ISLAM VS RASISME
1.0 PENGENALAN
Isu perkauman atau rasisme bukan lagi isu yang asing di dunia pada masa kini. Baru-baru ini
iaitu pada 25 Mei 2020 disaat dunia sedang menghadapi isu Covid 19, kita dikejutkan pula
dengan peristiwa kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd (46) di
Minneapolis, Minnesota., Amerika Syarikat. Video berkaitan yang menunjukkan George Floyd
ditekan keras dengan lutut oleh seorang polis berkulit putih. Bahkan semasa George Floyd
memberitahu bahwa dirinya tidak boleh bernafas, polis tetap terus menekan leher beliau.
Peristiwa ini telah menyebabkan berlakunya demontrasi di 75 buah bandar di Amerika Syarikat
bagi melahirkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap peristiwa tersebut. Malaysia yang
merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum juga tidak dapat lari daripada
menghadapi isu rasisme ini. Sebagai contoh isu Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu
adalah antara yang isu yan sering dimainkan lalu memunculkan isu rasisme di Malaysia.
Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan rasisme telah menyelinap dan mengukuhkan dirinya ke
dalam struktur inti dari struktur sosial yang mengatur masyarakat modern kita. Rasisme telah
menjelma menjadi salah satu penyakit paling umum yang melanda komuniti manusia ketika ini.
2.0 LATAR BELAKANG RASISME
Istilah Rasisme/Rasialisme mula diperkenalkan oleh Samuel Morton, seorang doktor di
Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau telah mengumpulkan ratusan tengkorak manusia dari
seluruh dunia. Dengan metode khusus beliau mengukur volume otak setiap tengkorak yang
dikumpulkannya. Hasilnya, Morton percaya bahwa manusia terbahagi ke dalam lima kelompok
ras.
Jika penggolongan tengkorak tersebut sekadar menghasilkan pembahagian jenis ras, mungkin
tidak menjadi masalah. Namun ianya diiringi pandangan di mana ras tertentu dianggap lebih
kuat dan lebih cerdas berbanding dengan ras yang [Link] yang dianggap paling utama dan
paling cerdas adalah ras Kaukasia atau kulit putih, kemudian secara berurutan ras Mongolia
(kulit kuning), ras orang-orang Asia Tenggara (kulit coklat), ras penduduk asli Amerika (kulit
merah), dan yang paling akhir adalah ras Ethiopia (kulit hitam).
Teori “lima ras” Morton dengan cepat didukung para pemilik hamba , sebelum Perang Sivil AS
(1861-1865) meletus .Perhambaan orang kulit hitam di As ini bermula dari jual-beli hamba di
Virginia pada 1619. Orang-orang kulit hitam dari Afrika dibawa masuk ke Amerika untuk bekerja
di kebun kapas.
Berdirinya Negara Amerika telah meningkatkan diskriminasi perkauman secara legal (sah).
Amerika memperluas perhambaan ke atas ribuan orang kulit hitam Afrika. Mereka didatangkan
ke Amerika untuk dipekerjakan secara paksa di ladang dan di perlombongan. Memang
perhambaan telah berakhir dengan Pindaan Ke-13 Konstitusi AS pada tahun 1865. Namun,
rasisme tidak hilang dari masyarakat Amerika. Kemudian, Undang-undang Hak Sivil dibuat
pada tahun 1964. Itu pun kerana desakan gerakan perjuangan warga kulit hitam Amerika yang
menuntut hak-hak sivil mereka. Namun, hakikatnya, diskriminasi terhadap warga kulit hitam di
tengah masyarakat Amerika tetap terus berlaku. Bahkan tokoh gerakan kulit hitam, iaitu
Malcolm X dan Dr Martin Luther King, menjadi mangsa pembunuhan.
Pandangan bahawa ras kulit putih adalah manusia unggul memang sudah diterima umumnya
dalam kalangan ahli politik di AS pada ketika [Link] 1858, James Henry Hamond, senator AS
negara bahagian South Carolina misalnya, menyatakan bahawa orang-orang negro ditakdirkan
untuk menjadi lumpurnya masyarakat atau pekerja kasar. Rasisme seakan sudah berakar umbi
dalam kehidupan masyarakat sepanjang peradaban manusia di dunia. Benih-benih rasisme
telah lama muncul, mulai dari “ras kulit putih” Eropa yang ditandakan dengan kolonialisme-
imperialisme, hingga yang terjadi kepada orang-orang kulit hitam di Amerika pada 1960an.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya istilah “rasisme” tidak hanya melibatkan
perbezaan warna kulit, suku, dan hal-hal biologi [Link] lebih dari itu. Menurut ahli
sosiologi Craig Considine, ras adalah hal yang secara politik dibangun oleh kelompok-kelompok
dominan dalam suatu masyarakat. Tujuannya adalah untuk membentuk nilai perbezaan yang
mengunggulkan dan menguntungkan suatu kelompok tertentu secara politik.
