每日教学计划
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
学期/PENGGAL:一 周次/MINGGU:1 星期/HARI:一 日期/TARIKH:12-1-2026
Prasekolah, Aktiviti: Program 1 st Day At School & Perhimpunan kali pertama Tahun 2026
Tahun 1 – Tahun 6 Objektif:
Murid-murid dapat memahami matlamat Program 1st Day At School dan prosedur
7.30AM perhimpunan setiap minggu.
- 1. Membentuk disiplin murid.
2. Mengasah bakat kepimpinan murid.
8.30AM
3. Memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.
4. Memaklumkan isu semasa kepada murid.
5. Memupuk murid untuk menepati masa.
6. Melahirkan semangat cinta dan berminat ke sekolah.
Aktiviti:
1. Menyanyi lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan
2. Membuat ikrar Rukun Negara.
3. Ucapan daripada Sarjan Martiana binti Shaari, Pegawai Berhubung Sekolah.
4. Ucapan daripada Guru Besar Pn Lim Lee Ching.
5. Sesi bergambar.
6. Menyanyi lagu Sekolah.
7. Majlis bersurai.
Refleksi:
Perhimpunan sekolah berjalan dengan teratur dan lancar. Murid-murid memberikan tumpuan
semasa ucapan diberikan.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Rutin Kelas
Objektif:
8.30AM Pengurusan bilik darjah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam
- kelas.
9.30AM 1. Aturan meja berkumpulan.
2. Jadual waktu kelas
3. Jadual tugas
4. Peraturan bilik darjah
Refleksi:
Guru mengurus bilik darjah dengan berjaya dan murid memahami peraturan kelas.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Suai Kenal (Aktiviti Integrasi Perpaduan)
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
10.00AM 1. mengenali sekurang-kurangnya tiga orang rakan baharu daripada peringkat umur yang
- berbeza.
11.30AM 2. bekerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada murid prasekolah hingga Tahun 6.
3. menunjukkan sikap hormat-menghormati semasa berinteraksi.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru memperkenalkan tujuan aktiviti suai kenal dan menjelaskan kepentingan
perpaduan dalam kalangan murid pelbagai peringkat umur.
2. Murid dibahagikan kepada 65 kumpulan kecil yang terdiri daripada murid prasekolah
hingga murid Tahun 6 secara campuran.
3. Setiap murid memperkenalkan diri dengan menyebut nama, kelas serta hobi atau
perkara kegemaran masing-masing secara bergilir-gilir dalam kumpulan.
4. Murid menjalankan aktiviti berkumpulan seperti permainan ringan bagi menggalakkan
interaksi antara murid pelbagai umur.
5. Murid yang lebih tua membantu murid prasekolah semasa aktiviti dijalankan.
6. Wakil kumpulan berkongsi pengalaman dan perasaan mereka sepanjang aktiviti.
7. Guru membuat rumusan tentang kepentingan berkawan tanpa mengira umur serta
saling menghormati.
8. Guru memberi pujian dan galakan kepada semua murid.
Impak:
Murid prasekolah dan Tahap Satu memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri
dan berkomunikasi.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Jom Baca Buku Cerita Cina
Objektif:
11.30PM Murid-murid dapat memahami jalan cerita buku cerita Cina serta meramalkan akhir cerita
- secara kreatif dan berbeza.
12.30PM Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Guru memperkenalkan buku cerita Cina dengan menunjukkan kulit buku dan gambar-
gambar dalam buku.
2. Guru membacakan dan menceritakan buku cerita Cina secara berperingkat
menggunakan intonasi yang sesuai.
3. Murid mendengar cerita dengan penuh perhatian sambil memerhati ilustrasi dalam
buku.
4. Guru menanya soalan semasa bercerita seperti watak, peristiwa dan perasaan watak.
5. Murid menjawab soalan guru dan berkongsi pendapat masing-masing.
6. Guru berhenti sebelum cerita tamat dan meminta murid meramalkan akhir cerita
mengikut imaginasi mereka.
