ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN..............................................................................2
2.0 PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN DISEKOLAH.........3
2.1 PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)...................3
2.2 MATLAMAT PROGRAM NILAM......................................................4
2.3 OBJEKTIF PROGRAM NILAM..........................................................4
2.4 KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM NILAM............5
3.0 KEBERKESANAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)...........6
3.1 KEMENJADIAN MURID BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN(FPK)..............................................................................6
3.2 KEMENJADIAN MURID BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU (FPG)......................................................................................... 7
4.0 KESIMPULAN..................................................................................8
5.0 RUJUKAN........................................................................................9
1.0 PENGENALAN
Membaca merupakan elemen penting kepada penjanaan budaya ilmu dan
pembinaan tamadun manusia. Melalui amalan pembacaan, manusia seolah-olah
mempunyai kunci untuk memperoleh kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. la
dapat melengkapkan ikhtiar hidup dalam mengatasi cabaran masa kini dan di masa
depan. Perkara ini adalah selari dengan penurunan kalimah Iqra' sebagai wahyu
pertama kerana membaca, berfikir dan menyelidik, merupakan aktiviti membangun
intelek manusia yang paling utama. Dalam kata yang lain, ilmu adalah perkara yang
penting bagi mewujudkan manusia yang berintelektual [Link] itu, menurut Zul
(2018), amalan membaca juga merupakan perkara yang amat penting dan perlu
diberikan perhatian yang [Link] ini demikian kerana,tabiat membaca ini
merupakan teras utama bagi negara yang cemerlang hasil daripada pemerolehan ilmu
dan tahap intelektual penduduk atau masyarakat di negara itu sendiri. Tambahan pula,
pada abad ke-21 ini juga masyarakat kini saling bersaing bagi merebutkan tempat atau
kedudukan serta untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang serba moden ini,
penggunaan ilmu amatlah penting untuk terus hidup maju ke depan. Hal ini kerana
manusia itu sendiri dibezakan bukanlah dari segi harta atau perbezaan warna kulit
namun perkara yang membezakan antara manusia dengan manusia yang lain adalah
merupakan ilmu di dada masing-masing. Disamping itu, statistik menyatakan bahawa
hanya 20% masyarakat di Malaysia yang rajin membaca [Link] yang mengambil
ringan soal membaca kerana mereka semua mempunyai rasa minat dan gemar untuk
[Link] kita tidak berusaha untuk memperoleh ilmu dari pembacaan maka cita-
cita kita tidak akan tercapai bak kata pepatah pengayuh sayang dibasahkan,sampan
tidak akan ke [Link] masyarakat juga kurang kesedaran terhadap
kepentingan amalan membaca ini.
Menurut Edura (2018), program yang menggalakkan tabiat membaca dalam
kalangan murid-murid di sekolah telah pun dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi. Ia
adalah satu langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu
untuk melestarikan amalan atau tabiat membaca ini. Program yang dimaksudkan
tersebut adalah merupakan program NILAM. NILAM membawa maksud ‘ Nadi Ilmu
Amalan Membaca ‘. Ia meliputi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang
diakhiri dengan pengiktirafan atau penghargaan yang bersesuaian. Program ini dengan
rasminya telah mula dilaksanakan pada tahun 1999 kepada murid tahun satu di sekolah
rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
2.0 PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN
DISEKOLAH
2.1 PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)
Terdapat pelbagai program yang telah dilakukan oleh pihak sekolah yang bertujuan
untuk menjamin kemenjadian murid-murid. Antara salah satu daripada program yang telah
dilaksanakan adalah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca iaitu lebih dikenali sebagai
program (NILAM). Menurut (Wan Zah et al., 2005), Program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) ini sebenarnya adalah satu program yang menggalakkan dan mendorong para
pelajar di sekolah untuk membaca secara berterusan dan sistematik di sepanjang tahun
untuk mencapai matlamat iaitu untuk melahirkan golongan yang dikenali sebagai ulat buku
ataupun pembaca yang tegar. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan amalan membaca
ini sebagai tabiat yang kekal pada diri para pelajar bukan hanya berfokus pada zaman
persekolahan sahaja namun ianya bertujuan untuk menggalakkan kita untuk membaca buku
sepanjang kehidupan kita bagi menggalakkan pemerolehan ilmu serta dapat
mengamalkannya untuk menjalani kehidupan hasil daripada amalan pembacaan tersebut.
Bukan itu sahaja, menurut (Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1998), program ini sebenarnya telah dianjurkan sejak tahun 1998 lagi oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini adalah bertujuan untuk mengajak atau
menggalakkan pihak sekolah untuk mencipta idea yang kreatif dan inovatif untuk
menerapkan amalan membaca dalam diri murid-murid.