Dalam buku bertajuk An American Dilemma, Gunnar Myrdal menyentuh bahawa diskriminasi
perkauman dan kelangkaan ekonomi telah menjadi cacat di bawah demokrasi Amerika.
Diskriminasi perkauman tidak boleh dilepaskan sejak bermulanya kemasukan orang-orang
Eropah ke benua Amerika dan berdirinya negara Amerika Syarikat. Mereka berkulit putih.
Mereka mendakwa bahawa mereka adalah (ras superior) kaum teratas. Seterusnya mereka
melakukan berbagai aksi kekejaman terhadap penduduk asli Amerika.
Pandangan tersebut kembali lagi dengan munculnya Donald Trump sebagai Presiden AS.
Trump mempromosikan “Make America Great Again”. Untuk menunjukkan kebesarannya,
maka sikap menindas [Link] ini juga sering disebut sebagai Travel
Ban atau Muslim Ban. Berdasar Travel Ban, negara Muslim dengan “sejarah terorisme”
dianggap mengancam keamanan AS dan perlu ditangani. Akan tetapi, keringanan dapat
diberikan pada negara yang dianggap hendak bekerja sama dengan pihak AS
Dari sini kita dapat lihat bahawa rasisme masuk ke aspek yang lebih sensitif, iaitu agama.
Muncullah stigmatisasi terhadap agama Islam .Kesannya antara rasialisme/rasisme dan
stigmatisasi agama (Islam) sentiasa terkait dalam menjaga hegemoni AS dari sikap kritis
warganya terhadapa negeri-negeri muslim.
3.0 ISLAM ANTI RASISME
Ajaran Islam tidak menyetujui perlakuan rasis. Islam dengan tegas menolak seluruh gagasan
tentang rasisme dan mengutuk fahaman tersebut sampai ke akarnya. Agama Islam berdiri di
atas asas yang kuat berdasarkan konsep kasih sayang dan persaudaraan. Islam menolak
segala bentuk diskriminasi, baik berdasarkan warna kulit, ras, suku, darah, strata
sosial,kekuasaan dan sebagainya .Dalam ajaran Islam, semua diciptakan sama di sisi Allah
SWT. Islam dengan tegas menolak segala bentuk pilih kasih termasuk perbezaan biologis.
Satu-satunya faktor yang membezakan antara individu adalah tingkat iman dan ketaqwaan
mereka. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.” (QS al-Hujarat: 13)
Sabda Rasulullah saw :“Sesungguhnya Allah tidak melihat badan dan rupa kalian, melainkan
Dia melihat hati kalian”
Rasulullah saw. dalam berbagai sabdanya menegaskan bahwa kemuliaan seseorang bukan
ditentukan oleh warna kulit maupun suku bangsa, tetapi ditentukan oleh ketakwaannya kepada
Allah SWT. Pesan Rasulullah saw. saat Haji Wada’ menarik untuk diperhatikan. Beliau
menyampaikan pesannya saat tiba di Namirah, sebuah desa di sebelah timur [Link] depan
ribuan jamaah haji baginda antara lain bersabda, “Sungguh ayahmu satu. Semua kalian
berasal dari Adam. Adam diciptakan dari tanah. Tiada kelebihan orang Arab atas bukan
Arab. Tiada kelebihan bukan Arab atas orang Arab kecuali kerana ketakwaan. Tiada pula
kelebihan orang putih atas orang hitam. Tiada kelebihan orang hitam atas orang putih kecuali
kerana ketakwaan.”
Bahkan Rasulullah saw. pernah sangat marah kepada Sahabat Abu Dzar al-Ghifari ra. saat
berselisih dengan Sahabat Bilal ra. Puncanya Abu Dzar ra. memanggil Bilal ra. dengan
sebutan, “Ya Ibna as-Sawda’ (Hai anak seorang perempuan hitam).”