7. Beberapa orang murid dijemput untuk menceritakan ramalan akhir cerita secara lisan.
Refleksi:
Murid-murid dapat menikmati keseronokan membaca buku cerita Cina, meningkatkan minat
membaca serta berani menyuarakan pendapat dan imaginasi mereka.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Rutin Kelas (Pengenalan Guru Mata Pelajaran & Pembersihan Kelas)
Objektif:Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
12:30 pm 1. Mengenali guru-guru yang mengajar mata pelajaran mereka
- 2. Menunjukkan sikap hormat terhadap guru
1:00 pm 3. Menjaga kebersihan bilik darjah
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru kelas memperkenalkan guru-guru mata pelajaran kepada murid
2. Guru menerangkan mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru
3. Murid mendengar dan memberi perhatian semasa penerangan
4. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan kelas
5. Murid bersama-sama membersihkan bilik darjah dengan bimbingan guru
6. Guru memberi pujian dan membuat rumusan
Impak:
Murid mengenali guru-guru mata pelajaran serta menunjukkan sikap bertanggungjawab
terhadap kebersihan kelas.
每日教学计划
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
学期/PENGGAL:一 周次/MINGGU:1 星期/HARI:二 日期/TARIKH:13-1-2026
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Senamrobik
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
7.30AM - Mengikut langkah-langkah aksi lagu senamrobik yang mendorong semangat
- memulakan sesi persekolahan murid.
8.00AM Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid membuat senaman memanaskan badan
2. Murid diperdengarkan lagu senamrobik
[Link]
3. Murid berlatih mengikut aksi-aksi lagu
4. Murid membuat aksi sambil menyanyi lagu.
5. Murid membuat senaman menyejukan badan
Impak:
Semua murid dapat membuat pergerakan aksi mengikut lagu senamrobik.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Jejak Kegembiraan (Permainan)
Objektif:
8.00AM Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- - Memberi tumpuan dan bertindak balas terhadap arahan dengan betul.
9.00AM Mematuhi peraturan aktiviti secara berdisiplin.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (± 10 orang) dan kekal di tempat masing-
masing.
2. Guru menerangkan peraturan keselamatan dan kaedah permainan.
3. Aktiviti dimulakan dengan permainan pemanasan badan secara 3ocus3.
4. Murid menyertai permainan reaksi, arahan mudah dan permainan irama tanpa
pergerakan besar.
5. Guru memantau aktiviti dan memberi galakan kepada murid.
6. Aktiviti ditamatkan dengan sesi penutup dan penghargaan kepada kumpulan yang
berdisiplin.
Impak:
Murid lebih focus, aktif dan mampu mengikuti arahan dengan baik dalam suasana yang
terkawal.
YEAR 1 – YEAR 6 Aktiviti: Jom Baca BI
Objektif:
9.00AM 1. Pupils are able to share at least one of their favourite character.
- 2. Pupils are able to say out at least one part of the story.
9.30AM Langkah-langkah pelaksanaan :
1. Teacher shows the title of the storybook.
2. Pupils watch and red the picture story shown.
3. Teacher asks two questions about the story.
4. Pupils discuss the most interesting part of the story.
5. Pupils share at least one of the character in the story.
Impak:
All pupils are able to achieve the objectives. Pupils enjoyed the group sharing activities
and most of the pupils were involved actively in the activity.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif
Objektif:
10.00AM Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. Pembangunan Kreativiti dan Imaginasi
12.30PM - Merangsang Pemikiran Lateral: Murid dapat mereka bentuk topi tarian singa secara kreatif
menggunakan pelbagai warna dan corak.
- Penokohan Idea: Murid menukar idea imaginasi kepada hasil seni berbentuk topi tarian singa
yang menarik.
2. Kesejahteraan Emosi dan Mental
- Medium Luahan Perasaan: Murid meluahkan perasaan gembira dan keterujaan melalui
aktiviti seni.
- Meningkatkan Keyakinan Diri: Murid berasa bangga apabila berjaya menyiapkan topi tarian
singa sendiri.