Program ini telah dijalankan di sekolah-sekolah serta mendapat pelbagai aktiviti yang
mendorong murid untuk melakukan amalan atau tabiat membaca di sekolah. Bukan itu
sahaja, program ini juga dilaksanakan dengan adanya pemberian pengiktirafan atau
penghargaan terhadap murid yang berjaya mencapai tahap yang diinginkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan jumlah buku yang telah dibaca oleh
murid-murid tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti pembacaan yang digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti aktiviti Program Membaca Amalan SIhat
(MAS), Program Baca untuk Tingkat ilmu(BUKTI), Program Banyak Membaca, Kuiz Bestari
dan Khemah Membaca. Pada kebiasaanya, program atau aktiviti ini akan diadakan di
sekolah-sekolah yang mempunyai kesesuaian untuk diadakan program seperti ini yang
dilihat dari segi saiz, lokasi serta kemudahan infrastruktur di setiap Kawasan tersebut. Dari
sudut pengiktirafan atau penghargaan diatas pencapaian murid-murid dalam membaca pula,
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini telah dibahagikan kepada dua tahap.
Tahap pertama ialah Jauhari namun di tahap kedua pula ialah Rakan Pembaca. Pada
Tahap Jauhari ini, segala aktiviti bertujuan agar murid-murid dapat memupuk tabiat
membaca kendiri yang berterusan serta mendapat penguasaan kemahiran membaca. Pada
tahap Rakan Pembaca pula, ini adalah bertujuan berfokuskan terhadap kebolehan murid
untuk mengetuai dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Bukan itu sahaja
murid-murid yang terlibat dengan program NILAM di tahap ini juga perlu melaksanakan
aktiviti Rakan Pembaca sebagai contoh mereka perlu bercerita semula apa yang diceritakan
atau apa yang mereka peroleh daripada buku, apa perasaan mereka sebelum dan selepas
membaca buku tersebut serta membaca bersama setelah diberi panduan melalui bengkel
dan sesi tunjuk ajar.
Sepertimana kita tahu bahawa, program ini melibatkan semua pelajar Tahun Satu di
sekolah rendah serta pelajar Tingkatan Satu, sejak dari mula persekolahan mereka
sehinggalah tamat zaman persekolahan mereka itu. Tugas murid-murid ini adalah mereka
diminta untuk merekodkan jumlah pembacaan buku masing-masing dan rekod bacaan ini
perlu disahkan oleh guru mata pelajaran atau guru-guru lain. Saban tahun, guru yang telah
diberikan amanah dan telah dilantik oleh pihak pentadbir itu, mereka akan mencatatkan
bilangan buku yang telah dibaca oleh murid-mrudi dan membuat catatan ringkasan
berkaitan dengan bahan yang dibaca dalam buku rekod berkenaan. Makumat ini
dikumpulkan sehinggalah murid tersebut menamatkan zaman persekolahannya sebelum
pengiktirafan atau penghargaan NILAM ini diberikan. Sistem merekod bacaan murid,
pemarkahan dan pemberian ganjaran dikelolakan secara [Link] kata yang lain,
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini adalah selari dengan keinginan dasar
Kerajaan untuk memupuk, menggalakkan serta melahirkan golongan yang mempunyai
tabiat membaca yang berterusan di kalangan masyarakat negara ini.
2.2 MATLAMAT PROGRAM NILAM
Sebelum kita memulakan atau merancang sesuatu program atau aktiviti, sudah tentu
kita sudah mempunyai matlamat yang ingin kita capai. Hal ini adalah sama dengan Program
Nadi Ilmu Amalan membaca (NILAM) ini. Bagi matlamat atau sasaran yang diinginkan
daripada perlaksanaan program NILAM ini adalah supaya dapat membina tabiat atau
amalan untuk terus membaca dalam kalangan murid-murid sekolah. Hal ini demikian kerana
kita tahu bahawa amalan membaca ini semakin hari semakin mula ditinggalkan oleh
generasi muda. Kesannya, murid-murid atau generasi zaman kita akan mendapat kerugian
yang sangat besar kerana tidak mewarisi serta meninggalkan ilmu yang telah turunkan oleh
generasi dulu kepada generasi kini.
2.3 OBJEKTIF PROGRAM NILAM
Bukan itu sahaja, menurut Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan
Langkawi, program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini juga mempunyai objektif yang
tersendiri. Antaranya ialah untuk menjadikan murid-murid ini banyak melakukan amalan
pembacaan. Hal ini adalah demikian kerana kita tahu bahawa semakin banyak kita
melakukan pembacaan maka semakin banyaklah ilmu atau pengetahuan yang akan
diperoleh oleh pembaca. Oleh yang demikian, inilah sebab utama Kementerian Pelajaran
Malaysia ingin menerapkan amalan membaca dalam diri murid-murid ini supaya mereka
menjadi generasi yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Seterusnya adalah objektif yang
diinginkan daripada perlaksanaan Program Nilam ini juga adalah bertujuan untuk
menggalakkan terus menjana idea yang kreatif dan inovatif untuk memupuk amalan
membaca dalam diri murid. Selain itu, menurut Khairawati (2018), terdapat juga objektif
NILAM yang telah ditambahbaik sebagai contoh adalah bertujuan agar dapat melestarikan
budaya atau suasana yang sukakan pembacaan yang berkualiti sepanjang hayat dalam
kalangan kanak-kanak sekolah, mewujudkan murid-murid yang mampu untuk menjawab
persoalan yang menguji keupayaan menaakul serta agar murid-murid ini dapat membuat
penilaian menerusi aktiviti pengayaan. Secara amnya, hal ini akan mendorong penglibatan
semua warga sekolah/ komuniti tempat/ masyarakat pertubuhan kerajaan dan bukan
kerajaan (NGO) bagi perlaksanaan program serta dapat mewujudkan suasana atau amalan
membaca di kalangan murid-murid.
2.4 KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM
NILAM
Di dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini juga terdapat beberapa
komponen yang berkaitan. Menurut Syazwan (2018) Komponen yang pertama itu adalah
merupakan aktiviti membaca dan merekod bahan bacaan yang telah dijalankan. Pada
komponen yang pertama ini, murid-murid mestilah membaca buku yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan dan kemampuan mereka serta diakhir pembacaan tersebut
mereka juga perlulah mencatat beberapa maklumat penting berkaitan dengan buku yang
dibaca tersebut seperti nama pengarang, judul buku yang dibaca, bilangan muka surat,
penerbit dan sinopsis atau rumusan melalui peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam
buku rekod.
Selain itu, komponen yang seterusnya adalah komponen aktiviti mengesahkan rekod
yang telah dibuat serta membuat pengumpulan data. Pada komponen NILAM yang kedua ini
pula, tugas bagi guru-guru yang telah diamanahkan untuk menguruskan program berkaitan
nilam ini pula adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia
merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data yang telah direkodkan tersebut
hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber
Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan
murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan
berdekatan dengan sekolah tersebut untuk dihantarkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri
dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi komponen dalam NILAM yang terakhir adalah memberi pengiktirafan atau
penghargaan. Pada komponen yang terakhir ini pula, pihak sekolah dan semua peringkat
Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid
yang telah banyak melakukan pembacaan serta telahpun berusaha mengisi rekod bacaan
mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, contohnya dengan memberikan
buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah
dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
3.0 KEBERKESANAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA
(NILAM)
3.1 KEMENJADIAN MURID BERASASKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)
Daripada program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini terdapat beberapa
elemen berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen yang pertama
FPK yang terdapat dalam Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini menurut (Mo
Jo, t.t )adalah elemen usaha yang berterusan. Sebagai contoh, elemen usaha secara
berterusan ini kita boleh lihat kepada murid-murid yang menyertai dan ingin mendapat
anugerah penghargaan NILAM itu, mereka dari darjah 1 sehinggalah tamat persekolahan
iaitu di tahun enam, mereka sentiasa berusaha untuk membaca serta amalan membaca ini
sudah menjadi tabiat kepada diri murid-murid hasil daripada pembacaan yang berterusan.
Selain itu, elemen FPK dalam program NILAM yang seterusnya adalah elemen
mengembangkan potensi individu. Hal ini demikian kerana sekiranya seseorang itu banyak
melakukan pembacaan maka mereka akan mempunyai banyak perbendaharaan kata serta
ilmu pengetahuan . Dengan ini, secara tidak langsung ini juga akan dapat meningkatkan
kualiti untuk berkomunikasi dengan orang-orang disekeliling kerana individu tersebut juga
mempunyai sedikit sebanyak ilmu berkaitan sesuatu perkara.
