beban yang diletakkan menyebabkan model tersebut roboh.

Apakah tindakan yang patut dibuat oleh Qaisara?

A. Memarahi rakan sekumpulannya.


B. Membina model jambatan yang baru.
C. Membuat baikpulih dan penambahbaikan.
D. Menukar kepada beban yang lebih ringan.

7
BAHAGIAN B

1. Susun semula proses membuat projek ekperimental mengikut urutan yang betul.

Membuat lakaran.

Membina projek.

Mengenalpasti masalah.

Memilih lakaran terbaik.

Menguji dan membuat penambahbaikan.

Menyediakan alatan dan bahan.

1. 2.

5. 4. 3.

6. 7. Membuat
pendokumentasian.

6 MARKAH

8
2. Lakarkan 2 lakaran jambatan kekal yang ingin kamu bina.

a) Lakaran 1

b) Lakaran 2

4 MARKAH

9
BAHAGIAN C
1. Nyatakan nama dan fungsi komponen yang terdapat dalam rajah di bawah.

BIL
GAMBAR KOMPONEN NAMA FUNGSI
.

1.

2.

3.

4.

5.

10 MARKAH
10

Anda mungkin juga menyukai