3. Literasi Visual dan Estetika
- Menghargai Keindahan: Murid menilai warna, bentuk dan corak yang menarik.
- Kefahaman Budaya: Murid memahami budaya tarian singa dalam sambutan Tahun Baru
Cina.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru bercerita tentang sambutan Tahun Baru Cina dan budaya tarian singa.
2. Guru menunjukkan contoh topi tarian singa yang siap sebagai rujukan.
3. Guru menerangkan langkah-langkah membuat topi tarian singa.
4. Guru membuat demonstrasi cara memotong dan melipat kertas.
5. Murid mula menghasilkan topi tarian singa masing-masing.
6. Murid menghias topi tarian singa mengikut kreativiti sendiri.
7. Murid memastikan topi tarian singa kukuh dan selamat dipakai.
8. Murid membersihkan kawasan dan membuang sampah.
9. Guru memberi pujian dan galakan kepada semua murid.
Impak:
Aktiviti ini dapat memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati budaya apabila murid
memahami kepelbagaian perayaan di Malaysia.
Tahun 1 – Tahun 6 Rutin Kelas(Pembahagian Tempat Duduk & Aktiviti Traffic Light)
Objektif:
12:30 pm Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. Duduk di tempat yang ditetapkan dengan tertib
1:00 pm 2. Memahami maksud peraturan melalui aktiviti “Traffic Light”
3. Membezakan tingkah laku yang betul dan tidak betul
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru membahagikan tempat duduk kepada murid.
2. Guru menerangkan peraturan duduk dan pergerakan dalam kelas.
3. Guru memperkenalkan aktiviti “Traffic Light”
Merah:Tingkah laku tidak dibenarkan
Kuning:Berhati-hati / perlu diperbaiki
Hijau:Tingkah laku yang baik
4. Murid memberi contoh tingkah laku bagi setiap warna.
5. Guru membincangkan jawapan murid.
6. Guru membuat rumusan.
Impak:
Murid memahami peraturan kelas dengan lebih jelas dan dapat mengawal tingkah laku mereka.
每日教学计划
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
学期/PENGGAL:一 周次/MINGGU:1 星期/HARI:三 日期/TARIKH:14-1-2026
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Senamrobik
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
7:30 am - Mengikut langkah-langkah lagu senamrobik yang mendorong semangat memulakan
- sesi persekolahan murid.
8:00 am Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid membuat senaman memanaskan badan.
2. Murid diperdengarkan lagu senamrobik
[Link]
3. Murid mempraktikkan pergerakan aksi berdasarkan lagu senamrobik.
4. Murid membuat aksi sambil menyanyi lagu.
5. Murid membuat senaman menyejukan badan
Impak:
Semua murid dapat membuat pergerakan aksi mengikut lagu senamrobik.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Kestabilan Struktur
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
8.00AM 1. Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.
- 2. Mencipta model yang kuat dan stabil dengan menggunakan bahan kitar semula.
9.00AM 3. Mematuhi peraturan aktiviti secara berdisiplin.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru menayangkan PPT yang menunjukkan prosedur membina model sebagai set induksi.
2. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil.
3. Setiap Kumpulan diberi kertas , gunting dan pelekat.
4. Murid bekerjasama membina model yang stabil ( The Honeycomb Strategy).
[Link] model siap dibina, murid akan menguji tahap kestabilan model mereka.
6. Guru memantau dan memberi bimbingan yang sewajarnya.
7. Guru memberikan galakan dan pujian kepada murid yang dapat mencipta model binaan
yang kuat dan stabil.
Impak:
Murid dapat berfikir secara kreatif apabila menggunakan idea semasa perbincangan.
Semua murid seronok dan bekerjasama antara satu sama lain di dalam kumpulan melalui
aktiviti eksperimen.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Jom Baca BM
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
9.00AM 1. Murid dapat membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- 2. Murid dapat menjawab 2 soalan tentang cerita yang dikemukakan oleh guru.
