0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
1 tayangan2 halaman

Skrip Rizki

Penceramah menyampaikan penghargaan kepada hadirin dan menjelaskan tentang papan pameran yang memaparkan hasil kerja pelajar dalam penulisan dan hafazan Al-Quran. Proses penulisan Al-Quran memerlukan komitmen tinggi dan waktu yang lama, serta menggunakan metode yang berkesan dari negara Arab. Papan pameran ini dihasilkan melalui kerjasama dua kumpulan dan bertujuan untuk menginspirasi generasi muda dalam menghargai dan menghafal Al-Quran.

Diunggah oleh

MAAHAD ALAZIZIYAH
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
1 tayangan2 halaman

Skrip Rizki

Penceramah menyampaikan penghargaan kepada hadirin dan menjelaskan tentang papan pameran yang memaparkan hasil kerja pelajar dalam penulisan dan hafazan Al-Quran. Proses penulisan Al-Quran memerlukan komitmen tinggi dan waktu yang lama, serta menggunakan metode yang berkesan dari negara Arab. Papan pameran ini dihasilkan melalui kerjasama dua kumpulan dan bertujuan untuk menginspirasi generasi muda dalam menghargai dan menghafal Al-Quran.

Diunggah oleh

MAAHAD ALAZIZIYAH
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,


Tuan-tuan Ahli Jabatan Agama,
Para VIP yang dihormati,
Serta tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir pada hari ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari ini.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan memberikan manfaat
daripada setiap langkah yang kita ambil dalam menuntut ilmu..

Pada kesempatan yang mulia ini, saya ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan
papan pameran (display board) yang telah disediakan dan dipamerkan kepada Tuan-
tuan dan Puan-puan. Papan pameran ini adalah hasil kerja keras dan usaha berterusan
daripada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar yang begitu komited dalam memperkaya
ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang penulisan dan hafazan Al-Quran.

Seperti yang kita semua sedia maklum, betapa besarnya rahmat Allah SWT yang telah
dikurniakan kepada kita. Melalui paparan ini, kita dapat melihat betapa pentingnya
Al-Quran sebagai panduan hidup kita semua. Menghafal dan menulis Al-Quran
bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan
ketabahan yang luar biasa. Ada yang memerlukan waktu 5 hingga 6 tahun untuk
menyempurnakan hafazan mereka, bahkan ada juga yang mengambil masa lebih
lama. Namun, dengan izin dan pertolongan Allah SWT, usaha tersebut tetap dapat
dicapai.

Di papan pameran ini, terdapat beberapa hasil tulisan tangan para pelajar kami, yang
terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa. Mereka telah melalui pelbagai
peringkat dalam proses penulisan Al-Quran. Di sekolah kami, terdapat beberapa
peringkat yang perlu dilalui oleh pelajar-pelajar dalam proses menulis Al-Quran,
iaitu:

Menulis di dalam buku.

Menulis di lawlah (sejenis papan kayu yang digunakan untuk latihan menulis
Al-Quran)

Menulis di mushaf – ini merupakan peringkat terakhir dan paling tinggi, di


mana pelajar akan menyiapkan sebuah mushaf Al-Quran yang ditulis dengan
tangan mereka sendiri.

Proses ini memerlukan masa kira-kira 2.5 tahun untuk menyelesaikan sebuah mushaf
yang sempurna. Kaedah yang digunakan dalam penulisan dan hafazan ini adalah
berdasarkan metode yang diterapkan di negara-negara Arab, seperti Sudan dan
Mauritania, yang telah terbukti berkesan dan melahirkan ramai huffaz dan ulama.

Bagi menghasilkan papan pameran ini yang amat besar, ia mengambil masa selama
seminggu. Apa yang Tuan-tuan dan Puan-puan lihat hari ini adalah hasil daripada dua
kumpulan kerja yang berkerjasama dengan penuh dedikasi. Kumpulan pertama adalah
Team Board, yang bertanggungjawab dalam perancangan dan struktur papan ini,
manakala kumpulan kedua adalah Team Tampal, yang bertugas menampal
keseluruhan ayat-ayat Al-Quran di papan ini.

Proses ini tidaklah mudah, kerana dalam perjalanan menghasilkan papan pameran ini,
kami telah diuji dengan ujian yang amat berat. Kami menghadapi ribut yang sangat
dahsyat, tetapi dengan izin Allah SWT, kami tetap berjaya menyelesaikan kerja ini.
Ketabahan dan semangat juang yang tinggi dari semu a pihak adalah kunci kejayaan
dalam menghasilkan papan pameran ini.

Antara perkara menarik yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan pertemuan antara
15 juzuk pertama dan 15 juzuk kedua dalam Al-Quran, yang bertemu di satu tempat
yang sangat istimewa, iaitu pada Surah Al-Kahfi, ayat ke-74, pada kalimah ‫ُنْكًر ا‬.
Huruf "Nun" mewakili 15 juzuk pertama, manakala huruf "Kaf" mewakili 15 juzuk
kedua. Subhanallah, ini adalah antara keindahan dan susunan Al-Quran yang sangat
menakjubkan. Ia bukan sahaja menunjukkan keindahan susunan ilmiah, tetapi juga
menjadi bukti kepada kebesaran dan kemukjizatan Al-Quran yang tiada tandingannya.

Al-Quran mula dibukukan pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu
‘Anhu, atas cadangan Sayyidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu, setelah
berlakunya satu peperangan yang mengakibatkan ramai para huffaz gugur syahid.
Bagi mengelakkan Al-Quran hilang daripada ingatan umat Islam, Zaid bin Thabit
Radhiyallahu ‘Anhu telah dilantik untuk mengumpulkan dan menulis Al-Quran,
sehingga terhasilnya sebuah mushaf yang menjadi rujukan kita hingga ke hari ini.

Selain itu, kita harus sedar bahawa setiap huruf, setiap ayat, dan setiap juzuk dalam
Al-Quran bukan sahaja mengandungi ilmu dan panduan hidup, tetapi juga penuh
dengan keindahan seni kaligrafi dan susunan yang sangat teliti. Inilah yang
menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal hingga ke akhir zaman.

Melalui papan pameran ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada semua
untuk lebih menghargai usaha menghafal Al-Quran dan menulisnya dengan penuh
kesungguhan. Semoga ia menjadi dorongan kepada generasi muda kita untuk terus
istiqamah dalam menuntut ilmu Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan
hidup yang utama dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan perjalanan
kita dalam mendekatkan diri kepada-Nya melalui kalam suci ini, serta menjadikan
kita dalam kalangan huffaz dan ahli ilmu yang bermanfaat kepada umat. Semoga
usaha kita dalam menuntut ilmu ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih atas perhatian Tuan-tuan dan Puan-puan.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai