Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Yang berusaha,
En zainurin bin Jubri,
Pegawai Kemas Daerah Sabak Bernam,
Yang berusaha,
Puan azlinazura binti azman
Penyelia pendidikan kemahiran parlimen sungai besar
RAKAN2 PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN,
DAH para peserta kursus sekalian..
seterusnya bg memberkati majlis,
marilah kita bersama sama membacakan Umul kitab Alfatihah.
Amin amin ya rabbal alamin.
Alhamdullilah selesai sudah program SIJIL KEMAHIRAN MODULAR JAHITAN JUBAH kita pada hari ini
setelah berlangsung selama 3 hari
para hadirin sekalian.
tanpa membuang masa, pihak majlis menjemput Puan azlinazura binti azman, Penyelia pendidikan
kemahiran parlimen sungai besar UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA.. dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diatas ucapan sebentar td..
Seterusnya sy menjemput Yang berusaha, En zainurin bin Jubri, Pegawai Kemas Daerah Sabak
Bernam untuk memberikan sedikit ucapan serta merasmikan SIJIL KEMAHIRAN MODULAR JAHITAN
JUBAH, dengan segala hormatnya dipersilakan.
terima kasih diatas ucapan perasmian sebentar tadi.
dijemput Puan azlinazura binti azman untuk mengiringi Yang berusaha, En zainurin bin Jubri untuk
menyampaikan sijil. Dengan segala hormatnya Dipersilakan.
Seterusnya,
Bagi menambahkan keyakinan para peserta. Pihak tenaga pengajar telah membuat penilaian bagi
hasil kursus terbaik untuk peserta. Peserta yang terpilih adalah
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Tahniah diucapkan.
Dijemput Puan azlinazura binti azman untuk memberikan sedikit cenderahati daripada pihak kami
kepada Yang berusaha, En zainurin bin Jubri atas kesudian hadir bagi merasmikan program pada pagi
ini. Terima kasih diucapkan.
Dengan itu, berakhirlah sudah program kkjp masakan etnik kita pada hari ini.
bolehlah kita berkumpul untuk mengambil gambar bersama.
Terima Kasih Semua. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum.