DMA 3232 MACHINE
MAINTENANCE
(PENYELENGGARAAN
MESIN
BAB 4: PENYELENGGARAAN RAMALAN (PREDICTIVE MAINTENANCE)
ISI KANDUNGAN
• 4.1 Pengenalan kepada Penyelenggaraan Ramalan (Predictive
Maintenance)
• 4.2 Contoh Pengelenggaraan Ramalan (aktiviti pemantauan):
• 4.2.1 Analisis Minyak (Oil Analysis).
• 4.2.2 Termografi Inframerah (Infrared Thermography).
• 4.2.3 Analisis Getaran (Vibration Analysis).
• 4.2.4 Pemeriksaan Visual (Visual Inspections).
PENGENALAN KEPADA
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• Penyelenggaraan Ramalan adalah amalan memantau keadaan
sebenar peralatan untuk meramalkan bilakah kegagalan mungkin
berlaku dan melakukan penyelenggaraan sebelum peralatan rosak.
• Program Pengurusan Penyelenggaraan Ramalan menggunakan alat
yang paling efektif dari segi kos (seperti pemantauan getaran,
termografi, tribologi) untuk mendapatkan keadaan operasi sebenar
sistem kritikal sesebuah kilang. Berdasarkan data sebenar ini semua
aktiviti penyelenggaraan akan dijadualkan berdasarkan keperluan.
PENGENALAN KEPADA
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• Penyelenggaraan Ramalan adalah program penyelenggaraan
pencegahan berdasarkan keadaan. Tidak seperti Penyelenggaraan
Pencegahan (Preventive Maintenance) yang bergantung pada statistik
jangka hayat perindustrian atau kilang (mean-time-to-failure) untuk
menjadualkan aktiviti penyelenggaraan, Penyelenggaraan Ramalan
menggunakan pemantauan langsung terhadap keadaan mekanikal,
kecekapan sistem, dan petunjuk lain untuk menentukan mean-time-
to-failure atau kehilangan kecekapan untuk setiap mesin-mesin dan
sistem di kilang.
KEBAIKAN PENYELENGGARAAN RAMALAN
1) Selang masa antara penyelenggaraan adalah maksimum.
• Penyelenggaraan hanya dilakukan apabila perlu sahaja dan bukan mengikut MTTF atau MTTR.
2) Meminimumkan bilangan dan kos gangguan tidak berjadual yang disebabkan oleh
kegagalan mesin-mesin.
• Walaupun kekerapan penyelenggaraan telah berkurang, tetapi aktiviti penyelenggaraan masih
dilakukan tetapi dengan menggunakan strategi yang baru (apabila perlu sahaja).
3) Meningkatkan kebolehgunaan operasi kilang.
• Kilang dapat beroperasi dalam jangka masa yang maksimum kerana kurang gangguan pada mesin
yang menyebabkan kurangnya aktiviti penyelenggaraan.
KEKURANGAN
PENYELENGGARAAN RAMALAN
i. Penyelenggaraan Ramalan perlu dilaksanakan dengan teliti.
ii. Ia memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan kepakaran yang luas untuk
mentafsirkan data semasa melakukan pemantauan dengan tepat.
KEKURANGAN
PENYELENGGARAAN RAMALAN
iii. Pekerja mesti terlatih dan mesti mempunyai kemahiran dalam IT dan jentera/
mesin.
iv. Jika dibandingkan dengan Penyelenggaraan Pencegahan, teknik pemantauan
dalam Penyelenggaraan Ramalan boleh meningkatkan kos pada awalnya. Ini
menyebabkan beberapa syarikat beralih kepada kontraktor luar untuk
meminimumkan kos awal Penyelenggaraan Ramalan.
TEKNIK PEMANTAUAN DALAM
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• ANALISIS MINYAK
• Analisis minyak memeriksa zarah-zarah dalam mesin yang menggunakan
minyak.
• Semakin banyak zarah logam yang ada, semakin besar tanda-tanda kehausan.
• Selain itu, teknik ini juga dapat mengenal pasti kebocoran minyak dan
memeriksa kebersihannya.
TEKNIK PEMANTAUAN DALAM
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• ANALISIS GETARAN
• Untuk sesebuah jentera berat, penggunaan sensor getaran membolehkan
pemiliknya mengetahui penurunan prestasi.
• Contohnya, getaran pada aci (shaft) dan galas (bearing) yang terdapat pada
pam dan motor adalah berbeza apabila sudah usang.
• Analisis getaran dikatakan salah satu teknik yang paling tepat untuk mengenal
pasti masalah fungsi dalam mesin.
TEKNIK PEMANTAUAN DALAM
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• PENGIMEJAN TERMAL
• Juga dikenali sebagai teknik inframerah, ujian ini akan mengesan titik panas
pada peralatan semasa digunakan, yang bermaksud terdapat banyak geseran
pada bahagian tersebut.
• Penemuan ini biasanya memberi amaran kepada pengeluar dengan
kemungkinan masalah yang memerlukan pembaikan.
TEKNIK PEMANTAUAN DALAM
PENYELENGGARAAN RAMALAN
• PEMERIKSAAN VISUAL
• Secara amnya, pemeriksaan visual terbahagi kepada dua klasifikasi utama:
1) Pemeriksaan yang dapat dilakukan hanya dengan menggunakan deria manusia.
2) Pemeriksaan yang memerlukan penggunaan sensor atau instrumen.
• Bagi meningkatkan kualiti pemeriksaan visual, kaedah pemeriksaan haruslah jelas. Ini
termasuklah:
1) menyatakan dimanakah lokasi yang tepat (pada bahagian mesin) yang harus dilakukan
pengukuran atau pemeriksaan.
2) Kriteria untuk penilaian.
3) Julat prestasi yang boleh diterima.
KESIMPULAN
• Sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan penyelenggaraan
ramalan, pengeluar harus mempertimbangkan skala dan
keutamaannya. Sekiranya organisasi mereka mengutamakan kaedah
yang menjimatkan, maka penyelenggaraan ramalan adalah pilihan
yang lebih baik berbanding dengan penyelenggaraan pencegahan.
Walaupun penyelenggaraan ramalan mempunyai kos pendahuluan
yang tinggi, dalam jangka masa panjang, penyelenggaraan ramalan
dapat memberi manfaat kepada pasukan penyelenggaraan anda dan
juga seluruh organisasi.