RAH: GAME STATION – TEMA PEKERJAAN
Tema: Pekerjaan
Tajuk Aktiviti: Game Station – Jom Kenali Pekerjaan
Sasaran: Kanak-kanak TASKA
Kaedah: Aktiviti berkumpulan / Station Rotation
Penglibatan: Semua kelas
Tempoh: Mengikut kesesuaian masa
BIDANG PEMBELAJARAN
Perkembangan Bahasa, Komunikasi & Literasi Awal
Perkembangan Fizikal
Perkembangan Kreativiti & Estetika
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi & Kerohanian
Perkembangan Kognitif
PENGETAHUAN SEDIA ADA KANAK-KANAK
Kanak-kanak telah mengetahui beberapa jenis pekerjaan seperti doktor,
chef, guru, bomba, polis dan mekanik serta pernah melihat atau mendengar
tentang tugas pekerjaan tersebut dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF
Pada akhir aktiviti, kanak-kanak dapat:
1. Melakonkan watak doktor dan melakukan aktiviti rawatan kepada
haiwan mainan dengan bimbingan pendidik.
2. Mencantumkan puzzle pekerjaan dengan betul.
3. Melakukan pergerakan fizikal seperti merangkak, melompat, menaiki
gelongsor dan membaling bola ke dalam jaring.
4. Menyediakan snek ringkas dengan menyapu sapuan pada roti
mengikut pilihan sendiri.
5. Mengamalkan sikap bekerjasama, menunggu giliran dan mematuhi
arahan semasa aktiviti.
BAHAN-BAHAN
Station 1 – Doctor 🩺
Anak patung haiwan
Pembalut luka
Set pretend play doktor
Alat-alat doktor mainan
Station 2 – Puzzle Pekerjaan 🧩
Puzzle doktor
Puzzle chef
Puzzle cikgu
Puzzle mekanik
Puzzle pelukis
Puzzle bomba
Puzzle askar
Puzzle polis
Station 3 – Fizikal 🏃🏻♀️
Gelongsor
Terowong permainan
Bola
Jaring DIY
Station 4 – Chef 👩🏻🍳
Topi Chef
Apron
Roti
Pisau plastik
Sapuan coklat
Jem strawberi
Jem blueberry
Pinggan
Plastik/pembungkus makanan
PERBENDAHARAAN KATA
Doktor, pesakit, sakit, rawat, pembalut, pekerjaan, chef, guru, bomba, polis,
askar, mekanik, pelukis, roti, sapu, jem, coklat, strawberi, blueberry, bola,
lompat, merangkak, gelongsor, jaring, giliran.
LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan menerangkan konsep Game
Station serta peraturan keselamatan.
2. Semua kelas dilepaskan secara serentak, tetapi setiap kelas akan
bermula di station yang berbeza.
3. Pendidik menerangkan aktiviti dan menunjukkan cara melakukan
setiap permainan sebelum aktiviti bermula.
4. Station Doctor: Kanak-kanak bermain peranan sebagai doktor
dengan merawat haiwan yang sakit menggunakan peralatan doktor
mainan dan pembalut luka.
5. Station Puzzle Pekerjaan: Kanak-kanak mencantumkan puzzle
gambar pekerjaan seperti doktor, chef, cikgu, mekanik, pelukis,
bomba, askar dan polis.
6. Station Fizikal: Kanak-kanak melakukan aktiviti secara bergilir
seperti menaiki gelongsor, merangkak melalui terowong, melompat
dalam gelung dan membaling bola ke dalam jaring dengan
pemantauan pendidik.
7. Station Chef: Kanak-kanak menyediakan snek ringkas dengan
menyapu pilihan sapuan coklat, jem strawberi atau jem blueberry pada
roti menggunakan pisau plastik.
8. Selepas masa yang ditetapkan, setiap kumpulan bergerak ke station
seterusnya secara teratur sehingga semua kanak-kanak melalui
keempat-empat station.
9. Pendidik memberi galakan, pujian dan membantu kanak-kanak yang
memerlukan bimbingan sepanjang aktiviti.
10. Aktiviti diakhiri dengan sesi ringkas bersama kanak-kanak
dengan bertanya tentang pekerjaan dan station yang paling mereka
gemari.
PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI BAHAN DAN PENGAJARAN
Menyediakan kad bergambar pekerjaan di setiap station untuk
membantu kanak-kanak memahami tugasan.
Menggunakan bahan yang bersaiz sesuai dan selamat untuk kanak-
kanak.
Menyediakan beberapa set puzzle supaya kanak-kanak tidak terlalu
lama menunggu giliran.
Menetapkan laluan pergerakan yang jelas di Station Fizikal bagi
mengelakkan perlanggaran.
Pendidik perlu memberi demonstrasi terlebih dahulu sebelum
kanak-kanak memulakan aktiviti.
Memberikan galakan kepada kanak-kanak yang kurang yakin untuk
mencuba.
Mengubah tahap kesukaran puzzle mengikut kebolehan dan umur
kanak-kanak.
Memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan diberi
perhatian di Station Chef.
Memastikan Station Fizikal sentiasa dipantau oleh pendidik dan kanak-
kanak melakukan aktiviti secara bergilir.