9.30AM Langkah-langkah pelaksanaan :
1. Guru menunjukkan gambar muka hadapan buku cerita.
2. Murid mendengar cerita yang dipapar.
3. Murid mendengar cerita dengan teliti.
4. Guru mengemukakan 2 soalan berkaitan cerita.
5. Murid menjawab soalan secara lisan atau menulis jawapan ringkas.
6. Murid membuat rumusan isi cerita
Impak:
Murid-murid seronok membaca dan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Mencabar Matematik
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
10.00AM 1. Murid-murid dapat bekerjasama meneroka konsep operasi tambah,tolak, darab dan
- bahagi secara spontan.
11.00AM 2. Mematuhi peraturan aktiviti secara berdisiplin.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru menayangkan video Youtube yang menunjukkan permainan matamatik “kayu mancis ”
sebagai set induksi.
2. Murid cuba mengalihkan sebatang kayu mancis supaya mendapat jawapan yang betul.
3. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil.
4. Setiap Kumpulan diberi “Cross Math”.
5. Murid bekerjasama melengkapkan “Cross Math”.
6. Guru memantau dan memberi bimbingan yang sewajarnya.
7. Guru memberikan galakan dan pujian kepada murid yang dapat melengkapkan “Cross Math”
dengan betul.
Impak:
Aktiviti ini berupaya meningkatkan kretiviti dan daya inovasi matematik murid. Semua murid
seronok dan berusaha melengkapkan “Cross Math” dengan betul.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
Objektif:
11.00AM Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. memahami kepentingan amalan membaca melalui program NILAM
12.30PM [Link] rekod bacaan dalam Buku Rekod NILAM dengan betul.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru memperkenalkan latar belakang dan objektif program NILAM kepada semua
murid.
2. Murid mendengar taklimat ringkas berkaitan jenis-jenis bahan bacaan yang boleh
direkodkan.
3. Guru menjelaskan cara pengisian borang atau buku rekod NILAM secara terperinci.
4. Murid mengisi borang perekodan berdasarkan bahan bacaan yang disediakan dengan
bimbingan guru.
5. Guru membuat rumusan tentang kepentingan amalan membaca dan memberikan
pujian/galakan kepada semua murid.
Impak:
Murid Tahap Satu memerlukan lebih masa untuk menulis.
Tahun 1 – Tahun 6 Rutin Kelas(Tanggungjawab Murid)
Objektif:
12:30 pm Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. Mengetahui tanggungjawab sebagai murid
1:00 pm 2. Mengamalkan sikap bertanggungjawab
3. Mematuhi peraturan kelas
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru mengimbas kembali peraturan kelas.
2. Guru menerangkan tanggungjawab murid di sekolah.
3. Guru memberi contoh situasi harian.
4. Murid berkongsi idea secara lisan.
5. Guru memberi galakan dan nasihat.
6. Guru membuat rumusan.
Impak:
Murid lebih sedar akan tanggungjawab dan menunjukkan disiplin yang baik.
每日教学计划
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
学期/PENGGAL:一 周次/MINGGU:1 星期/HARI:四 日期/TARIKH:15-1-2026
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Senamrobik
Objektif:
7:30 am Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- - Mengikut langkah-langkah aksi lagu senamrobik yang mendorong semangat
8:00 am memulakan sesi persekolahan murid.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid melakukan senaman regangan sebagai persediaan awal.
2. Murid diperdengarkan lagu senamrobik.
[Link]
3. Murid berlatih aksi-aksi lagu.
4. Murid membuat aksi sambil menyanyi lagu.
5. Murid membuat senaman menyejukan badan.
Impak:
Semua murid dapat membuat pergerakan aksi mengikut lagu senamrobik.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Jejak Kegembiraan (Permainan)
Objektif:
8.00AM Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. Bekerjasama dan berkomunikasi dengan berkesan dalam kumpulan.
9.30AM 2. Meningkatkan kemahiran tumpuan dan ingatan.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid kekal dalam kumpulan yang sama.
2. Guru menerangkan peraturan aktiviti secara ringkas dan jelas.
3. Aktiviti dijalankan melalui permainan kerjasama, permainan ingatan dan cabaran
senyap.
