SK TAMAN TAMPOI UTAMA
JOHOR BAHRU
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TRANSFORMATION TOWARDS EXCELLENCE
PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN
MINGGU: 01 HARI: KHAMIS TARIKH: 20 FEBRUARI 2025
Masa 11:10 – 1:10
Kelas 4 Diamond
Jumlah Murid 32
Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tajuk Membina Model Berasaskan Bentuk 3 Dimensi
Objektif Murid dapat membina model berasaskan bentuk 3 dimensi
menggunakan penyedut minuman dan tanah liat.
Aktiviti 1. Murid mengimbas kembali bentuk 3 Dimensi. Murid dipanggil untuk
menyenaraikan bentuk 3 dimensi yang terdapat pada model rumah.
2. Membina model bentuk 3 Dimensi
a) Murid berada di dalam kumpulan masing-masing
b) Setiap kumpulan diminta untuk membina model mengikut
kreativiti masing-masing
c) Murid diingatkan akan kepentingan bekerjasama dengan rakan-
rakan untuk menyiapkan tugasan.
3. Murid melihat hasil kerja rakan-rakan dengan bergerak ke
kumpulan lain mengikut arahan guru.
4. Murid memberikan pandangan tentang aktiviti yang dilaksanakan.
Bahan Bantu Mengajar Penyedut minuman, gunting & tanah liat
Refleksi 1. 31/ 32 murid dapat menghasilkan model 3 dimensi dengan baik
Kehadiran 31 /32