Butang ni kebiasaannya berwarna kuning dan bertanda “T” pada RCCB.
Residual Current Curcuit Breaker,
dalam bahasa kita, ‘Pemutus litar arus baki’ merupakan peranti keselamatan untuk pemasangan pendawaian di
setiap premis dan merupakan standard yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Sebagai langkah untuk memastikan pengguna sentiasa dalam keadaan selamat, RCCB telah dilengkapi dengan
butang Test (T). Sebenarnya, butang ini untuk menguji samada RCCB tersebut berkeadaan baik atau tidak. Jika
anda menekan butang tersebut, bekalan elektrik rumah anda akan terputus. keadaan ini adalah normal sekiranya
RCCB anda berkeadaan baik.
Tapi, jika bekalan rumah anda masih mempunyai bekalan elektrik setelah butang tersebut ditekan, Maknanya anda
dalam keadaan bahaya dan RCCB tersebut perlu ditukar…
Mungkin sesetengah pemasangan elektrik tidak dilengkapi dengan RCCB tapi RCD atau ELCB. Anda jangan kerliru,
nama dan sistem kendalian memang berbeza, tapi motif peranti – peranti ini dicipta adalah untuk melindungi
pengguna dan tetap ada butang ‘Test’ dan jangan segan – segan nak tekan.
Perlindungan yang baik mestilah dilengkapi dua peranti perlindungan samada RCCB dan ELCB atau RCD dan
ELCB.
Tapi sebelum menguji peranti perlindungan (RCCB) anda, lebih baik off kan kelengkapan elektrik anda untuk
mengelakkan peralatan – peralatan tersebut ‘mati terkejut’
Terdapat pelbagai variasi RCCB di pasaran dan mungkin kaler butang ‘test’ juga berlainan tapi, bentuk hufuf ‘T’ pada
butang tersebut tetap tidak berubah. RCCB untuk litar elektrik satu fasa ada 2 pole/ tamatan dan untuk 3 fasa ada 4
pole/tamatan.