4. Murid berbincang secara terkawal untuk mencapai jawapan atau tindakan bersama.
5. Guru memantau tingkah laku murid sepanjang aktiviti.
6. Aktiviti diakhiri dengan refleksi ringkas dan penghargaan kepada kumpulan terbaik.
Impak:
Murid menunjukkan peningkatan dalam kerjasama, keyakinan diri dan interaksi sosial yang
positif.
Tahun 1 – Tahun 3
10.00AM – 12.30PM
Pertandingan Melukis
Tahun 4 – Tahun 6
10.00AM – 1.00PM
Tahun 1 – Tahun 3 Rutin Kelas(Kebersihan dan Kerjasama)
Objektif:
12:30 pm Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
- 1. Menjaga kebersihan persekitaran
1:00 pm 2. Bekerjasama dengan rakan
3. Mengamalkan sikap tolong-menolong
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru berbincang tentang kepentingan kebersihan.
2. Guru menerangkan tugas-tugas murid.
3. Murid menjalankan aktiviti ringan secara berkumpulan.
4. Guru memantau dan membimbing murid.
5. Guru memberi pujian.
6. Guru membuat rumusan.
Impak:
Kelas menjadi lebih bersih dan murid dapat bekerjasama dengan baik.
每日教学计划
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
学期/PENGGAL:一 周次/MINGGU:1 星期/HARI:五 日期/TARIKH:16-1-2026
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Senamrobik
Objektif:Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
7:30 am - Mengikut langkah-langkah aksi lagu senamrobik yang mendorong semangat memulakan
- sesi persekolahan murid.
8:00 am Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Murid membuat senaman memanaskan badan.
2. Murid diperdengarkan lagu senamrobik
[Link]
3. Murid meniru dan berlatih pergerakan aksi berdasarkan irama [Link] membuat aksi
sambil menyanyi lagu.
4. Murid melaksanakan aktiviti penyejukan badan selepas senaman.
Impak:
Semua murid dapat membuat pergerakan aksi mengikut lagu senamrobik.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Sambutan Hari Jadi
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
8:00 am 1. Menunjukkan keprihatinan: Memastikan murid merasa dihargai oleh warga sekolah
- melalui pengiktirafan hari lahir mereka.
8:30 am 2. Meningkatkan semangat: Memberi motivasi kepada murid untuk hadir ke sekolah dengan
perasaan gembira dan positif.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Sesi Nyanyian: Guru dan rakan-rakan sekelas menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi"
secara beramai-ramai bagi memeriahkan suasana sambutan.
2. Penyampaian Kek Kecil: Pihak sekolah menyampaikan kek kecil kepada setiap murid
yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari sebagai tanda ingatan.
3. Penyerahan Kad Hari Jadi: Guru memberikan kad hari jadi yang mengandungi ucapan
motivasi dan kasih sayang sebagai kenang-kenangan buat murid.
4. Ucapan Guru: Guru memberikan ucapan ringkas yang berunsurkan nasihat dan galakan
agar murid-murid terus bersemangat untuk belajar dalam persekitaran yang harmoni.
5. Sesi Bergambar: Aktiviti diakhiri dengan sesi fotografi bersama guru dan rakan-rakan bagi
merakam detik kegembiraan tersebut.
Impak:
Emosi Murid: Murid-murid merasa sangat dihargai dan disayangi, sekali gus meningkatkan konsep
kendiri yang positif.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti: Gotong Royong (Aktiviti Keceriaan)
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
8:30 am 1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif di kawasan sekolah.
- 2. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan warga sekolah.
9:30 am 3. Menyemai nilai tanggungjawab dan sayangi sekolah.
Langkah-langkah pelaksanaan gotong-royong sekolah:
1. Sebelum memulakan aktiviti keceriaan di sekolah, kawasan dan skop kerja perlu
ditentukan supaya kerja tinjauan di kawasan sekolah untuk menentukan bahagian yang
memerlukan perhatian khusus, seperti taman sains, longkang atau bilik darjah dapat
dikenalpastikan.