Rasulullah SAW dengan tegas mengatakan kepada Abu Dzar ra., “Abu Dzar, kamu telah
menghina dia dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliah!”.Teguran
keras Rasulullah SAW ini merupakan pukulan berat bagi Abu Dzar RA sampai meminta Bilal
RA. untuk memijak kepalanya sebagai penebus kesalahannya dan sifat jahiliahnya.
Dalam perjalanan sejarah, Islam, saat diterapkan dalam sistem Khilafah, terbukti berhasil
menyatukan manusia dari berbagai ras, warna kulit, dan suku-bangsa hampir 2/3 dunia selama
lebih dari sepuluh abad. Hal ini tidak mampu dilakukan oleh ideologi lain. Wilayah-wilayah yang
dibebaskan Khilafah Islam diperlakukan secara adil. Mereka tidak dieksploitasi seperti yang
dilakukan negara-negara imperialis pengemban peradaban demokrasi-kapitalisme. Dakwah
Islam oleh Khilafah dilakukan tanpa memaksa non-Muslim untuk memeluk Islam. Islam hadir
untuk memberikan rahmat untuk alam semesta, bukan hanya manusia.
Islam mampu menyatukan umat manusia dari berbagai ras, warna kulit, suku bangsa maupun
latar belakang agama menjadi sebuah masyarakat yang khas. Semua itu terwujud dalam suatu
naungan sistem Khilafah [Link] ini sangat jelas diakui oleh sejarawan Barat Will Durant
dalam bukunya berjudul The Story of Civilization:
“Islam telah menguasai hati ratusan bangsa di negeri-negeri yang terbentang mulai dari Cina,
Indonesia, India hingga Persia, Syam, Jazirah Arab, Mesir bahkan hingga Maroko dan
Spanyol… Islam telah mewujudkan kejayaan dan kemuliaan bagi mereka sehingga jumlah
orang yang memeluk dan berpegang teguh pada Islam pada saat ini (1926) sekitar 350 juta
jiwa. Islam telah menyatukan mereka dan melunakkan hati mereka walaupun ada perbedaan
pendapat maupun latar belakang politik di antara mereka.”
Rasulullah saw. bersabda:
ِإَّن اللَه اَل َيْنُظُر ِإَلى َأْجَس اِدُكْم َواَل ِإَلى ُصَوِرُكْم َو َلِكْن َيْنُظُر ِإَلى ُقُلوِبُكم
Sungguh Allah tidak melihat fisik dan rupa kalian, melainkan Dia melihat kalbu-kalbu kalian. (HR
Muslim).
Perbuatan rasisme tentu tidak sesuai dengan fitrah manusia manapun. Meremehkan,
merendahkan dan menghina orang lain hanya kerana berbeza suku, berbeza warna kulit,
berbeza bangsa atau negara. Kita dapati rasisme ini masih ada di beberapa tempat di dunia
ini dan ini memang yang sangat tidak kita harapkan. Ketahuilah, Islam agama yang mulia
telah menghapus dan mengharamkan rasisme tersebut di muka bumi ini. Semua orang pada
asalnya sama kedudukannya dan memiliki hak-hak dasar kemanusiaan yang sama serta tidak
boleh dibezakan, satu di istimewakan dan satu lagi dihinakan hanya kerana alasan perbezaan
suku, ras, bangsa semata.
Bahkan Islam melarang keras bentuk ta’assub yaitu membela scari membabi buta hanya
berdasarkan suku, rasa atau bangsa tertentu, tidak peduli apakah salah atau benar, zalim
atau dizalimi. Ta’ashub adalah fanatik buta, terutama berdasarkan suku atau bangsa tertentu
sehingga menimbulkan rasa bangga dan kesombongan yang menyebabkan perpecahan.
Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anhu,ia berkata:”Dahulu kami pernah bersama Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam di Gaza, Lalu ada seorang laki-laki dari kaum Muhajirin yang memukul
belakang seorang lelaki dari kaum Anshar. Maka orang Anshar tadi pun berteriak: ‘Wahai
orang Anshar (tolong aku).’ Orang Muhajirin tersebut pun berteriak: ‘Wahai orang muhajirin
(tolong aku).’ Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Seruan Jahiliyyah macam apa ini?!.’ Mereka
berkata: ‘Wahai Rasulullah, seorang muhajirin telah memukul belakang seorang dari kaum
Anshar.’ Beliau bersabda: ‘Tinggalkan hal itu, karena hal itu adalah buruk.’ ” (HR. Al Bukhari
dan yang lainnya)
Hadis tersebut menerangkan bahwa, Islam tidak menyetujui tindakan ta’assub, bahkan yang
dilakukan oleh orang Islam sendiri. Jika ta’assub tersebut diteruskan, boleh membawa kepada
muncul dan tersebarnya rasisme, yang akhirnya membawa kepada perpecahan. Perpecahan ini
jika dilanjutkan lagi akan menyebabkan hilangnya rasa perhatian dan munculnya peperangan,
lalu runtuhlah peradaban suatu masyarakat. Belajar dari orang-orang Romawi misalnya. Apa
lagi yang menyebabkan Kekaisaran Romawi terpecah dan runtuh kalau bukan
karena ta’ashub?
