0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
18 tayangan36 halaman

Resipi Biskut Raya Pelbagai Jenis

Resepi tersebut memberikan ringkasan cara membuat berbagai jenis kue dan biskuit seperti biskut coklat, almond london, cornflakes coklat, dan pavlova. Bahan-bahan dan langkah-langkah pembuatannya dijelaskan secara rinci untuk memudahkan pembaca membuat kue-kue tersebut.

Diunggah oleh

eeny
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
18 tayangan36 halaman

Resipi Biskut Raya Pelbagai Jenis

Resepi tersebut memberikan ringkasan cara membuat berbagai jenis kue dan biskuit seperti biskut coklat, almond london, cornflakes coklat, dan pavlova. Bahan-bahan dan langkah-langkah pembuatannya dijelaskan secara rinci untuk memudahkan pembaca membuat kue-kue tersebut.

Diunggah oleh

eeny
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1)CHOC CHIP BISKUT bahan2 yang diperlukan 1 adunan (lebih kurang 100 pcs):

Bahan2 A(satukan dalam mixer bowl): 1 biji telur (dlm gambar rai guna 2 biji telur sebab buat 2 adunan) 3/4 cawan gula perang 3/4 cawan gula pasir 1 cawan butter(dilembutkan suhu bilik) 1 cawan minyak jagung 1 sudu besar susu segar 1 sudu besar esen vanilla

Bahan2 B (satukan semua): 4 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil cream of tartar (beli kat supermarket/kedai bahan2 bakery, dia dalam bentuk serbuk) 1 sudu kecil baking soda 1/2 cawan walnut cincang ( rai ganti dengan badam cincang yang dipanggang) 2 cawan choc chips (rai bubuh 3 cawan..[Link] nak banyak choc chip)

cara2 membuatnya: cara2 membuatnya:

1) Pukul bahan A hingga kembang

2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan2 B.....

3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.... kemudian rai rehatkan 1 jam dalam fridge... supaya adunan dia tak mencair masa bentuk2kan...

4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu...

5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven... rai bakar 15 minit je.. jangan panic kalau kuarkan dia mcm lembik sket ke pe tau.... biarkan dia sejuk sndri kat luar... nanti dia akan mengeras... =)

2)ALMOND LONDON
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla

50 gm serbuk badam (optional) 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 tsp baking powder 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang (utk hiasan) +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang 2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. 3. Masukkan serbuk badam, kacau 4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

3) Bahan A

125 gm butter 1/2 cwn brown sugar

1 cawan madu Bahan B


1 kotak cornflakes Nestle (500gm) 1 cwn kismis

1 cwn badam cincang panggang/gajus Hiasan


Mangkuk kertas kecil

Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil Cara-Cara 1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. 2. 3. 4. 5. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

4)CORNFLAKES COKLAT DENGAN BADAM RANGUP


BAHAN-BAHAN 200g cornflakes (ita beli kat kedai baking je 250g RM4) 50g almond strip (nak letak banyak pun boleh_lagi sedap) *oh ya... almond ni panggang @ sangai dulu sampai rangup 400g coklat masak sedikit coklat putih (untuk hiasan) CARA-CARA cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler (klu boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2) bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi gaul sampai semua bersalut & rata sudukan atas papercup dengan segera letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras baru hias dgn coklat putih

biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara dah siap.... mudahkan? *TIPS: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya...

Resepi Biskut Marble Shortbread

Bahan-bahan: 220gm mentega 70gm gula kastor 250gm tepung gandum 2 sudu makan tepung beras Bahan Coklat Marble:

200gm coklat masakan 1 sudu teh shortening 50gm coklat putih |untuk hiasan Cara memasak: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Gaulkan hingga menjadi adunan. 3. Tuangkan adunan ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit. Sejukkan. 4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening. 5. Tuangkan ke atas biskut dan ratakan. 6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.

apam polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )



3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar@susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa pewarna

Cara-cara

1. 2. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 4. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 5. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 6. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

7. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

resepi kek coklat nuanza bahan a: 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported) 1 3/4 cawan gula pasir 1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc) 1/2 sudu teh baking soda (satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan) bahan B: 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair 1 1/4 cawan air panas 2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar) (satukan semua bahan b ) cara: masukkan bahan B ke dalam bahan A.. gaul sebati sampai hilang ketul2.. boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci (loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) atau gunakan kertas minyak bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak adunan boleh juga dikukus

ok...utk resepi di atas, mcm yg aku bgtau, boleh di bakar atau di kukus..hanya guna resepi yg sama utk saiz cawan, aku gunakan cawan kopi yg biasa kita guna di rumah, xde pun cawan2 metrik khas utk baking.. dan gunakan cawan yg sama utk menyukat semua bahan...

sama spt sudu, aku hanya menyukat menggunakan sudu kfc je..tp penuhkan membumbung, jgn letak paras je.. utk serbuk koko, ni part yg penting utk hasil yg baik, bahan juga haruslah baik.. guna serbuk koko imported yg berkualiti cthnya van houten.. kalo biasa ke kedai bakery, biasa ada serbuk koko imported yg di pek semula x kisah le, janji serbuk koko yg elok.. dan utk resepi diatas, bg 1 cawan kek coklat, 3/4 cwn aku gunakan serbuk koko imported, manakala 1/4 lg aku gunakan serbuk koko hotam, atau dark cocoa powder atau ada juga kedai bakery yg malabelkan sbg oreo cocoa powder (bukan biskut oreo yg diblend ye..)- biasa cuma di jual di kedai bakery sahaja kalo x de cocoa powder hitam, memadai gunakan cocoa powder biasa shj...

puas mencari, x jumpa lak kek coklat yg aku belum letak toping cuma jumpa yg ni je... yg ni aku bakar dlm bekas aluminium 1 adunan td leh dpt 3 bekas ni sbb bekas ni kecil, so bakar selama 40-45 mnt shj atau hingga kek masak

ni selepas di letak ganache

Kek Batik

Bahan2 1 buku mentega 1 tin susu pekat 1 cawan milo cawan serbuk koko

4 biji telur kg biskut marie Cara2 1-Sapukan mentega dalam bekas/loyang (saya guna tupperware, senang nak simpan) 2-Patah2kan biskut marie 3-Campurkan milo, koko & susu pekat; gaul sebati (dalam bekas; untuk elak berketul2) 4-Lenserkan mentega dalam kuali 5-Tuangkan (3) ke dalam kuali. Kacau 6-Masukkan telur. Kacau hingga hampir kering 7-Masukkan biskut marie. Kacau rata 8-Angkat + masukkan ke dalam bekas 9-Tekan sepadat mungkin. Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dimakan (sekurangkurangnya 2 jam)

ReSePi : PaVLoVa DaN TuToRiaL


Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuatnya ada yg sedikit berbeza.. dan seperti biasa, aku akan buat cara mana yg paling mudah.. muehehhe.. yg mudah itu lg best membuatnya..

Okey.. jom intai cara aku buat.. aku tak la expert, tp amatur je.. maklumlah, aku dpt resepi pun dr blog masakan org lain.. pastu imagine sendiri cara nak buat berdasarkan resepi2 yg diorang bg tu.. Resepi asal aku ambik dr blog Kak Nani

Mari kita mulakan dgn bahan2 dulu :

~ Kita perlukan 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKANyg di simpan dlm peti ais tau..

~ Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..

~ 1 sudu besar tepung jagung ~ 1/2 sudu teh cuka makan ~ 1/2 sudu teh esen vanila

Tu je bhn2nya... mudah kannn.. bahan topping kat bwh kang aku citer.. baca sampai abis dulu arahan ni ye.. hehehe

Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. aku guna suhu 110 darjah celsius..

~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. kuning telor dgn kulit telor kita takmo.. ada pahammmm.. hehehe..

Kuning telor tu korang jgn buang lak.. leh masukkan dlm megi kari.. tak elok bazir2 ni.. kulit telor tu je yg korang buang... ok nexttttttt...

~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..

~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu.. nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..

~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit gitu..

Kalau ikut resepi asal, tepung jagung di masukkan bersama2 dgn cuka dan esen vanila.. tp aku derhaka jap, aku masukkan tepung jagung awal2... Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak..

Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..

~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td.. Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..

~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

Memandangkan aku nak buat size sedang2 je, makanya aku agihkan adunan kepada 2 bahagian.. hasilnya dptlah 2 biji pavlova..

Adunan ni sbnrnya utk buat satu biji pavlova je.. tp aku buat jd 2 bahagian sbb aku nak buat 2 layer pavlova.. utk korang lak, suka hati korang le nak buat mcm mana..

Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?

~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit.. Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum.. Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...

Bahan2 Topping :

~ Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni.. jgn beli sembarangan whipping cream tau.. tak semua whipping cream sesuai.. make sure beli jenis yg Non Dairy (bkn tenusu)..

Ada org dok tertanya2 apesal la whipping cream dia takmau kental2 walaupun dah lama dok putar.. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream..

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. aku beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku

putar..

~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.. blueberry ada, tp aku lupa lak nak taruk.. cehhhh...

Potong mengikut suka hati korang.. nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara2 Menghias :

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..

Di sbbkan aku buat 2 layer, layer pertama aku letak krim + buah2..

Lapis lagi dgn layer seterusnya..

Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang2 aje.. Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang2 je tau..

Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda.. siapppp... sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn.. mkn time krim dia sejuk2 lg sedapp.. kalo tak paham sila tanya.. kang sesat jalan kang..

Sebahagian yg dah di bedal..

Ni je lg tinggal.. mau langsai sok jugak ni.. hehehe..

Anda mungkin juga menyukai