2. Guru mengagihkan kerja kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tugasan yang telah
ditetapkan selepas taklimat ringkas mengenai keselamatan diberikan.
3. Guru memastikan semua peralatan seperti penyapu, plastik sampah, tong sampah yang
mencukupi dan dalam keadaan baik sebelum aktiviti gotong-royong bermula.
4. Murid menjalankan kerja-kerja pembersihan secara serentak. Guru bertindak sebagai
penyelia untuk memastikan murid bekerja mengikut prosedur dan mengamalkan nilai
kerjasama sepanjang aktiviti berlangsung.
5. Murid mengumpulkan dan mengasingkan semua sampah atau sisa kitar semula di tempat
yang sesuai.
6. Guru mengambil gambar "sebelum" dan "selepas" untuk tujuan laporan supaya
mendokumentasikan hasil aktiviti untuk Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah
Tahun 2026 sebagai rujukan sekolah bagi program keceriaan pada masa hadapan.
Impak:Aktiviti gotong-royong berjalan dengan lancar, tersusun, dan selamat. Semua murid dapat
menjalankan kerja masing-masing dengan teratur dan kondusif.
Tahun 1 – Tahun 6 Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
10.00AM 1. Pembangunan Kreativiti dan Imaginasi
- -Merangsang Pemikiran Lateral: Menggalakkan individu berfikir di luar kotak dan mencari
12.30PM penyelesaian unik dalam menghasilkan karya.
-Penokohan Idea: Memberi peluang untuk menukar idea abstrak atau imaginasi kepada bentuk
visual atau fizikal yang nyata.
2. Kesejahteraan Emosi dan Mental
-Medium Luahan Perasaan: Bertindak sebagai terapi untuk melepaskan tekanan, kegelisahan,
atau perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
-Meningkatkan Keyakinan Diri: Membina rasa bangga dan pencapaian apabila berjaya
menyiapkan sesuatu karya mengikut acuan sendiri.
3. Literasi Visual dan Estetika
-Menghargai Keindahan: Memupuk kebolehan untuk menilai estetika, warna, tekstur, dan
komposisi dalam sesuatu karya.
-Kefahaman Budaya: Memahami simbol-simbol seni dan bagaimana seni mencerminkan budaya
serta nilai masyarakat.
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru mulakan aktiviti dengan bercerita tentang kepentingan menabung untuk menarik
minat murid.
2. Tunjukkan hasil akhir yang sepatutnya (biasanya ada pada gambar kotak) untuk memberi
gambaran visual kepada murid.
3. Minta murid membuka set masing-masing dan menyemak senarai bahan yang dibekalkan
(contoh: kepingan felt, benang plastik, pelekat, atau manik).
4. Guru membimbing murid membaca manual atau gambar rajah langkah-demi-langkah
yang disediakan dalam set tersebut.
5. Guru melakukan demonstrasi bagi langkah yang paling sukar.
6. Murid mula memasang bahagian-bahagian utama kraf.
7. Murid perlu memastikan semua bahagian terlekat dengan kuat dan berfungsi
8. Guru mendidik murid-murid mengumpul sampah dan buang ke dalam tong sampah
sebelum sesi tamat.
9. Guru memberi pujian dan galakan kepada semua murid.
Impak:
Melalui aktiviti ini,sifat empati dan kerja berpasukan dapat dipupuk apabila
murid-murid berkongsi alatan atau membantu rakan yang menghadapi kesukaran.
Tahun 1 – Tahun 6 Rutin Kelas(Nilai Murni dan Penutup Minggu)
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
12:30 pm 1. Mengamalkan nilai hormat-menghormati
- 2. Bertutur dengan sopan
1:00 pm 3. Membina suasana kelas yang positif
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Guru berbincang tentang nilai murni di dalam kelas.
2. Guru memberi contoh tingkah laku yang baik.
3. Murid berkongsi pengalaman.
4. Guru memberi pujian dan nasihat.
5. Guru membuat rumusan keseluruhan rutin kelas.
Impak:
Murid menunjukkan sikap positif dan bersedia mengikuti pembelajaran seterusnya.