KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
BRIDGE BUILDING COMPETITION
1.0 PENGENALAN
Bridge Building Competition adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama
semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD Petaling Perdana. Pertandingan ini
merupakan platform bagi mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan
kepada murid-murid sekolah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam
kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata
pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda
dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi
penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja
berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SMK Bukit Jelutong.
2.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) orang
murid.
2.3 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
2.4 Semua bahan pertandingan yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik
sepenuhnya pihak sekolah. Hak milik tersebut tidak boleh dituntut kecuali
dengan kebenaran pengurus pertandingan/ pihak pengelola.
1
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
3.1 Peserta perlu membina satu jambatan dan akan menguji daya ketahanan
jambatan tersebut dengan menggunakan bahan di Lampiran 4 dan
spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak pengelola, seperti di Lampiran 1
hingga 3.
4.0 FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Proses pembinaan
4.1.1 Peserta perlu membina jambatan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan di rumah masing-masing.
4.1.2 Jambatan yang telah siap dibina akan diuji secara bersemuka di
tempat pertandingan yang telah ditetapkan.
4.2 Sesi soal jawab
4.2.1 Sesi soal jawab hakim bersama peserta selama 5 minit jika perlu.
4.3 Ujian ketahanan jambatan
4.3.1 Menguji ketahanan jambatan dengan menggunakan botol mineral
5.5 liter yang disediakan sebagai pemberat dan dijalankan di
hadapan hakim.
4.3.2 Ketahanan jambatan diuji untuk menilai sejauh mana model binaan
yang dihasilkan dapat menampung beban yang diletakkan.
5.0 PROSES PENILAIAN
5.1 Proses penilaian peringkat sekolah
5.1.1 Model jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1 hingga 3. Peserta
perlu membawa model jambatan yang telah siap dibina dan
sedia untuk diuji.
5.1.2 Keputusan hakim adalah muktamad.
5.1.3 Ujian ketahanan model jambatan akan dibuat menggunakan
botol mineral 5.5 liter. Setiap penambahan pemberat
akan dibuat selepas sela tempoh 10 saat pemberat pertama
diletakkan dan seterusnya. Ujian ketahanan jambatan
dijalankan sehingga model jambatan runtuh.
2
6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu:
Bil Kriteria Markah
1. Kriteria A : ( Markah Pengujian ) Jisim beban yang dapat
ditampung + mata masa
Ujian Daya Ketahanan Model Jambatan jatuhan
2. Kriteria B : ( Jika markah seri )
Rekaan Model Jambatan & sesi soal jawab
a. Rekaan jambatan yang dihasilkan 5 markah
b. Sesi soal jawab 5 markah
6.2 Penilaian oleh hakim berdasarkan kepada kriteria penilaian yang telah
ditetapkan oleh panel hakim.
7.0 PEMENANG
7.1 Pemenang keseluruhan dikira berdasarkan jumlah markah bagi Kriteria A
yang dinyatakan di 6.1.
7.2 Jika markah seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan
markah Kriteria B.
2
LAMPIRAN 1
SPESIFIKASI PEMBINAAN JAMBATAN
Rajah 1
Spesifikasi:
i. Panjang : 40 cm – 45 cm
ii. Lebar : 6 cm – 12 cm
iii. Tinggi : < 40 cm
iv. Ruang tengah di atas jambatan dikosongkan minimum 5 cm (lebar) dan 5 cm (tinggi)
untuk diletakkan besi pengujian.
Pandangan sisi
v. Model jambatan yang dibina TIDAK DIBENARKAN mempunyai tiang di bahagian
bawah tapak dasar.
vi. Ruang tengah di sepanjang model jambatan dikosongkan dan boleh dilalui oleh batang
paip berdiameter 5.5 cm.
3
LAMPIRAN 2
Pandangan Tepi
vii. Tapak dasar hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate dan 7 batang
sahaja untuk tulang pengikat (sokongan) seperti Rajah 2.
viii. Tapak dasar hanya selapis SAHAJA dan dikukuhkan hanya dengan tulang
pengikat (sokongan) seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2
ix. Tapak dasar juga TIDAK DIBENARKAN disusun berlapis atas bawah seperti Rajah 3.
Rajah 3
x. Penyambungan antara 2 lidi dibenarkan maksimum 50% daripada saiz
panjang lidi.
4
LAMPIRAN 3
Contoh penyambungan yang dibenarkan
Contoh penyambungan yang TIDAK dibenarkan
Contoh Pengujian Jambatan Peringkat Daerah (weight plate)
5
LAMPIRAN 4
CADANGAN BAHAN DAN PERALATAN BAGI PEMBINAAN JAMBATAN.
BIL PERALATAN
1. 1 pistol perekat panas (Hot Glue Gun) bersaiz besar.
3 batang refill gam perekat panas (Hot Glue) bersaiz besar panjang 20
2.
cm (jumlah panjang keseluruhan 60cm)
3. 30 batang lidi (panjang 45 cm, diameter 4 ± 0.5 mm)
4. 1 keping kertas manila
5. 1 keping kertas pasir (no.100)
6. Paip PVC berdiameter 5.5 cm
* Gam air tidak dibenarkan atas faktor keselamatan kepada murid.
BIL PERALATAN TAMBAHAN
1. Pisau
2. Gunting
3. Pembaris
4. Pensel / Marker pen
5. Playar pemotong/ Alat pemotong
6. Pelapik pemotong (Cutting mat) – yang bersesuaian
7. Sarung tangan (jika perlu)
8. Spring clip
* Peralatan bermotor atau bermesin tidak dibenarkan.