Disamping itu, terdapat juga elemen FPK dalam menerusi program NILAM ini seperti
elemen mempunyai tahap moral yang tinggi. Hal ini sememangnya tidak dinafikan bahawa
dengan adanya program yang menggalakkan aktiviti membaca seperti program NILAM ini,
ia akan dapat meningkatkan moral dalam diri murid-murid. Sebagai contoh, apabila murid-
murid telah memperoleh dan memahami banyak ilmu dan pengetahuan ini, ini boleh
mendorong mereka untuk bersikap sopan dan lebih bertanggungjawab. Bukan itu sahaja,
dengan mempunyai ilmu hasil daripada amalan membaca tersebut, murid-murid ini juga
akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk dengan ini
ia akan melahirkan seoranag individu yang mempunyai mulia. Elemen FPK terakhir yang
ada pada program NILAM ini adalah supaya dapat melahirkan murid-murid yang boleh
menyumbangkan keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Khususnya kepada keharmonian dan kesejahteraan negara itu, apabila murid-murid
membaca dan memahami tentang sejarah awal dan pengorbanan-pengorbanan yang telah
dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air pada zaman dahulu, sudah tentu ini akan dapat
meningkatkan semangat kenegaraan, semangat cinta akan tanah air dan semangat untuk
memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini sendiri. Dengan ini juga, ianya
akan dapat melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai serta patuh kepada rukun
negara.
3.2 KEMENJADIAN MURID BERASASKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU (FPG)
Terdapat juga beberapa elemen Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam program
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ini. Elemen FPG yang pertama yang boleh dilihat
menerusi program NILAM ini adalah elemen perwatakan yang mulia. Hal ini juga ada dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana FPG ini sendiri adalah berdasarkan daripada FPK.
Sebagai contoh elemen perwatakan mulia menerusi program nilam adalah apabila guru
telah memahami apa yang diinginkan oleh FPG ini sudah tentu mereka akan memikul
tanggungjawab tersebut dengan mula bersikap lebih sopan dan lebih berdisiplin. Bukan itu
sahaja, guru juga akan menunjukkan contoh yang baik dengan menjauhkan diri daripada
perkara yang buruk . Dengan ini, murid-murid ini juga akan mula menjadikan guru-guru ini
sebagai contoh tauladan kepada mereka serta mereka juga akan turut menjauhkan diri serta
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia serta perkara yang boleh
mendatangkan mudarat kepada diri dan orang lain. Selain itu, elemen FPG yang seterusnya
melalui program NILAM ini adalah elemen berkomited dalam menegakkan aspirasi Negara.
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Guru ini ia akan melahirkan guru-guru yang bersikap
jujur, cekap , sentiasa memperbaiki diri serta guru-guru yang sentiasa patuh dengan
undang-undang. Dengan ini juga ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan
yang positif kepada keberkesanan kemenjadian murid kerana murid-murid ini juga akan turut
mengikuti sikap baik yang baik pada guru-guru ini terutamanya mewujudkan generasi yang
bersikap jujur dan bertanggungjawab. Elemen yang FPG yang terakhir yang didapati
menerusi program NILAM adalah elemen pembangunan individu dan pengekalan
masyarakat yang Bersatu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Dimana pada elemen FPG
guru adalah sebagai agen yang membawa kepada perubahan yang baik seperti
menggalakkan murid untuk bersikap hormat kepada budaya dan kehidupan yang harmoni.
Bukan itu sahaja, guru juga akan melahirkan rasa cinta akan ilmu pengetahuan dan kepada
pembelajaran kepada murid-murid.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita dapat ketahui bahawa amalan pembacaan ini amatlah penting
bagi perkembagan individu dari segi intektual, emosi, rohani dan sebagainya. Bukan itu
sahaja menerusi amalan pembacaan ini juga ia akan dapat mempengaruhi kemenjadian
murid kearah yang positif. Oleh yang demikian, semua pihak mestilah turut memainkan
peranan tidak hanya kepada guru sahaja untuk sama-sama melestarikan budaya membaca
di kalangan anak-anak yang masih kecil ini dan diharapkan supaya ini dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan .
5.0 RUJUKAN
Mo Jo. (t.t). Kerja Kursus Falsafah & Pendidikan Di Malaysia. p.
[Link]
AN_DI_MALAYSIA.
Kamaruddin, K. S. (14 April, 2018). Program Nadi Ilmu Amalan Membaca. Diakses daripada
[Link]
Pusat Sumber Sekolah. (n.d.). Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan
Langkawi. Diakses daripada [Link]
sumber-sekolah-pss/251-program-nilam
Syazwan. (18 April, 2018). Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul
Malek. Diakses daripada [Link]
Wan Zah Wan Ah, Fatimah Hashim, Ismail Sheikh Ahmad, Tamby Subahan Mohd Meerah,
Sali Zaliha Mustapha, Fattawi Mokhtar & Mohd Sohaimi Hashim. (2005). Kesan
Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid Dan Guru.
Jurnal Pendidikan, 40-42.