4.0 KHILAFAH YANG ADIL
Daulah Khilafah yang berasaskan Islam dan bersendikan syariat Islam, meletakkan manusia
secara adil, bahkan terhadap orang kafir sekalipun. Dalam fakta sejarah, warga negara daulah
juga meliputi orang-orang kafir. Mereka disebut sebagai “kafir dzimmi”. Istilah dzimmi berasal
dari kata dzimmah, yang berarti “kewajiban untuk memenuhi perjanjian”. Islam menganggap
semua orang yang tinggal di Negara Khilafah sebagai warga Negara Islam, dan mereka semua
berhak memperolehi layanan yang [Link] boleh ada diskriminasi antara muslim
dan dzimmi. Negara wajib menjaga dan melindungi keyakinan, kehormatan, akal, kehidupan,
dan harta benda [Link] ahlu dzimmah diterangkan Rasulullah SAW dalam
sabdanya: “Barang siapa membunuh seorang mu’ahid (kafir yang mendapatkan jaminan
keamanan) tanpa alasan yang hak, maka ia tidak akan mencium wangi syurga, bahkan dari
jarak empat puluh tahun perjalanan sekali pun.” (HR Ahmad).
Ahli dzimmah merasakan keadilan yang luar biasa hingga mereka lebih memilih Negara Islam
dan hidup bersama kaum Muslim, berbanding mereka harus hidup di Barat atau bekerja sama
dengan mereka. Dalam Perang Salib, kaum Kristian Timur berpindah bersama kaum Muslim
dan mereka berperang bersama kaum Muslim melawan tentara salib, meski tentera salib
berusaha terus-menerus memengaruhi dan memujuk mereka agar melawan kaum Muslim.
Begitu juga orang-orang Yahudi Spanyol, lebih memilih hidup bersama kaum Muslim. Bahkan
ketika kaum Muslim kalah di Spanyol dan lari dari sana, mereka pun ikut dengan kaum Muslim.
Mereka ikut melarikan diri ke mana pun kaum muslim pergi. Sebagaimana diakui kaum Yahudi
Dunamah di Turki, mereka merasakan kehidupan yang adil di bawah naungan pemerintahan
kaum muslim.
Sayangnya, keadilan kehidupan Islam tersebut kini diputarbelitkan oleh musuh-musuh Islam.
Menjadi lebih parah apabila ramai dalam umat Islam sendiri termakan stigma yang ditujukan
pada agama mereka sendiri. Satu-satunya jalan untuk membungkam stigma tersebut adalah
dengan dakwah, sebagaimana yang Rasulullah SAW teladankan: Dakwah yang berlandaskan
akidah yang kukuh, mempunyai visi yang jelas, dan roadmap yang nampak jelas untuk
mewujudkannya.
5.0 KHATIMAH
Jelas menunjukkan bahawa apa yang diberlaku dalam sistem Kapatilsme terhadap umat Islam
mahupun warga yang berbeza ras, jauh berbeza dengan sikap Daulah Khilafah terhadap orang-
orang kafir. Agama Islam adalah rahmat untuk seluruh alam, bukan hanya untuk golongan
tertentu seperti Arab misalnya, Islam tidak melihat seseorang berdasarkan rasnya, namun dari
ketakwaannya saja terhadap perintah Allah Swt.
Insya Allah, Khilafah akan hadir kembali membawa keadilan. Keadilan yang menghidupkan
kembali kasih sayang dan persaudaraan yang telah mati. Sehubungan itu marilah sama-sama
kita renungkan apakah kita yang mengaku Islam ini telah memberikan pengaruh yang mengajak
seluruh rakyat kita menghindari rasisme? Atau sebaliknya kita juga penyumbang kepada
terjadinya rasisme? “Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat
Allah, orang-orang yang bersaudara.” (Ali Imran: 103)