0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
25 tayangan5 halaman

Manfaat Terapi Hidro untuk Murid PPKI

Terapi hidro dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental murid-murid berkeperluan khas dengan aktiviti di dalam air yang lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh alat sokongan. Ia juga membantu membina keyakinan diri murid-murid dan memberi manfaat kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.

Diunggah oleh

thevaloveraj
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
25 tayangan5 halaman

Manfaat Terapi Hidro untuk Murid PPKI

Terapi hidro dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental murid-murid berkeperluan khas dengan aktiviti di dalam air yang lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh alat sokongan. Ia juga membantu membina keyakinan diri murid-murid dan memberi manfaat kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.

Diunggah oleh

thevaloveraj
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

TERAPI HIDRO

Berita, SK Kg Gudang

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang &
Selama

Terapi Hidro

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar
dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati
lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya
apungan air [Link] air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang
walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.
Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke
kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan
diri murid-murid “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan
meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

 OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah


pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap
kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah
pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu,
renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid
PPKI ini.

DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor
halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka
dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti
keperluan alat sokongan yang menghadkan [Link] dalam air bukanlah masalah
utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat
dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh
ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami
sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti
hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui
pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-
otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat
dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-
pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka
didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran
bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi.
Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan
modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

KEPENTINGAN HIDROTERAPI
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang
lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’

PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling
penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor
keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual
murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam.
Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan
kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan
dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada
murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid
semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina
keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam
yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang
singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna.
Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang
persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang.
Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus
ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama,
namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI


i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.


• Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.


• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.


• Mengemaskan dan membersihkan diri. 

Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Posted by anida @ 12:58 am


CURRENT FEATURES

Hidroterapi

Apabila anda terasa kejang atau sakit akibat artritis atau strok, anda pasti akan berfikir
bahawa graviti juga ingin menawan anda. Cubalah hidroterapi yang boleh membuat anda
berasa ringan semula.

Walaupun istilah ‘hidroterapi’ bermakna terapi air, ia bukan sahaja berenang atau
berendam di dalam tab mandi. Tanpa bimbingan yang tepat, ia hanya rehat atau terapi
akua.

Hidroterapi yang sebenarnya merupakan senaman yang dilakukan di dalam air yang
ditentukan oleh seorang ahli fisioterapi yang dilatih. Yang paling penting ialah air di
dalam kolam mestilah hangat dengan suhu di antara 32ºC-34ºC.

Air menyediakan keapungan dan kenirberatan, yang amat berguna untuk mereka yang
kejang dan sakit sendi. Dalam kolam yang dipanaskan, pesakit akan menjadi lembut dan
fleksibel. Oleh itu pesakit artritis akan mendapat pelbagai faedah termasuk:

 Kelegaan rasa sakit


 Menguatkan
 Meningkatkan keseimbangan
 Berehat
 Memperbaiki stamina

Kelikatan air menyediakan rintangan semasa pergerakan tersebut sekali gus mencipta
kesan hidrostatik. Senaman dalam tahap air yang berbeza juga mempunyai faedah
berlainan, dan oleh demikian, adalah penting untuk anda mendapat nasihat pakar
daripada ahli terapi supaya anda mendapat faedah maksimum daripada senaman ini.
Kadangkala senaman dilengkapkan oleh senaman luar kolam.

Sama seperti fisioterapi, hidroterapi perlu ditetapkan oleh doktor anda yang mengetahui
apa yang diperlukan untuk memperbaiki keadaan anda.

Terapi biasanya mengambil masa di antara 30-45 minit setiap sesi. Sesi tersebut tidak
seharusnya melebihi satu jam bagi mengelakkan pesakit daripada terlebih dibebankan.
Terapi dua kali seminggu disyorkan. Sekiranya keadaan kewangan mengizinkan, terapi
harus dijalankan lebih daripada dua kali seminggu.

Hospital Kerajaan yang menawarkan hidroterapi adalah Hospital Sungai Buluh, Hospital
University Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang. Pusat
Perubatan Prince Court adalah hospital swasta pertama yang menawarkan hidroterapi.
Kos terapi di hospital kerajaan ialah kira-kira RM50 dan di antara RM100-150 setiap sesi
di Pusat Perubatan Prince Court. Diskaun disediakan untuk mereka yang mengambil
pakej hidroterapi.

Jumlah sesi yang diperlukan bergantung pada keadaan pesakit. Ada pesakit yang pulih
dengan pantas manakala ada juga yang mengambil masa yang lebih lama lagi.  

Kebanyakan daripada kolam hidroterapi selain daripada mempunyai kemudahan


menghangatkan, juga mempunyai pengangkat untuk menurunkan pesakit ke dalam air
serta kerusi khas untuk pesakit yang mempunyai mobiliti terhad. Alat bantuan senaman
seperti pelampung dan loceng hidro juga disediakan untuk senaman yang berlainan.

Selain daripada artritis, hidroterapi juga amat berkesan untuk kanak-kanak dengan palsi
serebrum, pesakit dengan masalah neurologi, strok, masalah berjalan, lumpuh, spastik,
masalah spina, masalah kardiovaskular,  masalah obstetrik, Penyakit Parkinson dan sakit
belakang.

Hidroterapi tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah jantung atau paru-
paru, tekanan darah tinggi, inkontinens, luka terbuka, sawan dan yang menakuti air.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman.

Anda mungkin juga menyukai